Novel Terbaru

Sila komen-komen.



Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.







Tunggulah untuk episod seterusnya..



Pembacaku^^

Thursday, July 23, 2009

cerdik + comel = cinta

Setiap tempat mengandungi rahsia tersendiri. Tidak kira rahsia apa , rahsia tetap rahsia. Rahsia sukar dibongkar. Rahsia yang terbongkar akan dikatup dengan rahsia yang lain. Risiko apakah yang perlu ditanggung untuk membongkar setiap rahsia? Mampukah seseorang itu membongkar rahsia yang terkatup selama ini?

AMRI ZAINAL , anak kepada seorang detektif persendirian yang terkenal, Dato’ Sri Amirul Hadi. Sejak kecil, Amri Zainal sangat bijak. Dia mampu menewaskan sesiapa sahaja dalam bidang yang diceburi di sekolahnya dulu. Setiap masalah peribadinya juga mampu ditangani dengan cepat, bijak dan berkesan. Walau bagaimanapun, Amri Zainal menghidap sejenis penyakit yang akan menyerang bila-bila sahaja. Penyakit ini akan menghasilkan kesakitan saraf otak pada tahap kritikal. Penyakit ini dirahsiakan. Hanya Dato’ Sri Amirul Hadi dan Amri Zainal yang mengetahuinya. Amri Zainal sangat bijak, sentiasa berwaspada dan tenang serta berwajah kacak. Ketampanan yang dimilikinya bercampur aduk dengan ketenangan dan karisma keterampilannya yang ditampil, dia mampu menyuburkan minat mana-mana gadis terhadapnya. Namun, perkara yang pelik ialah : ~

AMRI ZAINAL TIDAK PERNAH BERCINTA HINGGALAH DIA MEMASUKI UNIVERSITI SMART MALAYSIA , KUALA LUMPUR..

Suasana Universiti Smart Malaysia sunyi sepi. Setiap pelajar sedang berperang dengan akal fikiran, emosi dan mentality masing-masing. Konflik yang melanda pelajar di kampus ini adalah disebabkan oleh peperiksaan sedang berjalan minggu itu. Di Universiti Smart Malaysia, senarai etlit telah diwujudkan. Nama pelajar yang mendapat top three dalam kampus itu akan diumumkan dan ditampal pada papan kenyataan. Blacklist pelajar turut diwujudkan. Setiap kali peperiksaan dijalankan, tiga orang pelajar yang mendapat keputusan paling teruk akan disenaraikan dalam blacklist dan dibuang sekolah. Walau bagaimanapun, terdapat empat orang pelajar tidak dibuang kerana mereka menyertai kelab WWJ yang melambangkan We Want Justice! Kelab ini amat diperlukan oleh Universiti Smart Malaysia kerana pelbagai rahsia seram universiti ini perlu dibongkar!

Amri Zainal sedang mengambil jurusan undang-undang tahun ini. Dia merupakan pelajar tahun pertama , seorang junior. Dia bertukar sekolah ke Universiti Smart Malaysia kerana keputusannya sebagai seorang junior undang-undang dalam tempoh dua bulan yang pertama di Universiti Kebangsaan Malaysia , Bangi amatlah cemerlang. Dia mendapat tawaran untuk ditukarkan ke Universiti Smart Malaysia yang merupakan sebuah universiti yang dikategorikan dalam kumpulan universiti terbaik di Malaysia.

Amri Zainal berjalan menuju ke arah pintu pagar utama USM. Sekolah ini amat luas, lebar dan besar. Selesa nampaknya. Ceria? Tidak.

Amri Zainal tersenyum sendirian. ‘Nampaknya sekolah ini pasti ada rahsia yang sepatutnya dibongkarkan!’ detik hatinya.

“Pelajar..” seru seorang gadis. Amri Zainal menoleh. Gadis itu cantik dari segi paras rupa. Namun , hatinya tidak terpaut langsung. Dia tidak tahu mengapa, dia tidak akan tertarik dengan gadis-gadis cantik. Bukan sedikit bilangan gadis-gadis yang ingin berdamping dengannya sejak zaman persekolahan menengahnya. Namun, dia menolak kesemuanya.

“Awak Amri Zainal ke?” tanya gadis itu. Gadis itu tertarik dengan ketampanan dan karisma yang ditampilkan oleh Amri Zainal. Amri Zainal sekadar mengangguk.

“Saya ialah Nur Syahirah binti Nordin. Saya merupakan Presiden Kelab Komunikasi USM. Penyelia pentadbiran di universiti ini , Puan Safias menyuruh saya menjadi ‘tour guide’ awak.” Amri Zainal juga hanya mengangguk. Padanya, action means more than words!

“Universiti ini menjadi popular kerana sistem pentadbiran yang diusahakan oleh Puan Safias. Senarai etlit dan blacklist pelajar diwujudkan.” Terang Nur Syahirah panjang lebar. Dia membawa Amri Zainal ke dalam sebuah kelas yang kosong. Pada papan kenyataan , satu soalan Add Maths yang sukar terpampang.

“Di universiti ini, hanya saya yang berjaya menyelesaikan soalan ini! Cuba awak selesaikan!” kata Syahirah dengan bongkak.

Amri Zainal tersenyum. Soalan itu terlalu mudah baginya. Dia mengambil sebatang kapur dan terus menyelesaikan soalan itu. Syahirah terpempan. Rasa resah-gelisah mula menyerang sanubarinya. ‘Amri Zainal sangat bijak. Dia pasti akan menggugat kedudukan saya!’ raung hati Syahirah.

“Seterusnya, pasti awak tahu kan!” sindir Amri Zainal lalu menyerahkan kapur itu kepada Syahirah dan meninggalkannya. Syahirah mengetap bibirnya.

EPISOD SETERUSNYA..

~jc~

p/s: maaf jika cerita ini pendek. Saya tak ada masa. Tapi kalau ada kelapangan, saya pasti akan menulis lagi. Harap maklum.

0 comments: