Kring!Kring!Kring!
Jam loceng Nabila berdering dengan nyaring. Nabila melihat jam locengnya yang menunjukkan jam tujuh pagi. Nabila lantas bangun dan membersihkan diri.
Dia lantas bergerak ke arah perhentian bas yang terletak di bawah fletnya. Dia mengatur langkah yang cepat kerana tidak ingin ketinggalan bas. Malangnya, apabila dia
sampai di perhentian bas, bas yang dinaikinya telah berlalu.
Dia melepaskan keluhan berat. Dia tidak tahu bagaimana hendak pergi ke Sekolah Rendah Kebangsaan Perempuan Methodist yang terletak di Jalan Gambut.
Dia bekerja sebagai guru ganti di sekolah itu. Pekerjaan itu hanyalah pekerjaan sandarannya. Tiba-tiba bunyi hon telah mengejutkannya daripada lamunannya. Dia berpaling
dan terkejut apabila pemandu kereta Toyota Altis membuka tingkap kereta.
"Hi, nak pergi mana?" tanya Faizul.
"Erm... saya tertinggal baslah," balas Nabila sambil menggaru-garu dagunya yang tidak gatal itu.
"Oh, macam tu kamu nak pergi mana?" tanya Faizul.
"Saya nak pergi Sekolah Rendah Kebangsaan Perempuan Methodist yang terletak di Jalan Gambut,"
"Kalau awak tak kisah, boleh saya hantar kamu ke sana?"
"Erm... boleh tapi tuan tak rasa leceh ke? Kena hantar saya lepas tu baru pergi kerja,"
"Tak. Tempat kerja saya kat Ibu Pejabat Polis Kontijen Pahang. Dah lupa dah ke? Opposite tempat kerja awak je," balas Faizul.
"Baiklah," kata Nabila lalu menaiki kereta Faizul.
Sepanjang perjalanan, Nabila tidak mengeluarkan suaranya. Faizul juga serupa. Masing-masing tidak tahu apakah topik yang sesuai dibualkan.
Faizul memasang CD Siti Nurhaliza dan lagu 'Aku Cinta Padamu' bergema di dalam kereta Faizul.
Nabila bersiul mengikut rentak lagu itu.
Faizul yang menyedari kelakuan Nabila itu bertanya, "Kamu suka lagu ni ke?"
Nabila mengangguk-angguk kepalanya.
Faizul tersenyum.
"Macam tu kamu nak CD ni tak? Saya boleh bagi kamu,"
Nabila memandang Faizul sekilas dan berkata, "CD ni kamu tak nak ke?"
"Dekat rumah saya pun ada banyak CD ni. Saya boleh bagi kamu."
"Baiklah. Terima kasih. Tapi kalau dekat rumah kamu tak ada CD ni, kamu akan bagi saya tak?" duga Nabila.
Nabila yang duduk di sebelahnya dijeling sekilas.
"Kamu teka?"
"Sebab saya tak mau teka baru saya tanya kamu,"
"Saya akan bagi,"
Nabila berasa terkejut. Benarkah apa yang Faizul cakap ni?
"Betul ke?"
"Ya.." balas Faizul selamba.
Kereta Faizul terpakir di pintu hadapan Sekolah Rendah Kebangsaan Perempuan Methodist.
"Terima kasih," ucap Nabila lalu turun daripada kereta Faizul.
Selepas mengatur beberapa langkah, Nabila dikejutkan dengan teriakan Faizul.
"Tunggu!"
Nabila berpaling dan mendapati Faizul sedang mengorak langkah ke arahnya.
"Ni CD yang kamu nak."
Nabila menyambut CD yang dihulurkan oleh Faizul dan mengucapkan terima kasih.
"Sama-sama. Semoga kita berjumpa lagi." kata Faizul.
Nabila lantas mengorak langkah ke bilik guru. Selepas meletakkan barangannya, dia terus ke dewan untuk menyertai perhimpunan.
................
Tuk!Tuk!Tuk!
Pintu Puan Rosni diketuk. "Sila masuk,"
Nabila lantas duduk di hadapan Puan Rosni, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist.
"Apa hal puan cari saya?" tanya Nabila dengan sopan.
"Erm, Nabila, guru yang bersalin tu nak balik dah, jadi.."
"Jadi puan nak saya tinggalkan sekolah ini ke?"
"Maaf , Nabila. Saya..."
"Puan, saya tahu. Tak apalah. Mungkin bukan jodoh saya dengan sekolah ini,"
"Maaf. Walau bagaimanapun, saya akan memberi gaji tiga bulan kepada kamu,"
"Tak payahlah puan. Saya faham niat baik puan. Lagipun ini tidak adil kepada cikgu lain. Lagipun saya lebih rela jika puan menggunakan
duit tersebut untuk kegunaan sekolah ini,"
Puan Rosni berfikir sejenak. Dia memang tahu bahawa Nabila sangat baik hati. Alangkah aman dunia ini jika semua orang macam Nabila.
"Baiklah jika itu kehendak kamu," kata Puan Rosni setelah menyedari lamunannya tadi.
"Puan , jika tiada apa-apa yang ingin disampaikan lagi, saya minta diri dulu," Nabila meminta izin.
Puan Rosni mengangguk dan Nabila berlalu.
..........................................
Nabila mengeluh sendirian. Walaupun dia berat hati untuk meninggalkan sekolah ini, namun dia terpaksa berbuat demikian. Lagipun dia ada
satu hasrat. 'Hahaha!' detik Nabila di dalam hati kecilnya.
Tiba-tiba dia terpaku dengan apa yang dilihatnya. 'Betulkah apa yang dilihatnya?' detik hati Nabila. Tiba-tiba dia teringin menyembamkan
mukanya ke dalam pasir.
"Hi, apa khabar?" sapa Faizul.
"Erm... kan tadi dah jumpa," tergagap Nabila menjawab pertanyaan Faizul tadi.
Faizul tertawa halus.
"Yalah, saya ni nyanyuk sikit,"
"Ya ke? Saya rasa tuan ni pun tak sampai umur tiga puluh tahun,"balas Nabila dengan berani.
"Pandainya awak. Dapat pun teka umur saya yek,"
"Ya ke?
"Awak berada di sini buat apa?" tanya Faizul.
"Saya berada di mana pun tak ada kaitan dengan tuan,"
"Wah, beraninya,"
Nabila tidak membalas kata-kata Faizul lalu berlalu ke seberang jalan. Faizul mengejar Nabila dari belakang. Faizul memaut tangan Nabila.
"Lepaskan saya!"
"Saya tak akan lepaskan awak jika awak tak ikut saya,"
"Kalau tuan tak lepaskan saya, saya menjerit. Lagipun sini banyak orang,"
"Jeritlah. Nanti tengok siapa yang malu dulu," balas Faizul dengan berani.
Nabila pun mengorak langkah mengikut langkah Faizul.
"Apa yang tuan nak tanya saya?"
"Awak tahu tak siapa yang ragut awak hari tu?" tanya Faizul.
Nabila terkejut.
"Kalau saya tahu, saya mesti tetak kepala orang tu kepada lapan belas keping," balas Nabila dengan nada yang geram
"Wah, berani lah awak ni! Tapi saya galakkan awak supaya jangan buat macam tu. Nanti kalau dikesan, kena hukuman gantung sampai mati tau," kata Faizul dengan bersungguh-sungguh.
Nabila berasa lucu dengan gelagat Faizul lantas tertawa. Dia seolah-olah telah lupa akan apa yang berlaku tadi.
"Saya gurau jelah," balas Nabila sambil cuba menahan ketawanya yang masih bersisa itu.
Faizul menarik nafas lega.
"Awak betul-betul tak tahu siapa yang ragut awak ke hari itu?" tanya Faizul.
Nabila menggeleng.
"Nama peragut itu ialah Mohd Aiman dan..."
"Hah!!"
Nabila terbungkam seketika.
"Tak mungkin! Tak mungkin!" kata Nabila sendirian.
"Saya tau kamu mungkin tak percaya. Dan adakah dia.."
"Ya. Dia ialah teman lelaki saya. Oleh itu, saya tak percaya,"
"Well, if you din't believe it, nanti saya bagi awak tengok pita rakaman,"
"Kenapa? Kenapa tak ada cinta sejati? Kenapa?"
"Erm... kamu ni anak siapa?"
"Har? Saya tak faham maksud tuan,"
"Erm.. maksud saya kamu ni anak Dato ke siapa ke?"
"Tak delah. Ibu bapa saya dah tak ada," kata Nabila dengan nada yang murung.
"Maafkan saya. Saya tak berniat hendak.."
"Tak apa. Saya faham. Lagipun hal orang tua saya meninggal dah beberapa tahun dah,"
"Oh, jadi masa kat hospital pun tu abang awak ke?"
Nabila mengangguk sambil fikirannya ligat berputar kembali kepada peristiwa di hospital lalu mengangguk.
"Erm, jadi sekarang boleh ikut saya ke balai polis?"
"Tidak! Saya tak nak jumpa dia!"
"Baiklah. Jika itu kemahuan awak. Awak boleh turun,"
"Ha?"
"Tak nak turun ke? Nanti saya dan awak kena tangkap kalwat baru tau," gurau Faizul.
Muka Nabila merona merah. Nabila lantas turun dari kereta Faizul.
*****************************************
Novel Terbaru
Sila komen-komen.
Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.
Tunggulah untuk episod seterusnya..
Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.
Tunggulah untuk episod seterusnya..
Pembacaku^^
cerpenku..
Saturday, June 13, 2009
Kasih yang Terpahat di Hati ~ bab 4
Posted by jc at 2:31 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment