Kereta Toyota Altis milik Faizul meluncur menuju ke Hyatt. Nabila tergamam. Dia tahu bahawa Hyatt adalah sebuah hotel yang high standard dan mahal. Apatah lagi makanan di sana. Faizul lantas turun dari keretanya. Dia membuka pintu kereta dan menjemput Nabila untuk turun dari keretanya. Nabila tergamam.
‘Sejak bila si Satay ni tukar perangai? Tak SB lagi ke? Layan aku macam ni. Mesti ada udang di sebalik batu nie!’ detik Nabila.
Nabila lantas turun dari kereta Toyota Altis tersebut. Dengan riak muka yang selamba, Faizul memegang tangan Nabila dan memimpinnya menyeberangi jalan. Nabila tersentak.
“Lepaslah!” Bentak Nabila.
Faizul masih berpura-pura selamba. Sesampai di pintu utama Hotel Hyatt, Faizul melepaskan cengkamannya pada tangan Nabila. Nabila merenungnya tajam. Tanpa disangka, beberapa butir mutiara jernih gugur dari kolam air mata Nabila. Faizul serba salah. Dia bukan mengambil kesempatan, tetapi dia hanya ingin menjaga keselamatan Nabila di tengah-tengah jalan raya.
“Nabila, saya bukan berniat untuk mengambil kesempatan, tapi saya cuma nak pimpin awak lintas jalan raya. Jangan nangis lagi lah.” kata Faizul.
Nabila tidak menghiraukan nasihat Faizul. Sebenarnya, dia sengaja menangis untuk menyakitkan hati Faizul. Dia mahu Faizul tahu bahawa dia bukan perempuan sembarangan.
“Kalau awak nangis lagi, saya cium awak!” ugut Faizul.
Nabila tersentak. Nabila berhenti menangis dan tersenyum.
“Kenapa senyum-senyum? Tadi bukan main lagi syok menangis. Sekarang tersenyum-senyum pulak. Apalah awak ni!” kata Faizul.
“Tuan, saya rasa saya boleh dakwa kamu melalui Kanun Keseksaan. Mungkin kamu kena penjara beberapa tahun ke.. sebatan ke.. bagi duit ke.. Hahahaha…” Nabila mula ketawa.
“Kamu ni kan.. Jom lah.. Makan brunch..” kata Faizul.
“Sebelum saya ikut tuan, boleh tak tuan tolong jelaskan kat saya apa tu brunch?” tanya Nabila.
“Saya belum makan sarapan dan lunch. Jadi gabungkannya jadilah “brunch”. Mak cik oi, takkanlah macam ni pun tak faham. Apalah kamu! Kononnya dapat pangkat pertama dalam STPM, tapi macam ni pun tak tau!” sindir Faizul.
“Siapa kata saya tak tau? Saya sengaja BTT.” kata Nabila.
“BTT tu apa?” tanya Faizul pula.
“Pak cik oi, takkanlah macam ni pun tak maham. Kamu kan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang. Takkanlah macam ni pun tak tau!” Nabila memulangkan paku keras kepada Faizul. Faizul tersentak.
“Jomlah. Pergi makan brunch pulak. Dah lapar lah!” sambung Nabila lalu menuju ke sebuah restoran di tepi pantai. Faizul hanya menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia tidak menyangka bahawa Nabila juga boleh menjadi jinak sebegitu. ‘Haiz.. Macam burung merpati agaknya.’ Hati Faizul berirama.
Faizul dan Nabila memilih sebuah meja yang strategik. Mereka duduk bertentangan.
Sambil membaca menu, tiba-tiba, Nabila bersuara.
“Adess.. Macam mana ni? Saya tak bawa duit lah. Tuan, saya rasa tak nak makan lah.” kata Nabila.
“Tak pe lah. Saya belanja awak. Kan saya yang ajak awak. Kalau saya tak belanja, tak gentleman lah..” kata Faizul.
“Awak ni memang selalu tak gentleman. Tak heran pun.” sindir Nabila.
Faizul tersentak. Namun, dia memilih untuk berdiam diri. Dia tidak mahu bertekak dengan “burung merpati” ini lagi.
Makanan yang terhidang di atas meja membuka selera Nabila. Dia memang tidak pernah menikmati makanan yang mewah kerana dia sedar abangnya tidak berkemampuan untuk belanja mereka. Aroma makanan itu menyucuk-nyucuk ke dalam lubang hidung Nabila. Nabila makan dengan berselera sekali. Faizul yang memerhati gelagat Nabila ketawa lucu.
“Erm.. Nabila.. Kamu ada pakwe tak?” tanya Faizul.
“Tak de..” kata Nabila bersahaja. Namun, debaran di hatinya tiada orang yang mengetahuinya.
Nabila kehairanan. Dia tidak pasti adakah dia turut menghidapi penyakit SB. Dia mengaku dia jatuh cinta pandang pertama pada Faizul. Walaupun Faizul kerap memarahinya semasa proses latihan calon anggota polis, dia tetap tidak dapat memadamkan api cintanya terhadap Faizul.
‘Ah. Macam mana ni? Nak confess kat dia ni ke?’ detik Faizul sendirian.
“Nabila… Sebenarnya saya ni…” Sebelum Faizul sempat menghabiskan kata-katanya, seorang gadis yang berpakaian seksi meluru ke arah mereka.
“Hi.. Sayang..” ucap gadis genit itu sambil memaut lengan Faizul dengan mesra. Nabila yang melihat insiden itu terasa ingin muntah.
“Ei.. Apa kamu ni, Ika? Kamu sedar tak kamu sedang mengumpul dosa? Bukannya pahala!! Hah!!! Jangan suka pegang-pegang tangan orang lain. Kamu tu anak dara lagi tau.” bentak Faizul.
“Alah.. Saya ni mana dara lagi. Kan kamu dah meragut mahkota kegadisan saya. Siapa yang tak tahu saya ni ex-girlfriend awak?” Zulaikha sengaja berkata begitu untuk menyakitkan hati Nabila. Dia sememangnya cemburu dengan Nabila kerana berpeluang untuk menemani Faizul untuk menikmati makanan di restoran yang semewah ini. Sedangkan dia? Semasa dia berpancaran dengan Faizul, tidak pernah pun Faizul berbelanja untuk dirinya.
“Hem….. Kamu ni girlfriend baru Faizul ke? Saya terkejut lah. Ini bukan Faizul punya taste kan?” sindir Zulaikha sambil membelek-belek tubuh Nabila.
“Hoi!! Kalau tak ada bukti tu janganlah tuduh sembaragan!! Jangan suka belek-belek tubuh orang lain!! Saya ni ada maruah tau! Dan satu lagi, saya ni bukan girlfriend pakwe awak tu!” lenting Nabila.
“Wah. Beraninya! Tak sangka yerk, Faizul, kenapa kamu ada perempuan simpanan sebegini di belakang saya?” sindir Zulaikha lagi.
Tiba-tiba, tangan Faizul melayang ke arah pipi gebu Zulaikha. Zulaikha tersentak. Begitu juga Nabila.
“Jangan hina dia lagi. She’s not same as the others!” bentak Faizul.
Faizul lantas memimpin tangan Nabila lalu keluar dari restoran itu. Nabila menuruti langkah Faizul.
“Lepaslah!! Sakitlah!!” bentak Nabila sambil berusaha untuk melepaskan cengkaman tangan Faizul. Dengan perlahan-lahan, Faizul melepaskan tangannya.
“Nabila, sila dengar penjelasan saya.” rayu Faizul. Dia bertekad, untuk hari ini, dia mesti meluahkan segala perasaan yang terbuku di lubuk hatinya.
“Cakaplah. Saya bagi tiga minit aje,” kata Nabila.
“Okey. Thanks. Sekarang, saya nak jelaskan bahawa Zulaikha itu memang ex-girlfriend saya. Tapi, saya tak pernah sentuh dia pun. Saya tak pernah ucap kalimah cinta kepadanya pun.” Sebelum Faizul sempat menghabiskan kata-katanya, Nabila menyampuk, “Macam tu kenapa awak nak pilih dia sebagai ex-girlfriend awak?”
“Kerana ayah saya. Dia memerlukan wang yang banyak untuk menjalani pembedahan kerana dia mengalami kanser otak. Jadi, si Zulaikha tu anak Dato’ Zamri, seorang tokoh korporat yang terkenal. Oleh itu, dia sanggup bertukar syarat dengan saya. Awak faham kan?” Nabila mengangguk-anggukkan kepalanya.
“Tapi, Allah lebih sayangkan nyawa ayah saya. Lebih-lebih lagi, Zulaikha berlaku curang terhadap saya. Dia menjalinkan hubungan istimewa dengan seorang anak orang kaya.”
“Oooo… Rupa-rupanya saya dah salah faham. Sorry..” ucap Nabila sambil tersengih-sengih sehingga ternampak barisan gigi putihnya yang tersusun kemas itu.
“Dan ada satu perkara yang saya nak katakan,”
“Apa?” tanya Nabila. ‘Isyhhh… Si mamat satay ni.. Kalau cakap pun tak berguna punya lah. Penyakit SB pun belum sembuh lagi.’ detik hati Nabila. Dia tertawa halus. Dia berasa lucu kerana Faizul digelar satay dan SB. SB adalah satu singkatan kepada penyakit Sewel & Biul!!
“Kenapa awak ketawa?” tanya Faizul kehairanan.
“Tak ada apa-apa. Awak nak cakap apa?” tanya Nabila pula.
“Erm.. Nabila… Saya.. Saya nak keluar dengan awak..” Faizul tidak pasti adakah Nabila faham apa yang ingin dituturkannya.
“Huh?” Nabila tidak faham.
Setelah berfikir sejenak, akhirnya Nabila dapat menangkap maksud bait-bait kata Faizul tadi. Namun, dia memilih untuk “buat-buat tak faham”.
“Sebenarnya… Saya… Saya.. suka awak!!!” ucap Faizul penuh debar.
Nabila berasa ingin pitam sekarang. Dia tidak menyangka bahawa Faizul turut meminatinya. Dia menyangka bahawa lelaki sempurna seperti Faizul tidak akan memilihnya sebagai teman hidup. Namun, dia bersyukur kerana selama ini bukanlah dirinya sahaja yang bertepuk sebelah tangan.
“Nabila, sudikah awak menerima lamaran saya ini?” tanya Faizul penuh romantis.
“Huh? Melamar? Melamar tu kan macam orang kahwin?” Nabila bingung.
“Hahahahahaha…” Ketawa Faizul meledak dengan kuat sekali.
“Awak ni kan.. Saya nak awak jadi girlfriend saya lah,” kata Faizul.
Nabila terlopong. Namun, dia bertenang. Dia membuat keputusan untuk “jual mahal”. Dia bertekad dia tidak akan bersetuju untuk menjalin hubungan dengan Faizul walaupun pada hakikatnya dia amat menyintai Faizul. Dia ingin melihat sejauh manakah keikhlasan lelaki di hadapannya ini.
“Saya tak nak terima awak. Kalau awak betul-betul suka kat saya yang buruk ni, usahakanlah sampai bulan jatuh ke riba awak!” Nabila sengaja menggunakan unsur hiperbola dalam kata-katanya.
“Baiklah. Saya akan usahakan untuk memikat dan menawan hatimu. Dan jangan sesekali kutuk diri awak tu!” Faizul berucap.
“Kamu ni kan!!! Jom lah.. Balik.. Awak nak hantar saya tak?” tanya Nabila dengan geram.
Faizul mengangguk-anggukkan kepalanya. Nabila lantas menuju ke arah kereta Toyota Altis milik Faizul. Faizul memerhati dari jauh. Dia bertekad, dia mesti berusaha untuk menawan hati “burung merpati” ini. Walaupun memerlukan pengorbanan, dia tetap akan berusaha!!!!
************************************************
Novel Terbaru
Sila komen-komen.
Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.
Tunggulah untuk episod seterusnya..
Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.
Tunggulah untuk episod seterusnya..
Pembacaku^^
cerpenku..
Sunday, June 14, 2009
Kasih yang Terpahat di Hati ~ bab 10
Posted by jc at 8:40 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment