Novel Terbaru

Sila komen-komen.



Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.







Tunggulah untuk episod seterusnya..



Pembacaku^^

Saturday, June 13, 2009

Kasih yang Terpahat di Hati ~ bab 9

Faizul merenung tajam ke arah dua calon anggota polis yang tercegat di hadapannya. Dia amat terkejut apabila ternampak Taufiq berada di dalam bilik Nabila tadi.

‘Nasib baiklah mereka berdua tak ditangkap khalwat. Kalau tak, habislah aku. Tak dapat pikat dia!’ Hati Faizul berkata-kata.

Faizul berdehem. Kedua-dua Nabila dan Taufiq mengangkat muka masing-masing dan memandang Faizul. Taufiq menunjukkan riak muka yang selamba manakala Nabila pula kelihatan serba salah.

“Kamu berdua ni.. Satu anak dara, satu lagi anak teruna. Kedua-dua dalam satu bilik. Apa penjelasan awak?” kata Faizul dengan nada yang tegas.

“Saya…saya..” Nabila tidak tahu bagaimana hendak menjelaskan kedudukannya yang sebenar kepada Faizul.

“Tuan, sebenarnya kami tak bersalah.” ujar Taufiq dengan penuh yakin.

“Apa? Kamu berdua sedar tak apa identiti kau orang? Calon anggota polis. Saya bagi tau kamu berdua. Sekarang, saya ialah pihak atasan kamu. Jika saya bertindak berlandaskan undang-undang yang sebenar, kamu berdua sekarang dah kena potong nama. Blacklist! Tau tak? Dan kamu berdua tak belajar agama ke? Biarpun kamu berdua ni ada hubungan istimewa, namun Nabi Muhammad pernah berkata, jika seorang anak dara dan anak teruna sahaja yang berada dalam bilik, maka orang ketiga itu adalah syaitan! Tak semena-mena nanti kamu kena….” Memandangkan Nabila serba salah, Faizul tidak jadi untuk meneruskan kata-katanya.

“Tuan, saya ada perkara yang hendak dijelaskan,” kata Taufiq.

“Silakan.” kata Faizul sambil melonggarkan tali lehernya.

Taufiq pun menjelaskan segala insiden yang berlaku dari pagi tadi sehingglah dia dan Nabila ditangkap oleh Faizul. Faizul mendengar penjelasan Taufiq dengan penuh teliti.

“Biarpun begitu, kamu haruslah melaporkan kejadian itu kepada saya. Bukan kepada Nabila. Amboi, baru sahaja ada sikit-sikit masalah, dah pergi cari Nabila. Apa tujuan awak?” sindir Faizul.

“Tuan, salahkah saya mengadukan masalah yang saya hadapi kepada orang yang saya minati?” tanya Taufiq dengan berani.

Faizul tersentak. Begitu juga dengan Nabila. Nabila membuntangkan matanya dan merenung tajam ke arah Taufiq. Dia tidak menyangka bahawa Taufiq begitu berani sehingga tergamak untuk mengaku dia menyukainya dia hadapan Faizul.

“Maknanya kamu ni selalu mencampur adukkan hal peribadi dengan hal pejabat lah kan. Jadi macam mana saya nak luluskan permohonan awak tu?” sindir Faizul lagi.

“Tuan, bagi saya, Nabila adalah lebih penting daripada segala-galanya termasuklah nyawa saya sekali pun,” ujar Taufiq dengan tegas.

Faizul lantas mencapai sepucuk pistol yang terselit di celah pinggangnya dan mengacunya ke arah Taufiq. Nabila terkaku. Taufiq menutup matanya dan mengangkat kedua-dua tangannya tanda berserah.

“Hahahahahaha…” Ketawa Faizul meletus.

Taufiq membuka matanya. Nabila tidak lagi kaku. Masing-masing tertanya-tanya mengapa Faizul ketawa sebegitu. Faizul menyelitkan pistolnya di celah pinggangnya. Dia bertepuk tangan.

“Bagus. Bagus. Taufiq, kamu memang berani. Baiklah, kamu boleh keluar sekarang,” kata Faizul sambil tersenyum-senyum.

Taufiq lantas mengundur diri. Nabila menuruti langkah Taufiq.

“Nabila, siapa suruh kamu keluar?” Faizul serius semula. Tiada senyuman terhias di bibirnya.

Nabila tersentak. ‘Adess.. Malunya aku.. Mampus lah kali ini!’ Hati Nabila berkata-kata.

“Sila duduk, puteri polis,” ujar Faizul.

Nabila tersentak. Namun, dia lantas menenangkan jiwanya yang sedang bergelodak.
Faizul merenungnya tajam.

“Kenapa tak duduk?” tanya Faizul.

“Tuan, kamu bercakap dengan saya ke?” tanya Nabila dengan nada yang cukup sopan.

“Kita berdua aje dalam bilik ini. Mestilah cakap dengan kamu,” kata Faizul.

“Tuan, kamu lupa kah? Tuan tadi kan pernah kata, jika seorang anak dara dan anak teruna berada dalam satu bilik, maka orang ketiga yang menemani mereka adalah syaitan. Jadi, saya tidak pasti dengan saya atau syaitankah yang tuan sedang bercakap,” ujar Nabil penuh sinis.

Faizul tergamam. Dia tidak menyangka Nabila boleh memulangkan paku keras kepadanya. Namun, dia tersenyum. Nabila kehairanan. ‘Masakan kena sindir macam ni pun boleh senyum? Dia ni kena penyakit SB ke?’ detik hati Nabila.

“Puteri polis yang bernama Nabila binti Shahrul, bolehkan anda duduk sekarang?” Faizul sengaja memaniskan mukanya.

Nabila lantas duduk. Dia memalingkan wajahnya ke kiri dan ke kanan.

“Tak ada syaitan la.. Jangan risau.” Kata Faizul penuh sinis.

Nabila terkedu seketika. “Apa hal tuan panggil saya?”

“Saya cuma nak tanya awak satu benda aje.” Kata Faizul.

“Tanya lah. Cepat sikit. Saya nak pergi ni,” kata Nabila

“Nak gi mana?” kata Faizul.

“Saya nak gi jumpa Taufiq!” Nabila sengaja menyakitkan hati Faizul.

“Taufiq sekarang balik kampung. Kalau tak caya, tengok ini” kata Faizul sambil menunjukkan surat permohonan cuti yang diserahkan oleh Taufiq kepadanya sebentar tadi.

‘Adess.. Nak cakap apa nie?’ detik Nabila.

“Jadi, kamu mesti tak ada alasan nak tolak permohonan saya untuk teman saya makan brunch kan?” tanya Faizul.

“Hah? Apa tu brunch?” tanya Nabila kehairanan.

“Nanti kamu tau lah. Jom!” ajak Faizul. Dia mencapai kotnya yang tersidai di atas sofa dan hilang di sebalik pintu. Nabila tergamam.



**********************************************

0 comments: