Fikiran Fareez mula berserabut. Simpati menerjah sanubarinya tatkala terfikir Bob yang sedang berada di dalam wad ICU itu.
“Fareez.. Bob macam mana??” soal Diana. Fareez mempamerkan wajah yang muram.
“Entahlah..” Suara Fareez macam suara orang yang tidak bermaya sahaja.
Diana memaut bahu Fareez.
‘Inilah peluangnya!! Dekatkan diri dengan dia. Tunjukkan yang awak ni lebih ambil berat pasal dia daripada Aza!!!’ detik Diana sendirian.
“Aza mana?” Fareez sempat bertanyakan kedudukan wanita kesayangannya itu. Diana naik berang. Namun, dia sama sekali tidak akan menunjukkan ‘keberangannya’ kepada Fareez. Biarlah Fareez berpendapat bahawa dia merupakan seorang gadis yang lemah-lembut dan berhati mulia. Itulah yang dikehendaki oleh Diana.
“Dia.. dia tak nak datang..” Diana berdusta. Dia berpura-pura simpati terhadap Fareez. Fareez lagilah sedih tatkala terdengar keengganan Azaliana untuk menemaninya di ketika ini.
‘Diana lebih bagus dari Aza. Kalau aku tahu dari awal lagi, pasti..’ Sebelum Fareez sempat berkata-kata kepada dirinya sendiri, dia mengutuk dirinya.
‘Apalah!! Takkanlah macam ni kot!! Fareez Fairuz! Tenang, kau cintakan Azaliana sahaja. Hanya dia seorang!!’ Fareez mengingatkan dirinya.
Diana berjaya membaca gerak hati Fareez. Dia berterusan memujuk jejaka tampan yang sedang dilanda kemelut ini.
‘Inilah peluang keemasanku!! Aku mesti berjaya menawan hatinya!!! Hahaha..’ Diana ketawa di dalam hati.
Lampu ICU dipadam. Pintu bilik pembedahan ICU ditolak. Doktor keluar. Fareez pantas menuju ke arah doktor itu untuk meminta penjelasan.
“Doktor.. macam mana keadaan Bob??” soal Fareez cemas. Diana hanya berpeluk tubuh di sisi Fareez.
“Dia sedang berada dalam keadaan koma. Untuk sedar, pihak kami pun tak tahu tempohnya..” kata doktor itu lalu berlalu dari situ. Fareez memejam matanya erat. Beberapa butir manik jernih mengalir di pipinya.
Diana memaut bahu Fareez.
“Fareez.. no matter what happens, I will always be with you…” Diana merapatkan jarak tubuhnya dengan tubuh Fareez. Fareez merenung Diana.
‘Baiknya Diana.. bukan macam Aza tu..’ detik Fareez. Dia mengamati wajah Diana. Paras rupa Diana memang cantik dan menawan. Serta-merta, wajah Azaliana mula luput dari ingatannya. Wajah Diana mula mengisi ruang ingatannya. Diana merenung Fareez, dalam. Fareez hanyut dengan perasaannya. Wajah Diana menyebabkannya terbuai-buai. Diana tersenyum.
‘Hahaha.. awak berjaya!!’ Dalam hatinya, Diana melonjak kegirangan. Akhirnya dia berjaya menawan hati Fareez.
‘Pasti wajah Aza hilang daripada ingatannya!!!’ Diana berdetik.
“Fareez, jangan sedih, Saya.. Kalau awak sedih, saya pun sedih…” Serta-merta, Diana mula menangis. Fareez tersentak.
‘Dia suka saya ke??’ Fareez berteka-teki.
Fareez mengesat air mata Diana dengan hujung jarinya.
“Diana, awak suka saya ke?” Fareez bertanya. Tangisan Diana reda.
“Tak….” Mendatar sahaja suara Diana.
“Tapi, saya cintakan awak!!!” Diana meluahkan isi hatinya. Fareez tersentak.
‘Gadis cantik ini cintakan saya??’ Fareez berdetik.
