Novel Terbaru

Sila komen-komen.



Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.







Tunggulah untuk episod seterusnya..



Pembacaku^^

Saturday, September 5, 2009

cerdik + comel = cinta 4

Amri Zainal mengetap bibirnya, geram.

“Cik Faznita, saya menghormati cikgu kerana cikgu ialah cikgu. Tapi.. tolonglah.. Jangan buat saya serba-salah. Kalau cikgu tak nak rasa serba-salah, terlebih dahulu, janganlah cikgu buat saya serba-salah.” Kata-kata Amri Zainal itu mengundang tawa Ayu Naliza dan Cik Faznita.

Apalah AZ nih! Cakap berbelit-belit pulak tu..’ Ayu Naliza berdetik.

“Hei.. Amri Zainal.. awak ingat awak sedang berada dalam kelas falsafah ke?” sindir Cik Faznita.

“Cikgu, saya sedar, saya berada di tapak himpunan rasmi ahli kelab WWJ, tapi undang-undang di tapak ini tidak menyatakan bahawa saya tidak boleh berfalsafah di sini!” Tiba giliran Amri Zainal untuk berputar-belit pula.

Cik Faznita dan Ayu Naliza masing-masing terkedu. Namun, Cik Faznita sempat mengorak senyuman.

Telefon Cik Faznita dan Amir Zainal berbunyi serentak.

“Helo.. ya.. ya.. Apa??” Suara Cik Faznita yang agak tinggi itu mengejutkan Ayu Naliza.

“Cikgu, apa yang berlaku?” soal Ayu Naliza.

“Nur Syahirah meninggal dunia..” ujar Cik Faznita perlahan. Ayu Naliza tersentak.

‘Apa? Genius perempuan tu mati?’ desis hati Ayu Naliza.

“Yes.. she was murdered!” tegas Amri Zainal sejurus membaca sms yang dihantar oleh seseorang tadi.

Tiba-tiba, sebuah idea yang bernas melintasi kepala Cik Faznita. Sejurus itu, dia tersenyum kemenangan.

“Amri Zainal! Saya cabar awak!” sahut Cik Faznita. Amri Zainal menoleh dengan serius. Tiada senyuman yang dipamerkan. Ayu Naliza sekadar mencebik.

‘Apalah! Tak gentleman langsung! Tak senyum kat cikgu pun! Huh!!!’ detik Ayu Naliza.

“Kalau awak mampu selesaikan kes pembunuhan Nur Syahirah ni sebelum ahli WWJ, awak tak perlu masuk WWJ. Kalau awak tak mampu selesaikan kes pembunuhan ini sebelum ahli WWJ, awak perlu masuk WWJ!!” Amri Zainal tersentak. Cabaran?

‘Mampukah aku?’ Amri Zainal mula menguji kebolehannya sendiri.

“Okay!!” Sejurus itu, Amri Zainal berlalu dari situ. Cik Faznita mempamerkan senyuman yang meleret.

“Cikgu!! Ma..af.. Arnab tu dah selamat!!!” ujar Rizal Amidin tercungap-cungap. Ayu Naliza tersenyum. Dia menghulurkan sehelai tuala kepada Rizal Amidin.

“Lapkan peluh awak tu!!” ujar Ayu Naliza sambil tersenyum manis. Rizal Amidin tersentak.

‘Benarkah puteriku sedang tersenyum ke arahku?’ Jantung Rizal Amidin berdegup kencang. Dia menerima tuala itu dengan teragak-agak.

“Alah.. kalau suka tu, cakap jelah. Nape nak teragak-agak pula?” sindir Amirul Dida lalu berlalu dari situ.

Riak wajah Rizal Amidin berubah. Mukanya merona merah

Tanda tanya timbul di atas kepala Ayu Naliza.

Cik Faznita sekadar menjongketkan bahunya.

Amri Zainal terus berfikir.

‘Apakah tujuan Syahirah dibunuh? Adakah kerana keputusannya? Ya! Keputusannya!’ detik Amri Zainal. Sejurus itu, dia terfikir senarai etlit yang diwujudkan oleh Puan Safias. Perkara ini pernah dinyatakan oleh Syahirah kepadanya.

Amri Zainal memangku dagunya. Sakit kepalanya semakin menjadi-jadi akhir-akhir ini. Dia lantas menelan dua pil Panadol dan meneguk segelas air suam. Perasaannya menjadi lega.

“Eh.. Aku dengar katakan ada budak baru..” bisik dua orang rakan baik yang duduk di belakang Amri Zainal.

Puan Maznita melangkah masuk. Suasana yang penuh dengan bisikan tadi kembali sunyi.

“Okay. There’s a new student today in our faculty of law!!!” Suara Puan Maznita bergema di seluruh bilik kuliah. Sejurus itu, seorang gadis yang berusia 19 tahun melangkah masuk.

“Saya , Mila Amira ditukarkan ke sini kerana mendapat tawaran. Sebelum ini, saya melanjutkan pelajaran di UKM, Bangi. Sila berikan tunjuk ajar kepada saya jika tersilap langkah!” Mila Amira memperkenalkan diri sambil tersenyum. Kedengaran suara lelaki bersiul kerana kecantikan yang dimiliki oleh Mila Amira memang mempesonakan. Mata Mila Amira sempat menangkap kelibat Amri Zainal, jejaka tampan yang mampu menawan hatinya.

Pandangan Amri Zainal yang tajam itu menusuk ke dalam kalbunya.

“Okay. Please take your sit beside Amri..” Arahan Puan Maznita itu nyata mengundang kekecewaan kepada beberapa orang pelajar ‘jantan’.

‘Thank you!! Terima kasih cikgu!!! I love you!!!’ Mila Amira sempat melonjak keriangan namun hanya di dalam hatinya.

Dia melangkah ke arah tempat duduk di sebelah jejaka tampan itu.

“Okey. Let’s start our class today!!!” ujar Puan Maznita. Lenyap segala bisikan yang bergema di bilik kuliah itu tadi.

Sepanjang kuliah ini, Mila Amira sempat meneliti dan mengamati wajah jejaka tampan di sebelahnya melalui ekor mata. Amri Zainal yang menyedarinya lantas membiarkan sahaja perbuatan gadis baru itu.

“Amri Zainal!!” laung Mila Amira. Langkah Amri Zainal terhenti seketika.

‘Mila Amira ke?’ Amri Zainal sempat bertanya kepada diri sendiri.

“Apa hal pelajar ni nak jumpa saya?” soal Amri Zainal formal.

“Janganlah panggil saya pelajar. Cakap je lah Mila..” Mila Amira sempat ‘memesrakan’ hubungan antaranya dengan Amri Zainal. Amri Zainal sekadar tersenyum.

“Apa hal?” Amri Zainal masih tidak menurut kehendak Mila Amira itu. Dia sekadar tidak menggunakan panggilan.

Kan senang? Beres segala-galanya!’ desis hati Amri Zainal sendirian.

“Er.. boleh makan lunch bersama-sama??” pelawa Mila Amira tanpa segan-silu. Dia tahu, Amri Zainal memang ‘cool’. Biarlah dia dikatakan perempuan yang terhegeh-hegeh. Dia tidak kisah. Dia nekad untuk berusaha menawan hati jejaka tampan ini.

Amri Zainal berfikir sejenak. Dia mengangguk lantas menuju ke Kafeteria The Rox. Mila Amira tersenyum.

“Yes!! Aku berjaya!!!!” Mila Amira melonjak kegirangan tanpa menghiraukan kehairanan pelajar USM di sekelilingnya.

‘Apa aku ni? Takkanlah cemburu kot!! Ayu Naliza!! Sedarlah sikit!! Awak ni bodoh! Hanya sampah masyarakat. Takkanlah Amri Zainal tu suka kat kau! Lagipun Mila Amira tu duduk kat sebelah dia!! Mila Amira tu cerdik dan cantik!! Tak macam kau!! Dibuang sekolah kalau bukan kerana Cikgu Faz.. Awak ni kan!! Memang tak sedar diri langsung!!!!’ Ayu Naliza memarahi dirinya sendiri. Beberapa titis air mata mula mengalir di pipinya. Dia lantas bangun lalu membiarkan sahaja makanannya yang tidak terjamah di atas meja. Dia mengesat air matanya dengan hujung kotnya itu. Dia berlalu dari situ.

Amri Zainal menyedari gelagat Ayu Naliza. Kedudukannya dengan Ayu Naliza bukannya jauh sangat , hanya selang dua meja sahaja.

‘Apa hal minah tu? Nangis? Sebab aku ke?’ Namun, Amri Zainal lantas menafikan kenyataan yang muncul dalam fikirannya itu. Dia lantas menjamah makanannya tanpa menghiraukan panahan mata Mila Amira.

0 comments: