Novel Terbaru

Sila komen-komen.



Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.







Tunggulah untuk episod seterusnya..



Pembacaku^^

Wednesday, June 3, 2009

sejarah bab 2 (form 1) - bahagian 1

Malaysia mengalami tiga zaman prasejarah:~

Zaman Paleolitik - Zaman Neolitik - Zaman Logam

Malaysia tidak mengalami Zaman Mesolitik kerana alat batu Hoabinh yang digunakan pada Zaman Mesolitik telah dijumpai di Bukit Jawa, Lenggong, Perak pada Zaman Paleolitik.


ZAMAN PALEOLITIK

~meliputi tempoh masa 200000 hingga 300000 tahun dahulu
~lokasi di
a)Kota Tampan, Lenggong, Perak
b)Bukit Jawa, Lenggong, Perak
c)Bukit Bunuh, Lenggong, Perak
d)Gua Niah, Sarawak
e)Tingkayu, Sabah
~hidup berpindah-randah
~tinggal di luar dan dalam gua serta tinggal di sekitar tasik
~memburu binatang liar
~memungut hasil hutan
~mengamalkan sara diri
~menggunakan alat batu untuk menumbuk, memburu dan mempertahankan diri
~mengamalkan animisme dan upacara perkuburan


ZAMAN NEOLITIK

~meliputi tempoh masa 7000 tahun dahulu
~perkembangan daripada batu kepada tembikar dan perubahan daripada menternak
binatang kepada bercucuk tanam
~lokasi di:~
a)gua cha, kelantan
b)bukit tengkorak, sabah
~tinggal di gua dan berhampiran dengan sungai
~membuat pembahagian kerja
~wujud sistem bermasyarakat
~mempunyai seorang ketua
~bercucuk tanam
~menangkap ikan
~berburu dan menternak binatang
~memungut hasil hutan
~berdagang secara tukar barang
~membuat barang kemas
~menggunakan alat batu seperti beliung dan alat pemukul kayu
~mencipta tembikar
~mengamalkan animisme

PERALATAN ZAMAN NEOLITIK

a)Beliung~digunakan untuk menggali tanah dan mengetam kayu
b)Pemukul kulit kayu~digunakan untuk meleperkan serta menghaluskan kulit kayu

0 comments: