Novel Terbaru

Sila komen-komen.



Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.







Tunggulah untuk episod seterusnya..



Pembacaku^^

Friday, June 26, 2009

Kasih yang Terpahat di Hati ~ bab 16

“Abang,”

“Nape?” Dato’ Ismail bertanya kepada isterinya, Datin Nairul.

“Anak kita tu kan.. seminggu ni pelik aje..” ujar Datin Nairul.

Dato’ Ismail lantas meletakkan surat khabarnya yang dibacanya sebentar tadi di atas meja.

“Nape pelik?”

“Entahlah.. Bila tanya sepatah, jawab aje sepatah!”

“Mungkin putus cinta kot..” gurau Dato’ Ismail.

“Abang ni kan.. Masa cam ni pun boleh bergurau..”

“Alah.. saja nak tenangkan hati Nai ni..”

“Isyhh.. mengada-ngada.. Takkanlah Ika tu boleh putus cinta?”

“Nape tak boleh? Okey.. Nai, bagitau saya kalau Ika tu bukan putus cinta, apa yang boleh buat dia jadi sedih cam ni? Dia tu tak buat kerja pun. Makan, minum, belanja semua saya tanggung.. Nai, cubalah awak tu.. nasihat dia.. suruh dia kerja..”

“Abang ni.. Kita kan banyak duit.. Ika tu anak tunggal saya tau. Berharga tau. Benih cinta kita. Abang ni macam tak suka je..” rajuk Datin Nairul.

“Astafirullahazim!! Janganlah Nai cakap macam tu.. Sakit hati abang ni.. Okey.. Jadi apa yang Nai nak suruh abang buat?”

“Abang tolonglah tanya si Ika tu.. Apa masalah dia..”

“Nape kena abang yang tanya..?”

“Tanya aje lah..”

“Okey lah..” Akhirnya, Dato’ Ismail mengalah. Dia lantas naik ke tingkat atas dan mengetuk pintu bilik anaknya. Tiada reaksi. Dia mengetuk beberapa kali. Namun, tiada reaksi juga.

“Nai!!!!” laung Dato’ Ismail.

Datin Nairul terkocoh-kocoh mendapatkan suaminya itu.

“Nape?”

“Anak kita kat dalam.. Mungkin ada bahaya.. Awak ada kunci spare tak?”

Datin Nairul segera mendapatkan kunci yang terletak di dalam biliknya.

Pintu bilik Ika dibuka.

“Astafirullahazim!!!!” jerit Dato’ Ismail dan Datin Nairul serentak.

“Ika!!!” jerit Datin Nairul lalu memeluk anaknya.

Dato’ Ismail segera mendail nombor 999. Ambulans telah dipanggil. Berdasarkan pemerhatian Dato’ Ismail, Ika telah membunuh diri dengan menggunakan sebilah pisau yang teramat tajam dan melukakan urat nadi tangannya.

***************************************

Tuk! Tuk! Tuk!

“Masuk!” suara Amir kedengaran.

Faizul berjalan masuk dengan langkah yang longlai.

“Aik.. si adik ni.. angin apa yang membawa awak ke sini?”

“Angin Nabila…”

“Har?” Amir mengangkat keningnya.

“Saya dah putus ngan dia..” suara Faizul lemah sahaja.

“Apa?” Kerja-kerja di meja Amir terbengkalai buat seketika.

“Arghh!!!!”

“Dia yang putuskan ke?” tanya Amir.

Faizul menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Habis tu? Awak?”

Faizul menganggukkan kepalanya.

“Dah tu.. apa yang terjadi? Awak yang putuskan hubungan.. tapi awak jadi macam ni pulak.. Faizul.. Faizul…. Haiz… awak ni kan.. memang..”

“Abang Amir, saya memang dah menyesal.. Hari tu saya nampak dia ngan lelaki lain.. Tapi mereka memang bukan kekasih.. Tapi saya tak tahu nape hati saya membakar aje..”

Amir menggelengkan kepala.

“Awak ni.. janganlah cemburu buta.. Jadi, sekarang nak propose dia kembali ke?”

“Entahlah..”

“Faizul, janganlah ego.. Kalau dah salah tu just admit it.. Ambil yang jernih, buang yang keruh..”

“Baiklah.. Terima kasih, Abang Amir..”

Amir sekadar tersenyum hambar.

Interkom di meja Amir berbunyi.

“Helo..”

“Doktor Amir, seorang pesakit yang bernama Zulaikha binti Dato’ Ismail telah dihantar ke sini kerana dia bunuh diri. Jadi, sila bergegas ke bilik kecemasan 2 sekarang!”

“Baiklah..”

Faizul terkejut. Dia memang kenal dengan insan yang bernama Zulaikha binti Dato’ Ismail. Amir melihat reaksi Faizul. Dia tahu Faizul pernah bercinta dengan Zulaikha namun bukan kerana cinta.

Amir berdehem.

“Oh… Abang Amir, pergilah selamatkan Ika..”

“Baiklah.. tunggu abang ye.. nanti kita makan lunch..”

Faizul sekadar menganggukkan kepalanya.


Ika terbaring lesu di atas katil. Dia telah berjaya diselamatkan oleh Doktor Amir. Dia menyesal. Dia menyesal kerana telah berlaku curang terhadap Faizul. Dia tidak menghargai saat-saat manisnya. Lantas, dia mengambil tindakan membunuh diri. Namun, dia sedar, membunuh diri merupakan satu tindakan yang tidak mulia. Orang itu akan masuk ke neraka.

Tuk! Tuk! Tuk!

“Mak.. kan saya dah cakap.. jangan masuk!!!!!!!!” teriak Ika.

“Kalau awak terus jerit macam ni, ada orang yang akan dakwa awak nanti..” kedengaran suatu suara garau.

Ika terkejut. Dia menoleh. Memang tepat! Dia memang amat jelas tentang tuan empunya suara itu. Suara itulah yang dirinduinya selama ini. Air mata Ika mula bergenang.

“Nape awak datang?” tanya Ika. Dia cuba mengawal suaranya yang kedengaran serak itu.

“Tak boleh ke?” Faizul lantas duduk di sebelah Ika.

“Zul, saya.. nak minta maaf!”

“Nape?”

“Sebab.. hari tu memang bukan saya yang berlaku curang.. Ibu bapa saya yang paksa saya.. Maafkan saya..”

“Apa?”

“Mereka paksa saya bercinta dengan seseorang untuk menyelamatkan bisnes mereka..”

“Ika.. awak.. nape tak jelaskan awal-awal?”

“Zul, cuba imbas kembali.. awak ada bagi saya peluang untuk jelaskan ke?”

Faizul terkedu. Ucapan Ika tepat.

“Saya…”

“Zul.. saya masih cinta awak..”

“Ika…”

“Zul, saya tau.. awak bercinta ngan Nabila..”

“Dah putus..”

“Apa?” Ika terkejut.

“Dah putus.. Dah lah.. Jangan ungkit pasal dia lah.. Okey??”

“Okey.. Sorry..” Ika meminta maaf.

Faizul mencapai tangan Ika. Ika terlopong.

“Awak ni..” Ika tidak tahu untuk bercakap lagi. Darah hangat Faizul seperti mengalir ke dalam badannya.

“Ika, maafkan saya kerana telah melukakan hatimu selama ni. Kita sambung kembali kasih yang terputus, kay?”

“Zul, Nabila..”

“Dah.. saya dan dia tak de jodoh.. Tapi, jodoh telah menemukan saya dan awak.. Tolonglah.. please..”

Ika mengalirkan air mata. Air mata kebahagiaan. Ika menganggukkan kepalanya tanda setuju untuk menyambung kasih yang terputus dengan Faizul.

Faizul lantas mengucup tangan Ika.

Ika tersenyum bahagia. Begitu juga Faizul. Faizul perah berfikir. Dia redha dengan jodoh yang ditentukan oleh Tuhan.

Api cinta Faizul dan Nabila telah padam. Api cinta dan kasih Faizul dan Zulaikha kian marak.

*******************************

Dato’ Ismail meneliti laporan anak-anak buahnya. Dia amat lega kerana Ika tidak lagi berfikiran ‘tertutup’.

Tuk! Tuk! Tuk!

“Masuk!”

“Dato, setiausaha Dato yang baru dah datang.” Dato’ Ismail merupakan Presiden Syarikat Sentiasa Bersamamu.

“Suruh dia masuk!”

Mimi berjalan masuk ke bilik Dato’ Ismail. Dato’ Ismail terlopong. Mimi merupakan seorang ratu cantik! Matanya bundar. Alis mata yang cantik. Hidung yang mancung. Bibir yang seksi. Kulit putih melepak. Tubuh yang langsing. Potongan badan yang mampu menggiurkan air liur setiap lelaki!

“Hafiz.. kamu boleh keluar!”

“Baik.. Dato!”

“Selamat sejahtera, Dato!” ujar Mimi dengan manja. Pada hari itu, Mimi mengenakan baju yang tidak berlengan dan skirt yang pendek.

“Selamat sejahtera.. Jadi, Mimi, awak.. pergi buat laporan dulu. Lepas ni teman.. saya makan.. boleh?”

Mimi mengangguk senang dan memberikan senyuman yang menggoda. Dia keluar dari bilik Dato’ Ismail.

Di dalam bilik, Dato’ Ismail meneguk air liurnya. Syaitan mula merasuk fikirannya.

*******************************

EPISOD SETERUSNYA....

0 comments: