Jam dinding menunjukkan malam merangkak ke pukul 2 pagi. Nabila belum lena. Dia amat letih namun dia tidak tahu mengapa matanya belum terkatup lagi. Dia terkenang Asrul. Asrul merupakan jejaka tampan yang dikenalinya sejak berada di bangku sekolah lagi.
Semenjak insiden “drama” di dewan satu balai polis hari itu, dia tidak lagi terserempak dengan Asrul. Dia juga tidak tahu tentang kerjaya Asrul sekarang. Namun, dia amat pasti bahawa Asrul mempunyai karier yang besar sekarang. Jika tidak, amat mustahil untuk Asrul memiliki kereta yang mewah.
Dendangan lagu “Bukan Cinta Biasa” oleh Dato’ Siti Nurhaliza mengejutkan Nabila daripada lamunannya.
“Hello…” Nabila menjawab dengan malas.
“Hi, apa khabar?” Suara garau tersebut menyentakkan Nabila.
“Er…. Siapa awak?” tanya Nabila.
“Asrul.” Perlahan namun dapat ditangkap oleh Nabila.
“Oh… Er….” Nabila kekeringan idea.
“Apa khabar?” Asrul mengulangi pertanyaannya.
“Khabar..khabar baik. Kamu?”
“Baik lah. Macam mana kehidupan awak sekarang?” tanya Asrul.
“Baik. Kamu?”
“Baik juga. Er…” sekarang tibalah giliran Asrul tergagap-gagap.
“Saya nak ajak kamu keluar boleh tak?” tanya Asrul.
Nabila terdiam. Dia serba salah. Jika dia tidak bersetuju, Asrul akan berkecil hati. Namun, jika dia bersetuju, dia khuatir Faizul akan salah faham.
“Nabila…..”
“Baik.. baiklah.. Kat mana?” tanya Nabila.
“Kita jumpa kat McDonald,”
“McDonald yang mana?” tanya Nabila.
“Mega.” Jawapan Asrul ringkas sahaja.
“Ok.”
Jam tangan menunjukkan pukul 12 tengah hari. Nabila bergegas ke Megamall. Asrul sudah menantinya di McDonald. Asrul melemparkan senyuman buat Nabila. Nabila terpukau. Namun, dia cepat-cepat menampar pipinya. Sekarang, dia berpacaran dengan Faizul. Biarlah Faizul seorang sahaja yang menakluk hatinya itu.
“Hi!” Asrul menyapanya.
“Hi! Kenapa awak nak jumpa saya?” tanya Nabila.
“Tak de lah. Kita kan kawan? Saya nak minta tolong awak!” Asrul berkata-kata.
Nabila mengangkat keningnya. “Apa?”
“Duduklah dulu. Saya dah pesan burger ayam kegemaran awak!” Asrul tersenyum.
Nabila melemparkan senyuman yang manis.
“Thanks.” Nabila mengambil tempat duduknya.
“Nabila, boleh tak awak jadi teman wanita saya?” Asrul bertanya dengan berani.
Nabila tersedak. Asrul segera menghulurkan minuman Coke kepadanya.
“Thanks. Apa yang awak tanya?” Nabila bertanya sekali lagi untuk memastikan pertanyaan Asrul tersebut.
“Boleh tak awak jadi teman wanita saya?”
“Saya… saya….”
“Kenapa?”
“Asrul, maafkan saya. Saya….” Nabila tidak tahu bagaimana dia hendak menjelaskan kedudukannya yang sebenar kepada Asrul.
“Awak dah ada teman lelaki ke?” Asrul bertanya.
Nabila menganggukkan kepalanya perlahan-lahan. Asrul mengeluh hampa. Segala harapannya kini hancur berkecai.
“Asrul.. saya….”
“Tak apa Nabila. Mungkin ini dipanggil tiada jodoh kot!” Asrul tersenyum hambar.
Nabila menjadi serba salah.
“Nabila….”
“Hmmmm?”
“Moga-moga awak dan Faizul bersama-sama sehingga akhir hayat nanti!” kata Asrul lalu menghulurkan tangannya.
Nabila mencapai tangan Asrul dan tersenyum. Tanpa disedari, sepasang mata sedang memandang mereka dengan api cemburu yang membara.
“Tuan!” Taufiq menyedarkan Faizul.
“Hmmm?” Riak muka Faizul yang ceria sebentar tadi bertukar menjadi serius. Panahan matanya terarah kepada pasangan tersebut. Mata Taufiq turut menuruti arah yang dipanah oleh anak mata Faizul. Air mukanya turut berubah. Patutlah muka Faizul bukan main serius aje.
“Tuan, bolehkah saya…”
“Nak pergi Popular tak?” tanya Faizul.
Taufiq mengangguk-anggukkan kepalanya.
Apabila tiba di Popular, Faizul terus menuju ke sudut yang menempatkan novel-novel cinta. Dia lantas mencapai sebuah novel yang bertajuk “Setulus Hati”. Dalam benaknya, dia bercadang untuk menguji Nabila.
Novel Terbaru
Sila komen-komen.
Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.
Tunggulah untuk episod seterusnya..
Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.
Tunggulah untuk episod seterusnya..
Pembacaku^^
cerpenku..
Sunday, June 21, 2009
Kasih yang Terpahat di Hati ~ bab 14
Posted by jc at 8:57 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment