Novel Terbaru

Sila komen-komen.



Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.







Tunggulah untuk episod seterusnya..



Pembacaku^^

Friday, June 12, 2009

Kasih yang Terpahat di Hati ~ bab 1

'Ah, penatnya cuaca sekarang', detik hati kecil Nabila sendirian.

Dia baru sahaja selesai menyaksikan acara perarakan Hari Merdeka yang diadakan di Dataran Merdeka, Kuantan secara live. Dia berjalan ke arah kereta Proton Saganya yang terpakir agak jauh dari Dataran Merdeka.

Tiba-tiba seorang pemuda yang menunggang motosikal melaluinya lalu meragut beg tangannya. Oleh sebab terlalu terkilan, Nabila tidak sempat memberikan reaksi. Nabila menjadi lebih terkejut apabila seorang pegawai polis yang berpakaian seragam lengkap tiba-tiba berdiri di hadapan peragut itu. Polis itu menggari tangan peragut itu sepantas kilat.

"Saya ialah Pegawai Faizul, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang. Kamu sekarang ditahan atas kesalahan meragut beg tangan seorang wanita. Kamu berhak untuk berdiam diri. Namun, segala pertuturan kamu akan direkodkan untuk menjadi bukti di mahkamah nanti." Pegawai itu menuturkan katanya dengan tegas.

Nabila berasa kagum akan kebolehan pegawai muda itu. Walaupun usianya muda, namun beliau amat berkarisma. Memang sesuai untuk menjadi Ketua Siasatan Jenayah. 'Mukanya pun tampam jugak', detik hati Nabila sambil merenung setiap inci muka Faizul.

"Cik,"

"Cik," ulang Faizul sekali lagi.

Nabila tergamam dan berasa malu atas keterlanjurannya tadi. 'Ah, pasti dia tahu bahawa aku sedang merenungnya. Habislah aku.' detik Nabila.

"Cik, bolehkah cik ikut anak buah saya untuk pulang ke balai polis? Pihak kami memerlukan kerjasama cik untuk memberi keterangan," jelas Faizul dengan senyuman yang pasti meleburkan setiap gadis yang merenungnya. Lesung pipit di kedua-dua pipi menambahkan lagi kemanisan senyumannya.

Nabila mengangguk dengan pantas.

"Er.. yang mana kereta tuan?" tanya Nabila.

"Kamu ikut anak buah saya ke balai polis. Bukan naik kereta saya," ujar Faizul.

Muka Nabila memerah macam tomato! 'Ah, kecundang lagi!' ujar hati Nabila.

"Cuaca panas ke? Kalau panas, cepatlah pergi." kata Faizul.

Muka Nabila semakin merah padam. Dia lantas mengikut anak buah Faizul ke balai polis. Setibanya di balai polis, dia ternampak Faizul sekali lagi. Faizul menganggukkan kepalanya dan memberikan senyuman 'leburan' kepadanya. Faizul sedang berjalan ke arah Nabila. Nabila menjadi tidak tentu arah. Bukan kerana Faizul. Sebabnya adalah denyutan di kepalanya yang lebih menjadi-jadi.

"Cik, sila ikut saya ke bilik keterangan itu," kata Faizul sambil menundingkan jarinya ke arah sebuah bilik yang agak usang.

Nabila terus berlangkah ke arah bilik itu. Setibanya di bilik itu tiba-tiba Nabila merasakan seluruh pandangannya menjadi gelap.

****************************************

Faizul berlangkah ke arah bilik sepupunya, Doktor Amir. Doktor Amir merupakan doktor yang menyambut kes Nabila pitam tadi.

"Hi, lama tak jumpa. Macam mana keadaan Nabila?" tanya Faizul.

"Oh, dia hanya pitam kerana kekurangan tenaga sahaja. Tak ada apa-apa yang menakutkan," jelas Amir penuh karisma.

"Terima kasih, bang," kata Faizul.

"Sama-sama. Tu makwemu ke?"

"Tak de lar," Faizul menjawab tergagap-gagap.

"Ok la. Saya pergi lawat dia. Bye." kata Faizul lagi.

Amir hanya menggeleng-gelengkan kepalanya.



EPISOD SETERUSNYA..................

0 comments: