Hari ini merupakan hari pertama Nabila menjadi seorang anggota polis yang sah. Dia berasa sangat gembira. Hasratnya yang terpendam selama ini terlaksana juga.
‘Ah, gembiranya!!!’ Hati Nabila berlagu.
Nabila kelihatan kemas berpakaian seragam polis yang lengkap. Dia mengenakan tudung yang berwarna biru gelap. Kasutnya yang berkilat hitam itu dipadankan. Pakaian yang dikenakan tiada sebarang cacat cela.
Mata Nabila terarah kepada sembilan puluh sembilan batang bunga ros di atas mejanya. Semalam, dia masih menerima bunga-bunga ros tersebut daripada “Perindumu”. Dia masih ingat, beberapa bulan yang lalu, dia turut mengalami situasi yang sama. Semalam, sepucuk surat dikirim oleh “Perindumu”. Surat tersebut berbunyi:
“Nabila, saya amat cinta padamu. Saya memang tidak dapat nafikan lagi. Api cintaku terlalu marak, sehinggakan tidak dapat dipadam walau dengan Lautan Pasifik mahupun Lautan China Selatan. Tahniah diucapkan kepadamu kerana menjadi polis yang sah. Nabila, jangan risau. Saya akan memerhatimu dari jauh. Saya akan melindungimu tatkala kamu ditimpa bahaya. Aku cinta padamu!”
Yang benar,
Perindumu!
‘Ah, siapa dia? Macam mana dia tau aku ni jadi polis? Takkanlah dia ni pun SB?? Adess… Macam mana nie? Nak buat apa? “Perindumu” ni macam memang sewel dan biul lah. Dia ni kan.. Entah-entah memang dah sakit mental kot. Tapi takkanlah sakit mental ada banyak sangat duit untuk beli bunga ros?’ detik hati Nabila. Nabila sedar, harga sembilan puluh sembilan batang ros bukanlah semurah yang disangka. Lebih-lebih lagi, dua jambak. Nabila mengeluh sendirian. Dia berperang dengan perasaan sendiri.
Pon!! Pon!! Pon!!
Nabila tersentak. Namun, dia sempat tersenyum. Tidak perlu dijengahkan kepalanya di tingkap, dia sudah tahu siapa yang datang menjemputnya. Faizul sudah berjanji untuk menjemputnya ke balai polis hari ini.
Nabila mengunci pintu rumahnya. Faizul membuka pintu depan keretanya dan menjemput Nabila untuk menaiki kereta tersebut. Nabila tersenyum. Dia berasa sangat bahagia.
‘Hahaha.. Lagi baik aku tak terima lamaran dia. Selagi aku tak terima lamaran si satay ni, selagi itulah aku akan dilayan seperti seorang puteri yang turun dari kayangan! Hahahahaha… ‘ Nabila tersenyum sendirian.
“Nape sayang senyum?” usik Faizul nakal.
Nabila tersentak. ‘Sejak bila si satay ni panggil aku sayang? Dah SB balik ke?’ detik Nabila.
“Awak ni.. boleh tak jangan panggil saya ni sayang? Geli lah hati saya.” bentak Nabila.
“Kalau geli tu, mari saya tolong tenangkan. Awak tau kan.. Macam mana kalau saya tenangkan. Saya cium awak. Macam yang BERLAKU di Hyatt hari tu,” Faizul terus mengusik. Dia sengaja menekankan perkataan “berlaku” dalam ucapannya.
“Hoi. Bukannya berlaku lah. Tapi nyaris-nyaris.” Nabila teramat geram.
“Nasib baik tak mengelamun. Sedar apa yang saya cakap. Tapi, kalau awak tak nak saya merealitikan apa yang nyaris-nyaris berlaku hari tu, awak kena setuju dengan syarat-syarat saya,” kata Faizul sambil tersengih-sengih seperti kerang busuk.
“Hah? Syarat-syarat? Banyaknyer… Bukan ke satu aje? Awak setuju pun satu syarat aje.” kata Nabila.
“Saya ada tiga syarat.” kata Faizul.
“Hah? Banyak ner?? Tak aci lah nie.. Saya punya satu aje!” bentak Nabila.
“Awak pun boleh kenakan tiga syarat. Kalau awak tak boleh fikir sekarang, boleh cakap kat saya lain kali.” kata Faizul.
‘Hmm.. bagus jugak si satay ni.. Baik saya simpan dua lagi syarat tu. Masa aku terdesak, barulah aku gunakan.’ Nabila tersenyum nakal.
“Ehem… Baiklah.. Jadi sekarang cakaplah apa syarat awak tu,” kata Nabila.
“Pertama, benarkan saya panggil awak sayang. Kedua, teman saya makan dan minum sarapan, tengah hari, petang dan malam setiap hari. Hmmm.. yang ketiga tu saya belum terfikir lah.” kata Faizul.
Nabila terlopong. Masakan Faizul tidak tahu bahawa dia tidak mungkin menerima syarat-syarat tersebut?
“Saya…” Sebelum Nabila sempat menghabiskan kata-katanya, Faizul menyampuk.
“Kalau awak tak setuju, maknanya, saya nak cium awak ni..” usik Faizul. Dia tahu, cara ini sahaja lah yang dapat menjinakkan “burung merpati” di hadapannya ini.
“Kamu ni kan..” Nabila membentak.
“Walaupun saya sedang memandu, sekarang pun saya boleh lakukannya tau..” Faizul sengaja memarakkan api Nabila.
“Ya lah.. Saya setuju!” kata Nabila dengan nada yang agak perlahan. Faizul tersenyum kemenangan.
‘Yes!! Akhirnya jinak juga merpatiku!!!’ Hati Faizul berlagu.
Nabila mencebikkan bibirnya. Tanda kurang puas hati dengan tindakan Faizul itu.
*******************************************
Tanpa menunggu Faizul untuk membuka pintu kereta untuknya, Nabila terus melompat keluar dari kereta Toyota milik Faizul itu. Tanpa menghiraukan Faizul, Nabila terus melajukan langkahnya dan meloloskan dirinya melalui pintu utama Ibu Pejabat Kontijen Pahang yang terletak berdekatan dengan Jalan Sri Gambut.
Faizul tidak turun dari keretanya. Dia hanya memerhatikan gelagat Nabila itu. Tiba-tiba dia tersenyum sendirian. Dia tahu, rajuk Nabila tidak akan berlarutan. Paling lama pun, selama tiga puluh minit. Selepas rajuk Nabila reda, Nabila akan berbaik-baik dengannya semula. Asalkan Nabila menemaninya sepanjang hari, puaslah hatinya.
Nabila tiba di pejabat Faizul dan rakan sekerjayanya. Dia terkejut apabila tiada seorang pun yang berada di pejabat itu. Rasa terkejutnya memuncak tatkala bahunya disentuh perlahan oleh seseorang.
“Nabila.. Saya nie.. Syhhh!!!” Faizul rupa-rupanya.
“Awak ni kenapa? Buat orang terkejut aje.. Kenapa ni? Tak ada orang pun?? Kamu tipu saya ke?” soal Nabila bertalu-talu.
“Isyhh.. Sayang ni kan.. Soal orang macam “machine gun” aje!!” gurau Faizul.
Nabila tersenyum.
“Wah. Dah tersenyum ke? Tadi bukan main merajuk lagi kan?? Awak nak tau kenapa tak ada orang? Sebab saya suruh mereka ikut Tuan Ghazali untuk ronda.. Saya tak nak nanti Ibu Pejabat Kontijen Pahang menjadi tempat pertama di Malaysia yang dilanda gempa bumi dan ribut taufan!!” kata Faizul.
“Awak ni kan? Betul ke awak suruh mereka ikut Tuan Ghazali tu?” tanya Nabila was-was.
“Betul lah. Sayang perindumu ni..” Faizul terlepas kata. ‘Alamak!! Macam mana ni? Kalau dia tau, macam mana?’ detik Faizul.
Nabila seakan-akan tidak percaya tentang apa yang didengarnya sebentar tadi. ‘Mungkinkah Faizul adalah “Perindumu”?’ Hati Nabila berdialog.
“Awak ke “Perindumu” yang selalu hantar bunga kat saya?” tanya Nabila.
Faizul terkedu. Dia tidak pasti sama ada haruskah dia berbohong kepada Nabila lagi. Jika dia berbohong, maknanya meningkatlah dosanya.
“Saya.. saya…” Faizul gugup.
“Faizul, please be frank. Saya tak suka orang tipu saya!” kata Nabila bersungguh-sungguh. Di sudut hatinya, Nabila memang berharap Faizul lah orang yang menghantarnya sembilan puluh sembilan batang ros itu. Dengan ini, keikhlasan Faizul dalam proses memikatnya semakin terserlah dan dia tidak perlu bimbang tentang kewarasan “Perindumu”.
“Nabila.. Ya.. Sayalah “Perindumu” yang sering menghantar sembilan puluh sembilan batang bunga ros kepadamu. Saya ingin memancarkan keikhlasan saya, melindungi awak, mencurahkan sepenuh kasih sayang kepada awak. Saya… saya tak nak kehilangan awak, Nabila. Saya memang menyintai awak sepenuh hati. Ikhlas. Demi ALLAH, saya tahu, jodoh saya dengan awak memang terserlah. Takdir adalah penentu segalanya. Nabila, sudikah awak menerima saya untuk menjadi sebahagian daripada diri awak? Menjadi boyfriend awak yang sah?” ujar Faizul penuh romantis sambil melutut di hadapan Nabila. Faizul mengeluarkan sebuah kotak kecil yang berwarna merah dan membukanya. Sebutir mutiara kelihatan berkilauan.
Nabila tergamam. Beberapa butir mutiara jernih gugur dan mengalir di pipinya. Nabila terharu dengan keikhlasan Faizul itu. Lantaran itu, Nabila mengangguk-anggukkan kepalanya. Faizul lantas bangun dan melompat-lompat.
“Hooray!!!!!!!! Aku berjaya!!!!!!” Faizul menjerit kegirangan. Dia terlalu gembira. Nabila akhirnya sudi menjadi teman wanitanya yang sah!! Dia mencapai tangan Nabila dan menyarungkan cincin yang berkilauan itu pada jari manis tangan kanan Nabila.
Nabila tertawa gembira. Begitu juga Faizul. Masing-masing terasa amat bahagia. Faizul menarik Nabila ke dalam pelukannya. Pelukan semakin kemas. Bunga kasih bermekaran di Ibu Pejabat Kontijen Pahang.
***********************************************
Novel Terbaru
Sila komen-komen.
Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.
Tunggulah untuk episod seterusnya..
Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.
Tunggulah untuk episod seterusnya..
Pembacaku^^
cerpenku..
Sunday, June 14, 2009
Kasih yang Terpahat di Hati ~ bab 11
Posted by jc at 7:31 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment