Kafeteria The Rox dikerumuni pelajar-pelajar Universiti Smart Malaysia. Kafeteria The Rox merupakan kantin Universiti Smart Malaysia. Kafeteria The Rox juga menganjurkan pertandingan IQ dan menawarkan makanan kepada pemenang. Hari ini, pertandingan Add Maths dianjurkan. Amri Zainal menyertai pertandingan ini. Satu soalan yang amat sukar diutarakan. Pelajar yang dapat menjawab soalan itu dengan paling pantas dan betul akan memenangi pertandingan ini. Tiada jalan kerja yang boleh ditulis. Penganjur hanya memerlukan jawapan. Oleh sebab pertandingan ini terlalu sulit dan sukar, ia hanya disertai oleh Amri Zainal dan Nur Syahirah. Pelajar yang lain masing-masing menanti dengan sabar.
‘Argh!! Susahnya!!’ detik hati Nur Syahirah. Dia tidak dapat menumpukan perhatian akibat kebisingan pelajar.
“Eh!! Senyaplah! Boleh tak?” bentak Nur Syahirah. Setiap pelajar terkejut.
“Jawapannya ialah 197!” Amri Zainal berkata-kata.
Setiap pelajar terpempan. Masing-masing kagum akan kebolehan Amri Zainal yang luar biasa itu. Nur Syahirah menggenggam buku lalinya!
“Pelajar, pizza awak!” Encik Yusof menghulurkan beberapa keeping pizza kepada Amri Zainal. Amri Zainal tersenyum.
Tiba-tiba, cahaya mengimbasnya secepat kilat. Amri Zainal menoleh. Tiba-tiba, telefon bimbitnya berbunyi menandakan bahawa ada mesej yang diterima.
Gambarnya!!! Dia berlari meninggalkan pizanya itu.
Tiada suspek yang disyaki. Semua pelintas berlagak tenang. Cahaya mengimbas Amri Zainal sekali lagi. Mesej gambarnya diterima lagi.
Matanya pantas menangkap beberapa tompok darah di
Dum!!!
Mayat seorang gadis melayang dan mendarat di hadapan Amri Zainal. Amri Zainal menoleh sekilas. Dia tersenyum.
“Jangan berpura-pura lagi. Bangunlah!” sindir Amri Zainal. Perempuan itu lantas berdiri.
“Eh.. eh.. macam mana awak tau saya ni berpura-pura? Awak ni anak Dato Sri Amirul Hadi
“Lain kali, kalau awak nak takutkan orang, gunakan darah yang sebenar. Darah tu…” Amri Zainal menunding jari telunjuknya ke arah tompok darah itu.
“Apa?” soal gadis itu ceria.
“Darah tu campuran darah kerbau dan formaldehida
“Ya lah. Macam mana awak tahu yek? Wah… awak ni terlalu cerdik lah… Genius!!” puji gadis itu ikhlas. Keikhlasan gadis itu telah menampar keharuan sanubari Amri Zainal.
“Tiada orang yang selalu sempurna. Awak ada baca buku “7 Formula Individu Cemerlang” yang ditulis oleh Doktor Danial Zainal Abidin tak? Dalam buku tu, ada tulis bahawa ALLAH akan menimpakan nikmat pada orang yang bersyukur, manakala ALLAH akan menimpakan bala pada orang yang khufur..” Setelah habis berkata-kata , Amri Zainal meninggalkan gadis itu terpinga-pinga.
“Eh.. nama saya Ayu Naliza!” teriak gadis itu. Amri Zainal menoleh sambil tersenyum.
“Hmm.. Ayu Naliza, nice name for you!” Amri Zainal sekali lagi melemparkan senyumannya. Jantung Ayu Naliza berdegup kencang. Hatinya sudah terpaut pada genius ini!
~jC~
p/s: maafkan saya.. episod ini pun pendek.. sorry^^
0 comments:
Post a Comment