Novel Terbaru

Sila komen-komen.



Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.







Tunggulah untuk episod seterusnya..



Pembacaku^^

Saturday, June 13, 2009

Kasih yang Terpahat di Hati ~ bab 5

Faizul memulas tombol pintu apartmennya lalu menghempaskan dirinya ke atas sofa yang empuk itu. Tiba-tiba dia terdengar bunyi hempasan kaca pinggan mangkuk di dapur. Faizul lantas mempercepat langkahnya ke arah dapur.

Dia ternampak ibunya, Puan Maziah, sedang mengutip kepingan kaca yang bertaburan di atas lantai. Dia segera menghentikan perbuatan ibunya itu.

“Ya Allah! Mak! Apa mak buat ni? Tengok ni, kan dah terluka??” kata Faizul dengan nada yang cemas.

Faizul segera mengambil first aid untuk mengubati luka ibunya itu.

“Ishyhh! Kamu ni kan. Lebih-lebih aje.” Kata Puan Maziah.

“Mak, janganlah buat kerja kasar,”kata Faizul.

“Kalau engkau ni betul sayangkan mak, pergilah ambil isteri. Lepas tu bagi cucu kat mak,” kata Puan Maziah. Dia benar-benar risau akan Faizul yang belum berumah tangga lagi. Selepas dua tahun, umur Faizul akan mencecah tiga puluh tahun.

“Mak, Zul kena tengok betul-betul tau. Nanti ambil isteri yang dera mak mentua pula. Lagipun, Zul nak tumpukan perhatian dalam kerjaya,” kata Faizul.

“Yalah tu. Jangan gunakan alasan lapuk kamu tu. Dah tak berkesan,” kata Puan Maziah.

Faizul hanya tersengih.

Puan Maziah menyambung lagi, “ Kali ni, jangan degil lagi. Puan Mariam akan bawa anak daranya dating ke rumah kita minggu depan. Hari Rabu. Jadi, sebelum pukul lapan malam, kena balik rumah, tau?”

“Tapi…” Sebelum Faizul sempat menghabiskan kata-katanya, Puan Maziah merenung anaknya tajam.

“Yalah.. Yalah..” akhirnya Faizul mengalah.

Faizul lantas masuk ke dalam biliknya untuk membersihkan dirinya.

***********************************************************
Nabila mengetuk pintu bilik abangnya.

“Sila masuk,” kata Nabil.

“Bang, saya nak tanya satu soalan boleh tak?”

“Sejak bila adik abang ni pandai meminta kebenaran?” kata Nabil.

“Ishyhh.. Abang ni kan.. Main-main aje.”

“Yalar.. Kamu nak jadi polis kan?” Tanya Nabil.

“Ya. Abang sangat pandai kali ini,” kata Nabila.

“Baiklah. Abang setuju.” Kata Nabil.

“Betul ke??” soal Nabila bersungguh-sungguh. Dia tidak menyangka bahawa abangnya akan membenarkannya menjadi polis.

“Ya. Tapi kena beritahu abang apa sebab kamu nak jadi polis,” tegas Nabil.

“Erm.. saya nak jadi polis sebab saya nak tegakkan keadilan lar..” kata Nabila.

“Ya ke? Bukan sebab pegawai hendsem tu ke?” gurau Nabil.

Penyepit Nabila hinggap di pipi Nabil.

“Ouchh!! Janganlah cubit lagi.” Pekik Nabil.

Nabila hanya ketawa berdekah-dekah memerhati gelagat abangnya itu. Kebudak-budakan! Sememangnya itulah hari-hari yang penuh dengan kemesraan dua orang saudara ini.

*************************************************************
Faizul meneliti fail-fail kes rompak dan ragut yang semakin berleluasa dewasa ini. Namun, perhatiannya tidak dapat ditumpukan.

“Argh!!!” Faizul menghempas fail-failnya ke atas meja.

Tiba-tiba, Faizul membuka briefcasenya lantas mengeluarkan sepucuk surat yang berwarna coklat muda. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

‘Boleh ke cara ni? Apa-apa jelah. Asalkan kali ini selamat. Kali lain nanti dululah,’ detik Faizul.

*******************************************

Tuk! Tuk! Tuk!

Puan Maziah membawa teh ginseng kepada Faizul.

“Mak, Zul nak tanya sikit ni,”

“Apa benda?” Tanya Puan Maziah.

“Jabatan Polis Kemanusiaan nak Zul pergi kem melatih polis baru di Jerantut. Kena pergi tiga bulan,” kata Faizul.

“Apa?? Lama sangat tu. Puan Mariam tukan nak bawa anak dara dia datang,”

“Mak, kem ni memang menjadi pelatih yang bagus. Restulah Zul. Lagipun Zul dah ada..”

“Ada apa? Zul dah ada pilihan hati ke?” Tanya Puan Maziah.

Faizul mengangguk-angguk kepalanya perlahan-lahan. Puan Maziah tersenyum lebar.

“Kenapa tak cakap awal-awal. Kalau macam tu, mak tak payah susah-payah nak jalin hubungan dengan Puan Mariam tu,” kata Puan Maziah.

“Ya lar..” kata Faizul.

“Okey. Jadi mak harap tak lama lagi dapat rasa nasi minyak tau,” gurau Puan Mariam.

Faizul tergelak. Dia bersyukur kerana ibunya bukanlah jenis yang suka memaksa.

“Jadi mak pun nak pergi tidur. Zul tidur awal sikit ye..” pesan Puan Maziah.

Faizul mengangguk dan tersenyum lantas memerhatikan kelibat ibunya hilang di sebalik pintunya itu.

Faizul berasa lega, gembira dan bersyukur. Walaupun dia tidak tahu bagaimana paras rupa anak dara Puan Mariam, namun dia amat pasti bahawa hatinya yang satu itu telah terpaut pada Nabila. Walau apa pun yang muncul di hadapannya, dia tetap akan berusaha untuk memiliki hati Nabila. Dia akan menghadapi sebarang rintangan, cabaran, dugaan dan kelikuan kehidupan.



**************************************

0 comments: