Novel Terbaru

Sila komen-komen.



Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.







Tunggulah untuk episod seterusnya..



Pembacaku^^

Monday, October 5, 2009

Cintakah Ini? bab 4

Maisarah termenung seketika. Dia melilau keadaan sekelilingnya. Peluh memercik di dahinya. Pipinya menyala kemerah-merahan. Pemanasan global yang giat berlaku belakangan ini memang menyusahkan orang. Itulah rungutan yang sering meniti di bibir mongel Maisarah. Sementara termenung, dia mencongak perbuatannya tadi seketika.

‘Keterlaluan ke aku buat macam tu kat Ridzuan?’ Lama-kelamaan, dia mengeluh sendirian. Sebenarnya, Maisarah pun tidak menginginkan keadaan sedemikian berlaku. Namun, apakah dayanya? Maisarah paling membenci orang yang menipunya. Perlahan-lahan, dia mengurut dadanya bagi meredakan amarahnya yang kian membuak-buak di dalam dadanya itu.

Pon! Pon! Pon!!!

Terkejut beruk Maisarah dibuatnya.

“Masya ALLAH! Sape ni? Nak buat aku sakit jantung je!!” Maisarah melenting berang. Namun, dia terdiam selepas terpandang kelibat lelaki yang duduk di tempat belakang kereta mewah tersebut.

Rizan!!

‘Dia ni buat pe? Suruh pemandu hon nape?? Nak matikan aku ke?? Atau dia jemput mak we dia??’ Maisarah sempat memicing keadaan sekelilingnya. Dia hairan.

‘Tak de sape-sape pun!’ Agaknya, kenapa Rizan suruh pemandunya honkan kereta?? Persoalan itulah yang menakluk pemikiran Maisarah kini. Tingkap kereta Mercedes itu diturunkan. Pemandu Rizan menjengah keluar.

“Cik Maisarah, masuklah dalam kereta!” Maisarah tergamam.

‘Pak cik ni suruh aku masuk kereta Rizan buat pe??’ Maisarah menggaru-garu dagunya yang tidak gatal itu. Sekadar menenangkan jantungnya yang kini berdegup kencang.

‘Mak ai! Buat pe kencang sangat ni? Janganlah risau!!’ Maisarah mengurut-urut dadanya. Dia hairan, kenapa jantungnya berdegup sebegini kencang?

Pintu kereta dibuka. Rizan turun. Pandangan matanya menikam tangkai jantung Maisarah. Lagilah berdebar-debar Maisarah dibuatnya.

“Maisarah, awak tak nak naik ke? Semua murid dah balik pun. Awak nak berseorangan kat sini ke? Tak takut ada lelaki gila seks nak cabuli awak? Tapi, awak tak bodoh. Awak mungkin boleh charge lelaki tu Seksyen 509 Kanun Keseksaan kan? Tapi, takut-takut nanti, awak pun dah jadi gila sebelum sempat dakwa lelaki itu di muka keadilan nanti..” Panjang melebar ucapan berbaur sinis daripada Rizan. Maisarah tersentap. Mukanya menahan rasa malu yang meluap-luap. Dia sempat terpandang senyuman sinis yang merekah dari bibir Ketua Pengawas Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib itu.

“Awak tahu ke rumah saya kat mana??” Maisarah buat-buat tidak dengar pada ucapan sinis Rizan tadi.

Senyuman sinis masih melekat di bibir Rizan. Maisarah mengerutkan keningnya.

‘Agaknya, si mamat nilah yang sesuai jadi lelaki gila seks!!’ Maisarah mencongak sendirian.

“Jangan pandang tinggi sangat diri awak tu.. Saya takkan begitu ambil berat kat awak, tau tak? You don’t deserve it!!” Maisarah tersentak. Bola matanya mula terasa panas. Namun, dia cuba menahan air matanya gugur dari kelopak matanya yang panas itu.

“Jangan hina saya! Saya juga boleh dakwa awak atas Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengucapkan sesuatu yang tidak menghormati hak saya sebagai wanita!!” Suara Maisarah kedengaran sedikit lantang. Keberanian datang dari mana? Maisarah sendiri juga tidak mampu menjawab persoalan ini. Apa yang dia tahu, dia perlu mempertahankan maruahnya daripada dipersendakan oleh lelaki kaya seperti si keparat ini!!

“Awak dah jadi wanita ke? You are so childlish. Do you think you are mature enough to be a woman?? Awak ni baru umur belasan tahun! Wanita tu umur 21 tahun ke atas, tau tak? Basic macam ni awak pun tak tau ke??” Rizan tidak habis-habisan menyindir gadis yang tercegat di hadapannya ini.

“Ei!! Rizan!! I think you are the one who is childlish, right?? Tadi awak kata, kalau ada lelaki gila seks yang mencabuli saya, saya boleh dakwa lelaki itu atas seksyen tu… Seksyen tu pun untuk wanita kan? Since you said that, you already meant that I am a woman, isn’t it???” Maisarah semakin berang kini. Rizan tersentap. Kali ini, dia benar-benar kehabisan hujah.

Rizan lantas masuk ke dalam kereta dan mengarahkan pemandunya untuk pergi dari situ. Terbuntang mata Maisarah dibuatnya.

“Si mamat ni, gila !! Memang gila!! Sewel!! Biul!!!!!!!!!!!!!!!” Maisarah menjerit sekuat hatinya.

**************

Rizan menghempaskan beg sekolahnya di atas sofa. Sekujur tubuh badannya terlentang di atas sofa empuk di ruang tamu rumahnya. Pak Cik Hassan, pemandu Rizan, menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Rizan..” Perlahan sahaja suara Pak Cik Hassan, yang sekali gus menjadi penjaga kepada Rizan sejak kecil lagi.

“Apa, Pak?” Rizan malas mahu memikirkan perdebatan antara Maisarah dengannya tadi. Kemarahan yang meluap-luap di pekung dadanya masih belum lesap lagi.

“Rizan tak pernah macam tu .. Pak faham sangat kat Rizan ni.. Mesti Rizan minat gadis tu kan? Rizan ni, kalau sayang kat seseorang, mesti selalu gaduh kan?” Rizan tersentap.

‘Betul ke?? Arghhh!! Karut!!!’ Rizan membentak.

“Pak, saya.. Argh!! Pening kepala betul!!!!” Rizan melepaskan keluhan. Kini, mindanya benar-benar sarat dengan pelbagai persoalan yang berkaitan dengan Maisarah.

“Dia tu gadis baik.. Hargailah ya..” Sebelum Rizan sempat membidas, Pak Cik Hassan menyambung lagi, “Pak nak gi mandi.. bye.. jumpa nanti!!”

Rizan terpinga-pinga sendirian. Mindanya kini mengasaknya sehinggakan dia terpaksa menelan beberapa biji Panadol untuk menghilangkan kesakitan yang bersarang di kepalanya.

0 comments: