CARA-CARA MENJIMATKAN ELEKTRIK
Penjimatan elektrik merupakan antara langkah untuk memelihara bumi. Terdapat pelbagai cara untuk menjimatkan penggunaan elektrik.
Antaranya adalah dengan memadamkan suis lampu dan peralatan elektrik apabila tidak digunakan. Selain menjimatkan tenaga, kita juga memanjangkan jangka hayat peralatan tersebut. Kita juga boleh mengurangkan kuasa elektrik yang digunakan.
Mengubah suhu penyaman udara daripada 20 darjah Celcius kepada 24 darjah Celcius dapat menjimatkan 33 peratus penggunaan tenaga elektrik. Bagi pengguna yang berkemampuan, kita boleh menggantikan model-model lama perkakasan elektrik dengan model baru yang menjimatkan elektrik. Peti sejuk model terkini contohnya dapat menjimatkan 15 peratus penggunaan tenaga elektrik berbanding dengan model yang dikeluarkan pada 2001.
Penjimatan elektrik bukan sahaja menjimatkan penggunaan sumber asli dan meringankan bebanan kos hidup, malahan menjadikan kita lebih mesra alam.
Novel Terbaru
Sila komen-komen.
Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.
Tunggulah untuk episod seterusnya..
Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.
Tunggulah untuk episod seterusnya..
Pembacaku^^
cerpenku..
Sunday, June 21, 2009
karangan rangsangan 2
Posted by jc at 10:49 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment