Novel Terbaru

Sila komen-komen.



Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.







Tunggulah untuk episod seterusnya..



Pembacaku^^

Friday, July 31, 2009

Cintakah ini ? prolog..

Suasana Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib sunyi-sepi. Sekolah cluster ini merupakan sekolah yang termashyur di seluruh Bandar Kuantan. Maisarah tercegat di pintu utama SMART. Suasana itu sungguh asing baginya. Segala-galanya sudah berubah.

Seorang gadis menegurnya.

“Hi..” tegur gadis itu.

“Hi.. Saya Maisarah.”

“Oh.. saya tahu.. awak budak baru kat sini kan?” gadis itu bertanya lagi. Maisarah mengangguk sambil tersenyum.

“Mari.. saya bawa awak jalan-jalan, okay?” pelawa gadis itu. Maisarah menarik nafas lega. Nasib baik ada yang sudi menemaninya!

“Okay.. Siapakah nama awak?”

“Syafika.. Panggil saya Ika aje..” ujar Syafika mesra.

Syafika menceritakan fungsi setiap kawasan sekolah itu. Mereka berbual-bual dan tiba-tiba….

“Apa anda berdua buat di sini?” Seorang lelaki tampan terpacak di hadapan mereka.

“Er… Rizan.. kami cuma…” Tergagap-gagap Syafika menjawab pertanyaan ketua pengawas itu. Rizan merupakan ketua pengawas SMART yang penuh berdedikasi, berkarisma dan berdisiplin. Rizan merupakan anak salah seorang tokoh korporat yang terkenal di Malaysia – Tan Sri Mazlan Rahman.

“Ei.. apa ni? Saya budak baru kat sini lah. Suka hatilah saya nak buat apa..” lawan Maisarah. Rizan tercengang.

‘Biar betul minah ni. Berani betul!’ detik hati Rizan. Tiba-tiba, Rizan tersenyum. Idea kotor melintasi mindanya.

“Cik ni nama apa?”

“Maisarah..” jawab Maisarah selamba. Rizan tersenyum lantas meninggalkan Syafika yang terpinga-pinga itu.

“Hoi.. Fika!!!” jerkah Maisarah.

“A..apa?” Syafika masih gentar.

“Kenapalah awak ni takut sangat?” Maisarah tetap selamba.

“Sarah, dia tu ketua pengawas lah. Garang betul. Tak pernah jemu nak ‘terkam’ mangsanya. Tapi dia lepaskan awak dan saya, mungkin dia berkenan kat awak kot!” ujar Syafika. Maisarah meletakkan tangannya bersilang sebagai tanda protes.

“No way! Saya tak nak orang macam dia!”

“Sarah, dia tu anak Tan Sri Mazlan Rahman lah!” Selepas mendengar bait-bait kata Syafika, air muka Maisarah terus berubah. ‘Tan Sri Mazlan.. Mazlan Rahman?’ Air mata Maisarah menitis.

“Sarah, kenapa awak ? Terharu sebab anak Tan Sri berkenan kat awak ke?” soal Syafika bertubi-tubi. Maisarah menggelengkan kepalanya.

“Tak!!!!!!” raung Maisarah lalu meninggalkan Syafika terpinga-pinga sendirian.

p/s: maaf kerana terlalu pendek..

0 comments: