Novel Terbaru

Sila komen-komen.



Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.







Tunggulah untuk episod seterusnya..



Pembacaku^^

Sunday, August 16, 2009

Cintakah Ini ? Bab 1

Maisarah termenung di jendela tingkap.

‘Tan Sri Mazlan? Mungkin ke? Mengapa?’ Air mata Maisarah mula menitis. Dia terimbas kejadian dahsyat yang pernah berlaku di hadapannya lapan tahun lalu.

Arwah ibu Maisarah, Puan Suhana menangis teresak-esak.

“Abang.. jangan.. jangan gaduh.. gaduh dengan Zlan.. tolong..” rayu Puan Suhana sambil membiarkan air matanya mengalir deras. Encik Effa tidak mempedulikan rayuan isterinya, Puan Suhana.

Mazlan Rahman sekadar memerhati ‘babak’ itu sambil tersenyum sinis. Puan Suhana curang dengan Mazlan. Encik Effa yang mendapati kes itu menjadi berang. Isterinya yang selama ini dianggap sebagai suri rumahtangga yang bertanggungjawab kononnya, telah berlaku curang terhadapnya. Sebagai seorang insan yang biasa, cemburu dan api kemarahan pasti menyerang diri seseorang itu jika insan tercinta curang terhadapnya.

Encik Effa meluru ke arah Mazlan Rahman tanpa berfikir panjang.

“Argh!!!!!!!!!!!!!!!!!!” raung Encik Effa sambil menghunus sebilah pisau yang tajam. Mazlan Rahman memulas tangan Effa lalu pisau itu terhunus ke arah jantung Effa.

Mazlan melemparkan pisau itu ke atas lantai lalu berlari keluar dari rumah tersebut.

Encik Effa terkelu. Kesakitan yang dialaminya tidak terhingga. Dunianya menjadi gelap. Senyuman anak gadisnya digambarkan sebelum dunianya menjadi gelap-gelita buat sewenang-wenangnya.

“Abah!!!!!!!!!!!!!” raung Maisarah sambil menangis. Anak gadis yang berusia lapan tahun itu meluru ke arah tubuh ayahnya yang terbujur kaku di atas lantai. Puan Suhana terkejut. Dia tidak menyangka pergaduhan Mazlan dan Effa mampu mengundang kematian Effa. Walaupun dia curang terhadap Effa, dia tetap meninggalkan rasa cinta terhadap arwah suaminya itu di dasar lubuh hatinya.

Dengan tangan yang terketar-ketar, tangan Puan Suhana mencapai pisau di atas lantai lalu menikam jantungnya sendiri. Maisarah terkejut! Biji matanya terjegil. Pada usia lapan tahun, dia telah menyaksikan pembunuhan arwah kedua-dua insan tersayangnya. Dunianya menjadi gelap seketika.

‘Mak… ayah… jangan risau.. Sarah pasti akan membalas dendam! Biarpun Sarah tidak mampu membunuh Mazlan, Sarah akan memastikan hidup Rizan merana!!!’ Azam itu ditanam dalam diri Maisarah. Dia tekad! Air matanya mengalir deras. Dia tidak mampu membendung perasaannya yang memang ‘teruk’ tika itu.

Pintu bilik Maisarah diketuk. Maisarah lantas menyeka air matanya. Mak Cik Mei Ling masuk sambil menatang sebuah dulang yang berisi secawan teh panas.

“Sarah, ni wei she me yao ku (mengapa kamu hendak nangis)?” tanya Mak Cik Mei Ling dalam bahasa Cina. Maisarah yang dibela oleh ibu angkatnya yang berketurunan Cina itu menggeleng-gelengkan kepalanya. Maisarah faham akan apa yang diperkatakan oleh ibu angkatnya itu. Dia telah mempelajari pelbagai loghat Cina.

Selepas kejadian dahsyat lapan tahun yang lalu, Maisarah dibela oleh jirannya, Mak Cik Mei Ling. Nasib menyebelahi Maisarah. Dia telah memberitahu Mak Cik Mei Ling segala-galanya yang berlaku. Mak Cik Mei Ling merupakan seorang wanita tua yang tidak berkahwin. Namun, Mak Cik Mei Ling telah menguruskan hal pengebumian arwah abah dan uminya. Dia sememangnya amat berterima kasih terhadap ibu angkatnya itu.

Mak Cik Mei Ling memeluk Maisarah hiba. Sebenarnya, wanita tua itu tahu apa yang berlegar dalam fikiran Maisarah. Mak Cik Mei Ling turut mengalirkan air mata. Maisarah Oh Maisarah…

p/s: maaf jika episod ini terlalu pendek.. i really din't have enough time.. sorry^^

~jc~

0 comments: