Nabil berasa terkejut kerana telefonnya tidak dibuka. Dia terus mencas telefonnya dan membuka telefonnya. Sebaik sahaja telefonnya dibuka, ia berdering dan kelihatan nombor telefon hospital yang menghubunginya. Dia terus menjawab panggilan itu.
"Hello," jawab Nabil.
"Hello, adakah ini abang Cik Nabila binti Shahrul?" tanya jururawat dari Hospital Kuantan.
"Ya. Saya ialah abangnya. Adakah dia ditimpa kemalangan?" tanya Nabil dengan nada yang cemas.
"Ya dan..." jawab jururawat itu.
Sebelum jururawat itu berjaya menghabiskan kata-katanya, Nabil terus mengambil nombor wad adiknya dan terus meluncur ke Hospital Kuantan.
Sampai di hospital, Nabil terus masuk ke dalam wad Nabila dan dia terus memeluk Nabila tanpa menghiraukan kehadiran Faizul.
"Nabila!!!!!!!!!!"
Nabila menyambut pelukan Nabil tanpa menyebut nama abangnya kerana dia baru tersedar daripada menerima satu kejutan iaitu kehadiran Faizul ke wadnya tanpa mengetuk pintu.
Faizul lantas bangun dan meninggalkan wad itu kerana dia tidak ingin menjadi pengacau kepada pasangan kekasih ataupun suami isteri. Dia pasti bahawa lelaki yang memeluk Nabila tadi ialah teman lelakinya atau suaminya. Dia terus menuju ke arah keretanya yang terletak berdekatan dengan pintu utama hospital lalu menuju ke Ibu Pejabat Polis Kontijen Pahang.
Nabil membelai rambut Nabila yang halus itu. Sememangnya dia amat menyayangi adiknya yang tunggal itu. Ibubapa mereka telah meninggal dunia dalam satu kemalangan yang dahsyat. Semenjak itu, Nabil yang tua seusia daripada adiknya itu yang menjaga adiknya.
"Adik, abang nak tanya sikit ni," kata Nabil.
"Tanyalah," kata Nabila sambil menjengah-jengahkan kepalanya ke arah pintu wad. Dia tidak tahu ke mana Faizul pergi.
"Siapa lelaki itu? Teman lelaki ke?" sindir Nabil.
"Hishyyy!!!!!! Abang ni, tak ada benda lain ke?" bentak Nabila . Kali ini, muka Nabila menjadi merah.
"Kalau tak, kenapa muka merah tu?" sindir Nabil.
"Tak adalah, abang ni.." kata Nabila sambil mencuit lengan dan peha abangnya.
"Eh, sejak bila tangan adik ni jadi tangan ketam pulak?" sindir Nabil lagi. Kedua-dua adik- beradik itu ketawa riang. Begitulah kehidupan Nabil dan Nabila.
**************************************
Tuk!Tuk!Tuk!
Pintu pejabat Pegawai Faizul diketuk dan kedengaran suara Faizul menjawab, "Sila masuk"
Seorang gadis yang berpakaian pakaian seragam polis lengkap masuk dengan membawa sebuah senyuman yang manis.
"Tuan, apa hal tuan panggil saya?" kata gadis yang bernama Arina itu.
"Tolong serahkan laporan tentang kes ragut yang berlaku di Dataran Merdeka hari itu," kata Pegawai Faizul dengan nada yang serius.
"Tapi, kan tuan sudah selesaikan kes itu? Ada banyak kes lain yang belum selesai kenapa tuan tak nak tengok?" rengek Arina dengan nada yang manja.
"Sekarang saya ialah pihak atasan kamu. This is an order. Kalau kamu tak nak dengar pergi letak jawatan," bentak Pegawai Faizul dengan marah.
"Yalah," jawab Arina dan meninggalkan pejabat Pegawai Faizul dengan mimik muka yang merajuk.
"Apalah tuan tu? Marah-marah aje. Macam tak ada kerja nak buat. Dah selesai punya kes pun nak tengok. Lepas tu marah orang macam orang tak ada perasaan saja." kata Arina kepada rakan sekerjanya yang bernama Aina.
"Eh, mungkin tak Tuan Faizul tu putus cinta?" tanya Aina.
"Yalah. Saya pun rasa begitu. Kan orang yang putus cinta itu kan sangat suka marah orang? Tak sangka tuan yang sempurna tu pun boleh putus cinta." kata Hafiz.
"Eh, kamu semua rasa tuan tu ditinggalkan orang ke meninggalkan orang?" tanya Roslin dengan nada yang menyindir.
Tiba-tiba Pegawai Faizul keluar dari pejabatnya dan membentak, "Tak ada kerja nak buat ke? Asyik mengumpat saja. Kalau nak mengumpat jangan datang ke balai polis. Pergi ke luar!"
Semua orang menikus dan tidak berani mengeluarkan suara.
"Kenapa? Tak berani nak umpat ke? Wah, tadi bukan main seronok lagi kan? Kenapa nak umpat di belakang? Kenapa tak nak terus cakap di depan saya? Saya, Tuan Faizul ialah seorang lelaki yang menerima realiti.Kalau kamu nak cakap apa-apa tentang kelemahan saya, terus cakap aje," sindir Pegawai Faizul. Akhirnya dia menyambung lagi, "Arina, kenapa saya suruh kamu ambil fail kes ragut di Dataran Merdeka itu kamu tak ambil? Nak sampai setengah jam ke kalau nak ambil satu fail? " sindir Pegawai Faizul.
"Maaf, tuan. Ini failnya." kata Arina sambil menyerahkan sebuah fail kepada Pegawai Faizul.
Pegawai Faizul terus mengambil fail itu dan berlangkah menuju ke pejabatnya. Dia membuka fail itu dan meneliti butir-butir maklumat yang berkaitan dengan Nabila. Selepas itu, dia mengamati keterangan yang diambil daripada Nabila.
"Ah, apa kena dengan aku ni? Takkanlah aku ni mengalami cinta pandang pertama?" rungut Faizul sendirian. Dalam hatinya, dia mengakui dia cemburu atas kejadian yang dilihatnya sendiri tadi. Pasangan kekasih berpelukan.
Dia juga mengakui bahawa dia sudah mulai menyenangi Nabila. Namun, dia rasa jodoh antara dia dan Nabila sudah berakhir. Sambil-sambil itu, dia tertarik pada salah satu maklumat mengenai Nabila. Lantas dia terfikir sebuah idea dan tersenyum sendirian. Lantas dia mencapai telefon bimbitnya dan menelefon seseorang.....................
EPISOD SETERUSNYA....
0 comments:
Post a Comment