Novel Terbaru

Sila komen-komen.



Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.







Tunggulah untuk episod seterusnya..



Pembacaku^^

Thursday, June 4, 2009

sejarah bab 4 (form 1) - bahagian 2

SEJARAH MELAYU

~Parameswara melihat seekor pelanduk menendang anjing pemburuannya
~Ketika itu, Parameswara sedang berehat di bawah sebatang pokok Melaka
~Parameswara menganggap keberanian pelanduk itu adalah sebuah perkara yang luar biasa
~Dengan ini, Parameswara menamakan tempat itu sebagai "Melaka"

ISTILAH ARAB

~Melaka menjadi tumpuan pedagang Arab
~Melaka dianggap sebagai mulaqah yang bermaksud "pertemuan"
~Melaka dianggap sebagai malakat yang bermaksud "perhimpunan segala dagang"

MITOS HINDU

~Nama Melaka diambil sempena sebuah pokok yang bernama Amalaka
~Amalaka ialah pokok yang pertama tumbuh di alam semesta
~Pokok ini mempunyai kuasa ajaib yang berkaitan dengan kekayaan, kesihatan dan kekuatan
~Pokok ini dikaitkan dengan Tuhan Hindu iaitu Brahma, Vishnu dan Shiva
~Buahnya berkuasa ajaib
~Pedagang India mengaitkan Melaka dengan pokok Amalaka

~Parameswara merupakan seorang pemimpin yang bijak dan berwawasan
~Parameswara menyediakan:~
a) kemudahan gudang
b) kemudahan membaiki kapal
c) kemudahan tempat tinggal
d) kemudahan pengangkutan
e) bekalan air bersih dan makanan

~Melaka menjalinkan hubungan dengan Siam iaitu dengan menghantar ufti tahunan
~Oleh itu, Melaka tidak diserang oleh Siam
~Siam juga mengiktiraf kedaulatan Melaka

~Pada 1404, Laksamana Yin Ching ke Melaka untuk membuka jalan menjalinkan hubungan dengan Melaka
~Pada 1405 dan 1409, Laksamana Cheng Ho telah melawat Melaka
~Melaka menjadi negeri naungan China dan menghantar ufti ke China
~Kerajaan China mengurniakan:~
a) payung kuning
b) cap mohor
c) sepersalinan pakaian

~kerajaan melaka diiktiraf sebagai sebuah kerajaan yang berdaulat
~parameswara berdaulat
~Melaka selamat daripada ancaman Siam
~Melaka berkembang maju dan aman damai

0 comments: