Novel Terbaru

Sila komen-komen.



Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.







Tunggulah untuk episod seterusnya..



Pembacaku^^

Saturday, June 13, 2009

Kasih yang Terpahat di Hati ~ bab 8

Nabila menghempaskan tubuh langsingnya di atas katil. Dia berasa sangat penat. Pelatih-pelatih di PULAPOL memang tegas dan garang. Dia sering dimarahi oleh mereka terutamanya Faizul. Dia memang tidak faham mengapa Faizul selalu memarahinya sedangkan kesalahan yang dilakukannya tidaklah sebesar mana jika dibandingkan dengan orang lain. Bak kata pepatah, “kuman di seberang laut nampak, gajah di hadapan mata tak nampak”. Nabila mengeluh sendirian.

Dia terfikir insiden pada hari pertama dia menghadiri latihan di dewan satu balai polis itu. Dia tertanya-tanya apakah tujuan Faizul mengumumkan insiden itu sebagai satu drama kononnya.

“Mungkinkah untuk menutup rasa malunya?” Hati Nabila berkata-kata.

“Argh!!” raung Nabila. Nabila sedar kerjaya sebagai seorang anggota polis lebih-lebih lagi dalam proses latihan sangat memeritkan. Namun, dia bertekad, dia mesti bersemangat kental dan tidak mudah berputus asa. Dia percaya bahawa Allah adalah Yang Maha Kuasa dan Maha Adil.

Alunan lagu “Bukan Cinta Biasa” yang dinyanyikan oleh penyanyi selebriti negara kita, Dato’ Siti Nurhaliza menyentakkan Nabila daripada lamunannya.

“Hello…” ucap Nabila dengan nada yang bersahaja.

“Hi.. Adik abang yang tersayang ini. Apa khabar?” kata Nabil, abang Nabila.

“Abang!!!! Saya rindu!! Khabar tak baik la..” kata Nabila. Namun, dia amat gembira kerana menerima panggilan daripada abang tersayangnya itu. Ketawa Nabil meledak.

“Abang pun rindu kat awak.. Haha.. Kenapa khabar tak baik? Proses latihan tu tak lancar ke?”

“Bukan ape.. Tapi adik awak ni selalu kena marah aje. Terutamanya Pegawai satay tu.” kata Nabila sambil mencebik.

“Har?? Apa pulak Pegawai satay? Isyhh!! Mengarut aje lah adik ni..” kata Nabil. Dia tidak tahu siapa yang bernasib malang kerana digelar sebagai “Pegawai Satay” oleh adik perempuannya itu.

“Pegawai Satay tu Pegawai Faizul lar.. Kan Satay Zoo.. Zoo tu sama lah dengan Zul!” kata Nabila. Dia berpuas hati kerana dapat membalas dendamnya kerana dia memang geram dengan perangai Faizul yang kerap memarahinya itu.

“Hahahahaha!!!!” Ketawa Nabil meledak dengan kuat sekali.

“Isyhh. Abang ni kan. Orang serius tapi dia ni main-main aje. Nanti saya laporkan kat Natasya baru tau. Pas tu Natasya tak akan cinta abang lagi!” kata Nabila. Dia amat geram kerana ideanya seolah-olah diperlekehkan oleh abangnya.

“Cakaplah. Abang tak takut pun.” Nabil ketawa dengan terbahak-bahak. Sememangnya, dia cuba mengawal tawanya daripada meledak. Dia ingin menjaga perasaan adiknya. Namun, dia memang tidak dapat bayangkan jika Faizul ialah sebatang satay!

Nabila hairan kerana abangnya langsung tidak gentar apabila diugut sebegitu. Biasanya, hal yang berkaitan dengan Natasya pasti akan menggentarkan jiwa abangnya. Nabila mula mengesyaki sesuatu.

“Abang ni.. Dah bercinta dengan Natasya ke?” usik Nabila.

Nabil terkedu. Dia kehabisan kata. Pendek kata, speechless! Dia tidak menyangka adiknya begitu pandai membaca isi hatinya. Sememangnya, dia mempunyai hubungan istimewa dengan Natasya. Hal ini bermula pada minggu lepas. Sekarang, tibalah giliran ketawa Nabila meledak.

“Ya lah. Awak menang,” kata Nabil. Dia memang tidak berdaya untuk bertekak dengan adiknya itu. Akhirnya, dia mengalah.

“Jadi, abang ni ada hubungan istimewa dengan Natasya lah, kan?” usik Nabila.

“Ya lah. Abang bagi amaran tau. Jangan heboh kat sape-sape!” kata Nabil dengan nada yang agak serius.


“Isyhh!! Abang ni kan. Memang tak ada otak!! Tak ada teman pun yang sudi dengar. Siapa yang minat kat kau?” gurau Nabila.

“Hei. Si adik! Jangan biadap tau! Saya ini abang kau!” kata Nabil. Dia sengaja menggunakan nada yang agak keras untuk menggentarkan perasaan Nabila.

“Alah. Abang ni kan tak sporting langsung. Gurau sikit dah merajuk. Macam nenek kebayan!” kata Nabila.

“Hahahahaha…” ketawa Nabil meledak lagi. Dia memang tak kuasa untuk mengawal adiknya itu. Memang penggurau yang kuat!

“K lah. Bye abang!” Nabila mengundurkan diri daripada perbualan itu.

“Bye Bye!!!!” kata Nabil.

Tuk Tuk Tuk!!!

Pintu bilik asrama Nabila diketuk.

“Siapa tu?” tanya Nabila sebelum dia membuka pintu. Walaupun asrama ini merupakan tempat tinggal calon anggota polis, namun dia perlu berwaspada kerana kes jenayah semakin berleluasa dewasa ini.

“Saya,” Kedengaran sebuah suara.

Nabila tersentak. Dia amat jelas siapa yang berada di luar biliknya. Nabila merenung jam tangannya yang menandakan pukul 5 petang menjelma.

‘Kenapa dia datang bilikku?’ detik hati Nabila.

Nabila membuka pintu. Dia terkejut tatkala ternampak keadaan lelaki itu tidak terurus. Rambutnya kusut masai, kesan darah kelihatan pada kemeja, calar-balar pada tangan dan pakaian yang compang-camping.

“Taufiq! Kenapa kamu macam ni?” Dia tertanya-tanya apakah sebab keadaan rakannya sebegitu.

“Saya tadi keluar jalan-jalan. Lepas tu saya ternampak ada peragut yang sedang melarikan diri. Saya kejar lah. Tak sangka bahawa peragut itu memang kejam. Dia melibaskan pisaunya ke arah muka saya. Nasib baik saya memberi respon cepat. Saya elakkan lah. Tapi tak sangka terkena tangan saya.” terang Taufiq dengan panjang lebar sekali.

“Habis tu peragut tu macam mana?” tanya Nabila dengan nada yang agak cemas.

“Alhamdullilah.. Dia ditangkap oleh rakan sekerjaya kita yang sudah menjadi anggota polis yang sah lah. Tapi saya bersyukur jugak,” kata Taufiq.

“Har? Macam ni kamu pun boleh bersyukur ke? Apalah!” bentak Nabila.

“Nasib baik tak kena muka saya. Kalau tak, habis peminat saya. Saya ni kan hensem. Kalau muka saya kena calar, memang tak hensem lah,” guaru Taufiq.

“Isyhh!! Perasannya kau ni!” kata Nabila.

“Dan satu perkara lagi ialah..” Taufiq sengaja menggantungkan ayatnya begitu untuk memancing minat Nabila.

“Apa?” Seperti yang disangka, Nabila mula bertanya.

“Saya dapat memancing minat puteri polis kita lah,” kata Taufiq sambil merenung tajam ke dalam anak mata Nabila.

Nabila terkedu. Dia menjawab, “Apa maksud awak?”

“Nabila, sebenarnya saya …. Saya…. Saya suka awak!” Taufiq berasa lega kerana berjaya meluahkan perasaanya terhadap Nabila.

Nabila terkejut. Dia tidak menyangka bahawa Taufiq ada menyimpan perasaan kepadanya. Mata Nabila dan Taufiq bertaut seketika.

“Kamu berdua ni kenapa? Hah?!!” bentak seorang lelaki yang muncul di hadapan mereka!
************************************************

0 comments: