Novel Terbaru

Sila komen-komen.



Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.







Tunggulah untuk episod seterusnya..



Pembacaku^^

Wednesday, June 3, 2009

sebutlah namaku 5

"Alah... apa salahnya tolong sahabat yang berada dalam kesusahan. Nak minta tolong apa?"

"Aku dah tak ada duit satu sen pun sekarang. Kad ATM semua dah kena kebas. Nak keluarkan duit dalam bank, esok bank tutup pulak. Terpaksa tunggu hari Isnin. Sementara nak tunggu hari Isnin, aku terpaksa pinjam duit kau dulu," ujarku sambil tersipu-sipu malu.

"Aku faham situasi yang kau hadapi. Hari ini hari kau, esok mesti aku pulak yang susah. Duduk serumah mestilah kena tolong-menolong. Berapa kau nak pinjam?" tanya Azura dengan bersungguh-sungguh.

Aku bersyukur kerana dapat tinggal serumah dengan seseorang yang baik budi seperti Azura yang seusia denganku. Kami baru sahaja kenal tapi macam sudah lama berkenalan.

"Aku nak pinjam RM100 aje. Nak duplicate kunci rumah ni. Hari Isnin nanti aku nak buat kad pengenalan baru. Dah tentu kena bayar denda. Tak tahulah kena bayar berapa. Bila dah ada kad pengenalan, baru aku boleh buat kad ATM dan keluarkan duit bank. Lepas tu bila semua dah selesai, baru aku bayar hutang kau," terangku dengan panjang lebar.

"Apa salahnya... Nanti aku bagi duit tu pada kau. Banyak ke duit dalam wallet kau yang hilang tu?" soal Azura, masih ingin tahu kisah dukaku dengan lebih lanjut.

"Tak banyak, RM40 lebih aje. Tapi yang aku terkilan, handphone aku hilang. Banyak nombor telefon yang memang aku tak ada simpanan. Macam manalah aku nak telefon member-member aku yang lain? Aku bukan ingat nombor telefon dia orang semua," kesalku mengingatkan kehilangan telefon bimbit yang pertama aku beli itu. Sayang seribu kali sayang.

"Itulah kau. Pengajaran yang boleh kita pelajari hari ini ialah catit dan simpan setiap nombor telefon yang kita ada dalam satu buku. Ini tak. Handphone bukan main canggih. Siap ada MP3lah, MMSlah, kameralah, videolah. Tak kiralah betapa canggih sekalipun handphone yang kita ada. Kalau handphone hilang, taklah jadi macam kau ni. Nombor telefon rumah kat kampung, kau ingat lagi tak?" Aku tergelak sambil mendengar bebelan Azura. Wajah Azura serius memandangku tanpa secalit senyuman.

"Nombor telefon kampung mestilah aku ingat. Mana boleh lupa," balasku sambil ketawa.

"Kalau kau kata kau lupa, tak tahulah aku nak cakap macam mana,"


************************************************************************************

0 comments: