Novel Terbaru

Sila komen-komen.



Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.







Tunggulah untuk episod seterusnya..



Pembacaku^^

Thursday, June 25, 2009

sejarah bab 3 - tingkatan 2

Bab 3 – negeri-negeri melayu utara dan johor benteng keselamatan british

~Pada akhir kurun ke-19, Negara Perancis, Russia, Amerika dan Jerman bersaing untuk mendapatkan bahan mentah dan mencari tanah jajahan:

~Perancis berminat meluaskan kuasa ke Menam Chao Phrya dan Segenting Kra

~Jerman berminat mendapatkan Pulau Langkawi

~Amerika ingin bertapak di Terengganu

~Rusia berminat membuka petempatan di Ujung Salang

^^Zaman imperialis baru merupakan zaman kuasa besar bersaing untuk menguasai tanah jajahan di benua Asia dan Afrika pada akhir abad ke-19^^

~British menandatangani PERJANJIAN SULIT 6 APRIL 1897~

@Siam tidak akan menyerahkan Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis kepada mana-mana kuasa yang lain tanpa izin British@

@British mengakui hak Siam ke atas negeri-negeri itu@

@British akan membantu Siam menyerang musuh@

~Perjanjian di atas gagal kerana:~

@Pada 1897, sultan Kelantan memberikan sewa tanah seluas 776996 hektar kepada Duff Development Company@

@Sultan Terengganu menerima permohonan Amerika untuk membuka petempatan di P. Redang

~British menandatangani perjanjian PERISYTIHARAAN BRITISH-SIAM 1902~

@British mengiktiraf ketuanan Siam di negeri melayu utara@

@Siam melantik warga British sebagai PENASIHAT SULTAN@~

a)W.A.GRAHAM ~ KELANTAN

b)MEADOWE FROST ~ KEDAH

c)H.E. DUKE ~ PERLIS

~Pada 1909, Siam menyerahkan negeri-negeri melayu utara kepada British melalui PERJANJIAN BANGKOK~

@Siam menyerahkan Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada British@
@Siam tidak akan menyewakan wilayah-wilayahnya tanpa kebenaran British@

@British menyerahkan HAK WILAYAH ASINGAN kepada Siam@

^^HAK WILAYAH ASINGAN ialah hak yang diberi kepada konsul British di Bangkok bagi menjalankan kuasa perundangan ke atas warga Negara British. Hak ini membolehkan rakyat British diadili mengikut system perundangan British dan tidak mengikut system Siam^^

KEDAH~Sultan Abdul Hamid Halim Shah tidak mahu penasihat British tetapi pada 1910, British tetap melantik GEORGE MAXWELL sebagai penasihat british. TUNKU MAHMUD memimpin MAJLIS MESYUARAT NEGERI dan menentang GEORGE MAXWELL dari segi:~

@guna bahasa melayu dalam penulisan surat rasmi dan perundangan

@surat tidak perlu ditapis @cuti umum pada JUMAAT

@penggunaan calendar hijrah @keutamaan melantik orang Melayu dlm pentadbiran

PERLIS~Raja Syed Alwi membantah tindakan Siam. Namun, KAPTEN MEADOWE FROST dilantik sebagai Penasihat British. Meadowe Frost memperkenalkan jabatan baru iaitu jabatan hasil dan cukai, mahkamah tinggi dan mahkamah kadi. Juga menguasai jabatan kewangan.

KELANTAN~Sultan Muhammad IV terpaksa menandatangani perjanjian dgn British. Pada 1910, J.S. MASON dilantik sebagai Penasihat British. Pada 1915, kuasa mentadbir jajahan diambil alih oleh British dgn menguasai jabatan polis, mahkamah tinggi dan pejabat tanah.

TERENGGANU~Sultan Zainal Abidin III menolak penasihat British dan menemui pesuruhjaya tinggi British di Singapura. Pada 1910, W.L. CONLAY dilantik sebagai wakil British. Pada 1911, Sultan Zainal Abidin III telah menggubal perlembagaan UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN TERENGGANU bagi memelihara kedaulatan dan kemerdekaan Terengganu.

Sultan Zainal Abidin III mangkat pada 1918 dan digantikan oleh SULTAN MUHAMMAD II. Beliau terpaksa menandatangani perjanjian di Singapura pada 1919. British melantik J.L. HUMPHREYS sebagai Penasihat British. @SULTAN MUHAMMAD II TURUN TAKHTA!!! KERANA ENGGAN TUNDUK KEPADA TEKANAN BRITISH@ ~British menguasai Jabatan Kastam, Jabatan Perubatan, Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Tanah dan Galian~ @

~Daeng Ibrahim menjadi Temenggung Johor dan menggantikan ayahandanya Temenggung Abdul Rahman pada tahun 1825.

~Beliau berkhidmat di bawah SULTAN HUSSEIN dan SULTAN ALI

~Pada MAC 1855, PERJANJIAN PERSAHABATAN ditandatangani antara TEMENGGUNG DAENG IBRAHIM dan SULTAN ALI

@Temenggung Daeng Ibrahim menjadi pemerintah Johor kecuali di wilayah KESANG@

@Sultan Ali diiktiraf sebagai Sultan Johor tetapi gelaran itu tidak boleh diwariskan@

@Kawasan pemerintahan Sultan Ali adalah di wilayah Kesang@

~Temenggung Daeng Ibrahim mengasaskan pusat pentadbiran di Tanjung Puteri.Beliau juga memajukan ekonomi dgn menggalakkan kemasukan orang Cina dari Singapura untuk mengusahakan lada hitam melalui SISTEM KANGCU~

~SISTEM KANGCU~

@Diperkenalkan oleh Temenggung Ibrahim pada 1833. Kangcu berasal daripada perkataan Cina yang bermaksud Tuan Sungai@

@Orang Cina diberi surat kebenaran iaitu SURAT SUNGAI untuk menetap dan mengusahakan pertanian di tebing sungai@

@Kawasan perladangan dikenali sebagai Kangkar atau Kaki Sungai@

@Setiap kangkar diketuai oleh seorang Kangcu yang memerintah dan memungut cukai@

@Tanaman yang diusahakan ialah lada hitam dan gambir@

@Cukai daripada hasil tanaman ialah sumber pendapatan kerajaan Johor@

~SULTAN ABU BAKAR memerintah Johor pada 1862-1895. Baginda digelar DATUK TEMENGGUNG ABU BAKAR SERI MAHARAJA JOHOR. Baginda sering ke England utk mempelajari cara pentadbiran terbaik bagi membangunkan Johor. Baginda telah memodenkan Johor dgn mengadakan mahkamah, perkhidmatan pos dan Jabatan Kerja Raya, hospital, sekolah dan jalan raya. Baginda juga telah menubuhkan pasukan polis dan tentera.

Pada 1885, PERJANJIAN PERSAHABATAN telah ditandatangani antara Johor dan British.

@Johor diiktiraf sebagai negeri bebas dan berdaulat@

@Maharaja Abu Bakar diiktiraf sebagai pemerintah Johor@

@Kedudukan sultan Johor lebih tinggi daripada kedudukan Pesuruhjaya Tinggi Di Singapura@

@Baginda boleh terus berhubung dgn kerajaan British di London tanpa melalui Pesuruhjaya@

@Baginda Berjaya menyekat penguasaaN British dgn melantik Konsul@

^^Pada 1868, RATU GREAT BRITIAN mengurniakan gelaran Maharaja Johor kepada Sultan Abu Bakar. Pada 1877, Sultan Ali daripada keturunan Bendahara MANGKAT. Sultan Abu Bakar diiktiraf sebagai pemerintah Johor dan menggunakan gelaran Sultan pada 1885.^^

Pada 1895, Sultan Abu Bakar yg dikenali sebagai Bapa Pemodenan Johor telah memperkenalkan UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN JOHOR

@Sultan tidak boleh menyerahkan negeri Johor kepada kuasa asing@

@Majlis Mesyuarat Menteri dan Majlis Mesyuarat Negeri ditubuhkan@

@Anggota Majlis Mesyuarat Menteri hendaklah dilantik drpd org Melayu dan bertanggungjawab dlm menasihati sultan dlm pentadbiran negeri@

@Ahli Majlis Mesyuarat Negeri hendaklah terdiri drpd rakyat Johor yang berperanan menggubal undang-undang@

DATO’ JAAFAR BIN MUHAMMAD~Datuk Bentara. Telah mewajibkan semua pegawai British memakai pakaian rasmi. Mengarahkan bendera Union Jack dikibarkan lebih rendah drpd bendera negeri Johor. Mewajibkan penulisan surat rasmi dlm bahasa melayu.

DATO’ ABDUL RAHMAN BIN ANDAK~Dato’ Seri Amar Diraja dan berperanan dalam hal ehwal hubungan luar negeri. Bertanggungjawab mengawal hubungan Johor dan British. Perintis kepada penubuhan Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan BahasA Johor 1888

DATO’ MUHAMMAD SALLEH BIN PERANG~Melukis peta pembangunan negeri Johor yang menunjukkan semua jalan dan Bandar yg dimajukan. Memudahkan perancangan pembangunan di MUAR, ENDAU, TANGKAK, SEGAMAT , BATU PAHAT. Digelar Dato’ Bentara Luar

DATO’ MUHAMMAD IBRAHIM MUSYI~Mewajibkan pendidikan. Digelar Dato’ Bentara Dalam dan Bapa Pendidikan Johor

British menubuhkan Lembaga Penasihat Johor yang menasihati sultan Johor spy meminjam 200000 dolar drpd NNS utk membina landasan kereta api dr Johor ke Singapura. Namun, Dato’ Abdul Rahman bin Andak menggagalkan rancangan itu. Pada 1907, JOHN ADERSON , Gabenor NNS, mencadangkan agar Dato’ Abdul Rahman Andak dibersarakan dan dihantar ke London.

~Sultan Ibrahim terpaksa meminda UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN JOHOR bagi membolehkan British menjadi ahli dalam Majlis Mesyuarat Negeri. Pada 1914, DOUGLAS CAMPBELL DILANTIK SEBAGAI PENASIHAT BRITISH~

^^Lembaga Penasihat Johor ditubuhkan di London pada 1886. Sultan berhubung secara langsung dgn pejabat tanah jajahan di London. Badan ini dianggotai oleh org British dan berfungsi menguruskan hubungan luar Johor serta menasihati sultan ttg hal-hal pentadbiran^^

0 comments: