Novel Terbaru

Sila komen-komen.



Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.







Tunggulah untuk episod seterusnya..



Pembacaku^^

Wednesday, June 3, 2009

sejarah bab 3 (form 1) - bahagian 1

Di Asia Tenggara, terdapat 2 jenis kerajaan iaitu:~

Kerajaan Agraria & Kerajaan Maritim

Kerajaan Agraria terdiri daripada dua kerajaan iaitu:~
a) Kerajaan Angkor
b) Kerajaan Funan
~kerajaan agraria bergantung kepada kegiatan pertanian
~kerajaan ini terletak di kawasan tanah subur, lembangan sungai dan tanah pamah
~kedua-dua kerajaan ini terletak di Lembah Sungai Mekong
~kegiatan utama masyarakat kerajaan ini ialah
a) mengutip hasil hutan
b) berburu
c) menangkap ikan
~hasil utama pertanian ialah ubi taro, padi huma dan padi sawah
~masyarakat agraria membina empangan dan terusan untuk menjalankan pertanian

Kerajaan Maritim terdiri daripada lima kerajaan iaitu:~
a) Kerajaan Champa
b) Kerajaan Chih Tu
c) Kerajaan Kedah Tua
d) Kerajaan Srivijaya
e) Kerajaan Majapahit
~kerajaan maritim terletak di persisiran pantai dan menjalankan kegiatan yang berkaitan
dengan laut seperti perdagangan
~pusat pentadbiran kerajaan tertumpu di muara sungai iaitu kawasan tumpuan penduduk
~sungai dan laut menjadi jalan perhubungan utama
~kerajaan maritim di sekitar selat melaka dan laut china selatan ialah chih tu, champa dan
kedah tua
~kerajan maritim di sekitar selat melaka dan laut jawa ialah srivijaya dan majapahit
~kerajaan maritim juga menjadi orang tengah dalam urusan perdagangan
~kerajaan ini juga menjadi pusat pengumpulan barang seperti hasil hutan, rempah ratus,
gaharu, cendana, damar dan ubat-ubatan
~barangan ini dijual kepada pedagang arab, india, china dan eropah
~masyarakat maritim mahir dalam teknologi pembinaan kapal
~mereka juga mahir dalam ilmu pelayaran dan mampu belayar hingga ke Afrika Timur

0 comments: