Novel Terbaru

Sila komen-komen.



Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.







Tunggulah untuk episod seterusnya..



Pembacaku^^

Saturday, June 13, 2009

Kasih yang Terpahat di Hati ~ bab 6

“Nabila!!” laung Mawar.

Mawar ialah anggota polis yang ditugaskan untuk memanggil nama pemuda-pemudi yang menghadiri temu duga untuk menjadi anggota polis.

Dengan degupan jantung yang deras, Nabila mengetuk pintu bilik yang mengandungi pegawai polis yang akan menemu duganya nanti.

“Sila masuk,” kedengaran sebuah suara yang garau.

Nabila yang memakai baju kurung kuning cair itu masuk ke dalam bilik dan mengambil tempat duduknya di hadapan dua orang pegawai. Tatkala dia memandang muka salah seorang pegawai itu, dia ingin pitam.

“Masya ALLAH! Kenapa aku bertemu dengannya?” detik hati Nabila apabila dia terpandang muka Pegawai Faizul yang bakal menemu duganya nanti.

Faizul juga terkejut bukan kepalang apabila dia mendapati bahawa Nabilalah yang akan ditemu duganya nanti. Namun, sebagai seorang pegawai polis yang berkarisma, dia sedar, dia tidak patut menunjukkan keresahan yang bergelodak di lubuk hatinya.

“Pertama sekali, sila perkenalkan diri anda,” kata Faizul.

“Nama saya Nabila bin Shahrul. Saya dilahirkan di Kangar, Perlis. Pada tahun ini, saya berumur 20 tahun. Saya baru sahaja memperolehi keputusan STPM saya.” kata Nabila.

“Baiklah. Apa keputusan STPM anda?” tanya Ghazali, seorang lagi pegawai polis di sebelah Faizul.

“Saya mendapat pangkat pertama. 4A1.” kata Nabila dengan penuh yakin.

“Memandangkan anda memperolehi keputusan yang menggalakkan, mengapa anda tidak melanjutkan pelajaran? Malah, anda memilih untuk menjadi seorang pegawai polis?” tanya Faizul dengan tenang.

“Saya.. saya…” Nabila tergagap-gagap.

“Jika anda tidak boleh menjawab soalan saya tadi, maka apa alasan anda supaya kami meluluskan anda dalam temu duga ini?” tanya Faizul dengan nada yang lebih tinggi.

Ghazali yang duduk di sebelah Faizul tersenyum. Dia amat ‘masak’ dengan sikap Faizul. Faizul tidaklah panas baran. Namun, dia amat mementingkan disiplin dan kebijaksanaan anggota polis. Ghazali menepuk bahu Faizul sambil tersenyum.

“Walaupun saya memperolehi keputusan itu, namun minat saya lebih cenderung untuk menjadi seorang anggota polis. Oleh sebab itu, saya memohon untuk menjadi seorang anggota polis. Saya ingin menegakkan keadilan yang semakin luput ditelan zaman. Menjadi seorang polis merupakan minat saya sejak kecil lagi. Abang saya selalu membantah kehendak saya. Namun, saya tidak berputus asa. Saya tetap berusaha sehinggalah mendapat persetujuan abang saya.” terang Nabila dengan panjang lebar.

Faizul menulis sesuatu di atas sehelai kertas. Ghazali pula mengangguk-anggukkan kepalanya.

Nabila berasa lega kerana berjaya meluahkan apa yang terbuku di lubuk hatinya selama ini.

“Kamu boleh keluar sekarang,” ujar Faizul.

Nabila keluar dengan semangat yang berkobar-kobar. Dia menuju ke kantin balai polis itu dan membeli sekeping sandwich berbekalkan tuna. Dia juga membeli sebotol air mineral. Dia ingin menanti keputusan temu duga yang bakal diumumkan tiga jam nanti.

Sejam berlalu..
Dua jam berlalu..
Tiga jam berlalu..

Nabila bergegas ke dewan satu. Ramai pemuda-pemudi yang lain berkumpul di sana. Suasana yang riuh-rendah tiba-tiba bertukar menjadi tegang.

Kehadiran Faizul dan Ghazali telah menegangkan suasana di dewan satu.

“Baiklah. Selamat sejahtera saya ucapkan. Pada temu duga hari ini, sebanyak 257 pemuda-pemudi yang memohon untuk menjadi polis. Namun, malangnya, kami hanya akan memilih 20 orang anggota polis yang berkualiti dan melatih mereka di PULAPOL yang dikenali sebagai Pusat Latihan Polis di Kuala Lumpur. Sekarang, saya serahkan amanah kepada Tuan Ghazali untuk mengumumkan 20 orang calon yang berjaya,” kata Faizul penuh keyakinan. Suaranya memukau pemerhatian orang ramai terutama gadis-gadis.

“Selamat sejahtera. Saya Tuan Ghazali. Baiklah sekarang saya umumkan 20 orang calon yang layak untuk dilatih di PULAPOL. Samsul Awang, Mahadi bin Ahmad, Rizal bin Haji Johan, Taufiq Hakim, Luqman bin Monyeh, Rabanni Shahruz, Faiz Hasan, Johan Faizul, Harris Hakim, Tajul Malik, Musa Haizal, Hairul Abu, Johari bin Masing, Emir Mukhlis, Amir Mukhlis, Effa Rizan, Karim Kasing, Abdullah Ali, Hafiz Hisham dan Nabila bin Shahrul,”

Nabila sangat gembira. Dia ingin melompat-lompat bagi meluahkan kegembiraannya. Namun, mengenangkan bahawa dia berada di hadapan khayalak ramai, dia memendamkan hasratnya itu.

Ramai calon yang kecundang mengeluh hampa. Ada yang menangis. Ada yang terus pulang ke rumah kerana terlalu kecewa. Namun, Nabila berasa hairan kerana hanya dia seorang gadis yang berjaya dalam temu duga itu.

“Baiklah. Calon yang berjaya, sila berkumpul di sini. Bagi calon yang gagal dalam temu duga, saya berharap agar anda semua tidak berputus asa dan akan cuba lagi pada semester akan datang.” kata Faizul.

Nabila dan 19 orang pemuda yang lain terus berkumpul di hadapan Faizul dan Ghazali. Setelah mendengar taklimat, mereka dibahagikan kepada 2 kumpulan. Nabila berada dalam kumpulan pertama yang diketuai oleh Faizul. Mereka dipesan untuk berkumpul di tempat yang sama pada hari lusa.


**************************************************

0 comments: