‘Wah, gayanya dia ni!’ Ayu Naliza berasa sungguh girang tatkala ternampak kelibat Amri Zainal. Gaya Amri Zainal berjalan menawan hatinya. Macam pemimpin yang berkarisma lagaknya. Amri Zainal yang sedang menyandarkan kot pada lengannya, tersenyum kea rah Ayu Naliza.
‘Adess…. Macam mana nih?? Dia senyum kat akulah!!’ Ayu Naliza menjadi tidak tentu arah. Resah-gelisah mula menyelubungi diri Ayu Naliza tatkala kelibat Amri Zainal mula menuju ke arahnya. Ayu Naliza tersipu-sipu malu. Namun, senyumannya mati apabila kelibat Amri Zainal melepasinya. Ayu Naliza menoleh.
Kelihatan Amri Zainal sedang bercakap dengan seorang gadis. Zurina Zeira! Ratu Universiti Smart
‘Haiz.. habislah aku! Aku ni memang SS… Syok Sendiri aje.. Orang bukannya senyum kat aku pun! Nasib baik tak tegur dia tadi!’ adu Ayu Naliza dalam hatinya. Ayu Naliza terus meninggalkan Amri Zainal tanpa menyedari gelagat Amri Zainal. Panahan mata Amri Zainal terarah pada kelibat Ayu Naliza. Jantung Amri Zainal berdebar kencang. Mengapa? Kenapa? Dia sendiri pun tidak pasti jawapannya.
Mesej gambar Amri Zainal diterima olehnya. Cahaya sekali lagi mengimbas wajahnya. Mata Amri Zainal pantas menangkap keychain telefon bimbit seorang gadis.
‘Betul! Keychain itu lah yang menyebabkan cahaya mengimbas wajahnya!’ detik hati Amri Zainal sambil tersenyum.
Amri Zainal pantas menangkap gambar gadis itu lalu menghantar gambar itu ke nombor telefon yang digunakan oleh gadis itu.
Mesej gambar diterima oleh Cik Faznita. Cik Faznita tersenyum.
‘Hmm… Amri Zainal ni bijak. Belum sampai 7 minit kali kedua saya ambik gambarnya, dia dah dapat kesan saya! Not bad!’
Zurina Zeira hairan.
‘Takkanlah Amri Zainal jatuh cinta pada Ayu Naliza kot? Siapa yang tak kenal Ayu Naliza? Kalau bukan kerana Kelab WWJ, pasti dia sudah kena buang!’ Zurina Zeira berdetik. Dia mencebik bibirnya.
“Hi… pelajar yang bernama Amri Zainal bin Dato’ Amirul Hadi! Selamat datang ke tempat perjumpaan rasmi Kelab “We Want Justice”!” ujar Cik Faznita lantang tatkala langkah pertama Amri Zainal berada di bilik kuliah 78.
“Saya ialah Cik Faznita, Presiden kelab ini. Dipersilakan tiga orang ahli kelab WWJ yang lain. Ayu Naliza!” Ayu Naliza terjun dari bumbung bilik itu dan tercegat di hadapan Amri Zainal sambil tersenyum.
“Hi, genius!!!” lantang sahaja suara Ayu Naliza. Amri Zainal masih tidak mempamerkan sebarang reaksi.
“Kedua, Rizal Amidin!” Rizal berlari ke arah Cik Faznita lalu memberi tabik hormat.
“Cikgu, saya nak pergi selamatkan arnab itu. Bye!” Dengan sepantas kilat sahaja, kelibat Rizal Amidin sudah hilang.
“Oh, pelajar! Rizal Amidin tu olahragawan universiti ini!” Amri Zainal tersenyum.
“Cikgu, olahragawan pun kena buang ke?” ujar Amri Zainal sinis. Riak wajah Cik Faznita terus berubah.
“Eh.. genius.. dia tu olahragawan. Tak kena buang lah. Walaupun pelajaran dia tu tak elok, tapi
“Ketiga, si tampan! Hampir sama dengan nama ayah awak, Amirul Dida!” Amirul Dida yang tampan muncul di hadapan Amri Zainal dengan mempamerkan karisma yang terserlah. Amri Zainal tersenyum sinis.
“Sekarang, dipersilakan ahli WWJ yang keempat, Amri Zainal!!” umum Cik Faznita lantang.
Terkejut Amri Zainal dibuatnya!
p/s: maaf kerana episod ini terlalu pendek..
~jc~
0 comments:
Post a Comment