“Fareez, saya cinta awak. Boleh tak awak terima saya?” Diana memohon simpati. Persahabatannya dengan Azaliana tidak dihiraukan. Fareez terpempan. Dia mengangguk. Diana tersenyum gembira.
‘Azaliana.. padan muka kau!! Kau sendiri yang tak tau jaga laki kau ni!!’ Diana ketawa sinis di dalam hatinya. Dia sempat mengejek Azaliana.
Azaliana sedang menunggu ketibaan sebuah teksi di luar pintu pagar UKM. Dia mengeluh sendirian. Dia sempat menoleh sekilas jam tangannya. Tepat pukul 10 malam. Dia meneliti keadaan di sekelilingnya. Kerisauan mula menyelubungi dirinya. Sunyi-sepi sahaja keadaan di sekelilingnya. Kemungkinan semua pelajar sudah balik ke tapak syurga masing-masing.
Cuti semester yang pertama sudah bermula. Azaliana menjinjing bagasinya erat. Dalam hatinya, dia memohon agar dirahmati Allah dan dibebaskan daripada kemalangan yang tidak diingini. Bunyi hon menyentakkan lamunan Aza.
‘Adoi!! Tercabut jantung saya!!!’ adu Azaliana sambil mengurut dadanya. Masakan tidaknya, tiba-tiba sahaja main hon, mestilah Azaliana terkejut. Tambahan pula, dia dilanda ketakutan pulak tu.
Sebuah kereta Mercedes Benz e-class terpacak di hadapan Azaliana. Azaliana tertanya-tanya.
‘Siapa ni? Peragut? Perogol?? Mak aii!! Mak!! Tolong Aza!!!!’ Azaliana menjerit di dalam hati lalu berlalu pantas dari Mercedes Benz tersebut.
“Aza!!!” Laungan itu menghentikan langkah Azaliana. Terdengar bunyi pintu Mercedes Benz ditutup dan seseorang sedang menghampiri Azaliana. Azaliana lantas menoleh. Dia tersentak.
“Kenapa tadi Aza tak hiraukan Kimi??” Lembut sahaja pertanyaan yang diutarakan oleh jejaka kegilaan ramai wanita UKM, Putra Hakimi bin Tan Sri Mazlan.
“Er.. Aza takut lah..” Azaliana tersengih-sengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal dan dilitupi oleh tudung berwarna hijau.
“Rambut awak ada kutu ke??” Putra Hakimi menyindir. Azaliana lantas membuntangkan matanya. Putra Hakimi ketawa meledak.
“Nape ketawa pulak??” Azaliana hairan.
‘Sewel betul mamat nih!! Baru keluar dari Tanjung Rambutan ke???’ Azaliana berdetik.
“Awak cute lah kalau buat cam tu..” puji Putra Hakimi. Wajah Azaliana merona merah.
“Cute?? Sahlah awak ni sewel!!” ujar Azaliana lalu menuju ke arah Mercedes Benz kepunyaan Putra Hakimi itu. Putra Hakimi tersenyum.
“Kenapa awak buka pintu kereta saya??” duga Putra Hakimi.
‘Alamak!! Dia tak jemput aku pun!!!’ Azaliana mengeluh sambil mencebik.
“Awak ni nak tumpangkan saya tak?? Kalau tak nak sudah!!” Azaliana lantas menutup balik pintu kereta dan berlalu dari situ.
“Eh.. Aza.. saya gurau je lah.. Mestilah nak tumpangkan awak. Kalau tak, sia-sia je usaha saya tadi hon awak.. Jantung awak dah letak balik kan???” Putra Hakimi cuba berseloroh. Azaliana tersenyum akhirnya.
Putra Hakimi mengiringi Azaliana dan mereka menuju ke rumah ibu Azaliana.
Novel Terbaru
Sila komen-komen.
Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.
Tunggulah untuk episod seterusnya..
Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.
Tunggulah untuk episod seterusnya..
Pembacaku^^
cerpenku..
Sunday, September 13, 2009
Cinta Menggamit Tubuhku bab 6
Posted by jc at 11:28 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment