Novel Terbaru

Sila komen-komen.



Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.







Tunggulah untuk episod seterusnya..



Pembacaku^^

Thursday, June 4, 2009

sebutlah namaku 6

Ketawaku pecah lagi. Geli hati melihat gelagat Azura yang berlagak macam orang-orang tua. Hilang sudah segala kedukaanku sepanjang hari ini. Setelah ketawaku reda, aku kembali bersuara.

"Nasib baiklah aku tak simpan kunci kereta aku dalam beg uncang tu. Kalau tak.... " Aku tidak menghabiskan kata-kataku itu. Tentu Azura pun tahu apa akan jadi kalau kunci kereta aku pun kena songlap.

"Tapi kunci rumah dia dah kebas, macam mana? Buatnya dia intip tempat tinggal kau, lepas tu dia pecah masuk rumah kita pulak. Aniaya aje. Takkan nak tukar semua pintu dalam rumah ini?" soal Azura setelah teringat akan kehilangan kunci itu.

Betul juga kata Azura. Kami tinggal menyewa berdua sahaja. Kalau terjadi sesuatu perkara buruk, tak sanggup aku hendak membayangkannya. Aku berfikir sejenak mencari jalan penyelesaian masalah ini.

"Aku ada idea" kataku tiba-tiba membuatkan Azura membeliakkan mata ke arahku.

"Apa dia?" soal Azura tidak sabar mendengar kata-kataku selanjutnya.

"Kita kena tukar mangga Solex grill depan dengan yang baru. Kalau dia tak dapat nak buka pintu depan, mestilah dia tak boleh nak masuk. Betul tak?" usulku. Azura tersenyum lebar.

"Bagus! Otak kau memang bergeliga. Pukul 9.00 sekejap lagi aku nak keluar. Nanti aku beli mangga Solex yang baru dan duplicatekan kunci untuk kau. Kau duduk rumah sorang-sorang, jangan lupa kunci rumah dari dalam. Okey?" Aku mengangguk setuju.

"Okey, aku pun nak mandi. Lepas tu nak sembahyang. Lepas sembahyang aku nak doakan orang yang ragut beg aku tadi lumpuh satu badan. Biar padan muka dia!" kataku lalu bangun dan berura-ura hendak menuju ke bilik.

Azura tergelak mendengar kata-kataku itu. Mungkin padanya aku hanya bergurau tapi sebenarnya aku bersungguh-sungguh. Perasaan geram dan marah kepada peragut itu meluap-luap dalam dadaku.


************************************************************************************

0 comments: