Novel Terbaru

Sila komen-komen.



Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.







Tunggulah untuk episod seterusnya..



Pembacaku^^

Sunday, October 25, 2009

Kasih yang Terpahat di Hati ~ bab 31

“Mak..” Air mata yang merembes keluar tidak dipedulikan oleh Masliza
lagi. Kegembiraan dan kesyukurannya memang tidak dapat dibendung. Puan
Maziah tersenyum memandang anaknya.

Sudah lama.. sudah lama Maziah tidak menatap wajah ayu Masliza. Dia
ingat.. dia ingat segala-galanya. Ingatannya masih segar lagi. Dia
mula berasa serba-salah. Walaupun dia tidak pernah sedar selama
sepuluh tahun, dia dapat merasai kedukaan Masliza. Dia yakin, Masliza
sudah meninggalkan Taufiq. Dulu. “Mak..” Air mata yang merembes keluar
tidak dipedulikan oleh Masliza lagi. Kegembiraan dan kesyukurannya
memang tidak dapat dibendung. Puan Maziah tersenyum memandang anaknya.

Sudah lama.. sudah lama Maziah tidak menatap wajah ayu Masliza. Dia
ingat.. dia ingat segala-galanya. Ingatannya masih segar lagi. Dia
mula berasa serba-salah. Walaupun dia tidak pernah sedar selama
sepuluh tahun, dia dapat merasai kedukaan Masliza. Dia yakin, Masliza
sudah meninggalkan Taufiq. Dulu.. dulu dia menyalahkan Masliza kerana
dia berpendapat Masliza mengakibatkan kematian suami tercintanya.
Kini.. setelah dia melawat ‘dunia baru’, dia pasrah. Dia redha.. Dia
tahu, kematian suami tercintanya, Ismail, bukan merupakan
tanggungjawab anaknya. Semuanya kerana takdir Tuhan. Air matanya mula
mengalir.

“Mak.. kenapa mak menangis?? Mak.. jangan nangis, mak.. Liza sedih
kalau mak nangis.. mak.. tolong..” Masliza menangis tersedu-sedan. Dia
mengesat air mata yang mengalir di pipi Maziah yang berkedut itu.

“Liza.. mak..mak..” Hiba Maziah tidak dapat dibendung lagi. Dia
mencapai tangan anaknya dan menciumnya. Ya ALLAH! Sudah begitu besar
memanjang anakku.. Maziah berdesis perlahan.

“Mak.. mak rehat dulu ye.. doktor cakap mak kena jaga kesihatan
baik-baik.. Liza.. Liza tak sanggup..tak sanggup hilang mak lagi..”
Sesungguhnya, Masliza amat menyayangi maknya. Sudahlah sepuluh tahun
yang lalu dia kehilangan ayahnya, kini, sepuluh tahun berlalu, Masliza
tidak sanggup kehilangan ibunya lagi.. Tidak sanggup lagi..

“Tak.. Liza.. mak.. mak mintak maaf.. Taufiq..Taufiq..mana??” Masliza
tersentak. Air matanya tidak jadi mongering. Mana tidaknya, tidak
semena-mena, ibunya mengungkitkan pasal Taufiq pula. Hatinya terguris
sebenarnya. Namun, dia cuba melindungi perasaannya dengan mempamerkan
secalit senyuman hambar.

“Dah..dah putus..” Perlahan sahaja suara Masliza menjawab. Maziah
mengeluh kehampaan.

“Kenapa tak.. tak cari Taufiq?” Masliza diam membisu. Cari? Bukannya
dia tidak pernah. Tetapi tiada gunanya.. memang tidak berguna lagi..

XxxxXxxxXxxx

Telefon bimbit Faizul berdering. Faizul lantas mencapai telefon
bimbitnya. Mukhriz! Talian pantas disambungkan.

“Helo, Faizul ke?”

“Ya.. bang Mukhriz, ada apa-apa yang berlaku??” Entah kenapa,
jantungnya mula berdegup kencang. Nalurinya kuat mengatakan bahawa ada
perkara yang buruk telah berlaku.

“Er.. sebenarnya, Azman Adam tu.. pengumpul maklumat awak untuk
Kumpulan Sin Seng kan?” Faizul tersentak. Pantas dia mengiyakan.

“Er.. identitinya dah terdedah.. dia .. dia..” Mukhriz tidak sampai
hati menyampaikan berita terkini itu kepada Faizul.

“Dia dah meninggal kan?” Sebenarnya, jika Mukhriz tidak menghabiskan
kata-katanya, dia dapat mengagak apa yang telah berlaku sebenarnya.

“A’ah.. Tapi nasib baik dia tak ada keluarga..” Mukhriz mengeluh hampa.

“Ya.. tapi.. sayang jugak.. sebab Azman tu talented dalam hal macam
ni.. entah kenapa la dia boleh meninggal.. sebab selama ni dia cukup
bijak..” Kehairanan mula menyelubungi dirinya. Mukhriz turut
mempersetujui pernyataan Faizul itu. Setelah berbincang tentang
kegiatan kumpulan haram Sin Seng, talian diputuskan. Faizul tersandar
lesu di atas tilam empuk yang disediakan di Hotel Sheraton itu.
Mindanya ligat berputar.

‘Mungkinkah Ghazali yang membunuh Azman??” Persoalan yang cukup
sensitif dan negatif ini mula menerjah minda Faizul.

XxxxXxxxXxxx

Lagu “You are Not Alone” oleh Michael Jackson berkumandang di udara.
Asrul menjawab malas panggilan itu.

“Asrul.. tengah buat apa tu??” Suara Zulaikha menampar gegendang telinga Asrul.

“Erm.. kat ofis ni..” Sebenarnya, serba-salah juga Asrul. Kini, Asrul
sedang bercinta dengan adik tiri Zulaikha yang amat-amat dibenci oleh
Zulaikha. Jika Zulaikha mengetahui berita tersebut, entahlah apa yang
bakal dilakukan oleh Zulaikha nanti. Bimbang juga dia jika Zuzita
dimaki hamun oleh kakak tirinya itu.

“Oh.. boleh tak kita gi lunch??” Zulaikha mempelawa. Asrul lagilah
serba-salah. Hari ini, dia mempunyai lunch date dengan Zuzita. Namun,
apa kata Zulaikha nanti??

“Boleh tak, Asrul??” Zulaikha mengulangi pertanyaannya semula setelah
tiada jawapan terpacul dari bibir Asrul.

“Er..” Teragak-agak juga Asrul. Dia harus membuat pilihan yang tepat
dan cepat kini!! Tiba-tiba, pintunya diketuk. Zuzita yang tercegat di
hadapannya mengunjukkan jam tangannya, tanda mengingatkan Asrul
tentang lunch date mereka. Asrul tersenyum manis sambil mengangguk.

“Er.. Ika.. awak makan sendiri la.. saya sibuk la..” Asrul menolak
pelawaan Zulaikha dengan lembut. Bimbang juga Asrul andai sahabatnya
itu terguris perasaannya. Zuzita tersentak.

‘Ika? Kakak ke?” Cemburu mula mengulit hati Zuzita. Riak wajahnya mula
bertukar menjadi masam.

Talian diputuskan. Asrul mengemaskan barangannya di atas meja.

“Jom!!” Kot yang tersidai di atas penyangkut pejabatnya itu lantas
dicapai. Langkahnya terhenti seketika ketika matanya tercantap seraut
wajah teman wanitanya yang monyok itu.

“Ala.. sayang, kenapa ni?” Asrul mengujar lembut.

“Tak de pa pe la..” Zuzita tersenyum hambar lalu berlalu dari situ.
Asrul hanyalah terpinga-pinga sendirian.

‘Apa salah aku??’ Dia mencongak segala tindak-tanduknya tadi.
Tiba-tiba, dahinya ditepuk!!!

“Perbualan dengan Ika rupa-rupanya..” Asrul sekadar
menggeleng-gelengkan kepalanya.

‘Cemburu betul teman wanita aku..’ Asrul berdetik.

“Tapi, kata orang, cemburu tu maknanya sayang..” Senyuman lebar mula
mengorak di bibir Asrul. Langkahnya dipercepat untuk menyaingi langkah
teman wanitanya itu.

0 comments: