Novel Terbaru

Sila komen-komen.



Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.







Tunggulah untuk episod seterusnya..



Pembacaku^^

Wednesday, June 10, 2009

sejarah bab 5 (form 1) - bahagian 3

~Laksamana bertanggungjawab menjaga keselamatan perairan Selat Melaka
~Orang Laut mengawal keselamatan perairan Selat Melaka
~Kerajaan Melaka menggubal undang-undang seperti Undang-Undang Laut Melaka
~Undang-Undang Laut Melaka mengandungi 24 fasal
~Undang-Undang Laut Melaka mengandungi:~
a) Peraturan dan tatatertib berniaga
b) Cara berjual beli
c) Hukum-hukum jenayah di kapal
d) Larangan dan tanggungjawab nahkoda, Kiwi dan anak kapal

~Kiwi ialah penyewa ruang perahu..
~Kiwi ialah penumpang yang membawa barang utk diperdagangkan
~Ketua kiwi ialah mulkiwi

~Melaka mengenakan cukai yang berpatutan
~Sistem pungutan cukai di Melaka ialah Sistem Cukai Berkeutamaan
~Cukai yg dikenakan mengikut kawasan:~
a) Pedangan dari Barat seperti India, Tanah Arab, Siam dan Pegu dikenakan cukai sebanyak 6%
b) Pedangan dari Timur seperti China dan Jepun tidak dikenakan cukai tetapi mereka dikehendaki memberi persembahan, iaitu kepada Sultan, Temenggung atau Syahbandar
c) Pedagang yang tinggal tetap di Melaka dikenakan cukai sebanyak 3%

~Pedagang perlu membuat bayaran untuk mendapatkan Surat Kebenaran Berniaga.. yang merupakan lesen untuk berniaga...
~Surat Kebenaran Berniaga dikeluarkan untuk:~
a) Memastikan urusan perdagangan lancar
b) Sumber pendapatan kerajaan

~Urusan perdagangan dijalankan melalui:~
a) Sistem tukar barang
b) Penggunaan mata wang
~Wang logam mula digunakan semasa zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah
~Wang logam timah dipanggil calains
~Mata wang emas, perak dan timah dibawa dari Pasai, Pedir, Kembayat dan Gujerat

~Melaka menjadi pelabuhan entrepot..
~iaitu pusat pengumpulan barang dari kepulauan Melayu dan pusat pengedaran barang dari Timur dan Barat ke Kepulauan Melayu
~Bahasa Melayu menjadi lingua franca
~Pedagang asing dapat bertutur dalam Bahasa Melayu
~Bahasa Melayu juga digunakan dalam hubungan sosial, pentadbiran, ekonomi, agama dan pendidikan

0 comments: