Novel Terbaru

Sila komen-komen.



Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.







Tunggulah untuk episod seterusnya..



Pembacaku^^

Friday, October 16, 2009

cerdik + comel = cinta 8

Amri Zainal mengeluh sendirian. Kejadian Ayu Naliza ditikam dan cuba diculik menguasai mindanya kini. Tiba-tiba, telefonnya berbunyi menandakan sebuah mesej diterima.

Hahaha.. Amri Zainal bin Dato’ Seri Amirul Hadi.. pasti awak sedang gelisah sekarang, kan? Nak tahu kejadian pembunuhan Nur Syahirah?? Hahaha… Lawatlah www.nursyahirah-murder.blogspot.com...

Amri Zainal tersentak. Dia lantas membuka website yang dinyatakan oleh orang yang tidak dikenali itu. Serta-merta, gambar Nur Syahirah yang berpakaian genit terpampang di skrin labtop Amri Zainal. Amri Zainal tersentak.

‘Nape dia pakai cam ni?? Ingatkan dia ni pure Muslim..’ Amri Zainal terdetik. Sejurus selepas itu, sebuah mesej diterimanya lagi.

Not bad.. At least you trusted me, right?? Berani tak cabar saya sekali lagi?? Hahaha…

Amri Zainal tersentap. Dia dapat merasakan, segala gerak-gerinya dapat diintip oleh orang yang tidak dikenali ini. Dia melilau keadaan di sekelilingnya. CCTV!!

‘Tapi, ni kawasan WWJ.. Sape yang dapat ceroboh masuk? Orang ni sape?? Rizal Amidin? Amirul Dida? Cik Faznita? Tak mungkin kot… Takkan mereka nak bunuh saya?? Atau Ayu Naliza?? Isyhh!! Lagilah tak mungkin.. Dia sendiri muncul dalam waktu yang sama dengan pembunuh tu!!!!’ Amri Zainal berteka-teki sendirian.

Tiba-tiba, kesakitan mula menyerang Amri Zainal bertubi-tubi. Dia lantas mencapai sebiji pil dalam sebuah botol kecil di dalam sakunya.

‘Argh!! Pahit sungguh!!!!!!’ Amri Zainal merungut sendirian.

Dia menyandar lesu di atas sofa yang disediakan oleh Cik Faznita di tempat himpunan ahli kelab WWJ.

XxxxXxxxXxxx

“Naliza.. Naliza..” Cik Faznita memanggil perlahan. Kelopak mata Ayu Naliza mula dibuka. Dia terbatuk-batuk. Cik Faznita lantas menghulurkan segelas air suam kepada Ayu Naliza.

“Te..terima kasih, cik..cikgu..” Tidak bermaya suara Ayu Naliza kedengaran. Di dalam hatinya, dia mencongak-congak sendirian.

‘Patutkah aku bagitau cikgu fasal tadi??’ Ayu Naliza mengeluh sendirian. Hatinya diselubungi rasa resah.

“Naliza.. kenapa awak tiba-tiba pengsan je tadi?? Nasib baik Amri sempat panggil doktor tau..” ujar Cik Faznita lembut. Ayu Naliza serba-salah.

‘Jika Amri tak bagitau cikgu, maknanya dia tak nak cikgu tau.. lantaklah.. tak payah bagitau dulu.. tanya Amri dulu..’ Ayu Naliza membuat keputusan.

“Naliza??” Cik Faznita mula risau. Ayu Naliza kelihatan banyak termenung. Mungkinkah pengsan terlalu banyak kali??

“Er.. tak de la.. mungkin penat kot..” Ayu Naliza kekok sekali untuk berbohong. Sejak kecil, dia hanya pernah berbohong sekali sahaja. Sekali.. Sejak itu, dia tidak berani untuk berbohong lagi.

“Hmm.. macam tu.. Naliza rehat ya.. jangan fikir banyak-banyak..” Cik Faznita menasihati. Ayu Naliza mengangguk. Cik Faznita tersenyum dan berlalu dari bilik wad Ayu Naliza.

XxxxXxxxXxxx

Kesakitan yang menyerangnya sebentar tadi sudah reda kini. Amri Zainal menghela nafas lega. Dia merenung kembali skrin labtopnya. Dia meneliti pakaian yang dipakai oleh Nur Syahirah.

‘Hmm.. ni memang gambar sebenar dia.. tak de edit pun.. tapi..’ Matanya terpaku seketika. Dia kembali meneliti gambar-gambar yang dilihatnya sebentar tadi.

‘Syarikat pakaian?? Model??’

Laman web utama Syarikat Pakaian Stars dibuka. Mata Amri Zainal terbelalak. Sah! Nur Syahirah bekerja sebagai model di Syarikat Pakaian Stars.

‘Patutlah dia mengenakan baju cam tu..’ Amri Zainal berdetik. Suis labtop ditutup, jam tangannya dibelek, sebuah destinasi dituju.

XxxxXxxxXxxx

“Welcome!!” Penyambut tetamu yang cantik menyambut kehadiran Amri Zainal di muka pintu Syarikat Pakaian Stars – bangunan bertingkat lima itu. Syarikat Pakaian yang berjenama ‘Stars’ itu memang cukup terkenal dalam kalangan masyarakat era pemodenan ini. Syarikat itu menjual pakaian moden yang kadang-kadang tidak menutup aurat jika dipakai oleh si pemakai berbangsa Melayu.

Amri Zainal melilau keadaan di sekelilingnya. CCTV berada di sekitar bangunan itu. Barangkali, tauke syarikat itu bimbang syarikatnya dirompak. Dia menuju ke arah kaunter syarikat itu.

“Hello, may I help you?” Seorang gadis remaja mengutarakan soalan. Berdasarkan pemerhatian Amri Zainal, semua pekerja syarikat ini merupakan gadis yang berumur antara 20-an hingga 30-an. Semua pekerjanya turut mengenakan pakaian moden syarikat tersebut.

‘Barangkali untuk promosi..’ Detik Amri Zainal.

“Sir, may I help you??” Hairan juga gadis itu melihat Amri Zainal termenung.

“Er.. sorry, cik kenal tak Nur Syahirah??” Raut wajah gadis itu berubah tiba-tiba – masam betul.

“Sorry??” Amri Zainal mengulangi pertanyaannya setelah menyedari perubahan riak di muka gadis tersebut.

“Hmm.. dia tu model syarikat kita.. tapi.. perangai memang .. hmm.. ramai yang tak suka dia..” Gadis itu mencebik selepas menjelaskan keadaan Nur Syahirah di syarikat itu.

“Oh.. memang ramai ke yang tak suka gadis tu??” Amri Zainal ingin menduga – sejauh mana Nur Syahirah tidak digemari.

“Ya la.. mentang-mentang dia tu cantik.. berlagak la.. pas tu.. dia tu goda pulak Pengarah Urusan kita…” Amri Zainal tersentak.

‘Pengarah Urusan?? Mungkin berkaitan dengan pembunuhan Nur Syahirah’ Amri Zainal berkata-kata sendirian.

“Erm.. dia ada hubungan dengan Pengarah Urusan syarikat ni ke??” Amri Zainal cuba mencungkil rahsia.

“Ya la.. tapi baru-baru ni.. Pengarah Urusan tak datang syarikat..” Amri Zainal tersenyum. Firasatnya mengatakan – Pengarah Urusan Syarikat Pakaian Stars pasti ada kaitan dengan kes pembunuhan si genius Universiti Smart Malaysia.

“Erm.. berapa lama dah??” Kerutan dahi jelas kelihatan di dahi licin gadis tersebut.

“Encik ni tanya banyak-banyak kenapa??” Jelas, gadis tersebut tidak menyenangi pertanyaan yang diajukan oleh Amri Zainal.

“Erm.. tolonglah..” Amri Zainal cuba ‘bermanja’ dengan gadis tersebut.

Panahan mata Amri Zainal dan senyumannya memang mampu menggentarkan jiwa setiap gadis – tidak terkecuali juga gadis di hadapannya ini.

“Erm.. sebulan dah..” Terperanjat juga Amri Zainal. Sebulan??

XxxxXxxxXxxx

0 comments: