Novel Terbaru

Sila komen-komen.



Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.







Tunggulah untuk episod seterusnya..



Pembacaku^^

Sunday, June 21, 2009

karangan rangsangan 1

FAEDAH-FAEDAH MENYERTAI UNIT BERUNIFORM

Terdapat pelbagai jenis unit beruniform di sekolah. Antaranya, Persatuan Bulan Sabit Merah, Kadet dan Pengakap, serta Pandu Puteri dan Puteri Islam.

Banyak faedah yang diperoleh oleh pelajar apabila menyertai unit beruniform. Dalam unit ini, ahli dilatih berdikari dan dipupuk dengan bakat kepimpinan. Mereka juga dilatih mematuhi peraturan dan arahan, yang memupuk disiplin diri dan kekuatan minda pelajar.

Melalui aktiviti berkumpulan, hubungan sesama ahli dapat dieratkan serta memupuk semangat bekerjasama, toleransi dan bersatu padu dalam kalangan ahli. Kecergasan diri juga diperoleh dengan menyertai aktiviti yang diadakan oleh persatuan pada hujung minggu.

Setiap ahli dapat berinteraksi dan bertukar-tukar pendapat, yang memupuk kecerdasan minda. Kemahiran yang diajar membolehkan ahli memperoleh pengetahuan yang berguna selain menimba pengalaman melalui aktiviti perkhemahan atau lawatan yang diadakan.

Kesimpulannya, menyertai unit beruniform sebagai aktiviti kokurikulum banyak memberikan manfaat kepada pelajar.

0 comments: