Novel Terbaru

Sila komen-komen.



Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.







Tunggulah untuk episod seterusnya..



Pembacaku^^

Saturday, June 13, 2009

Kasih yang Terpahat di Hati ~ bab 7

Nabila mengesat peluh yang mula memercik di dahinya itu. Cuaca yang panas dan matahari yang terik serta membahang sedang membakar kulit Nabila yang putih melepak itu.

“Aduhai, panasnya.” detik hati Nabila.

Teksi tidak muncul lagi. Hati Nabila diselubungi keresahan. Dia bimbang. Dia sangat takut bahawa dia tidak dapat hadir ke latihan pertama di dewan satu. Pesanan Faizul masih terngiang-ngiang di telinga Nabila. Faizul pernah berkata, “punctuality is the first key to be an excellent police!”

Nabila melayani keresahan yang bermain-main di dalam mindanya. Bunyi hon kereta mengejutkan Nabila daripada lamunannya. Nabila tersentak. Pemandu kereta membuka tingkap kereta. Nabila terkejut bukan kepalang tatkala terpandang wajah pemandu kereta BMW yang mewah itu.

“Hi,” kata lelaki tersebut.

“Hi.. Er…. “ Nabila tergagap-gagap.

“Lama tak jumpa. Nak gi mana ni?”

“Saya nak ke dewan satu balai polis,” kata Nabila.

“Jom. Saya tumpang awak gi,”

“Huh? Tak leceh ke?” Tanya Nabila.

“Tak.. Asalkan kamu…” Dia tidak sempat menghabiskan kata-katanya.

Nabila terus meluru ke tempat depan kereta BMW itu.

“Cepatlah. Saya kejar masa nie!!!” tengking Nabila.

Asrul hanya terkebil-kebil. Sesedar daripada lamunannya, Asrul memecut keretanya laju.

Di dewan satu balai polis 19 orang calon anggota polis berkumpul. Wajah serius Faizul mengecutkan setiap calon yang berada di sana.

“Siapa yang belum sampai?” kata Faizul.

“Nabila,” bisik Ghazali kepada Faizul.

“Potong nama dia dan.. “ Sebelum Faizul sempat menghabiskan kata-katanya, bunyi deruan kereta berdesing di telinganya. Faizul memandang sekilas ke arah bunyi tersebut. Sebuah kereta mewah berjenama BMW “terpacak” di pintu utama balai itu. Nabila lantas turun dari kereta itu dan berlari ke dalam dewan utama. Dengan nafas yang tercungap-cungap, Nabila berdiri di hadapan Faizul.

“Tuan, saya… saya…” jelas Nabila.

“Sudah. Jangan jelaskan. Tak kira apa jua alasan awak, saya tak nak dengar! Letakkan bagasi awak dan pergi lari sekeliling padang di luar itu lima pusingan!!” tengking Faizul dengan nada yang kuat.

Semua orang yang berada di dewan itu tersentak. Lebih-lebih lagi Nabila. Sebutir mutiara yang jernih jatuh dari kelopak mata Nabila. Faizul yang terlihat insiden itu menjadi serba salah. Namun, dia tekad dia tidak boleh mencampur adukkan hal peribadi dengan hal pejabatnya. Dengan ini, barulah dia boleh menjadi seorang ketua yang cemerlang. Nabila lantas berlari ke arah padang dan berlari sekelilingnya.Asrul turun dari keretanya. Dia menghampiri Faizul.

“Tuan, saya rasa tindakan tuan agak melampau. Tidakkah tuan sedar bahawa Nabila seorang gadis yang bersemangat? Mengapa kamu menghukumnya? Walaupun dia bersalah kerana datang lewat pada hari ini, namun adakah kamu mendengar alasannya? Tadi, dia berada di tepi jalan dan menunggu kehadiran teksi. Namun, tiada teksi yang lalu di sana. Jadi, saya yang kebetulan lalu di sana menumpangkannya ke sini.” kata Asrul.

Faizul merenung tajam ke arah Asrul. Dia tersenyum sinis.

“Encik, kalau kamu begitu pandai dan berkebolehan, jadilah pegawai di sini. Buat apa kamu bercakap bagaikan tin kosong di sini?” sindir Faizul.

Asrul berang. Tanpa berfikir lama, dia mencekak kolar kemeja Faizul. Tangannya melayang ke arah muka Faizul. Sebelum tangannya sempat mendarat, sepasang tangan yang lain menahan Asrul daripada meneruskan perbuatannya.

Asrul memandang tuan empunya tangan itu. Dia terkejut.

“Nabila, kamu..”

“Cukup! Jangan cederakan orang lain. Don’t take the law into your hands because of me!” bentak Nabila.

Asrul melepaskan cengkamannya di kolar kemeja Faizul. Dengan kehampaan, Asrul menuju ke arah BMWnya dan memecut laju meninggalkan kawasan itu. Nabila menepuk dahinya.

“Tuan, maafkan kesilapan kawan saya tadi. Saya juga telah menghabiskan larian lima pusingan tadi,” kata Nabila.

Faizul tidak menghiraukan penjelasan Nabila dan terus naik ke atas pentas dan mengambil pembesar suara.

“Baiklah. Insiden tadi adalah sebuah drama semata-mata. Terima kasih kepada Nabila kerana telah melakonkan sebuah watak yang menarik. Please put your hands together for her!” ujar Faizul.

Tepukan yang gemuruh memecah kesunyian di dewan. Nabila hanya terpinga-pinga. Dia tidak mengerti maksud Faizul tadi. Namun, demi menjaga hati dan perasaan orang ramai, dia terpaksa “buat-buat faham”.

“Ok. Put off your hands. Sekarang, Tuan Ghazali dan saya akan mengiringi kumpulan kami masing-masing ke asrama kamu. Kamu akan menaiki van yang berasingan mengikut kumpulan masing-masing,” Semua calon akur pada perintah Faizul.


**********************************************

0 comments: