Nabila sedang membelek-belek surat khabar Berita Harian yang menjadi kegemarannya dan abangnya. Tiba-tiba dia tertarik dengan sebuah berita. Berita itu berkaitan dengan Pegawai Faizul.Wartawan sedang menemu ramah Pegawai Faizul dan bertanyakan tentang kes-kes yang berjaya diselesaikannya. Terpampang sebuah gambar Pegawai Faizul di helaian khabar itu. Sedang dia mengamati gambar Pegawai Faizul, abangnya memanggilnya untuk makan malam. Abangnya, Nabil bekerja sebagai tukang masak sebuah restoran. Biasanya makanan akan disediakan oleh abangnya.
"Abang, kalau saya kata nak jadi polis, abang setuju tak?" tanya Nabila.
"Polis???? Kenapa nak jadi polis?" tanya Nabil dengan nada yang hairan.
"Sebenarnya polis itu ialah cita-cita saya semenjak kecil. Saya harap abang boleh merestukan saya." kata Nabila dengan penuh yakin.
Sebelum Nabil menyambung kata-katanya, tiba-tiba pintu flet mereka diketuk. Nabil lantas membuka pintu itu dan terkejut apabila melihat seorang lelaki yang berpakaian seragam sebagaiseorang penghantar stok berdiri di hadapannya.
"Boleh tumpang tanya, adakah ini rumah Cik Nabila?" tanya penghantar stok itu.
"Ya. Ini ialah rumah Nabila dan saya ialah Cik Nabila. Boleh saya tanya apa hal kamu cari saya?" tanya Nabila. Nabil yang berdiri bersebelahan dengannya hanya mendiamkan diri.
"Sila tandatangan di sini dan sila terima jambangan bunga ini,"kata penghantar stok itu sambil menyerahkan sejambangan bunga yang mengandungi sembilan puluh sembilan batang ros merah.
Nabila menandatangan di atas kertas lalu bertanya, " Siapa yang menghantar bunga ini kepada saya?"
"Oh, saya tak tahu. Saya ialah seorang penghantar stok sahaja. Tetapi kamu boleh tengok surat yang bersampul merah jambu itu," kata penghantar stok itu sambil menundingkan jarinyake arah sampul surat yang terletak dalam jambangan bunga itu.
"Cik, kalau tak ada apa-apa, saya minta diri dulu." kata penghantar stok itu lalu beredar dari flet Nabil dan Nabila.
"Hoi, kenapa tercegat kat sana? Cepat buka surat tu dan bacalah," kata Nabil dengan nada yang menyindir.
Nabila lantas menuju ke bilik tidurnya lalu menghempaskan tubuhnya yang langsing ke atas katilnya yang empuk itu. Lantas dia membuka sampul surat itu. Surat itu berbunyi:
Hai, Cik Nabila. Saya rasa kamu mesti terkejut apabila menerima jambangan bunga saya kan? Kamu tahu tak apa maksud sembilan puluh sembilan batang bunga ros merah? Itu bermaksud hidup sehidup semati.
Saya rasa saya sudah jatuh cinta pada Cik Nabila. Nabila, kamu tahu tak apa itu cinta pandang pertama? Maksudnya ialah jatuh cinta pada seseorang hanya dengan memandangnya pada kali pertama.
Saya amat merinduimu.
Yang benar,
Perindumu.
Nabila berasa terkejut apabila membaca surat itu. Siapakah gerangan perindumu? Siapakah yang begitu malang yang jatuh cinta pada aku yang hodoh ini? Soalan-soalan itu bermain-main di dalam fikiran Nabila. 'Ahhh! Mungkin aku berfikir banyak. Mungkin rakanku ingin mempermainkanku!' detik hati Nabila.
Tuk!Tuk!Tuk!
Pintu bilik Nabila diketuk dan Nabila lantas membuka pintu itu. Nabil tercegat di hadapan Nabila.
"Siapa penghantar bunga itu?" tanya Nabil.
"Erm.... tak ada namalah, bang," kata Nabila lalu menghempaskan badannya ke atas tilamnya.
"Apa isi kandungannya? " tanya Nabil.
"Erm.... malulah nak kata, bang," kata Nabila.
"Bagilah kat abang tengok," kata Nabil sambil menyindir adiknya.
"Eh, bang tau tak apa tu privacy?? Mestilah tak boleh cakap kat bang." kata Nabila.
"Cheh, angkuhnya adik bang ni. Cakaplah...." kata Nabil dengan nada yang mendesak.
"Tapi abang mesti janji jangan ketawa tau," kata Nabila dengan mimik muka yang comel.
"Ya, abang janji." kata Nabil sambil mengangkat tangannya tanda sumpah dengan bersungguh-sungguh.
Nabila lantas mengambil surat yang dihantar oleh 'perindunya' lalu diserahkan kepada Nabil.
Nabil lantas membaca surat yang diterima oleh adiknya itu. Selepas selesai membaca surat itu, Nabil mengangkat-angkat keningnya sambil ketawa berdekah-dekah.
Tangan Nabila hinggap di peha abangnya dan abangnya menjerit kesakitan.
"Jangan cubit! Jangan cubit!" rayu Nabil.
"Ha! Kan dah janji jangan ketawa!" bentak Nabila.
"Tak sangka adik abang ni pun ada orang cinta." kata Nabil sambil ketawa berdekah-dekah.
"Abang ni kan, cakap orang. Tengok sendirilah," kata Nabila.
"Yalah tu." kata Nabil sambil mukanya merona.
"Tengok tu, kan dah muka merah. Macam mana abang dengan Natasha?" tanya Nabila.
"Eh, mana ada?"kata Nabil.
"Yalah tu. Mesti ada ni. Eh, Kak Natasha tu cinta kat abang. Saya pun tahu abang ada simpan perasaan kat dia tapi abang sengaja jual mahal kan?" tanya Nabila.
Nabil tidak membalas kata-kata Nabila itu. Dia tahu Natasha menyimpan perasaan padanya. Sebenarnya dia juga cinta akan Natasha. Cuma dia tidak mengakuinya.
"Betul tak?" tanya Nabila.
"Betul apa?" tanya Nabil.
"Kan abang suka Kak Natasha?"tanya Nabila.
"Suka hatilah yang kamu nak cakap apa." kata Nabil.
Dia tidak mahu mengakui sebarangan kerana dia takut dikecewakan dan takut mengecewakan orang lain. Dia amat takut ditinggalkan oleh Natasha. Dia terlalu mencintai Natasha. Dia tidak tahu sama ada cinta Natasha terhadapnya kental atau tidak. Dia berasa bersalah kerana mengecewakan Natasha apabila Natasha mempamerkan cintanya kepadanya. Dia tahu hati Natasha terlalu lurus dannaif. Dia rasa bahawa keperitan pendek lebih baik daripada keperitan yang berpanjangan. Kadang-kadang dia merasakan hatinya bagaikan dihiris apabila melihat Natasha menangis di hadapannya.
**************************************
Novel Terbaru
Sila komen-komen.
Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.
Tunggulah untuk episod seterusnya..
Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.
Tunggulah untuk episod seterusnya..
Pembacaku^^
cerpenku..
Saturday, June 13, 2009
Kasih yang Terpahat di Hati ~ bab 3
Posted by jc at 2:25 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment