Novel Terbaru

Sila komen-komen.



Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.







Tunggulah untuk episod seterusnya..



Pembacaku^^

Saturday, September 5, 2009

Kasih yang Terpahat di Hati ~ bab 26

“Abang.. ni setiausaha baru bang..” ujar Zulkarnain. Asrul mendongak. Kerja-kerja yang dibuatnya sebentar tadi terbelangkai seketika.

Zuzita tersenyum.

‘Kacak jugak boss aku nih!!’ Sambil itu, Zuzita sempat bermonolog sendirian.

“Ok.. Zul leh keluar..” Sejurus itu, kelibat Zulkarnain terus hilang di sebalik pintu. Pintu terkatup rapat.

Zuzita menoleh sekeliling.

‘Besarnya bilik ni..’ desis hati Zuzita.

“Cik.. apa nama awak?” soal Asrul cukup berkarisma.

“Oh.. saya Cik Zuzita,” Asrul mengangguk-angguk sambil tersenyum.

“Tempat duduk Zita kat sana..” Asrul mengunjuk ke arah sebuah meja yang terletak di koridor biliknya. Zuzita menoleh.

‘Apa? Dalam bilik yang sama ngan dia?? Takkan lah kot.. Macam ni pasti aku tak dapat tumpukan perhatian..’ detik Zuzita.

“Zita.. ada masalah ke?” Asrul sempat membaca gerak hati setiausaha barunya itu.

Zuzita lantas menggeleng sambil tersenyum hambar.

“Er.. tuan, apa tugas saya hari ini?” soal Zuzita menjurus kepada hal kerjaya.

“Oh.. tolong arrange appoinments saya hari ini.. dan buatkan kopi untuk saya, boleh?” Asrul sengaja menduga. Padahal, perkataan ‘tidak boleh’ tidak harus keluar dari mulut setiausahanya itu.

“Pasti boleh, tuan..” Senyuman meleret di bibir Zuzita.

“Janganlah panggil saya tuan.. Nanti janggal pulak kan.. Lagipun kalau awak panggil saya tuan, macam saya ni tua sangat..” Asrul berseloroh. Zuzita tersenyum sambil mempamerkan sebaris gigi yang memutih.

“Nabila.. sebenarnya.. saya.. maafkan saya..” Faizul tergagap-gagap. Dia ingin menceritakan hakikat yang sebenar kepada Nabila. Dia nekad, jika dia ingin mencintai Nabila sepenuh hati, dia tidak harus menyimpan sebarang rahsia daripada pengetahuan Nabila.

“Apa, Zul?” Nabila hairan. Selama ini, Faizul tidak pernah berkelakuan sedemikian.

‘Apakah dia sudah SB balik?’ Nabila ketawa.

“Sebenarnya, masa I terima u balik, saya sedang.. bercinta dengan Ika..” Akhirnya, terluah juga apa yang terbuku dalam hati Faizul selama ini. Nabila terpempan. Namun, dia sempat mengukir senyuman.

“Zul.. janganlah gurau.. serius sikit, okay?” Nabila cuba menafikan gelodak jiwanya.

“Tak.. Nab.. saya.. memang jahat. Tapi, masa tu.. saya memang terima Ika untuk sakitkan hati awak tapi tak sangka..”

Sebelum Faizul menghabiskan kata-katanya, Nabila menyampuk, “Tapi, awak suka dia kan?!” Nabila cuba mengawal nada suaranya itu.

Faizul tunduk sambil mengeluh.

“Nab.. saya.. tapi sekarang dia dah putus dengan saya.. Jadi boleh tak awak maafkan saya?” soal Faizul cuba memohon simpati. Nabila mengeluh. Perlukah Faizul diberi peluang sedangkan ini bukan kali pertama hatinya dirobek dan dicalar sedalam ini?

“Nab…” Faizul tidak putus asa memujuk.

“Sudah.. Zul. Saya akan fikir tentangnya. Saya balik dulu. Bye.” Nabila berlalu tanpa menoleh. Faizul juga tidak mengejar Nabila.

‘Biarlah.. ini semua balasanku kerana mempermainkan perasaan dua insan yang tulus cintanya..’ Faizul sempat mengutuk perbuatannya itu lalu mendongak memandang langit yang kebiru-biruan. Setitis air mata gugur dari kelopak matanya. Dia memejam matanya, erat.

Bangunan Menara Berkembar Petronas tersergam indah. Itulah yang menjadi kebanggan negara Malaysia. Ribuan terima kasih telah diucapkan kepada tuan ilhamnya, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Faizul mengeluh hampa. Dia telah memohon cuti selama tiga hari. Dia ingin membawa dirinya dengan hatinya yang kian lara. Biarlah takdir-Nya yang menentukan segala-galanya kini. Tiba-tiba, Faizul teringatkan Ghazali.

‘Di manakah agaknya Ghazali sekarang? Betulkah dia pembelot sekarang? Atau..?’ Pelbagai masalah datang menerpa Faizul. Otaknya kian berserabut sekarang. Dia mengimbau kembali perbualannya dengan Tuan Amirul beberapa minggu yang lalu.

“Faizul.. saya rasa kes Ghazali tu.. serah kepada Mukhriz..” tegas Tuan Amirul. Faizul terpempan. Adakah Tuan Amirul, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Malaysia itu sedang meragui kebolehannya dalam menyiasat kes ini? Atau Tuan Amirul bimbang kebolehannya akan terjejas dek persahabatannya dengan Ghazali?

“Tuan.. saya..” Faizul tidak tahu bagaimanakah caranya untuk membidas keputusan Tuan Amirul itu.

“Faizul, saya bukannya mengesyaki apa-apa. Cuma Mukhriz tu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu. Kumpulan Sin Seng ni sekarang kian berleluasa kat Terengganu. Jadi, saya pun buat keputusan macam ni. Saya harap Faizul tak kecil hati..” ujar Tuan Amirul penuh berhati-hati. Bagai menarik rambut di dalam tepung. Dia tidak mahu salah faham akan timbul antaranya dengan orang bawahannya terutama pegawai yang berkaliber seperti Faizul.

“Oh.. tuan jangan risau. Saya tak berkecil hati langsung. Saya tak kisah. Lagipun baru-baru ni ada satu kes rompak. Pun belum selesai lagi. Jadi, ringanlah beban saya..” Faizul tersenyum ikhlas. Hakikatnya, dia langsung tidak kisah. Jika Tuan Amirul mengesyaki kebolehannya, dia pun boleh menerimanya. Masakan tidak? Ghazali ialah kawan baiknya. Rakan seperjuangan.

Faizul sempat memanjatkan kesyukuran kepada Allah. Sekurang-kurangnya, dia tidak perlulah menyaratkan otaknya dengan kes Ghazali itu. Biarlah.

‘Argh!! Aku nih macam putus asa je..’ Faizul bermonolog. Baru-baru ini, dia sering ditimpa masalah cinta. Walau bagaimanapun, dia berjanji akan setia terhadap Nabila tidak kira apa-apa yang berlaku.

Anita mengeluh sendirian. Dia sudah puas menangis. Saban hari, dia menangis tatkala terkenangkan perpisahan yang telah diwujudkan oleh Amir a.k.a. Aiman alias lelaki bertopeng monyet yang menyelamatkan nyawanya beberapa bulan yang lalu.

“Anita.. a..awak suka saya ke?” Amir memprovok. Dia kelihatan segak memakai pakaian seragam doktor yang memutih.

Anita tertunduk, malu. Dia tidak mengiyakan mahupun menafikan kenyataan itu.

“Anita.. saya tak layak untuk awak..” Perlahan sahaja suara Amir itu namun ia cukup tajam untuk menghiris, mencalar dan merobek hati Anita yang tulus dan suci itu. Beberapa butir manik jernih jatuh dari kolam air matanya. Dia cuba menahan sebaknya. Amir sedar, dia telah mencalar hati Anita. Namun, dia lebih rela Anita tidak dilukai dengan lebih mendalam pada hari yang akan datang.

Tanpa mengeluarkan suaranya, Anita lantas berlalu dari situ. Sebak yang ‘terkurung’ dalam jiwanya terhambur. Tangisannya semakin kuat.

Anita lantas meminta izin kedua-dua orang tuanya untuk bersiar-siar di ibu negeri Malaysia ini. Walaupun penuh sesak dengan pelbagai pusat hiburan dan kenderaan yang melepaskan asap lantas mencemarkan alam sekitar, hatinya akan menjadi sejuk tatkala ternampak bangunan kebanggan Malaysia ini. Menara Berkembar Petronas dan Menara Kuala Lumpur yang tersergam indah di tengah-tengah kota metropolitan itu..

0 comments: