Novel Terbaru

Sila komen-komen.



Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.







Tunggulah untuk episod seterusnya..



Pembacaku^^

Thursday, June 4, 2009

sebutlah namaku 7

Aku bersendirian kini setelah Azura keluar. Setelah memastikan semua pintu dan tingkap telah dikunci, aku memerap di dalam bilik. Aku mula membuat rujukan untuk kelas mata pelajaran Bahasa Melayu esok. Tetapi aku hanya menelaah serba sedikit sahaja. Tiada mood rasanya.

Aku mahu tidur awal malam ini supaya aku dapat lupakan kejadian siang tadi yang bagaikan wayang gambar melintasi fikiranku setiap ketika. Puas aku cuba melupakannya. Namun, ia tetap juga menerjah benak fikiranku. Jiwaku masih trauma dengan kejadian itu. Rasa ngeri menyelubungiku ketika aku berjalan kaki.

Sepanjang jalan pulang ke rumah senja tadi, aku tidak henti-henti memandang kiri dan kanan. Aku bagaikan terasa-rasa ada orang yang mengekoriku. Aku diselubungi ketakutan sehingga membuatkan dadaku berombak kencang. Dalam hati, aku tidak henti-henti berdoa supaya aku dilindungi-NYA. Ya ALLAH, KAU selamatkanlah hamba-MU yang lemah tidak berdaya ini daripada sebarang kejahatan.

Aku segera terbayangkan ibu di kampung. Bagaimana agaknya keadaan dia hari ini? Baru semalam aku menelefonnya bertanya khabar. Sering kali aku gusar mengenangkan ibu yang tinggal sendirian di kampung. Ayah sudah lama meninggal dunia iaitu ketika aku berusia lima tahun. Sejak aku bersekolah tadika, ibu hanya sendirian membanting tulang empat keratnya menyara hidupku.

Dulu, ibu seorang guru sekolah tadika. Tetapi sejak ibu bersara empat tahun yang lalu, ibu hanya menjadi pengasuh di rumah. Ada pasangan suami isteri yang bekerja menghantar anak-anak mereka kepada ibu untuk dijaga. Oleh kerana kudrat ibu tidak seperti dulu, ibu hanya mengasuh dua orang anak-anak kecil sahaja. Kadangkala mereka bermalam di rumah menemani ibu. Adakalanya ibu berseorangan. Itu yang membuatkan aku resah. Bimbang jika berlaku sesuatu yang buruk kepadanya.

Bukan aku tidak mahu tinggal bersama ibu di kampung. Ibu ada menyuruhku tinggal sahaja dengannya setelah aku tamat belajar. Namun, sungguh aku tidak menyangka yang permohonan jawatan pegawai tadbir yang kuhantar beberapa minggu sebelum aku tamat belajar diterima. Malah, aku ditawarkan menjadi guru tuisyen separuh masa pada hari Sabtu dan Ahad untuk mata pelajaran Matematik dan Bahasa Melayu UPSR.

Mengenangkan kesukaran para graduan universiti mendapatkan kerja, aku membuat keputusan untuk menerima sahaja tawaran tersebut walaupun ia bidang yang berbeza daripada kursus yang aku ambil dahulu. Seorang siswazah yang mengambil kurusus Sains Arkitek kini menjadi seorang pegawai tadbir dan guru tuisyen pula. Namun, aku bersyukur kerana tidak menjadi penganggur seperti rakan-rakanku yang lain. Walau bagaimanapun, ibu menerima keputusanku itu dengan reda.

Ak tidak mahu memberitahu ibu tentang kejadian hari ini. Akutidak mahu ibu risaukan aku di sini. Biarlah ibu sentiasa bahagia dengan anak-anak asuhannya. Cukuplah sudah derita dan kesusahan yang selama ini ibu tanggung sendirian semenjak kematian ayah.

Aku pernah menyuruh ibu mencari pengganti ayah semasa aku bersekolah menengah. Tetapi, ibu menolak mentah-mentah. Bukannya tiada lelaki yang menyuarakan isi hati untuk memperisterikan ibu. Namun, ibu tetap jga tidak mahu. Mungkin kerana cinta ibu terhadap ayah terlalu kukuh sehingga tiada lelaki lain yang boleh menggantikan tempat ayah.

Sikap ibu itu membuatkan aku kagum dengannya. Dia begitu gigih mendidik dan membesarkanku dengan penuh kesabaran. Kerana itulah, aku tidak sanggup melihat ibu bersedih. Selagi aku mampu mengatasi sesuatu masalah, selagi itu aku akan cuba menyelesaikannya sendiri.

Sebenarnya, ini bukanlah pengalaman pertama aku diragut. Ini merupakan kali kedua, tetapi perasaan trauma tetap menerjah akal kewarasanku. Kejadian itu benar-benar memberi kesan dalam jiwaku. Sehingga hari ini aku tidak boleh melupakannya. Malah, aku ingat sampai ke akhir hayatku. Kenangan dua tahun lalu terimbas di ruang ingatanku kembali.

********************
*************************

0 comments: