Novel Terbaru

Sila komen-komen.



Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.







Tunggulah untuk episod seterusnya..



Pembacaku^^

Thursday, June 4, 2009

sejarah bab 5 (form 1) - bahagian 1

~Melaka mempunyai sistem pentadbiran yang sistematik iaitu Sistem Pembesar Empat Lipatan
~Dalam Sistem Pembesar Empat Lipatan ini:~
a)Bendahara
b)Temenggung
c)Laksamana
d)Penghulu Bendahari
~Sultan merupakan kuasa tertinggi kerajaan dan berdaulat
~Daulat bermaksud kesempurnaan, keistimewaan, kuasa tertinggi dan kewibawaan pemerintah
~Peranan sultan:~
a)Lambang perpaduan rakyat
b)Menyelaras kegiatan ekonomi
c)Ketua agama Islam
d)Ketua adat istiadat Melayu
e)Mengetuai hubungan diplomatik
f)Melantik pembesar negeri
g)Mengetuai angkatan tentera
~Sultan mempunyai kuasa mutlak
~Kronologi pemerintah Melaka:~
a)Parameswara ~ 1400 - 1414
b)Megat Iskandar Shah ~ 1414 - 1424
c)Sultan Muhammad Shah ~ 1424 - 1444
d)Sultan Abu Syahid ~ 1444 -1445
e)Sultan Muzaffar Shah ~ 1445 - 1459
f)Sultan Mansor Shah ~ 1459 - 1477
g)Sultan Alauddin Riayat Shah ~ 1477 - 1488
h)Sultan Mahmud Shah ~ 1488 - 1511
i)Sultan Ahmad Shah ~ 1511 - 1513

Peranan Bendahara:~
a)Menteri utama
b)Penasihat utama sultan
c)Ketua hakim
d)Ketua turus angkatan perang
e)Pemangku sultan

Peranan Penghulu Bendahari:~
a)Pemungut hasil dan ufti
b)Ketua Bendahari
c)Ketua Syahbandar
d)Ketua urusetia di istana

Peranan Temenggung:~
a)Ketua polis dan penjara
b)Penguasa bandar dan kota Melaka
c)Protokol istana
d)Hakim di darat

Peranan Laksamana:~
a)Ketua angkatan laut
b)Mengawal keselamatan sultan
c)Pengawal peribadi sultan
d)Ketua duta
e)Mengetuai segala utusan

0 comments: