Novel Terbaru

Sila komen-komen.



Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.







Tunggulah untuk episod seterusnya..



Pembacaku^^

Thursday, June 11, 2009

sebutlah namaku 9

Pagi Isnin menjelma dengan penuh harapan baru untukku. Harapan untuk aku mengembalikan semula keadaanku sebelum kejadian ragut itu. Sebelum ini, aku rasa diriku berada dalam ketakutan, kegusaran dan kegelisahan. Masakan tidak, aku terasa seperti pendatang tanpa izin ke sesebuah negara dengan membolosi diri secara haram. Duit tiada, kad pengenalan tiada.... Nasib baiklah wajahku masih wajah orang Malaysia. Bolehlah aku berpura-pura mempunyai kad pengenalan seperti orang lain.

Aku sudah memohon cuti daripada Haji Harun kerana aku perlu menyelesaikan pelbagai urusan penting. Nampaknya, segala urusan yang bakal aku lakukan hari ini tanpa ditemani sesiapa.

Azura pagi-pagi lagi sudah bekerja seperti biasa di pasar raya Carrefour, Subang Jaya sebagai penyelia di bahagian stor. Semua barang yang sampai, perlu diperiksa dari pelbagai sudut seperti kuantiti, jenis barang, kualiti dan sebagainya. Semua itu akan direkod sebagai bukti urus niaga yang dijalankan dengan pembekal.

Melihatkan perwatakan Azura, aku yakin dia sangat komited dengan kerja. Dia begitu mementingkan disiplin. Tidak pernah dia lewat datang kerja dan sering bekerja lebih masa. Malah, dia tidak pernah mengambil cuti kecuali pada hari yang memang dia dicutikan. Kerja di pasar raya agak sukar untuk mendapat cuti kerana operasinya dijalankan setiap hari.

Cara kerja yang ditunjukkan oleh Azura memotivasikanku untuk menjadi pekerja yang cemerlang sepertinya. Mungkin profesion pegawai tadbir atau guru dengan penyelia di pasar raya berbeza. Namun, ada persamaan yang begitu ketara iaitu disiplin dan bekerja dengan hati yang benar-benar ikhlas. Keikhlasan hati ketika melakukan kerja akan membuatkan kerja yang sesusah mana pun akan menjadi mudah akhirnya.

Macam-macam agenda yang perlu aku lakukan hari ini. Destinasiku yang pertama pagi ini ialah Jabatan Pendaftaran Negara di Plaza Masalam, Shah Alam untuk memperbaharui Mykad.

Seperti yang pernah aku baca, Mykad merupakan kad yang mempunyai cip mikro yang menjadikannya seperti komputer mikro. Cip ini bertindak sebagai jentera utama dalam hal pintar yang bertanggungjawab menjadikan kad tersebut 'pintar'. Ia berupaya melakukan pelbagai fungsi, termasuk memproses data, menyimpan data dan pengurusan fail.

Mykad juga mempunyai teknologi cip dan biometrik iaitu cap jari yang dapat memastikan data yang disimpan adalah tepat dan selamat. Ciri-ciri keselamatan Mykad melindungi pemegangnya daripada sebarang pemalsuan serta penyalahgunaan kad. Malah pelbagai urusan seperti kad ATM, passport, kad Touch n Go, lesen memandu dan sebagainya boleh dilakukan dengan kad ini sahaja. Ini semua kerana ia memiliki cip yang membolehkan pelbagai urusan yang berkaitan dengan kad ini dilakukan. Inilah yang dikatakan teknologi terkini dan termudah.

*******************************************

0 comments: