tag:blogger.com,1999:blog-41620405543384849702024-03-20T12:11:51.583+08:00Karya Misakijchttp://www.blogger.com/profile/10671932033922035301noreply@blogger.comBlogger135125tag:blogger.com,1999:blog-4162040554338484970.post-68110056700607654152010-04-16T18:53:00.000+08:002010-04-16T18:54:04.960+08:00Panahan Cinta 3“Urghh… letihnya…” Rungutan demi rungutan terpacul dari bibir Adilah. Shazlin yang memandang sekadar menggeleng-gelengkan kepalanya sambil tersenyum. Dia terus menyambung kerja-kerja sekolah yang diberi oleh gurunya hari ini. Dia akui, homework hari ini memang berlambak-lambak. Add maths, biologi, sejarah, bahasa inggeris dan bla bla bla. Namun, Shazlin tidaklah merungut. Dia tahu, guru-guru memberi kerja sekolah, pun demi kebaikan mereka juga. Apasal lah dia hendak merungut? SPM menjelang tahun ini!
“Eh, kau tak letih ke Lin?” Adilah berbasi. Pelik juga dia melihat ‘jiran’ barunya itu bagai tidak mengenal erti keletihan. Belum sempat dia berkata apa-apa, Hisham Firdaus, jejaka yang duduk di hadapan Shazlin berpaling dan berkata, “Dia tak macam awak.. Orang rajin tau.. Awak ni.. cubalah contohi Shazlin..” Sinis benar kata-kata Hisham Firdaus itu.
Terbelalak mata Adilah dibuatnya. Sempat lagi dia menjelirkan lidah kepada Hisham Firdaus. Shazlin tersenyum sahaja melihat telatah kedua-dua temannya yang baru dikenali hari ini. Di dasar lubuk hati Shazlin, terbit juga rasa bersyukur kerana kedua-dua ‘jiran’nya tidak memandangnya hina, malah dengan murah hatinya menghulurkan salam persahabatan.
Di sebelah Hisham pula, adalah seorang pelajar. Siapa ya? Tanpa disangka, agak ‘cool’ juga jejaka itu. Sebenarnya, Shazlin ingin mengucapkan terima kasih kepada jejaka tersebut kerana ‘menyelamatkan’nya daripada pengawas tidak bermoral itu pagi tadi. Namun, Shazlin tidak berani pula. Ye la… manalah Shazlin tahu sama ada jejaka itu memandang hinanya atau tidak?
“Weh.. aku kuar dulu..” Aik!!! Jejaka itu bersuara pula. Dilihat Shazlin, Hisham mengangguk pendek sahaja. Jejaka berkot hitam itu pun keluarlah. Satu lagi yang Shazlin sedar, bila mamat itu berjalan, memang bergaya betul. Sudah tentulah gadis-gadis di dalam kelasnya tidak akan melepaskan peluang untuk melihat si insane segak ini.
Sedang Shazlin mengamati jejaka yang tidak diketahui siapa namanya itu, Adilah dan Hisham saling berpandangan, berbalas senyuman yang mengandungi maksud yang cukup tersirat! Masing-masing berfikir tentang benda yang sama – Hah!!! Satu lagi mangsa Nik Hariz!! Setelah kelibat Nik Hariz hilang di sebalik pintu, barulah Shazlin tersedar dari lamunannya. Barulah dia sedar bahawa dia sudah lama diperhati oleh Adilah dan Hisham.
‘Alamak! Mereka sedar ke aku pandang dia??’
“Kenapa ni?” Shazlin buat-buat selamba.
“Ehem..ehem… Shazlin…” Hisham Firdaus bersuara, tersengih-sengih pula. Adilah pun.. tertawa halus.
‘Sahlah dia orang tau!!! Aaaa!!! Malunyer…’
“Dia tu.. kenapa keluar awal sangat? Bukan ke pukul sepuluh baru rehat?” Shazlin cuba mengalihkan topic perbualan.
“Ala.. Lin.. awak tak tau ke? Dia tu ketua pengawaslah! Mestilah kena kuar awal..” Shazlin ternyata terkejut. Ketua pengawas? Memang Shazlin tidak pernah sedar tentang itu walaupun dia pernah meneliti nama ketua pengawas sekolahnya di bilik pengawas tadi. Apa dah nama tu? Nik.. Nik Hariz..
‘Patut la dia pakai kot..’ Barulah Shazlin faham sekarang.
“So.. sekarang awak dah tau.. lagi dalamlah minat awak kat Nik kan?” Hisham mula mengusik. Shazlin terkelu seketika. Entah mengapa jantungnya bagai berhenti berdegup. Mukanya secara auto merona merah macam tomato!
“Lin oh Lin.. merahnya lah muka awak..” Adilah mengusik lagi, cuba menahan tawanya.
“Sah la tu.. satu lagi mangsa Nik Hariz…” Semakin galak pula Hisham mengusik Shazlin. Meledak terus tawa Hisham dan Shazlin melihat muka merah Shazlin yang mengalahkan udang baker itu.
“Apa???” Shazlin cuba memprotes. Selamba sahaja dia meneruskan kerja sekolahnya. Malas hendak mempedulikan dua orang rakannya lagi. Hisham dan Adilah, masih tak henti-henti ketawa.
‘Dah sewel ke???’

Xxx

“Mak.. abang dah balik!!” Anak kecil lima tahun yang bernama Shamira segera meluru dan mendapatkan abangnya, Nik Hariz.
Hariz tersenyum senang. Setelah meletakkan beg sekolahnya di atas sofa, dia terus mendukung adik kesayangannya itu. Shamira tersenyum senang didukung abangnya itu. Dia bermain-main dengan kolar kot hitam yang dipakai oleh Hariz. Yang pelik, Hariz langsung tidak marah, malah membiarkan sahaja adiknya itu.
“Hah… Riz, dah makan ke?” Puan Ruzita menyapa anak sulungnya itu.
“Belum..” Sepatah Hariz menjawab. Dia menghampiri ibunya itu, menyalam tangan ibu yang tercinta.
“Makanlah ni.. mak masak hari ni..” Terangkat sedikit kening Hariz mendengar kata-kata ibunya itu.
Melihat reaksi anak sulungnya, faham-faham sahajalah Puan Ruzita. Tentu anak sulungnya itu pelik. Ye la.. selama ini, manalah dia pernah masak? Segala-galanya diserahkan kepada pembantu rumah. Kini, bibik pun dah balik kampung. Terpaksalah Puan Ruzita memasak sendiri.
“Tak caya mak leh masak lah..” Hariz berkata. Dia mendudukkan adiknya di atas kerusi dan menanggalkan kotnya. Lenguh rasanya mendukung Shamimi. Entah dah gemuk berapa kilo adik kesayangannya itu! Hahaha..
“Habis tu macam mana? Bibik pun dah balik kampung.. Riz ngan Mi tak yah makan?” Hariz tersenyum lagi. Dia mula mengepit sayur untuk disuap ke dalam mulutnya.
“Tak upah bibik lain?” Hariz bertanya, sambil mengunyah makanan yang dimakannya. Rasa lapar benar dia sekarang. Ye la.. sebagai seorang ketua pengawas, manalah pernah dia betul-betul makan di kantin?
“Tak.. abah kata susah nak upah bibik Indon yang baik macam Kak Inti sekarang..”
“So.. maklah yang kena buat semua kerja rumah la since now?” Hariz bertanya. Tapi pelik juga dia jika ibunya membuat semua kerja rumah.
“Mana larat mak buat semua tu.. sekarang mak dah cari pembantu rumah tempatan..” Tersedak Hariz dibuatnya. Puan Ruzita pantas mencapai segelas air suam dan menghulurkannya kepada anak sulungnya.
“Abang..Abang tercekik ya?” Anak kecil Shamimi bangkit dan menepuk-nepuk perlahan belakang abangnya itu. Sempat lagi Hariz mengusap-usap perlahan kepala adiknya. Shamimi tertawa senang.
“Kenapa? Terkejut sangat ke mak nak upah pembantu rumah tempatan?” Puan Ruzita bertanya. Tangannya ligat mula mencapai seketul ayam goreng yang disediakan olehnya tadi. Rasa-rasanya mesti Puan Ruzita pun nak rasa makanan sendiri..
“Tak lah.. Cuma.. ada ke orang tempatan nak jadi pembantu rumah?” Hariz pelik. Ye la.. bukannya dia tidak arif dengan ragam penduduk tempatan Malaysia.. memilih kerja sahaja.. mereka sanggup menganggur daripada bekerja keras.
“Insya-Allah mesti ada..” Hariz terdiam. Malas hendak menyambung kata-katanya lagi. Namun, dia diterpa rasa ingin tahu. Ingin benar melihat sama ada seorang warganegara tempatan sanggup bekerja sebagai pembantu rumah atau tidak.

Xxx

Kringg!! Kringg!!
Pantas Puan Maznah mencapai telefon yang sedang berdering itu.
“Hello..”
“Hello, Maz!” Riang sahaja suara yang menyapa di seberang talian.
“Eh, Ziah!! Apa khabar??” Ceria benar mendapat telefon daripada kawan lamanya itu.
“Ha.. khabar baik.. eh, ni ada kerja ni.. jadi pembantu rumah kat rumah majikan suami saya.. nak tak?” Kawan lama Maznah, Maziah bertanya.
“Ya ke? Alhamdullilah.. nak jugak.. sebab sekarang dah lepas raya, tak ramai jugak orang yang tempah baju..” Puan Maznah sempat lagi memanjat kesyukuran kepada Tuhan. Masih ada lagi rezeki untuknya sekarang.
“Ha.. baguslah.. nanti aku kirim alamat majikan suami aku tu kat Maz ya..”
“Ya .. boleh.. boleh..” Puan Maznah terangguk-angguk. Shazlin yang duduk di atas kerusi kayu bertentangan dengan ibunya itu diterpa rasa ingin tahu. Apa yang dibualkan oleh ibunya dengan si pemanggil?
“Mak, kenapa tu? Siapa yang telefon?” Shazlin mula bertanya apabila ibunya sudah meletakkan gagang telefon.
“Oh.. Maziah yang telefon.. katanya majikan suaminya nak upah pembantu rumah.. ada rezeki tambahan lagi lah mak sekarang..” Shazlin tertawa senang. Gembira juga mendengar berita baik itu. Dia pantas bangkit dan mendapatkan ibunya.
“Mak.. mak tak susah ke?” Shazlin melentokkan kepalanya pada bahu si ibu. Rasa ingin bermanja dengan ibunya itu.
“Tak Lin.. selagi mak masih hidup, mak pasti akan bekerja keras untuk sara Lin ngan Lan..” Puan Maznah bertutur penuh bermakna. Sebak benar Shazlin mendengar kata-kata ibunya itu. Begitu besar pengorbanan ibunya buat dia dan adiknya. Dia pantas memeluk ibunya erat. Dalam hatinya, dia tekad! Dia mesti membalas jasa ibunya apabila dia mampu nanti. Tidak akan dia sia-siakan pengorbanan ibunya selama ini.jchttp://www.blogger.com/profile/10671932033922035301noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4162040554338484970.post-58532414555913161812010-03-19T00:36:00.001+08:002010-03-19T00:36:48.755+08:00Panahan Cinta 2“Faham, cikgu!” Shazlin mengangguk setelah penerangan Puan Rais yang panjang lebar itu tamat. Puan Rais, selaku guru pengawas di sekolahnya, dan guru bertugas minggu tersebut, bertanggungjawab mengiringi Shazlin mengadakan ‘lawatan ringkas’ mengelilingi ‘compound’ sekolah tersebut. Sambil berjalan-jalan, beliau menerangkan hampir segala-galanya tentang sekolah tersebut. Sekarang, Shazlin fahamlah segala-galanya tentang sekolah barunya itu.
"Ok.. sekarang cikgu bawa awak masuk kelas.. jom!" Shazlin terpinga-pinga. Masuk kelas?? 'Cepatnya..'
"Eh.. kenapa tak jalan ni?" Puan Rais pelik melihat pelajar baru ini kaku di situ, enggan berganjak.
"Er.. cikgu.. cepat sangat masuk kelas.. saya.. saya tak bawa buku cikgu.." Puan Rais tersenyum pendek. Rupa-rupanya ini yang dibimbangkan oleh pelajar baru nya
"Kenapa tak beli awal-awal??"
"Cikgu, saya tak dapat list pun.." Shazlin menerangkan kedudukannya yang sebenar. Mana tidaknya. Apa yang dia dapat, surat permohonan untuk masuk ke sekolah yang telah diluluskan sahaja. Selain itu, tak de apa-apa dah. Puan Rais menepuk dahinya.
"Oh.. rupa-rupanya.. jom.. cikgu ambik list cikgu kat bilik pengawas.." Shazlin mengangguk pendek. Terpaksalah dia mengikut Puan Rais ke bilik pengawas sekolah barunya.
'Wah, ada air-cond lagi.. syoknya..' Shazlin melilau keadaan bilik pengawas tersebut. Dinding yang berwarna hijau, lantai yang berpaquet. Sehinggalah matanya tercantap pada papan kenyataan bilik pengawas itu. Tertulis di sana - AHLI JAWATANKUASA LEMBAGA PENGAWAS 2010. Shazlin agak tertarik untuk melihat, dia pun menghampiri papan tersebut.
Ketua Pengawas – Nik Hariz bin Nik Kamil
Penolong Ketua Pengawas - Syafiq Amin bin Abdullah
Setiausaha - bla bla bla dan seterusnya.
Terselit juga rasa kagum di sanubari Shazlin. Nalurinya bersuara, pemimpin-pemimpin tersebut sudah tentu bukan calang-calang orangnya kan?
"Hah.. dah jumpa pun.. nah, Shazlin. .nanti awak pergi beli ya kat kedai buku tu.." Puan Rais bersuara selepas mencari senarai buku yang perlu dibeli oleh Shazlin.
Shazlin mengangguk dan akur akan arahan guru pengawas di sekolah tersebut.
"Er.. cikggu, macam mana dengan buku teks?" Shazlin bertanya sopan, setelah mereka keluar dari bilik pengawas tersebut. Puan Rais berfikir seketika.
"Oh ya.. nanti bagitau guru kelas awak.." SHazlin mengangguk lagi. Macam patung sahaja. Asyik mengangguk.. Hahaha..
Akhirnya, dia mengikut Puan Rais menuju ke kelasnya.

xxx

'Senyapnyer...' Shazlin berdetik. Berbanding dengan sekolah lamanya dahulu, pelajar-pelajar di sekolah barunya ini, lebih berdisiplin. Tengok! Sennyapnyalah semua orang. Macam ada malaikat yang lalu pulak.
'Aku ke malaikatnya? Hehehe..' Mulalah Shazlin ss
Sampai di hujung blok K, Puan Rais berhenti. Shazlin yang mengikut sahaja segala pergerakan, pun samalah.
'Agak-agak nyer ni kelas aku..' Shazlin meninjau keadaan di dalam kelas itu, yang berdinding hijau juga, lantai dilindungi oleh linoleum.
'Hijau.. memang bagus untuk mata..' Shazlin tersenyum sendiri.
Melihat Puan Rais melangkah masuk dan berbicara dengan seorang guru Melayu yang berkaca mata, tinggi lampai, hati Shazlin semakin berdebar pula. Ntah apalah yang akan terjadi nanti..
"Shazlin, masuk!" Saat itulah Shazlin berasa, sepasang mata milik setiap pelajar di dalam kelas itu, terarah padanya. Buat seketika, dia masih kaku di situ. Sedikit terkejut.. takut.. ya.. memang takut untuk masuk ke dalam kelas itu - kelas 5A.
Apa yang dia takutkan sebenarnya, ialah pandangan sinis pelajar yang perlu dihadapinya nanti. Kleas 5A kelas pertama, maknanya pelajar dalam kelas itu, sudah tentu agak high standard.. high profile .. dan bla bla bla. Apalah yang bakal dihadapinya nanti?
"Shazlin... apasal tak masuk?" Hah? Alamak! 'Mengelamun lagi aku!' Terpaksalah Shazlin melangkah, setapk demi setapak, masuk ke dalam kelas itu. Seperti biasa, sudah tentu dia sedikit terjengket ketika berjalan. Sejak kecil lagi..
Belum sampai seminit, dia sudah mendengar bisikan-bisikan halus dari mulut pelajar kelas yang bakal didudukinya ini. Hatinya, seperti biasa, menjadi sakit lagi. Namun, dia sedar. Siapalah dia untuk marah? Dia sedar. Dia harus bersyukur. Kerana masih mampu berjalan dan menjalani kehidupan yang biasa seperti seorang insan sempurna. Apalah yang harus dirungutnya lagi? Sesungguhnya, dia merupakan insan ciptaan Tuhan, yang amatlah disayangi-Nya. Puan Rais menepuk perlahan bahu Shazlin, seolah-olah memberinya sokongan moral. Shazlin melemparkan senyuman manis kepada gurunya itu. Setelah selesai tugasnya, Puan Rais pun keluar dari kelas 5A.
"Okay.. ni pelajar baru kita yang berpindah dari?" Guru tinggi lampai itu bersuara, memandang Shazlin.
"Terengganu!" Pendek Shazlin menjawab.
"Okay.. so, Shazlin.. perkenalkan diri awak.." Shazlin terkedu. Perkenalkan? Alamak! Dia menjadi semakin tidak keruan, semakin kencang pula jantungnya berdegup. Dia memandang setiap pelajar di dalam kelasnya. Tiba-tiba, matanya tercantap pada sekumpulan pengawas perempuan. Tekalah, siapa?
Si pengawas tidak bermoral dan gengnya!!! Dia ternampak senyuman sinis yang tergantung pada bibir mereka. Dia pantas mengalihkan pandangannya kepada orang lain. Tanpa disangka, jejaka berkot hitam yang menyelamatkannya sebentar tadi, turut berada di dalam kelas yang sama dengannya! Sekali lagi, dia tewas dek panahan mata jejaka itu, tajam seperti belati!
"Shazlin.. everyone is waiting for ur intro.." Gurunya bersuara, sekali gus mematikan lamunan Shazlin.
"Er.. er.." Tergagap-gagap Shazlin bersuara. Dia menarik nafas panjang.
'Go Shazlin!!! Be more daring!!!'
"Nama saya Nurul Shazlin.. saya baru berpindah ke sini dari Terengganu. Erm.. apa-apa pun, saya harap saya dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di sekolah ini.."
'Alamak.. betul ke apa aku cakap ni?' Shazlin was-was.
"Orait.. so, kamu semua dah tau kan.. ok, Shazlin.. awak duduk sebelah Adilah.. yang tempatnya kosong tu.." Shazlin berpaling pada arah yang ditunjukkan oleh gurunya. Dilihatnya, Adilah melemparkan senyuman manis kepadanya. Dibalas pula oleh Shazlin.
"Sekarang waktu add maths.. awak belum dapat buku teks lagi kan?" Shazlin menggeleng pendek.
"Hmm.. nanti ikut cikgu ke bilik gerakan..erm.. buat sementara, awak share dulu ngan Adilah.." Shazlin mengangguk. Dengan menyandang beg sekolah lusuhnya, dia menuju ke tempat duduknya. Begitu kebetulan pula, jejaka berkot hitam itu duduk hanya sebaris di hadapannya! Entah mengapa, hatinya berdebar pula apabila dia melintasi tempat duduk jejaka itu. 'Arghh.. lantaklah!'jchttp://www.blogger.com/profile/10671932033922035301noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4162040554338484970.post-53541966491020008912010-03-09T10:06:00.000+08:002010-03-09T10:07:28.502+08:00Panahan Cinta 1Seorang gadis Melayu timur, yang bertudung litup, bernama Shazlin Amalia, menyisip sedikit minuman Milo yang dibancuhnya sendiri sebentar tadi. Sambil mengunyah roti kosong untuk mengalas perut, matanya tercantap sahaja pada ibu yang tercinta, Puan Maznah. Dilihatnya, ibunya ligat menjahit pakaian yang ditempah oleh beberapa orang pelanggan tetap. Pada pandangannya, ibunya memang cukup arif dalam bidang jahitan. Ramai yang memuji kecekapan ibunya itu. Namun, hal ini tidak pernah memberi kesempatan kepada ibunya untuk meninggi diri.
Di dasar lubuk hati Shazlin, dia memang cukup kagum akan ibunya itu, ibu tunggalnya. Serta-merta, kelopak matanya terasa panas. Tatkala setiap kali mengenangkan nasib ibunya yang cukup malang ditinggalkan si insan suami yang tidak berguna. Suami yang langsung tidak setia terhadap cinta, langsung tidak! Suami yang tidak tahu menghargai isteri, suami yang sentiasa bergelumang dengan dosa yang mampu menghumbannya ke dalam neraka – suami yang mengahwini perempuan lain dan menceraikan ibunya! Seorang lelaki yang cukup dibenci oleh Shazlin sendiri. Setiap kali terkenangkan peristiwa ini, amarahnya terhadap insan yang bergelar ayah, meluap-luap di dada. Terasa ingin ditumbuk-tumbuk wajah ayahnya itu, bertalu-talu. Dia..
“Lin, termenung ke?” Mak!!! Terkejut Shazlin seketika. Lamunannya serta-merta terhenti. Dia mengurut-ngurut dadanya sambil menghela nafas lega. Puan Maznah melirikkan senyuman sambil menggeleng-gelengkan kepalanya melihat gelagat anak sulungnya itu.
“Tak baik tau termenung.. terkenangkan siapa pulak ni?” Puan Maznah cuba mengusik. Barangkali disebabkan keadaan keluarga yang serba miskin, hubungan Puan Maznah, Shazlin dan seorang lagi anak bongsu, Shazlan cukup erat. Barangkali kerana mereka saling bergantung antara satu sama lain.
“Mak!!!” Shazlin tidak senang akan usikan ibunya itu. Dia memuncungkan bibirnya tanda protes.
“Dah la tu.. jangan muncung-muncung pulak.. Lan lum bangun ke?” Puan Maznah bertanya.
“Lum, mak..” Puan Maznah menggelengkan kepalanya. Sahlah anak bongsunya itu tidak mengerjakan solat lagi.
“Tak solat lah tu dia..”
“Mak.. Lan baru je lima tahun.. lagipun, dia mana tau tentang semua tu..” Shazlin cuba membela adiknya. Dia memang cukup sayang akan adik bongsunya itu, yang pada pendapatnya, memang cute!
Puan Maznah menggeleng-gelengkan kepala mendengar kata-kata anak sulungnya itu. Bukannya dia tidak tahu. Shazlin sengaja membela adiknya. Namun, dia sedar dan tahu. Anak bongsunya baru sahaja tahu membaca, memang agak sukar jika dia memaksa Shazlan mengerjakan solat.
“Mak… Lin nak gi sekolah dah sekarang..” Shazlin yang selesai membasuh cawannya itu, sambil menyandang beg sekolahnya yang agak lusuh warnanya itu, segera menghampiri ibunya. Dia menghulurkan tangan, ingin menyalami ibunya itu. Puan Maznah segera menyambut tangan anak sulungnya, maka Shazlin pun tunduk dan mencium tangan ibunya. Itulah yang sudah menjadi kebiasaan Shazlin, begitu juga dengan Shazlan. Walaupun mereka memang serba miskin, mereka memang cukup kaya dengan adab sopan-santun dan budi pekerti.
“Hati-hati ya..!” Puan Maznah sempat berpesan kepada anak sulungnya itu yang sudah berada di ambang pintu rumah sewa satu tingkat mereka itu.
“Ya, mak!” Shazlin segera menutup pintu rumahnya, menyarungkan kasut putih dan berjalan penuh bersemangat ke sekolah. Maklumlah, hari ini, hari pertama dia ke sekolah baru itu, Sekolah Menengah Sultan Sulaiman Shah. Sebenarnya, baru genap dua minggu dia, ibu dan adiknya berpindah ke kawasan perumahan ini. Kata ibunya, dia ingin menukar suasana yang baru. Namun, Shazlin tahu. Ibunya sebenarnya ingin mengubati hati yang lara! Semuanya gara-gara lelaki tidak berguna itu! ‘Sudahlah.. buat apa diingatkan si keparat itu?’ Shazlin mendengus geram. Tiba-tiba, Shazlin tersadung seketul batu di tepi jalan. Dia terjelopok di atas jalan raya. Lututnya berdarah. Dia mengerang halus, cuba menahan rasa sakitnya itu.
Air matanya mula menitis. Bukan kerana sakit, bukan kerana kelalaiannya. Semuanya kerana cacat celanya pada sepasang kaki miliknya! Kaki Shazlin sebenarnya, panjang sebelah. Sebab itu, dia sering dipandang hina. Ditambah lagi pula dengan kemiskinannya, dia memang sudah serik dengan cemuhan orang lain. Dia cuba bangkit dan membetulkan baju kurungnya. Dia mengeluarkan sehelai sapu tangan dari saku, dan mengelap darah yang mengalir sedikit di lutut. Dia menggagahkan diri juga, untuk berjalan ke pintu pagar sekolah. Kelihatan beberapa orang pengawas, yang berbaju biru, melemparkan jelingan yang cukup sinis. Shazlin tunduk. Dia tahu, ramai yang memandang hinanya kerana caranya berjalan terjengket-jengket. Namun, dia tetap terus berjalan.
Tiba-tiba, seorang pengawas perempuan Melayu menghalang perjalanannya. Langkah Shazlin terhenti seketika. Dia memberanikan diri untuk bertentang mata dengan pengawas tersebut.
“Pengawas, kenapa?” Shazlin cuba berlembut. Pengawas itu mencebik, tergelak sinis. Seolah-olah sedang mempersendakan Shazlin.
Shazlin tunduk. Dia tahu dan faham akan maksud jelingan sinis pengawas perempuan di hadapannya itu.
“Er.. pengawas, ada apa-apa?” Shazlin cuba bersopan, cuba mengawal perasaannya.
“Huh…!!!” Dengan angkuhnya pengawas itu mengangkat muka, ala memandang langit. Shazlin tunduk lagi. Dia mengetap bibirnya. Rasa geram membuak di dada.
‘Biarlah, Lin.. Bersabarlah…’ Shazlin memujuk dirinya. Dia cuba mengangkat diri dan memulakan langkah, berlalu dari situ. Belum sampai dua langkah, pengawas tersebut sekali lagi menghalang perjalanannya. Kali ini, Shazlin sudah tidak mampu mengawal perasaannya lagi. Dia memberanikan diri, mengangkat mukanya dan bertentangan mata dengan pengawas yang tidak bermoral itu.
“Pengawas, kalau saya tak ada apa-apa kesalahan, jangan halang jalan saya…” Shazlin sedikit tegas suaranya. Namun, tidaklah seperti ingin mencari gaduh dengan pengawas tersebut.
“Huh.. tak de kesalahan? Dasar perempuan tak tau malu!! Sejak kau dilahirkan, kau memang dah ada kesalahan! Kaki kau tu, panjang sebelah! Jalan pun.. macam mak nenek!” Pengawas itu secara terus-terang menghina Shazlin. Diikuti dengan gelak tawa halus beberapa orang pengawas sedikit jauh dari mereka.
Shazlin tersentak. Tidak menyangka pula pengawas tersebut seberani itu. Shazlin mengumpul segala kekuatannya dan sebelum dia sempat berkata apa-apa….
“Apa hal ni, Marina?” Sebuah suara garau menghentikan sesi ‘penghinaan’ yang tercetus dalam diam ini. Seorang jejaka berkot hitam menghampipri mereka. Shazlin mendongak, bertentang mata dengan lelaki tersebut, sekejap. Kemudian, dia tunduk semula. Malas dia hendak bertentang mata dengan jejaka hensem itu. Hehehe..
“Riz… pelajar ni kan.. lawan cakap saya..” Marina mulalah berdrama, cuba mengumpan simpati jejaka tersebut, ditambah lagi dengan mimik muka yang kononnya ‘pure innocent’. Meluat benar Shazlin tengok!
‘Pandai-pandai saje si pompuan ni reka cerita! Dia hina aku.. adalah!’ Shazlin mencebik.
“Awak… pelajar baru ke?” Jejaka tersebut tidak menghiraukan Marina, sebaliknya melontarkan soalan kepada Shazlin. Shazlin masih blur, terkebil-kebil pula. Nasib baiklah reaksinya cepat. Dia pantas mengangguk, mengiyakan pertanyaan jejaka yang tidak dikenalinya itu.
Shazlin masih sempat menangkap perubahan riak pada wajah pengawas perempuan yang bernama Marina itu. Hahaha… Shazlin tertawa dalam hatinya. ‘Padan muka!’
“Hmm… awak pergi ke pejabat. Nanti ada cikgu yang akan iring awak..” Jejaka itu seperti sedang memberi arahan. Ops.. boleh dikatakan juga, sedang menyelamatkan Shazlin daripada terus dihina perempuan itu. Apa lagi… pecutlah Shazlin.. Semakin mencukalah wajah Marina. Dia menggenggam tangannya erat, menyimpan seribu dendam. ‘Dasar perempuan tak tau malu!!!!!’jchttp://www.blogger.com/profile/10671932033922035301noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4162040554338484970.post-68061269978865623642010-01-09T12:27:00.000+08:002010-01-09T12:28:17.291+08:00Jejaka Kolot, Aku Tetap MencintaimuAku membelek-belek halaman buku rujukan Sejarahku, sekali-sekala mengeluh. Peperiksaan akhir tahun semakin menjelang. Kini, aku sedang bersiap-sedia untuk menghadapinya. Pada pandangan orang lain, pelajar sepertiku, tidak perlu mengulang kaji pelajaran. Pada pandangan orang lain, aku memang sudah pandai. Setiap kali, guru memujiku. Setiap kali, guru pasti menjadikan aku sebagai teladan untuk dicontohi orang lain. Namun, aku bukanlah pandai secara semula jadi pada hakikatnya. Kadang-kadang, aku juga akan menemui jalan buntu dalam pelajaran. Namun, disebabkan usahaku setiap hari, keputusanku tetap merupakan keputusan yang terbaik dalam seluruh tingkatan lima. Bahkan, aku merupakan pelajar harapan bagi sekolahku, sebuah sekolah yang ternama di kota metropolitan ini. Aku, pelajar utama yang menggalas harapan sekolah untuk memperoleh sepuluh A1 dalam Sijil Pelajaran Malaysia yang akan datang lima bulan lagi.
Tekanan, langsung tidak diberi oleh ibu bapaku. Mereka langsung tidak memaksaku untuk mendapat keputusan ini, keputusan itu. Tekanan – hanyalah diberi oleh kawan-kawanku, guru-guru dan insan lain. Aku sering cuba untuk mengekalkan keputusanku. Namun, muncul seorang jejaka kolot dalam hidupku.
Seorang jejaka kolot, namanya Firdaus, baru sahaja tiba di sekolahku, di kelasku. Kata orang, keputusannya di sekolah lama, memang mengagumkan. Ramai orang yang mencabarnya, untuk mengalahkanku. Bohonglah aku jika aku berasa tidak gentar. Namun, satu prinsip yang aku sering amalkan. Apa jua yang akan berlaku, aku tidak peduli. Apa yang paling penting, aku telah cuba, telahpun menunjukkan yang terbaik. Bagiku, sesuatu keputusan tidak penting. Apa yang penting adalah prosedurnya.
Dengan memegang jawatan sebagai Pengerusi Taekwondo dan Naib Pengerusi Persatuan Badminton, aku ingat, dia haruslah mempunyai banyak peminat, terutamanya perempuan. Namun, sangkaanku meleset sama sekali. Pertama - penampilannya, memang kolot betul. Dia tidak reti bergaya seperti para belia yang lain. Kedua – bakatnya, memang menakutkan orang. Dia seperti, langsung tidak mempunyai apa-apa masalah dalam apa jua bidang. Hanya sehari dalam kelas, dia mampu memukau perhatian setiap guru yang mengajar kelasku. Ketiga – perangainya, memang mengecewakan ramai peminatnya. Dia sudah terlampau cool, sehinggakan langsung tidak bercakap dengan sesiapa, tidak kira lelaki, mahupun perempuan. Dia sudah terlampau diam, peneman setianya, hanyalah bukunya. Walaupun aku sering mendapat tempat pertama, aku tidaklah ‘gila’ sepertinya. Adakah dia sudah sewel? Dia tidak perlukan kawan ke? Tidak sunyikah dia? Pelbagai persoalan mula menerjah mindaku.

xxxxx

Aku semakin kesuntukan masa, aku mempercepat langkahku ke kantin. Tiba-tiba, bahuku terlanggar bahu seseorang.
“Sorry..” Aku berpaling, kemudian terkejut. Alamak! Aku terlanggar si Firdaus itu.
“Maaf ya..” Aku berkata sekali lagi. Namun, dia tidak mempedulikanku, terus berlalu dari sisiku! Aku tersinggung seketika. Biadap betul si mamat ini!! Kalau dia marahkanku, tak perlulah berkelakuan sebegini, memang memalukanku sahaja!!
Aku tidak menghiraukannya lagi, terus bergegas ke kantin untuk mengisi perutku yang kosong sekarang.

xxxxx

Sejak insiden hari itu, jejaka kolot yang selama ini tidak pernah memandangku, telah berubah perangainya. Aku semakin pelik. Di dalam kelas, dia asyik merenungku. Itulah yang kuperhatikan selama ini. Aku bukanlah terlebih perasan. Aku mengamati perlakuannya dari ekor mataku. Tidak kira apa yang sedang aku buat, dia asyik sahaja merenungku. Rakanku di sebelahku, turut menyedarinya. Namun, aku berpura-pura selamba, tidak ingin menghiraukannya, kerana tatkala aku mengenangkan insiden hari itu, hatiku menjadi sakit.
Tanggapanku terhadapnya yang baik selama ini, musnah sekelip mata. Semuanya dek insiden hari itu. Aku ini memang pantang dengan orang yang biadap. Pada pandanganku, dia sudah terlampau dingin. Kalau dia marahkanku, marah sahajalah! Ini tidak, dia langsung tidak menghiraukanku tatkala aku memohon maaf daripadanya. Aku tahulah, aku tidak cantik. Namun, takkanlah aku memang hodoh sampai dia tidak ingin memandangku walaupun hanya sekali?
Eh, apa sudah jadi denganku ini? Mengapa aku berang? Aku memang sudah masak dengan perangainya kan? Mengapa aku sakit hati tatkala dia tidak melayaniku? Apakah yang telah terjadi padaku? Adakah aku….? Oh, tidak!!!!!

xxxxx

Aku semakin gentar. Aku telah menyertai pertandingan badminton anjuran MRSM ini, dalam acara perseorangan wanita bawah 18 tahun. Tanpa disangka-sangka, aku berjaya masuk ke final, satu bonus yang paling besar buatku! Namun, lawanku pada hari ini, merupakan juara bertahan yang hebat dan ternama. Gadis tinggi lampai berbangsa Cina ini, pernah mewakili negara kita, untuk bertanding di persada antarabangsa.
Kini, pertandingan sudah pun bermula. Aku memasuki gelanggang, menghadapinya. Aku cuba menenangkan diri, cuba untuk tidak berasa takut.
Pusingan pertama – dimenangi oleh Joey Leong – juara bertahan itu.
Aku menuju ke arah jurulatihku. Tanpa kusangka, si mamat itu, berdiri di sebelah jurulatihku. Tatkala aku terpandangnya, jantungku berdegup kencang. Renungannya cukup tajam, dalam, menusuk tangkai hatiku. Aku malu-malu kucing, tidak berani merenungnya. Aku mencapai tualaku dan mengesat peluhku. Seterusnya, menantikan nasihat jurulatihku untuk membantuku dalam pusingan kedua.
“Firdaus.. cakaplah ngan Nurul..” Jurulatihku berkata. Aku mengerutkan dahiku. Apa maksud jurulatih?
“Kelemahan awak.. adalah di belakang gelanggang.. oleh itu, awak harus membalas pukulan Joey dengan perlahan, supaya bulu tangkis jatuh di hadapan gelanggang. Barulah awak mampu mengawal bulu tangkis dengan baik.. selain itu, bila awak membalas pukulan Joey, lekas kembali ke tengah gelanggang..” Firdaus menasihatiku. Aku terdiam, mengangguk.
Setelah wisel ditiup, aku kembali semula ke gelanggang, menghadapi Joey Leong. Segala nasihat Firdaus sebentar tadi, aku ingati. Aku amalkan ajarannya, dengan semangat yang berkobar-kobar. Gambateh, Nurul Amirah!!!

xxxxx

Aku memang ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Firdaus, jejaka kolot aka dingin itu. Tanpa nasihatnya, tanpa kehadirannya, aku percaya – aku tidak mampu mengalahkan Joey Leong, juara bertahan itu. Rakan-rakanku, mengucapkan tahniah kepadaku tatkala aku meraih kemenangan tersebut. Tatkala aku keluar dari gelanggang, kelibatnya sudah tidak kelihatan lagi. Aku mengeluh. Namun, tidak mengapa! Bukannya aku tidak akan menemuinya selepas ini. Dalam hidup Nurul Amirah, tidak pernah disangka akan tercapainya kejayaan seperti hari ini.

xxxxx

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia bakal menjelang. Pelajar-pelajar Tingkatan Lima, semakin sibuk dengan buku. Tidak terkecuali juga aku. Namun, apa yang pelik – Firdaus langsung tidak berkepit dengan buku lagi kini. Cuma, dia turut menumpukan perhatian di dalam kelas sahaja.
Aku semakin mengaguminya. Walaupun insiden dia tidak menghiraukanku beberapa bulan yang lepas masih kuat terpahat dalam ingatanku, aku tidak lagi sakit hati dengannya. Selepas pertandingan badminton tersebut, sekali-sekala, dia melemparkan senyuman manis kepadaku.
Aku pula, semakin menyenanginya. Tanggapan burukku padanya, sudah semakin pudar dari sehari ke sehari. Namun, dia tetap kolot, tetap dingin seperti dahulu. Argh, tidak! Adakah aku mencintai jejaka kolot?

xxxxx

Sekelip mata, dua tahun telahpun berlalu. Aku kini, melanjutkan pelajaran di UiTM Shah Alam dalam jurusan perniagaan antarabangsa. Insya-Allah, satu hari nanti, bakal businesswoman yang berjaya – Nurul Amirah binti Haji Ishak!!
Jejaka kolot itu pula, dia tidak melanjutkan pelajaran di kampus yang sama denganku. Aku agak kecewa, kerana sejak Hari Anugerah Cemerlang sekolahku tamat, kami langsung tidak berhubung lagi. Aku menyesal, kerana tidak meminta nombor telefonnya, mahupun alamat e-melnya.
Dia, melanjutkan pelajaran di UiTM Pulau Pinang, dalam jurusan kedoktoran. Aku akui, aku semakin merinduinya kini. Di UiTM Shah Alam ini, bukannya sedikit mamat yang cuba memikatku. Namun, hatiku seolah-olah sudah diserahkan sepenuhnya kepada jejaka kolot itu.
Apakah yang harus kulakukan kini? Ya Allah, tolonglah hamba-Mu ini!!!!

xxxxx

Dek kecederaan pada kakiku beberapa bulan yang lepas, aku tidak dapat menyertai acara sukan antara universiti yang dianjurkan oleh pihak universitiku. Walaupun aku agak kecewa, aku tetap tabah dan bersabar demi keadaan kakiku hari muka nanti.
Ramai universiti yang menghantar wakil untuk menyertai pertandingan ini, dalam acara squashy, tennis, badminton, bola sepak, bola keranjang dan ping pong. Aku terpaksalah menjadi penonton sahaja, bukan peserta. Aku mencapai tongkatku dan menuju ke arah gelanggan badminton. Ingin benar aku saksikan acara badminton perseorangan lelaki, wanita dan beregu hari ini.

xxxxx

Aku terperanjat! Kelibat seseorang telah menarik perhatianku – Firdaus!!! Mengapa dia berada di sini? Eh, aku ini memang nyanyuk! Dia sudah tentu mewakili UiTM Pulau Pinang. Serta-merta, aku mengimbas kembali detik-detik, dia menasihatiku di gelanggang badminton semasa aku vs Joey Leong beberapa tahun yang lalu. Aku tersenyum sendirian, kemudian cepat-cepat mematikan lamunanku, bimbang disedari orang lain.
Tiba-tiba, dia merenungku. Aku menjadi kalut. Lantas, aku cepat-cepat menoleh ke gelanggang badminton yang lain. Hatiku menjadi berdebar-debar. Hanya kerana renungannya, jantungku berdegup kencang, mukaku merona merah. Aku menjadi tidak tentu arah, hatiku menjadi tidak keruan.
Setelah memastikan dia sudah memasuki gelanggangnya, barulah aku berpaling, menoleh ke arahnya. Apa yang aku sedar sekarang, jejaka kolot dua tahun yang lalu, telah berubah penampilannya kini. Rambutnya, kaca matanya, seraut wajahnya.. segala-galanya telah berubah. Pendek kata, sekarang, dia makin kacak pada pandanganku! Aaaa!! Malunya!!
Gaya dia bermain badminton.. gaya dia membuat servis.. gaya dia membalas pukulan lawan.. segala-galanya kelihatan sempurna pada mataku.. Mataku tidak lekang daripadanya, senyuman pula tidak lekang dari bibirku. Sungguh tidak disangka-sangka, aku akan menemuinya di sini setelah tidak saling berhubung selama dua tahun!

xxxxx

Aku berjalan terinjut-injut meninggalkan gelanggang badminton universitiku. Aku berjalan perlahan, dek kecederaan kakiku ini. Firdaus telahpun memenangi perlawanan sebentar tadi, dan akan memasuki perlawanan separuh akhir esok! Esok, aku pasti akan hadir, untuk menyaksikan perlawanannya.
Sesekali, aku mengerang kesakitan. Kaki kananku yang sedang cedera ini memang sering meragam. Memang cukup menyusahkanku!!
“Amirah..” Suara seseorang menyapaku dari belakang. Aku menoleh, terkejut!!

xxxxx

Kami berdua, masing-masing membisu seribu kata. Kami sedang duduk bersebelahan di gelanggang badminton yang sudah lengang kini. Tadi, aku memang terkejut. Sangkaku, dia sudah tidak mengenaliku. Namun, dia menyapaku pula.
“Awak.. apa khabar??” Dia mula bertanya, membuka topik perbualan.
“Baik.. awak?” Aku bertanya pula. Aku berasa kaku benar untuk berbual-bual dengan jejaka kolot ini! Oppss.. dia bukan lagi jejaka kolot, tetapi jejaka kacak kini!!
“Baik jugak.. Cuma asyik rindukan seseorang je..” Aku tersentak. Namun, aku berpura-pura selamba. Ingin benar aku menangis kini. Maknanya, Firdaus sudahpun mempunyai seseorang yang istimewa dalam hatinya. Orang itu, sudah tentu bukan aku!
“Hmm.. nape rindukan dia?” Aku bertanya saja-saja. Penyibuk betul aku ni kan? Tapi, hakikatnya, aku hanyalah mengambil berat orang yang aku cintai!! Salah ke???
“Sebab dah dua tahun tak jumpa..” Jantungku berdegup kencang tiba-tiba. Mungkinkah? Mungkinkah aku?? Aaa!! Jangan perasan, Nurul Amirah!!!
“Pas tu?” Suaraku bergetar hebat!
“Hari ni, jumpa balik ngan dia!” Aku semakin tidak keruan. Aku berperang dengan perasaanku sendiri. Mungkinkah dia menyukaiku? Dua tahun tidak berjumpa. Kemudian, berjumpa semula pada hari ini! Aku dan dia.. juga sebegitu. Ataupun hanya kebetulan sahaja?
“Tahniah la!” Hatiku tertanya-tanya. Ingin benar aku bertanya, siapa yang istimewa dalam hatinya?
“Tapi.. saya sedih jugak..” Aku pelik! Si mamat ni memang.. jumpa orang special pun sedih? Sewel ke?
“Nape?”
“Sebab.. kaki kanan dia cedera!” Dia menjawab selamba, seolah-olah tidak menghiraukan reaksiku. Aku pula, apa lagi? Terperanjat lah!! Firdaus sedang gurau ke??
“Hah?? Oh.. erm.. er..” Aku tergagap-gagap, tidak berani untuk membalas renungannya tika ini.
Dia turut membisu. Namun, jemarinya menjalar ke arah tangan kiriku. Tatkala jemari kami bersentuhan, hatiku bergetar hebat. Perlahan-lahan, dia mula mencapai tanganku. Hangatnya semakin terasa, jiwaku semakin hebat bergelodak.
“Mirah..” Dia memanggilku, romantis sekali. Seperti dipukau, aku membalas renungannya yang dalam, menusuk ke dalam tangkai hatiku.

xxxxx

Selepas lima tahun..
“Hi, Cik Amirah.. cari Doktor Firdaus ke?” Jururawat di hospital kerajaan itu menyapaku. Aku tersenyum sambil mengangguk. Aku masuk ke dalam pejabat teman lelakiku itu. Doktor Firdaus, doktor pakar kanak-kanak, kini bekerja di Hospital Tengku Ampuan Rahimah.
“Sibuk ke?” Aku bertanya tatkala dia tidak memandangku bila aku menapak masuk ke dalam pejabatnya. Kini, dia mendongak, menghentikan kerja-kerjanya. Dia bangkit dan mendapatkanku.
“Sorry sayang.. tadi khusyuk sangat buat kerja..” Dia memeluk bahuku. Aku tersenyum, langsung tidak kecil hati dengan kelakuannya sebentar tadi.
“Tak pe.. ramai ke patient hari ni??” Aku bertanya, mengambil tempat duduk di kerusi yang disediakan untuk pesakit.
“Hmm.. hospital kerajaan.. sejak bila kurang pesakit??” Dia memberitahuku. Aku tersenyum sekali lagi. Aku memang bahagia sekarang, bahagia apabila hidup bersama-sama dengan Wan Firdaus bin Haji Ismail ini.
Teman lelakiku, walaupun kolot semasa di bangku sekolah menengah, dia telahpun mengubah penampilannya apabila melanjutkan pelajaran di menara gading. Walaupun dia tetap dingin bila berhadapan dengan perempuan, dia tetap melayanku dengan mesra dan baik. Maklumlah, aku ini barulah teman wanitanya yang sebenar. Sudah lima tahun kami menjalinkan hubungan cinta, hubungan mesra. Semuanya bermula apabila dia mencapai tanganku di gelanggang badminton UiTM Shah Alam lima tahun yang lepas.
Aku tersenyum manis, tercuit dengan gelagatnya kadangkala. Jejaka kolot, aku tetap mencintaimu!!!! Dia yang telah menyambung semula kerja-kerjanya sebentar tadi, kembali merenungku. Agaknya, dia pelik bila aku asyik merenungnya sebegini.
“Kenapa ni, sayang?” Dia bertanya lembut, mencapai tanganku. Aku tersenyum, dan bangun. Kemudian, aku mendekatkan bibirku ada telinganya.
“Jejaka kolot, aku tetap mencintaimu!!!” Kalimah cinta yang ingin kuluahkan tujuh tahun yang lalu, semasa di bangku sekolah menengah, akhirnya terpacul jua dari bibirku.
“Hah??” Dia ternganga. Aku tergelak halus.jchttp://www.blogger.com/profile/10671932033922035301noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4162040554338484970.post-7812517928229784072009-12-29T15:06:00.000+08:002009-12-29T15:07:18.827+08:00Air Mata Cinta SejatiAir mata Fika mengalir deras, membasahi pipi mulusnya. Hatinya robek kini. Harapannya.. memang musnah! Dia langsung tidak menyangka, tragedi ini akan menimpa dirinya. Ah, sungguh malang betul dirinya ini.Laporan kesihatannya, dipegang erat. Dia menarik nafas panjang, cuba menenangkan perasaan dirinya yang sedang berkecamuk, dan bercelaru sekarang.
Dia mengambil tempat duduk seketika, di bangku yang disediakan di luar hospital. Air terjun rekaan manusia, yang sedang menari-nari di hadapannya, sekadar direnung kosong sahaja. Segala-galanya, seperti tidak mempunyai apa-apa makna dalam hidupnya lagi. Dia tunduk. Murung dan muram benar gadis yang berusia dua puluh enam tahun ini.
Dia cuba untuk membendung air matanya mengalir dari tubir matanya yang terasa kian hangat, dan sudah tentu berair ini. Namun, dia ternyata gagal. Air matanya, tidak henti-henti gugur dari kelopak mata. Setitis demi setitis, seperti hujan yang membasahi muka bumi ini.
Laporan kesihatan yang diserahkan oleh Doktor Razali kepadanya sebentar tadi, benar-benar memeranjatkannya. Dia, seperti seratus peratus tidak mampu mempercayai, dia sedang menghidap kanser sekarang! Dia, ingin benar sahaja menjerit, meraung sekarang.
Melepaskan geramnya, terhadap sebendang langit biru yang terbentang luas di angkasa.
Seketika kemudian, barulah dia sedar. Apalah dayanya untuk melawan aturan takdir? Berfikir dari sudut yang lain, mungkin Allah lebih menyayanginya, ingin mengambil nyawanya lebih awal daripada dijangkakan.
Meninggal? Perkataan itulah yang sering sahaja menghantui mindanya, melompat-lompat di hadapannya, walaupun ilusi semata-mata. Dia memajam matanya erat, enggan menghadapi realiti yang terbentang luas di hadapannya. Sebab ini juga, hatinya bagai dihiris sembilu, bagai dicarik-carik dengan taring anu! Keluhannya kian panjang, berat. Seperti dia, sedang memikul beban yang berat tidak terhingga!
Penyakitnya.. perlukah dia memaklumkannya kepada ahli keluarganya? Dan seseorang? Seseorang.. seseorang yang berkongsi suka, berkongsi duka bersama-sama dengannya. Seseorang, yang melafazkan janji, tidak akan meninggalkannya terkapai-kapai sendirian, merentangi laut sepi.
“Lukman..” Fika memanggil perlahan. Kelopak matanya terpejam erat, air matanya, gugur lagi.

xxxxx

Tersedu-sedan ibu Fika, seorang janda yang berhati mulia menangis. Dia memeluk anak daranya yang tunggal, erat sekali. Seperti tidak ingin melepaskannya pergi buat selama-lamanya.
“Fika…” Puan Mariam meraung, sambil menangis. Air mata Fika turut mengalir, membasahi baju kurung ibunya yang dicintai. Puan Mariam melepaskan pelukannya. Dia merenung anaknya dalam, dalam sekali.
“Fika.. Fika.. mak..” Puan Mariam tergagap-gagap. Lidahnya seperti terkelu, suaranya pula, bagaikan tersekat di kerongkong. Dia melepaskan pegangannya pada bahu anaknya. Dia tunduk. Dia memang gagal sekarang. Gagal mengawal perasaannya yang memang bercampur-baur sekarang.
“Mak..” Fika mengemas sisa-sisa tangisannya. Dia mencapai lembut tangan ibunya. Urat-urat tua, sudahpun kelihatan. Daging tua, semakin keras terasa. Rasa cinta, kasih dan sayang.. semakin dalam dari setiap saat, pada ibunya yang tercinta.
“Mak.. Fika cintakan mak!” Fika bertutur ikhlas. Dia mencium pipi ibunya. Dia cuba untuk mengekalkan keceriaannya, kegembiraannya di hadapan ibunya ini. Jika dia turut bermuram durja di hadapan ibunya, sudah pasti ibunya akan berasa lebih sedih. Dia harus tabah dan cekal. Demi ibunya!
“Fika.. Fika akan sembuh kan? Fika janji ya.. Fika takkan tinggalkan mak..” Puan Mariam bertutur, penuh mengharap. Fika terdiam buat seketika. Kemudiannya, dia mengangguk perlahan. Bersetuju dengan permintaan ibunya itu.
“Mak.. doktor cakap.. kalau Fika makan ubat.. mungkin akan hidup beberapa tahun lagi..” Puan Mariam tersentak seketika. Namun, dia tersenyum hambar pula selepas itu.
“Fika.. walaupun pendek je tempoh tu.. tapi.. tapi syukurlah Fika.. syukur..” Fika mengangguk, mengiyakan kebenaran kata-kata ibunya. Dia sedar. Dia harus bersyukur. Kerana dia masih mampu menghembuskan nafas pada detik ini.

xxxxx

Bingkai gambar itu, didakap kemas. Seperti sedang mendakap cintanya dengan Lukman. Lukman, seorang peguam yang agak terkenal sekarang. Lukman, seorang yang berbudi bahasa, tampan, berkeperibadian mulia, sentiasa bertakwa, sanggup berusaha dan taat mengerjakan perintah Allah. Lukman, jejaka pertama, yang mampu mencuri hatinya tatkala dua pasang mata saling bertaut buat kali pertama.
Air matanya menitis perlahan-perlahan. Membasahi bingkai gambar tersebut serba-sedikit. Segala memori manis, kenangan yang indah, terakam, terpahat kemas dalam sanubarinya. Fika kemudiannya mengeluh sekali lagi. Dia mengusap-usap gambar Lukman, mendakapnya erat pada hatinya, kemudiannya mengucupnya perlahan dan syahdu.
‘Lukman.. maafkan aku..’ Fika bertutur penuh sayu bersendirian. Tampaknya, dia terpaksa melupakan raja hatinya, terpaksa melupakan memori cinta mereka, terpaksa melukakan hati Lukman yang suci.. segala-galanya, berlaku kerana dia memang terpaksa.. sedangkan, hatinya menangis tidak tertahan, deritanya seperti tidak
berpenghujung.

xxxxx

“Kenapa ni, Fika? Sakit ke??” Nada suara Lukman kedengaran, bagai mengandungi cinta yang cukup sarat dengan sikap ambil beratnya terhadap Fika.
Spontan, Fika menggeleng pantas. Lukman hairan, hairan dengan perubahan sikap Fika yang terlebih dahulu dikenali sebagai gadis ‘happy-go-lucky’.
“Lukman.. saya.. saya nak bagitau awak sesuatu..” Fika cuba berlagak tenang dan selamba, seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.
“Cakaplah.. sejak bila mintak kebenaran nih?” Lukman tersenyum. Lesung pipitnya semakin terserlah. Dalam diam, Fika mengamati ketampanan teman lelakinya sekarang, mengamati keindahan senyuman yang sentiasa mengganggu lenanya. Dia terpaku seketika.
“Fika.. Fika!” Fika tersentak dari lamunannya. Dia cuba tersenyum, tersenyum kelat.
“Fika nak cakap pe?”
"Fika.. Fika nak pisah!" Lukman tersentak. Suapan nasi lemaknya terhenti. Dia terpempan, terpaku seketika. Kemudian, dia buat-buat senyum.
"Fika.. hari ni bukan april fool tau.." Lukman cuba berseloroh. Dalam jiwanya, dia amatlah berharap, Fika sekadar mengusiknya. Fika mendengus geram.
"Lukman Hakim.. sekarang saya kata, saya nak pisah.. dengan.. awak!" Fika berkata perlahan-lahan, berharap agar teman lelakinya akan faham. Dahi Lukman berkerut seribu. Hatinya berdebar-debar. Dia menggelengkan kepalanya beberapa kali, enggan mempercayai kata-kata yang terbit dari bibir teman wanitanya. "Fika.. tell me.. you are lying, right? You are lying, right??" Lukman bertutur penuh emosi. Dia mencapai lembut tangan teman wanitanya, memegangnya erat. Fika tersentak. Dia pantas menyentak pegangan Lukman itu. Kolam air matanya terasa berair sekarang. Dia pantas menyuapkan
nasi lemak dan sambal belacan yang amat pedas ke dalam mulutnya. Lukman terperanjat.
"Fika.. bukan ke awak takut pedas?" Fika cuba tersenyum. Air matanya mula menitis. Sebenarnya, dia makan makanan yang pedas hari ini, adalah untuk menyelamatkan dirinya. Agar dia mempunyai alasan, mengapa air matanya menitis.
"Dulu saya tak suka.. sekarang saya dah suka.. macam awak jugak Lukman.. dulu saya suka awak.. sekarang, no feeling at all!" Fika berterus-terusan menyuapkan makanan pedas yang dibencinya ke dalam mulut. Dia ingin segera menamatkan perjumpaan ini. Wajah Lukman diraupnya dengan kedua-dua telapak tangannya, matanya terpejam rapat. Hakikat yang terbentang luas di hadapannya, masih tidak mampu diterimanya.
Hati Fika, bagaikan dirobek-robek, dicarik-carik tattkala menyaksikan kekecewaan yang menyelubungi teman lelakinya ini. Dia terpaksa.. dia memang terpaksa.. sedangkan penderitaan yang dialaminya kini, berlipat ganda daripada penderitaan Lukman.

xxxxx

Air mata Fika merembes deras, membasahi pipi mulusnya. Hatinya, bagai ditetak dengan sebilah pisau yang baru sahaja siap diasah. Namun, dia akur dan pasrah. Perpisahan dengan Lukman, dilakukannya terlebih dahulu. Dia harus redha menerima hakikat ini. Dia sedar. Dia tidak tegar melawan takdir sekarang. Kerana, dia hanyalah insan biasa
ciptaan ALLAH.

xxxxx

Dahi Puan Mariam berkerut seribu tatkala dia melihat mata anak daranya seperti merah-merah. Barangkali, selepas menangis. Hatinya tertanya-tanya.
"Fika.. nape ni?" Puan Mariam menerpa ke arah anaknya itu. Fika menarik nafas panjang, dia kemudian menggeleng perlahan. Sebak di dadanya masih bersisa.. jiwanya seperti terdera tidak berkesudahan.
"Fika.. jangan bohong tau.." Puan Mariam memberi amaran, sekali gus menasihati Fika agar meluahkan masalahnya. Sebak Fika semakin tidak tertahan. Hatinya semakin ngilu terasa. Lantas, dia menyembamkan mukanya pada bahu ibunya, dan menangis tersengguk-sengguk. Puan Mariam terpinga-pinga. Namun, dia mengusap-usap kepala Fika, untuk memberi ketenangan kepada anaknya itu.

xxxxx

Puan Mariam menghulurkan beberapa helai tisu kepada Fika, menyuruh anaknya untuk mengemas air matanya yang masih bertakung di kelopak matanya itu.
"Fika.. nape nak buat Lukman cam ni??" Puan Mariam bertanya. Sebentar tadi, segala-galanya yang berlaku, telahpun dimaklumkan kepadanya. Sebenarnya, dia agak tidak bersetuju dengan perbuatan anaknya itu. Baginya, anaknya perlulah berkongsi masalah ini dengan Lukman. Bukannya melukakan hati Lukman sebegini.

"Mak.. Fika.. Fika dah buat salah ke?" Puan Mariam terdiam. Dia enggan menjawab pertanyaan anaknya itu. Enggan menjadikan anaknya serba-salah pula.
"Fika.. Lukman tu.. tak berdosa tau.. dia cuma ikhlas cintakan Fika aje.." Puan Mariam berkata, namun tidaklah menjawab pertanyaan Fika sebentar tadi secara langsung. Fika mengeluh pendek. Beban yang dipikulnya, seperti menghempap sekeping hatinya sekarang. Sesak sungguh jiwanya kini. Dia juga bingung. Tepatkah keputusannya itu?
Sedih benarkah Lukman sekarang?
"Tapi.. tapi Fika ada kanser, mak.. Fika tak leh nak hidup lama-lama.. Fika tak nak susahkan Lukman.." Fika berkata, meluahkan bebannya, masalah yang menghimpitnya sekarang. Kepalanya terasa berat benar sekarang.
Puan Mariam menarik Fika ke dalam pelukannya. Dia cuba menahan air matanya, agar tidak tumpah lagi. Berasa sungguh belas terhadap Fika. Dalam keadaan sebegini, menghidap penyakit kanser, tanpa disangka-sangka, Fika masih berfikir demi kepentingan orang lain.
"Mak.. Fika benar-benar dah buat salah ke??" Fika memeluk ibunya erat. Dia benar-benar ingin mencari jawapan yang tepat sekarang. Atas keputusan yang telah dibuatnya semalam.
"Fika.. apa-apa pun.. mak pasti akan sokong Fika.. Fika ni.. memang anak kesayangan mak selama-lamanya.." Puan Mariam bertutur ikhlas. Pelukannya semakin erat. Akhirnya, air matanya menitis jua, membasahi tudung merah jambu yang dipakai Fika.

xxxxx

Air mata Fika mengalir, semakin deras. Foto yang diambilnya bersama-sama dengan Lukman dahulu, masih tersimpan kemas dalam biliknya. Seminggu ini, air matanya sering bercucuran. Dia masih tidak faham. Idea untuk berpisah dengan Lukman, semuanya terbit dari benak mindanya. Mengapa dia masih tidak mampu melupakan jejaka itu? Mengapa cinta mereka terlalu mantap dan utuh? Langsung tidak mampu dirobohkan. Perasaannya berkecamuk kini. Dia pantas menyeka air matanya yang
merembes tidak henti-henti. Memori yang dikecapi bersama Lukman dahulu, masih menghantui mindanya, bermain-main di tubir matanya. Di sebalik pintu, Puan Mariam tunduk. Dia terdengar tangisan anaknya. Hari ini, bukanlah julung-julung kali. Dia tahu. Anaknya itu terlalu menderita. Tampaknya, dia perlu mengambil tindakan yang selanjutnya walaupun dia tahu, anaknya tidak akan bersetuju dengan perbuatannya ini. Namun, dia tidak kisah akan semua itu tatkala dia terfikirkan kebahagiaan anak daranya itu, Fika.

xxxxx

Lukman membelek-belek fail kliennya seketika. Dia menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap kerjaya, mengharapkan agar dapat melupakan Fika. Dia kerap kerja sehingga larut malam. Dia sedar. Dia harus melepaskan Fika pergi, jika kesudahan ini, yang Fika inginkan. Dia tidak boleh memaksa bekas teman wanitanya untuk menerimanya semula. Cinta.. memang tidak boleh dipaksa. Bukankah ini prinsip yang perlu difahami semua?
Hikmah yang tersembunyi di sebalik perkara ini, hampir setiap kes di mahkamah, dimenanginya. Pendapatannya, turut bertambah lumayan. Tidak perlu diperkatakan lagi, popularitinya semakin meningkat. Kliennya semakin bertambah.
Lukman menggeliat, cuba meregangkan urat-uratnya yang tegang seketika. Kotnya yang tersidai di atas sofa panjang pejabatnya, dicapai kini. Dia haruslah menepati temu janjinya dengan salah seorang klien di kafe.

xxxxx

Puan Mariam melambai-lambai tangannya, menyuruh Lukman menuju ke arahnya. Lukman tersentak. Tidak menyangka, klien yang mempunyai temu janji dengannya sekarang, merupakan ibu kepada bekas teman wanitanya dahulu! Demi kerjayanya, dia menabahkan diri untuk menerpa ke arah Puan Mariam.
"Selamat sejahtera, puan.." Lukman bertutur sopan, dia tunduk seketika dan bersalam dengan Puan Mariam. Puan Mariam tersenyum hambar. Menyenangi kesopanan bekas teman lelaki anaknya itu.
"Puan, apakah masalah yang puan hadapi sekarang?" Lukman mengemukakan soalan, setelah mengambil tempat duduk menghadap Puan Mariam.
"Lukman.. bukan saya yang ada masalah.. yang hadapi masalah serius tu.. orangnya Fika.." Lukman terperanjat. Dia tersentak, terkelu. Dan pelbagai perasaan mula menguasai dirinya. Perasaannya bercelaru sekarang. Dia terpinga-pinga, masih tidak memahami makna kata-kata Puan Mariam itu.
"Er.. puan.. saya.. saya tak faham.." Lukman berterus-terang. Puan Mariam terdiam. Akhirnya, dia pun menceritakan segala-gala bala yang menimpa anaknya itu, kepada Lukman. Sejurus itu, Lukman terus berubah riak. Dia tunduk dan memejam matanya erat. Sungguh, dia tidak menyangka Fika ingin menamatkan hubungan mereka, semuanya gara-gara penyakit kanser yang dihidapnya sekarang. Dia mula berasa serba-salah.
"Puan.. saya.. saya nak jumpa Fika sekarang.." Lukman mengemukakan permintaannya. Dengan senang hati, Puan Mariam pantas mengangguk. Lukman pantas mencapai briefcasenya, dan terus berlalu dari situ. Tidak sabar, ingin berjumpa dengan suri hatinya.
Puan Mariam tersenyum bahagia. Tampaknya, Fika tidak mempunyai alasan lagi untuk menolak cinta raja hatinya itu!!!

xxxxx

"Mak.. tak de kunci ke?" Fika bertanya perlahan sambil membuka pintu apartmennya. Dia kemudiannya tersentak dan terperanjat. Tidak menyangka, Lukman datang berjumpa dengannya. Dia terpaku. Begitu juga dengan Lukman. Nafasnya menderu kencang. Satu perasaan halus, bagaikan terbit dari sanubarinya. Air matanya melimpah keluar, meruah-ruah. Membanjiri pipinya. Dia menekup mulutnya. Dia menangis tersedu-sedan. Sakit hati Lukman, dia terus menerpa ke arah Fika, memeluknya erat. Seperti enggan melepaskan bekas teman wanitanya itu. Dia mengusap-usap kepala Fika, penuh rasa cinta. Maka, termeterailah satu ikatan cinta, walaupun tidak sah, antara dua insan ini.

xxxxx

Fika tersenyum bahagia. Walaupun harinya tidak panjang, tinggal beberapa tahun, tidak sampai sedekad, dia tetap berasakan, dialah perempuan paling bahagia di muka bumi ini! Dia menyiang ikan kembong di dapur, sambil bersiul-siul. Senyuman manis, tidak lekang dari bibirnya sejak semalam. Semalam, Lukman berjumpa dengannya dan memohon, untuk menjalin semula ikatan cinta mereka yang terputus. Kata Lukman juga, dia tidak kisah tentang penyakit kanser yang dihidapinya.
Oleh itu, tanpa berfikir panjang, sudah tentu dia menerima cinta Lukman. Rasa rindu yang tertahan-tahan, terlerai jua. Hari ini, dia bercadang untuk memasak sesuatu yang istimewa untuk teman lelakinya itu. Tiba-tiba, telefon bimbitnya melolong, minta untuk dijawab.
"Hello.." Fika menyapa ceria.
"Salam sejahtera.. adakah ini Cik Fika?" Suara seorang gadis kedengaran, bertanya formal.
"Ya.." Fika menjawab sepatah, cukup pendek.
"Fika.. ini pihak Hospital Tanjung.. kami ingin memohon maaf kerana telah melakukan kesilapan pada laporan kesihatan Cik Fika.. sebenarnya, Cik Fika tidak menghidap kanser.. Cik Fika sangat sihat.."
Fika terpempan. Dia ternganga sekejap. Telefon bimbitnya terlepas dari pegangannya. Kemudian, dia melompat-lompat keriangan.

xxxxx

"Syukurlah.. Syukur alhamdullilah!" Puan Mariam meraup wajahnya. Dia berasa syukur tidak terhingga. Mujurlah anaknya sihat. Mujurlah anaknya bukan menghidap kanser. Mujurlah pihak hospital telah melakukan kesilapan. Kini, dia tidak perlu bimbang lagi. Tidak perlu bertemankan air mata saban hari lagi.
"Mak.. jangan sedih lagi ya.." Fika bertutur manja. Puan Mariam mengangguk. Fika tergelak halus, menjeling manja jejaka yang bakal diijabmakbulkan dengannya, Lukman Hakim!jchttp://www.blogger.com/profile/10671932033922035301noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4162040554338484970.post-3129848667077355332009-12-23T11:34:00.002+08:002009-12-23T11:35:47.763+08:00Rindu Mencumbui Zaman 35 - endingSelepas lima tahun…

“Wow, thanks.. Its nice… Thanks, girl!!” Seorang perempuan, berumur kira-kira 30-an, mengucapkan terima kasih kepada Zaza.

“You are very welcome, ma’am..” Zaza bertutur sopan, menghulurkan sebuah senyuman yang manis, kepada rakyat negara asing, negara Perancis yang didiami oleh Zaza selama lima tahun ini.

“So, how much does it cost, girl??”

“Ma’am.. you can have it free..” Zaza berkata-kata. Dia kini, bekerja sebagai seorang pelukis, melukis portret di Paris.

“Oh... you’re so nice.. so.. thanks very much.. My child would love it very much..” Perempuan tersebut lantas berlalu, setelah mengucapkan terima kasih kepada Zaza. Zaza mengangguk perlahan, mengemas alatannya.

Dia, tinggal di Paris sejak lima tahun yang lalu. Dia tetap tidak mampu melupakan Zulkarnain sepenuhnya. Cuma, sedikit-sedikit sahaja. Di Paris, dia tinggal di sebuah rumah sewa. Mujurlah, dia masih mampu menyara dirinya ini. Dia telah pun meletakkan jawatan sebagai seorang arkitek di Zulkarnain Holdings dulu.

Zakry pula.. Dia telah meminta maaf daripada Zakry, sentiasa berdoa agar Zakry mampu mencari seorang gadis yang lebih berbaloi untuk dia cintai..

xxxxxxxxxxxxxxx

Petang itu, Zaza menyusuri pantai yang sudah biasa menjadi kunjungannya. Pasir yang memutih, awan dan langit yang membiru, samudera yang luas.. segala-galanya, mampu membawa ketenangan dalam dirinya. Pantai ini turut mengingatkannya kepada Pantai Remis.. Pantai Remis, pantai yang menjadi saksi kepada kisah cintanya dengan Zulkarnain. Dia tunduk, mengamati pasir yang dipijaknya. Sesekali, dia membetulkan rambutnya yang menjuntai di dahinya dek ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. Sedang dia berjalan, dia terhenti tatkala ternampak sepasang kaki di hadapannya. Dia mendongak, terkejut!! Dia benar-benar terperanjat kini!! Tubuhnya kaku, tidak mampu untuk bergerak lagi. Perlahan-lahan, air matanya mula menitis, membasahi pipi mulusnya. Dia tidak bersuara, suaranya bagai tersekat di kerongkong.

“Zaza..” Zaza tersentak. Ini bukan mimpi!!! Dia bukan berada di dunia fantasi sekarang!! Satu susuk tubuh yang teramat amat dirinduinya, memang benar! Memang muncul di hadapannya sekarang. Zulkarnain muncul di hadapannya sekarang!!!!!!!!

“Zaza.. apa khabar??” Zaza cuba menahan air matanya daripada terus mengalir. Dia memalingkan tubuhnya, membelakangkan jejaka yang dirinduinya selama ini. Sungguh!! Dia benar-benar rindu akan Zulkarnain! Suara Zulkarnain, wajah Zulkarnain, senyuman Zulkarnain!!! Dia lantas menyeka air matanya, bimbang disedari oleh jejaka yang muncul di hadapannya secara tiba-tiba ini.

“Zaza.. apa khabar lima tahun ni??” Zulkarnain mengulangi pertanyaannya. Kini, Zaza memberanikan diri, menghadapi Zulkarnain.

“Fine.. awak??” Zulkarnain tersenyum. Zaza mengetap bibirnya, gelodak jiwanya semakin.. semakin.. Dia sendiri pun bingung. Pendek kata, perasaan ini semakin dalam! Perasaan cintanya terhadap Zulkarnain semakin dalam!

“Baik jugak..” Zaza melilau keadaan sekeliling, mencari kelibat isteri Zulkarnain.

“Er.. Fatin mana??” Zaza bertanya. Zulkarnain terdiam, seketika kemudian, dia mengeluh. Kemudian, dia mendongak, mengamati awan yang memutih.

“Kat sana!!” Zulkarnain menjawab, menunding jarinya, menunjukkan langit. Zaza terkejut.

“Hah??” Zaza memang tidak faham. Mengapa Fatin berada di atas langit? Dia sedang menaiki kapal terbangkah??

“Dia.. dah meninggal!!” Zaza ternganga.

“Ya Rabbi!! Awak.. sorry ya.. saya.. saya tak sengaja..”

“Tak pe.. sebenarnya.. dah lima tahun dia meninggal..” Zaza terlopong. Rupa-rupanya, Fatin telah pun meninggal tatkala dia meninggalkan tanah airnya.

“Awak? Mana suami awak?” Zulkarnain bertanya. Zaza tersentak. Suami?? Tidak tahukah Zulkarnain bahawa Zaza tetap mencintainya, merinduinya? Tidak tahukah Zulkarnain bahawa Zaza sedang menunggunya??

“Saya tak kahwin lagi..” Kini, tiba giliran Zulkarnain pula terkejut. Hatinya berdebar-debar tiba-tiba. Dia mula mengimbas kembali kata-kata Zakry lima tahun yang lalu.

“Zul.. Zaza masih cintakan awak.. jagalah dia baik-baik!!” Kata-kata Zakry dulu, seperti memesannya menjaga Zaza sepanjang hayat, terngiang-ngiang di telinganya.

“Zakry, Nurin, Zuan .. mereka apa khabar??” Zaza bertanya.

“Baik.. Zuan ngan Nurin pun dah tunang.. Zakry.. masih single lagi.. tunggu awak kot..” Zaza serba-salah.

“Ya ke? Tapi.. cinta tak leh dipaksa.. saya tak cintakan Zakry..” Zaza mula merenung Zulkarnain, seperti ingin memberitahunya sesuatu.

“Ya ke? Nape pulak??” Zaza terdiam.

“Sebab.. sebab cinta saya hanya untuk seorang je.. sejak dulu, saya hanya cintakan seorang lelaki sahaja.. sampai sekarang, saya tetap cintakan dia, tetap rindukan dia..” Zaza menyambung. Namun, Zaza kecewa seketika. Zulkarnain bagaikan tidak mempunyai apa-apa perasaan.

“Awak? Tak kahwin semula??” Zaza bertanya kepada Zulkarnain pula.

“Tak.. sebab.. saya pun sedang tunggukan seseorang.. sejak dulu, selain Fatin.. saya memang cintakan perempuan ni je..” Tangkai hati Zaza tersentap. Dia mula menjadi tidak tentu arah. Namun, berkali-kali, dia cuba menafikan bahawa ‘perempuan’ yang dimaksudkan oleh Zulkarnain, bukan dirinya.

“Siapa?” Zulkarnain merenungnya dalam. Degupan jantung Zaza semakin terasa, gelodak jiwanya tidak mampu dibendung lagi.

“Awak.. Zaza Haniza binti Munas!!” Zaza terlopong, bagaikan tidak mempercayai kata-kata Zulkarnain yang menampar gegendang telinganya sebentar tadi.

“Zaza.. lelaki yang awak maksudkan tadi, Zulkarnain Putra bin Dato’ Sabri kan??” Zaza terdiam, dia tunduk. Kini, dia benar-benar gembira!! Benar-benar terharu!! Dia dapat merasakan, satu perasaan yang halus menyelinap ke dalam tubuhnya. Segala penderitaannya, air matanya, penantiannya.. selama lima tahun di Paris, memang berbaloi!!

Zulkarnain mencapai tangan Zaza perlahan-lahan, Zaza tidak membantah. Rasa cinta mereka semakin dalam. Zaza mendongak perlahan-lahan, memberanikan diri merenung kembali jejaka ini. Tatkala dua pasang mata semakin galak berbicara, kicauan burung, samudera yang membiru, ombak yang memukul tebing pantai ini, menjadi saksi cinta dua insan ini.

Seketika kemudian, Zaza mengangguk. Zulkarnain tersenyum, menarik gadis ini ke dalam pelukannya. Kasih mereka semakin hangat terasa, cinta mereka semakin marak dan dalam, hubungan yang terputus dahulu, kini terjalin kembali. Segala penderitaan, air mata dan penantian.. telahpun berakhir kini. Rasa cinta, kasih, sayang.. semakin menular dalam diri dua insan ini.

xxxxx

Setahun berlalu..

Zulkarnain mengusap-usap perut isterinya yang semakin memboyot itu. Perlahan-lahan, dia mendekatkan telinganya pada perut Zaza, cuba mendengar bunyi cahaya mata sulung mereka.

“Argh!!” Zaza mengerang kesakitan, begitu juga Zulkarnain. Kemudian, tawa mereka meledak kuat.

“Eee.. baby ayah memang nakal! Tendang muka ayah pulak!!” Zulkarnain berkata-kata, sambil mengusap-usap pipinya yang sakit dek ditendang bayinya yang masih berada dalam kandungan itu.

“Hmm.. muka bang sakit.. Za cam ne? Perut lagi sakit tau.. abang rasa sekali je.. Za rasa acap kali tau!! Nak mengadu pulak..” Zaza memerli suaminya. Kemudian, Zulkarnain memeluk bahunya.

“Ala.. sorry ya, sayang..” Mulalah dia meminta maaf. Bimbang benar Zulkarnain jika isterinya marah.

“Tak pe..”

“Sayang.. abang memang nak mintak maaf sangat-sangat..” Dahi Zaza berkerut.

“Kenapa pulak? Abang ada buat salah ke??” Seingat dia, Zulkarnain tidak pernah melalukan silap pun semenjak mereka berkahwin. Zulkarnain melayannya, seperti seorang puteri, anak emas raja, di istana!!

“Dulu.. sebelum kahwin.. abang memang selalu buat sayang nangis kan?? Abang memang rasa guilty sangat-sangat.. kalau boleh, abang nak cuba tebus kembali semua kesalahan abang dulu..” Zulkarnain bertutur sayu. Dia memang berasa serba-salah. Semasa dia berkahwin dengan Fatin dahulu, tentu Zaza telah mengalirkan air mata yang tidak kurang.

“Abang.. tak pe.. Za rasa memang berbaloi sangat.. tengok.. sekarang abang layan Za baik sangat tau.. Za memang rasa bertuah sangat-sangat..Abang.. jangan minta-maaf kat Za lagi tentang hal yang sudah lepas, okay??” Zaza membalas kata-kata suaminya. Zulkarnain terdiam, kemudian mengangguk-anggukkan kepalanya. Dia mula memeluk isterinya erat, kemudian, mencium pipi mulus Zaza. Mereka tersenyum bahagia. Masing-masing sedang menantikan kelahiran cahaya mata mereka, lambang cinta mereka ini. Esok, mereka akan menghadiri majlis perkahwinan Zizuan dengan Nurin. Sekali gus, majlis perkahwinan Zakry dengan..? Siapa?? Tanpa disangka-sangka, Zakry akan mengahwini setiausaha Zaza, Mikki!! Sebenarnya, dalam diam-diam, Zakry dan Mikki telah pun berkenalan semenjak lima tahun yang lalu. Cuma, hubungan mereka tidak didedahkan kepada orang ramai. Tup-tup, mereka akan berkahwin esok. Kini, Zaza tidak lagi berasa serba-salah.. Mujurlah Zakry sanggup melupakannya.

Zulkarnain Putra bin Dato’ Sabri, suami Zaza sekarang.. seorang suami yang hangat dengan kasih sayang. Zaza merasakan, dialah perempuan yang paling bertuah di dunia ini. Walaupun dia dan Zulkarnain pernah berpisah selama enam tahun, hubungan mereka terjalin kembali. Cinta mereka ditemui semula, kemudian, dengan penuh yakin, masing-masing melayari bahtera rumah tangga mereka kini.jchttp://www.blogger.com/profile/10671932033922035301noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4162040554338484970.post-45426788635202447222009-12-23T11:34:00.001+08:002009-12-23T11:34:52.891+08:00Rindu Mencumbui Zaman 34Langkah Zaza pantas dituju ke bilik pejabat Zulkarnain. Tangannya sedang memeluk beberapa fail penting yang perlu ditunjukkan kepada pihak atasannya itu. Dulu, semasa di masih gagal melupakan kisah cintanya dengan Zulkarnain, dia sering menyuruh Mikki, berjumpa dengan Zulkarnain bagi pihaknya. Namun, tidak lagi kini. Sejak Zakry menghadiahkan rantai kristal yang dipakainya sekarang, dia telahpun berjaya untuk melupakan kisah cinta tersebut secara perlahan-lahan. Walaupun bukan sepenuhnya, dia tetap bersyukur kerana Tuhan telah mengurangkan penderitaannya, mengurangkan air matanya. Tidak perlulah bantalnya menjadi span lagi, menyerap air matanya setiap malam!

Zaza pelik. Bilik pejabat Zulkarnain telah diketuk bertalu-talu. Namun, tiada orang yang menyahut ketukan tersebut.

“Cik Zaza..” Tiba-tiba, Ahmad menyapanya dari belakang. Zaza berpaling dan menghulurkan sebuah senyuman mesra.

“Ahmad, Encik Zul mana?”

“Oh.. Encik Zul tak datang hari ni..” Ahmad memberitahu. Berkerut-kerut dahi Zaza mendengarnya. Setahu dia, Zulkarnain tidak pernah mengabaikan hal syarikat ini. Apakah yang telah berlaku?

“Puan Fatin masuk hospital..” Ahmad berkata-kata setelah melihat reaksi Zaza itu.

“Hah??” Zaza ternganga.

“Kenapa pulak?” Dia bertanya lagi, sejurus itu. Ahmad sekadar menjongketkan bahu. Zaza tidak lagi bertanya, walaupun hatinya tertanya-tanya.

xxxxxxxxxxxxxx

“Doktor, macam mana keadaan isteri saya??” Zulkarnain bertanya cemas, setelah duduk di hadapan doktor yang merawat isterinya.

Doktor itu terdiam sejenak, membetulkan kaca matanya, meneliti dan membelek-belek laporan kesihatan Fatin seketika.

“Sebenarnya.. isteri encik sihat.. cuma dia demam sahaja.. jangan risau..” Zulkarnain menghela nafas lega. Lesaplah segala andaian negatif yang berlegar-legar dalam ruangan mindanya sebentar tadi.

“Jadi, bukan kesan sampingan pembedahan hari tu??” Zulkarnain bertanya.

“Bukan.. jangan risau..” Zulkarnain mengangguk-anggukkan kepalanya. Dia sempat memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan, merahmati isterinya daripada segala keadaan yang tidak diingini. Zulkarnain mengucapkan terima kasih kepada doktor tersebut, lantas keluar dari bilik itu.

xxxxxxxxxxxxxxxxxx

“Jadi.. Fatin kena jaga kesihatan diri baik-baik tau.. beberapa hari ni, jangan bukak air-cond.. nanti tersejuk pulak.. tau tak??” Zulkarnain memesan, bertutur secara lemah-lembut kepada isterinya, disambut dengan anggukan lesu Fatin.

“Hmm.. Fatin rehatlah.. nanti abang datang lagi..” Zulkarnain membaringkan Fatin secara perlahan-lahan, menyelimutkan tubuh isterinya itu. Kemudian, dia mengucup dahi isterinya perlahan, menghulurkan sebuah senyuman yang manis dan ikhlas, buat isteri yang tercinta.

xxxxxxxxxxxxxxx

Zaza menghela nafas lega, memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan. Berita yang disampaikan oleh Nurin sebentar tadi, membawa kelegaan dalam dirinya. Mujurlah isteri Zulkarnain hanya demam.

Pon! Pon!! Zaza mematikan lamunannya. Dia bergegas menuju ke tingkap biliknya, ternampak sebuah kereta BMW 7 Series, tersadai di luar rumah teres satu tingkatnya itu. Dia tersenyum seketika. Dia lantas mencapai tas tangannya, mengunci pintu rumahnya.

“Hi!!” Zakry menyapanya ceria.

“Hmm.. agak tepat masa jugak awak ya!” Zakry tersenyum. Zaza mengikat tali pinggang keledar, setelah mengambil tempat duduk di sebelah Zakry. Belakangan ini, dia sering keluar dengan Zakry, untuk makan malam. Sebenarnya, dalam diam-diam, benih cintanya terhadap Zakry mula bercambah. Dalam diam-diam, dia mula belajar untuk menerima jejaka ini seadanya. Dalam diam-diam, dia mula belajar untuk melupakan jejaka yang dicintainya, Zulkarnain.

“Cantik la awak malam ni..” Zakry memuji.

“Maksud awak, selain malam ni, saya tak cantik lah?” Zaza berseloroh. Zakry tidak menjawab, kereta BMW 7 Seriesnya meluncur jauh, meninggalkan rumah Zaza.

xxxxxxxxxxxxxx

Zaza dan Zakry berjalan seiring, menyusuri pantai malam yang indah nian. Masing-masing membisu seribu kata.

“Argh!!” Tiba-tiba, Zaza terjelepok. Namun, lengannya sempat dipaut oleh Zakry. Dalam keadaan sedemikian, Zakry memaut pinggang Zaza, mengelakkannya jatuh, menimpa pasir yang memutih. Jarak antara wajah dua insan ini, tinggal beberapa inci sahaja. Degupan jantung Zaza bertambah kencang, mukanya merona merah. Sepanjang bercinta dengan Zulkarnain dahulu, dia tidak pernah mendekati Zulkarnain seperti sekarang. Peluhnya mula merintik. Tubuhnya bagai kaku. Tiba-tiba, Zakry melepaskannya. Mereka berdiri semula, seperti di tempat asal sebentar tadi.

“Sorry!” Mereka bertutur serentak, saling merenung. Zaza pantas mengalihkan wajahnya. Emosinya semakin tidak tenteram sekarang. Entah mengapa, dia tidak yakin, tidak pasti akan perasaannya. Sekejap, dia berasa, dia menyintai Zakry. Sekejap pula, dia berasa, dia mahu menganggap Zakry sebagai rakan biasa sahaja.

“Jom, balik lah!” Zakry mempelawa. Zaza berpaling. Seketika kemudian, mengangguk perlahan.

xxxxxxxxxxxxxxx

Air matanya mula menitik. Dia memejam kelopak matanya secara perlahan. Dia mengeluh. Dia memang buntu sekarang. Siapakah yang betul-betul dicintainya?? Zulkarnain atau Zaza?? Sudah setahun.. sudahpun setahun berlalu… sudahpun setahun, Zulkarnain dan Fatin melayari bahtera rumah tangga. Maknanya, sudah setahun, kisah cintanya dengan Zulkarnain berlalu. Dulu, dia nekad. Nekad untuk melupakan Zulkarnain, merasakan dia mampu menyintai Zakry seperti beberapa tahun yang lalu. Namun, seketika kemudian, emosinya kurang stabil. Perasaannya tidak tenteram. Fikirannya mula bercelaru.

Dia sedang memegang sekeping foto, fotonya dengan Zulkarnain. Hatinya kini.. bagai ditusuk berkali-kali. Berkali-kali, dia cuba mengingatkan, kisah cintanya dengan Zulkarnain sudah berlalu!!!! Berlalu!! Dan tidak mungkin bermula sekali lagi. Berkali-kali, dia cuba mengingatkan, Zulkarnain dan Fatin telahpun berkahwin!!! Tidak mungkin dia merosakkan rumah tangga orang lain!! Tidak mungkin!!

Ingin benar dia mengoyakkan foto tersebut sekarang. Dia menarik nafas panjang, mula mengoyak. Namun, bila dia mengoyakkan foto itu tidak sampai 1 cm, dia mula berasa berat hati. Ternyata, cintanya terhadap Zulkarnain, terlalu dalam!!! Lebih dalam daripada cintanya terhadap Zakry semasa dia berada di bangku sekolah menengah dahulu!!

Dia mula mengutuk dirinya, mengingatkan dirinya bahawa dialah perempuan paling bodoh di dunia. Apa yang harus dirindui? Kisah cinta yang telah berlalu?? Langsung tidak berbaloi!! Dia pernah mencuba sekali, hampir berjaya!! Namun, entah apa yang merasuk dirinya. Dia pun bingung!!! Dia memang bodoh!! Mengapa dia langsung tidak dapat melupakan Zulkarnain sedangkan Zakry, jejaka yang begituuuuuuuu baik sekali, muncul di hadapannya???

Ingin benar dia membunuh dirinya kini!!! Mengurangkan penderitaannya kini!! Namun, dia masih waras!! Mungkinkah dia melakukan perkara tidak bermoral itu?? Tidak sesekali!!! Dia nekad!! Tidak ingin lagi melibatkan diri dalam dunia percintaan, yang dia rasa, langsung tidak sesuai dengannya. Hanya dua kali!! Dua kali mencintai dua orang jejaka. Langsung tidak berjaya!! Malah, kali kedua, dia lebih bodoh!! Dia mengeluh, meraup wajahnya seketika.

Setelah berfikir, setelah mencongak beberapa jam, dia akhirnya membuat satu keputusan. Keputusan yang langsung dia tidak fikirkan sebelum ini!! Biarlah.. biarlah dia berkorban.. Biarlah dia berkorban hanya kali ini!! Anggaplah dia langsung tidak sesuai dengan satu abstrak di dunia ini – CINTA!!

xxxxxxxxxxxxxxjchttp://www.blogger.com/profile/10671932033922035301noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4162040554338484970.post-21609040065742383292009-12-23T11:31:00.000+08:002009-12-23T11:34:23.315+08:00Rindu Mencumbui Zaman 33"Mak.. mak cari Fatin ke??" Fatin bertanya tatkala mula menapak ke dalam bilik ibu mentuanya itu.

"Ya.. mari Fatin.. dok kat sini.." Datin Nasrul bertutur mesra. Menantunya akur. Lantas, Fatin mengambil tempat duduk di atas katil ibu mentuanya, di sebelah Datin Nasrul.

"Fatin.." Tangannya mengeluarkan sebuah kotak baldu merah yang besar. Kata-katanya terhenti seketika. Seraut wajah menantunya ditatap penuh kasih.

"Mak.. ni.." Datin Nasrul tersenyum. Kotak baldu tersebut dibuka. Seutas rantai emas yang berkilauan kelihatan. Fatin terlopong seketika. Bagaikan tidak mempercayai apa yang dialaminya sekarang.

"Fatin.. ni untuk Fatin.." Fatin merenung ibu mentuanya.

Dahinya berkerut seribu.

"Mak.. ni.. ni Fatin tak leh terima.. Fatin miskin.. Fatin.. Fatin tak layak terima, mak.." Fatin tunduk. Air matanya mengalir. Rasa simpati mula menjalar hati Datin Nasrul.

"Tak.. Fatin.. Tak baik cakap cam tu.. rantai ni.. ayah yang hadiahkan untuk mak dulu.. rantainilah yang melambangkan cinta ayah ngan mak.. sekarang, mak ngan ayah setuju nak hadiahkan pada Fatin.. mak harap.. rumah tangga Fatin ngan Zul kekal selama-lamanya... harap Fatin ngan Zul boleh bahagia selalu.." Datin Nasrul menjelaskan. Fatin merenung ibu mentuanya. Saat itu, dia berasa sungguh bahagia. Dia sungguh bertuah. Bertuah kerana memiliki seorang ibu mentua yang begitu memahami, yang begitu menyayanginya. Air matanya pantas dikesat.

"Fatin.. terima ya, rantai ni??" Datin Nasrul berharap. Perlahan-lahan, Fatin mengangguk.

"Mak.. terima kasih.. terima kasih kerana sayang kat Fatin.." Fatin bertutur penuh hiba. Datin Nasrul menggeleng-gelengkan kepalanya sambil tersenyum. Dia menarik menantunya ke dalam pelukannya. Tangannya mengusap-usap rambut menantunya yang hitam melurus itu.

"Tak.. Fatin.. mak dah anggap Fatin macam anak mak sendiri.. memang patut sangat mak sayang kat Fatin... sebab Fatin memang anak yang baik.. isteri yang baik.. menantu yang baik.." Sebenarnya, Datin Nasrul bukanlah ingin memuji menantunya lebih-lebih. Cuma, di kota metropolitan itu, memang sukar untuk gadis seperti Fatin dapat ditemui.

"Fatin.. kalo bilangan keluarga kita.. bertambah, lagi bagus kan??" Datin Nasrul bertutur. Kata-kata yang ditutur mengandungi maksud yang tersirat. Mengandungi tanggungjawab seorang isteri yang solehah. Mengandungi hasrat orang tua untuk menimang cucu! Fatin yang sudah pasti mampu memahami maksud yang tersirat dalam kata-kata yang ditutur oleh ibu mentuanya, tersipu-sipu malu.

"Fatin.. dulu Fatin memang tak sihat.. tak leh lahirkan anak.. tapi.. tapi sekarang Fatin dah sihat kan? Lagipun, doktor pun ada kata.. Fatin boleh lahirkan anak.. tak bahaya lagi.. Fatin tak ingin lahirkan anak untuk Zul ke? Tak ingin lahirkan cucu untuk mak ngan ayah ke??" Bertalu-talu Datin Nasrul menyoal menantunya.

"Tak.. mak... Fatin.. Fatin pun nak anak jugak, mak.. Fatin.. Fatin akan cuba.." Dia tertunduk seketika. Malu barangkali. Datin Nasrul merenung menantunya. Seolah-olah mencari kepercayaan diri sendiri terhadap kata-kata yang ditutur oleh menantunya sebentar tadi.

"Fatin janji ya??" Fatin tersenyum. Tangan ibu mentuanya lantas dicapai. Daging-daging tua keras terasa. Dia mengangguk. Sekali gus melafazkan janji.. Janji yang kemungkinan besar mampu membawa impak yang besar terhadap semua pihak.

xxxxx

Fatin mengetap bibirnya. Kesakitan yang dialaminya tidak mampu dibendung. Dahinya berkerut seribu. Dia menggenggam hujung katilnya. Ingin sekali dia mengakhiri riwayatnya kini, agar penderitaan yang dialaminya akan lesap serta-merta. Namun, mujurlah dia tahu membezakan antara yang baik dengan yang buruk. Mujurlah dia masih ingat akan qada dan qadar Allah. Mujurlah dia masih ingat akan larangan agama Islam.Dia mengimbau semua peristiwa yang berlaku semenjak semalam. Pelik! Kepalanya langsung tidak tercedera, langsung tidak berlanggar dengan apa jua benda sekalipun. Namun, mengapa sakit kepalanya menjadi-jadi? Bagaikan ada sebuah batu besar yang menghempap kepalanya. Bagaikan ada jarum yang menusuk-nusuk kepalanya berkali-kali. Patutkah dia memaklumkan perkara tersebut kepada Zulkarnain??

'Tidak! Tak leh.. kalau abang tahu, mesti dia risau giler.. Fatin Imma!! Bertahanlah!!!' Suaranya bergema dalam hati.Tiba-tiba, tulangnya bagai digigit. Seluruh tubuhnya menggigil. Boleh dikatakan, kesejukan yang dialaminya, lebih serius daripada kesakitan yang dialaminya. Pelik! Pendingin hawa langsung tidak dibuka. Yang berfungsi, hanyalah sebuah kipas. Fatin Imma menyentuh dahinya. Panas betul!! Dia mula berasa bimbang. Apakah penyakit yang sedang dialaminya sekarang?? Kepalanya semakin berat. Tubuhnya semakinlemah-longlai. Sekelip mata sahaja, seluruh dunianya menjadi gelap tiba-tiba!!

xxxxx

"Umi.. Fatin ne??" Sejurus menapak masuk ke dalam banglonya, Zulkarnain terus mengajukan soalan kepada ibunya.

"Kat bilik... tak sabar ya nak jumpa isteri??" Datin Nasrul memerli. Tersengih-sengih Zulkarnain. Langkahnya dipanjangkan. Dia mula berasa tidak sabar untuk berjumpa dengan isterinya itu. Belakangan ini, dia sedar, dia mula mencintai Fatin seperti dahulu. Segala memori bersama Zaza, bagaikan sudah tidak mempunyai apa-apa makna lagi.

'Tidur rupanya..' Zulkarnain tersenyum tatkala ternampak isterinya sedang berbaring di atas katil. Perlahan-lahan, Zulkarnain menghampiri isterinya. Hidungnya dicuit. Tiada respons! Seketika kemudian, Zulkarnain tersenyum nakal. Ingin benar dia mengusik isterinya hari ini. Secara perlahan-lahan, bibirnya melekat pada bibir isterinya,lama. Berkerut-kerut dahi Zulkarnain. Mengapa Fatin langsung tidak bereaksi?

"Fatin.." Tiada jawapan.

"Sayang.. bangunlah!!" Tiada reaksi juga.

"Sayang..!!" Kini, Zulkarnain meninggikan suaranya. Langsung tiada respons daripada isterinya juga.Tubuh Fatin digoncang beberapa kali. Langsung tiada reaksi.

"Sayang!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!" Kini, barulah Zulkarnain meraung. Sehinggakan kedua-dua orang tuanya yang berada di tingkat bawah, berkejar ke biliknya.

"Kenapa ni??" Datin Nasrul menyoal cemas.

"Mak..entahlah.. Fatin pengsan!!" Datin Nasrul ternganga. Dia pantas meluru mendapatkan menantunya. Dato' Sabri yang lebih tenang itu, menelefon pihak hospital, meminta pertolongan.Seluruh isi keluarga berasa sungguh bimbang. Juga berasa risau. Risau jika ada apa-apa yang berlaku pada Fatin.jchttp://www.blogger.com/profile/10671932033922035301noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4162040554338484970.post-51817134698764620722009-12-23T11:30:00.001+08:002009-12-23T11:30:59.063+08:00Rindu Mencumbui Zaman 32“Awh!!!!!” Serta-merta, Zulkarnain melompat turun dari katilnya. Langkahnya pantas dituju ke arah bilik mandi di dalam bilik tidurnya.

“Kenapa ni, sayang?” Zulkarnain pantas meluru, mendapatkan isterinya yang sedang terduduk di atas lantai bilik mandi.

“Entah la.. basah sangat lantai.. Fatin terseliuh..” Dahi Fatin berkerut-kerut, menahan kesakitan yang dialaminya sekarang.

“Cepat.. mari.. dok kat katil dulu..” Zulkarnain mengarah. Dia membantu isterinya untuk bangun, kemudiannya memapah isterinya menuju ke katil mereka secara perlahan-lahan. Kemudian, Fatin mengurut pinggangnya yang terseliuh sebentar tadi.

“Sakit lagi ke? Naka bang tolong urutkan tak??” Cemas betul Zulkarnain tika ini. Maklumlah, isterinya baru sahaja keluar dari hospital. Selain itu, doktor pernah berpesan, kesihatan isterinya perlu dijaga dengan sebaik mungkin untuk mengelakkan kesan sampingan yang tidak diingini.

“Tak payah la, bang.. Fatin urut sendiri pun dah cukup..” Fatin tersenyum. Sebenarnya, dia dan Zulkarnain telah pun bernikah secara sah. Tiada dosanya kalau suaminya mengurut pinggangnya sekarang. Cuma, dia bimbang – rasa malu akan menguasai dirinya. Maklumlah.. Sejak berkahwin sehingga sekarang, dia dan Zulkarnain tidak pernah menjalinkan hubungan yang ‘intim’. Semuanya gara-gara kesihatannya yang tidak baik. Jika dia ingin melahirkan anak, besar kemungkinan, nyawanya akan diragut. Oleh itu, Zulkarnain berkeras untuk mengekalkan nyawanya.

“Fatin, maaf ya.. tadi abang mandi.. so, basah.. tak sangka, Fatin jatuh pulak..” Zulkarnain berasa serba-salah. Namun, Fatin tersenyum manis. Langsung tidak menyalahkan suaminya. Tidak melepaskan tanggungjawab kepada orang lain.

“Abang ni kan …loyar buruk betul lah!” Berkerut-kerut dahi Zulkarnain.

“Loyar buruk? Ada ke??” Minda Zulkarnain ligat berputar.

“Adalah! Abang kata abang mandi tadi.. Kalau mandi, masakan tak basah pulak? Abang ni.. ada-ada je..” Fatin tertawa kecil. Zulkarnain turut tersengih, menepuk dahinya.

“Ya tak ya jugak!” Zulkarnain mengiyakan penyataan isterinya itu.

“Sayang..” Zulkarnain memanggil lembut.

“Hmm??” Fatin berpaling. Wajah si suami ditatap dengan puas.

“I love you!” Romantis betul suara Zulkarnain tika itu. Fatin tersenyum bahagia. Perlahan-lahan, dia melentokkan kepalanya pada dada bidang suaminya.

“I love you too, bang!!” Zulkarnain mengusap-usap rambut isterinya. Matanya terpejam erat.

‘Ya Allah.. terima kasih kerana Kau mengurniakan seorang isteri yang baik, solehah dan mulia buat hamba-Mu ini.. Ya Allah.. tolonglah kurangkan juga penderitaan isteriku.. tolonglah kurangkan juga penderitaan Zaza.. Ya Allah.. tolonglah dekatkan Zaza dengan Zakry.. Amin..’ Zulkarnain berdoa di dasar lubuk hatinya. Perlahan-lahan, air matanya perlahan. Namun, pantas dikesat dengan hujung jarinya yang kasar itu.

xxxxx

Kotak mesej inboxnya pantas diterjah.

Awak dah bukak ke lum hadiah saya tu?

Zaza menepuk dahinya, mengutuk dirinya yang amat layak untuk digelar sebagai pelupa itu. Masakan dia boleh melupakan hadiah yang diberi oleh Zakry semalam? Namun, kelopak matanya hampir terpejam tatkala dia sampai di rumah. Oleh itu, dia terus mencampakkan dirinya ke atas katil empuknya selepas membersihkan diri. Langsung dia tidak mempedulikan hadiah itu lagi.

Tanpa berlengah, dia pantas mencapai beg tangannya. Dia pantas mengoyakkan pembalut hadiah yang membalut kotak hadiah itu. Kotak tersebut pantas dibuka. Dia terlopong seketika. Dia benar-benar terharu. Air matanya mula mengalir. Seutas rantai kristal ditatap puas oleh sepasang mata bundarnya. Rantai tersebut dicapai, digantung pada lehernya. Dia menggayakan dirinya di hadapan cermin. Kemudian, dia tersenyum puas.

‘Cantiknya..’ Zaza sempat memuji kecantikan rantai kristal yang dihadiahi oleh Zakry itu. Kemudian, dia duduk di atas katil empuknya. Dia cuba membanding-bandingkan Zakry dengan Zulkarnain. Walaupun dia masih mencintai Zulkarnain, dia percaya, dia mampu mencintai Zakry seperti dulu juga. Semuanya dek Zulkarnain yang sedang membina rumah tangga dengan isterinya. Tidak ingin dia mengumpul dosa dengan menjadi pihak ketiga dalam rumah tangga orang lain. Tambahan pula, ibunya pernah berpesan – mencari orang yang lebih mencintainya adalah lebih baik daripada mencari orang yang sangat dicintainya. Walaupun dia lebih mencintai Zulkarnain daripada Zakry, dia percaya, cinta Zakry pasti setanding dengan cinta Zulkarnain terhadapnya dulu.

Deringan telefon mematikan lamunannya. Telefon bimbitnya pantas dicapai.

“Hello..”

“Hai.. dah bukak ke lum?” Suara Zakry menampar gegendang telinga Zaza.

“Dah..”

“So?”

“Erm.. cantik la rantai tu.. thank you..” Ucapan itu ikhlas lahir dari sanubari Zaza. Zakry tertawa kecil.

“Hmm.. welcome.. so.. malam ni.. er.. awak..” Tergagap-gagap Zakry bertutur. Zaza tertawa kecil mengenangkan perlakuan Zakry itu. Tidak disangka-sangka, anak teruna yang melanjutkan pelajaran di negara asing, masih kolot sebegitu. Namun, Zaza bersyukur. Mujurlah Zakry tidak seperti mat salleh – terlalu ‘open’. Dia tertawa sendirian. Zakry terpinga-pinga.

“Awak ketawa kenapa?” Tawa Zaza lantas berhenti. Buat sebentar tadi, dia benar-benar lupa akan kehadiran Zakry di seberang talian.

“Tak de apa-apa.. awak nak cakap apa lagi?” Pantas betul Zaza mengubah topik, mengalihkan perhatian jejaka di seberang talian.

“Er.. tak de pa-pa lah..” Zakry enggan berterus-terang. Zaza juga malas ingin bertekak dengannya lagi.

“Hmm.. macam tu.. saya nak gi kerja dah.. bye!”

“Bye bye!” Zaza memutuskan talian. Dia tersenyum puas. Puas hati kerana dia berjaya mencari pengganti Zulkarnain – satu perkara yang dia sangkakan tidak akan berlaku. Namun, siapalah dia untuk melawan takdir Tuhan?jchttp://www.blogger.com/profile/10671932033922035301noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4162040554338484970.post-2931004994316311582009-12-23T11:28:00.002+08:002009-12-23T11:30:27.430+08:00Rindu Mencumbui Zaman 31“Zaza.. pejam mata dulu boleh?” Zakry bertanya. Zaza mengerutkan dahinya. Kedua-dua keningnya bagaikan hampir bercantum.

“Boleh la..” Zakry bertutur dengan nada sedikit merayu. Akhirnya, Zaza akur.
Setelah memastikan kelopak mata Zaza ditutup, Zakry mengeluarkan sebuah kotak yang dibalut dengan cantik. Dia tersenyum.

“Bukalah mata..” Perlahan-lahan, kelopak mata Zaza dibuka. Dahinya berkerut-kerut, dia menjongketkan keningnya sehingga mereka hampir bercantum, banyak tanda tanya mula muncul di atas kepalanya. Melihat telatah gadis yang dicintainya itu, Zakry menghulurkan kotak tersebut kepadanya.

“Kenapa ni?” Zaza bertanya. Dia berasa pelik.

“Hadiah untuk awak..” Hadiah? Zaza cuba mengingat. Hari jadi diakah pada hari ini? Bukan. Habis itu? Mengapa Zakry memberikannya hadiah secara tiba-tiba?

“Hadiah? For what??” Senyuman masih tidak lekang dari bibir Zakry. Hairan juga Zaza.
‘Dia baru keluar dari Tanjung Rambutan ke??’ Zaza berdetik.

“Saja je.. Awak bukak lah..”

“Tak nak lah..” Zaza enggan. Sebenarnya, bukannya susah sangat pun untuk membuka hadiah tersebut. Cuma, dia malu untuk membuka hadiah di hadapan Zakry.

“Bukalah..” Zakry merayu.

“Tak nak!” Zaza tetap enggan. Dia berkeras.

“Tak pe la.. Kalau awak tak nak bukak, balik rumah nanti buka ya?” Zaza mengangguk, menghela nafas lega kerana Zakry mengalah akhirnya. Jika tidak, tidak tahulah dia sehingga bila mereka akan terus bertekak dek hadiah tersebut.

Zakry terus berdiam diri tatkala makanan dihidangkan oleh pelayan yang bekerja di restoran itu.

“Thank you..” Zaza dan Zakry mengucap serentak. Kemudian, mereka saling berpandangan. Masing-masing berasa hairan – sejak bila mereka menjadi serasi sebegitu? Pelayan tersebut pantas berlalu setelah makanan yang dipesan oleh Zaza dan Zakry terhidang di atas meja.

“Awak..” Mereka bertutur serentak. Kemudian, tertawa kecil.

“Sejak bila kita serasi cam ni ya?” Zakry menjongketkan bahunya, tidak tahu.

“Sudah la.. makan..” Zakry mengunjukkan nasi lemak yang dipesan oleh Zaza sebentar tadi.

“You too..” Zaza tersenyum manis. Zakry terpukau seketika. Senyuman manis itu.. Sudah lama tidak tergantung pada bibir Zaza itu. Dia pantas sedar, sempat mengutuk dirinya yang selalu mengelamun itu. Jika diketahui oleh Zaza, malulah dia!

xxxxx

“Sayang.. cam ne paper hari ni?” Zizuan menghulurkan pertanyaan buat gadis yang dicintainya itu.

“Susah betul.. entah la.. Nurin takut nanti kantoi la..” Mulalah Nurin merungut. Zizuan tersenyum. Bukannya dia tidak masak akan perangai Nurin itu. Setiap kali peperiksaan dikatakan susah olehnya, setiap kali itulah keputusan Nurin lebih baik daripada orang lain. Oleh itu, dia tidak perlu bimbang kini.

“Hmm.. ya la tu.. Kalau Nurin kantoi.. abang lari lah!” Zizuan sekadar bergurau. Namun, Nurin tersinggung.

“Abang betul-betul tak nak Nurin ke kalau Nurin fail exam?” Nadanya sedikit sayu. Serta-merta, Zizuan menjadi serba-salah. Dia tahu, dia tidak patut bergurau tentang isu tersebut.

“Tak, sayang.. abang cuma gurau je.. sorry ya..” Zizuan mula memujuk. Bimbang juga dia jika ‘sweetheart’nya itu merajuk.

“Ya ke? Tapi.. kalo abang betul-betul nak tinggalkan Nurin pun, tak perlukan alasan kan?” Nurin bertutur, sedikit menyindir.

“Sayang.. maaf ya.. abang bukan sengaja.. abang janji.. abang takkan tinggalkan Nurin walau dalam keadaan macam mana sekalipun!” Bersungguh-sungguh Zizuan berjanji. Serba-sedikit, hati Nurin terpujuk jua.

“Ya ke? Tapi kalau dunia kiamat, abang kena tinggalkan Nurin jugak tau!” Nurin menyakat.

“Ish sayang! Mintak simpang malaikat empat puluh empat! Jangan sebut tau benda tak baik macam tu..” Zizuan bertegas.

“Ya lah! Tapi.. hari tu, abang pun ada tengok 2012 kat cinema kan?” Nurin mengingatkan teman lelakinya.

“Tengok tu.. memang la pernah tengok! Tapi.. tak baik la kalo Nurin asyik cakap dunia kiamat je.. tau?” Zizuan menasihati.

“Tau lah!! Asyik membebel je, ustaz!” Nurin menyindir.

“Hmm… kalau abang jadi uztaz, sayang jadi ustazah Nurin la ya?” Zizuan mula menyakat Nurin. Nurin mengetap bibirnya, geram!

“Ish! Abang ni.. tak nak cakap ngan abang lah! Bye!” Talian pantas diputuskan oleh Nurin tanpa mendengar balasan Zizuan yang seterusnya. Zizuan sekadar menggeleng-gelengkan kepalanya, mengenangkan telatah Nurin itu. Namun, dia tidak pernah tersinggung, tidak pernah terasa. Mungkinkah segalanya dek kuasa cintanya terhadap Nurin? Dia tersenyum sendirian. Saat itu, rasa bahagia mula menyelubungi dirinya. Cintanya mula bermekaran.. Kasihnya mula berbunga.. Rasa sayangnya mula berbuah lebat.. Nurin Oh Nurin…jchttp://www.blogger.com/profile/10671932033922035301noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4162040554338484970.post-16416858224483187682009-12-22T21:02:00.000+08:002009-12-22T21:03:01.161+08:00Rindu Mencumbui Zaman 30Zaza mengelamun jauh. Fikirannya menerawang jauh. Hatinya tidak tenteram.

‘Perlu ke aku ucap??’ Persoalan ini asyik berlegar-legar dalam minda Zaza. Dia mencongak sendirian, perlukah dia mengucapkan ‘selamat hari jadi’ kepada Zulkarnain??

Skrin telefon bimbitnya direnung berkali-kali. Acap kali, keluhan demi keluhan terpacul dari bibir Zaza. Telefon bimbitnya pantas dicampak ke atas katil empuknya. Matanya dipejam erat. Malas dia hendak memeningkan kepalanya dengan berfikir tentang persoalan itu lagi.

xxxxx

“Abang.. pejam mata dulu..” Fatin bertutur manja tatkala suaminya ingin menuruni tangga. Berkerut-kerut dahi Zulkarnain.

“Nape pulak ni??” Zulkarnain hairan. Fatin tertawa kecil.

“Ala.. buat je la bang!” Fatin memuncungkan bibirnya, tanda protes. Zulkarnain tersenyum melihat telatah isterinya yang kebudak-budakan itu.

xxxxx

Fatin melepaskan tangannya yang menutup sepasang mata milik suaminya sebentar tadi.

“Dah! Bang boleh bukak mata!” Perlahan-lahan, Zulkarnain membuka kelopak matanya. Dia terlopong. Dia menggosok matanya berkali-kali, bagaikan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

“Sayang.. ni..” Terharu seketika Zulkarnain. Mana tidaknya? Fatin baru sahaja keluar dari wad hospital. Kini, Fatin berhempas pulas di dapur untuk menyediakan masakan sempena hari jadinya.

“Bang.. Fatin tak reti buat western food la.. Fatin cuma masak kari ayam ngan lauk-lauk ni je..” Fatin bertutur.

“Ala.. abang bukannya kemaruk sangat nak makan makanan barat tu.. lauk-lauk ni pun.. abang suka.. terima kasih ya, sayang..” Fatin tersenyum manis. Bahagia kerana jasanya dihargai oleh suaminya.

“Sama-sama.. memang tanggungjawab Fatin pun..” Senyuman masih tidak lekang dari bibir Fatin. Buat seketika, Zulkarnain melupakan Zaza. Dalam mindanya, segala-galanya hanyalah bayangan isterinya, Fatin. Zulkarnain menarik isterinya ke dalam pelukannya. Dia sedar. Dia harus melupakan Zaza. Buat masa kini, Zaza hanyalah masa lampaunya. Dia tidak ingin mencalarkan hati isterinya. Biarlah Zaza patah hati terhadapnya kerana dia tahu, seorang jejaka lebih mencintai Zaza daripadanya – Putra Zakry..

xxxxx

Hari ini, Zaza terlewat bangun. Solat subuhnya turut terbabas. Namun, mujurlah dia uzur hari ini. Jika tidak, mulalah dia mengumpul dosa. Langkahnya dipercepatkan. Acap kali, Zaza membelek jam tangannya. Bimbang dia terlewat terlalu lama.

“Aduh!” Zaza mengerang kesihatan tatkala bahunya dilanggar seseorang.

“Sorry..” Suara itu menyentap tangkai hati Zaza. Dia tidak berani berpaling.

“Tak pe..” Zaza langsung tidak berpaling. Dia pantas mengutip semula fail-failnya yang jatuh ke atas lantai dek pelanggaran tadi.

“Er.. Zaza.. awak..” Tergagap-gagap Zulkarnain seketika. Kini, barulah Zaza memberanikan dirinya untuk bertentang mata dengan Zulkarnain.

“Tak pe.. tak sakit pun.. saya dah terlewat, tuan.. saya pergi dulu..” Tergesa-gesa Zaza meninggalkan Zulkarnain bersendirian di sana tanpa mempedulikannya. Zulkarnain mengeluh hampa. Dia tahu, perasaan Zaza sudah tergores. Dia amat pasti, Zaza sudah pasti terdengar berita tentang isterinya. Keluhan demi keluhan mula terpacul dari bibirnya.

‘Ah!! Lantaklah!!’ Langkahnya pantas dituju, meninggalkan tempat insiden tadi berlaku.

xxxxx

Longgokan fail di hadapan matanya tidak dipedulikan lagi. Segala kerja yang belum beres, sekadar direnung kosong. Insiden tadi masih terpahat dalam minda Zaza. Kini, kerjanya terbelangkai. Semuanya gara-gara insiden tadi. Gara-gara bahunya dilanggar oleh jejaka yang amat dicintainya, Zulkarnain. Tiba-tiba, telefonnya berbunyi, menandakan sebuah mesej diterima.

Kenapa tak wish saya semalam?

Zaza terbungkam seketika. Dia tidak menyangka Zulkarnain melontarkan pertanyaan itu. Kini, dia benar-benar serba-salah. Apa yang harus dibalas? Ingin sekali dia memberitahu Zulkarnain bahawa jejaka itu sedang mendera perasaannya. Tidak sedarkah Zulkarnain bahawa Zaza sedang berusaha untuk melupakannya? Perlukah dia mendera perasaannya sebegitu? Masih berperikemanusiaankah Zulkarnain ini?

Mesej tersebut dibiarkan. Dia tidak ingin bermain dengan api. Dia sedar, jika dia membalas mesej Zulkarnain, sudah pasti perasaan dirinya dan Zulkarnain terdera, sudah pasti dia tidak akan berjaya melupakan Zulkarnain.

Tiba-tiba, telefonnya berdering. Lantas, ia pantas dicapai. Nama yang tertera pada skrin telefon bimbitnya – Zakry!

“Hello..”

“Hello, Zazz.. malam ni .. awak free tak??”

“Free.. nape?”

“Erm.. tak de pa-pe la.. Cuma nak ajak awak makan malam je, boleh tak?” Zakry mengharap. Setelah berfikir seketika..

“Okay.. awak datang jemput saya la.. malas saya nak pandu kereta, boleh?” Zaza mengemukakan syarat.

“Boleh! Malam ni.. pakai cantik-cantik ya!” Zakry sempat berpesan.

“Ya la..”

“Okay.. bye!”

“Bye bye!” Talian diputuskan. Telefon bimbit Zaza diletakkan semula di atas meja. Seketika kemudian, dia tersenyum sendirian. Dia nekad! Dia pasti akan melupakan Zulkarnain. Dia percaya, dia pasti dapat mencintai Zakry seperti dulu juga. Maklumlah, siapa yang dapat melupakan cinta pertamanya dengan mudah? Zulkarnain boleh menjadi teladan yang paling baik! Zaza kemudiannya menyambung semula kerjanya yang terbelangkai seketika sejak tadi.jchttp://www.blogger.com/profile/10671932033922035301noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4162040554338484970.post-2717159865624052802009-12-22T21:01:00.000+08:002009-12-22T21:02:21.548+08:00Rindu Mencumbui Zaman 29Rasa resah mula menguasai diri beberapa insan ini – Puan Suziana, Dato’ Sabri, Datin Nasrul dan tidak terkecuali juga Zulkarnain. Mereka tidak henti-henti berdoa agar Fatin berjaya menjalani pembedahan pada hari ini.

Dua jam telah berlalu.. Lampu di luar bilik pembedahan masih bernyala. Keluhan demi keluhan mula terpacul dari bibir masing-masing.

“Bang.. cam ne ni?? Fatin tu..” Datin Nasrul mula berasa tidak sabar. Punggungnya tidak dapat melekat di kerusi yang disediakan di hospital itu.

“Sabar lah ya?” Dato’ Sabri mula memujuk. Puan Suziana sekadar membisu. Sebenarnya, dia lebih resah daripada kedua-dua besannya itu. Di dasar lubuk hatinya, dia berdoa agar anak perempuannya dirahmati Allah.

“Mak.. sabar ya.. Fatin pasti selamat..” Zulkarnain yang menyedari keresahan ibu mentuanya itu bersuara. Puan Suziana mengangguk sambil tersenyum hambar. Tiba-tiba, lampu di luar bilik pembedahan ditutup. Mereka pantas meluru ke arah doktor yang baru kelaur dari bilik pembedahan itu.

“Doktor, apakah keadaan menantu saya sekarang??” Datin Nasrul bersuara cemas.

“Kalian jangan risau.. Puan Fatin berjaya menjalani pembedahan.. Pemindahan sunsum tulang berjaya dilakukan..” Zulkarnain dan Dato’ Sabri memanjat kesyukuran kepada Tuhan. Datin Nasrul dan Puan Suziana menghela nafas lega. Syukurlah..

“Terima kasih, doktor!” Mereka menjawab serentak. Doktor tersebut mengangguk lalu mengorak langkah, meninggalkan mereka.

xxxxx

“Sayang nak apa? Nak air ya??” Zulkarnain bersuara. Dia menawarkan diri untuk menjaga isterinya yang perlu tinggal di wad hospital buat sementara waktu.

“Tak payah, bang.. Bang dah letih kan? Nak tidur tak??” Suara Fatin kedengaran tidak bermaya.

“Tak.. tak letih pun.. syukurlah.. mujurlah sayang selamat..” Fatin mengangguk. Dia memeluk suaminya erat. Cinta terhadap suaminya itu, kian menggamit tubuhnya..

xxxxx

Hobi Zaza muncul lagi. Proton Wiranya sekali lagi meluncur ke Pantai Remis. Hatinya yang kian lara.. hatinya yang pedih.. perasaannya yang kian tergores…
Di Pantai Remislah, Zulkarnain mengetahui isi hatinya yang terpendam..
Di Pantai Remislah, Zaza dapat mengimbau kenangan manis yang terpahat dalam mindanya..
Di Pantai Remislah, rasa bahagia mula menguasai dirinya tatkala menghabiskan masa bersama-sama dengan Zulkarnain..
Di Pantai Remislah, cintanya kian dalam..
Di Pantai Remislah, ombaknya menjadi saksi cinta Zulkarnain dan Zaza..
Di Pantai Remis jugalah, segala-galanya sekadar menjadi memori yang manis.. yang terpahat buat selama-lamanya di dasar lubuk hatinya..

Pasir yang memutih, samudera biru, kicauan burung, udara nyaman, kehijauan pokok…
Segala-galanya dijamah oleh sepasang mata bundar milik Zaza Haniza. Keindahan alam sekitar di sekelilingnya bagai tidak mempunyai apa-apa makna lagi. Air matanya mula mengalir lagi. Mengapa? Mengapa dia tidak mampu mengalah?? Sedangkan isteri Zulkarnain sudah sembuh, sudah mampu meneruskan hidup tanpa belenggu kesihatan?

“Zazz.. jangan nangis lagi..” Suara seseorang kedengaran, tuan empunya suara menghulurkan sehelai tisu kepada Zaza. Zaza mendongak. Dia terbungkam seketika.

“Za.. Zakry??” Suaranya mula tenggelam. Dia bagaikan tidak percaya akan apa yang dilihatnya kini. Zakry? Mengapa Zakry sering muncul di saat hatinya lara? Mengapa Zakry sering menghulurkan sepasang tangannya di saat dia memang memerlukan bantuannya??

“Ambil tisu ini..” Tangannya tetap menghulurkan tisu bagi rakannya itu.

“Terima kasih!” Tisu itu dicapai, mengesat air mata yang membasahi pipinya.

Zakry menanggalkan kotnya lalu mengambil tempat duduk di sebelah Zaza. Sebenarnya, dia bukannya mengekori Zaza. Cuma, dia menemui Zaza di Pantai Remis secara kebetulan..

“Awak nangis.. sebab Zulkarnain juga ke?” Zakry menduga. Sebenarnya, dia dapat mengagak jawapan bagi pertanyaannya tadi. Jika bukan sebab Zulkarnain, apakah perkara lain yang mampu menjadikan gadis itu mengalirkan air matanya?

Zaza mengangguk. Sampai ke tahap ini, dia tidak perlu menyembunyikan hakikat sebenar dari pengetahuan Zakry. Lagipun, dia sedar. Zakry sekadar mengamalkan budaya “sudah tahu, bertanya pula”.

“Zazz.. sebenarnya awak..”

“Saya tahu Zakry.. Sebenarnya, hari ni saya datang sini.. pun.. nak tamatkan segala-galanya!” Zaza menyampuk. Zakry berpaling. Menamatkan segala-galanya?? Apakah yang dimaksudkan oleh Zaza??

“Apa maksud awak, Zazz??”

“Saya nekad! Saya akan lupakan Zul.. sebab Zul tidak mungkin menceraikan Fatin.. Biarpun cinta kami betapa dalam, segala-galanya sudah tamat..” Zakry bagaikan tidak percaya dengan apa yang didengarnya.

“Tak caya ke?” Zaza bermain serkap jarang.

“Caya.. Cuma.. entah la..” Zakry tersenyum. Keputusan Zaza itu memang menggembirakan hatinya. Keputusan Zaza itu membuktikan, dia masih mempunyai peluang untuk mencambahkan semula benih cinta mereka. Namun, dia sumpah! Dia tidak akan mengambil kesempatan. Biarlah Zaza sendiri yang membuat keputusan.jchttp://www.blogger.com/profile/10671932033922035301noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4162040554338484970.post-13949525684843528892009-12-22T20:59:00.001+08:002009-12-22T20:59:56.221+08:00Rindu Mencumbui Zaman 28Baru sebulan sahaja berlalu.. Namun, setiap detik dirasakan sungguh pedih.. bagi Zaza. Setiap saat amat sukar untuk dia lalui.. Setiap saat, bayangan Zulkarnain pasti muncul.. Dia telah berusaha.. sungguh.. namun, dia tetap tidak dapat melupakan Zulkarnain..

“Mikki…” Zaza menyahut setelah pintu bilik pejabatnya dikuak.

“Mikki!” Tiada kelibat Mikki kelihatan di tempat duduknya. Dahi Zaza berkerut seribu.

“Cik Zaza cari Mikki ke??” Ahmad bertanya, dijawab dengan anggukan Zaza.

“Oh.. tadi Puan Fatin jumpa dia..” Berkerut dahi Zaza seketika. Puan Fatin?? Nama itu bagaikan pernah didengar. Namun, dia tidak dapat mengingatinya.

“Puan Fatin tu, isteri Encik Zul..” Melihat dahi Zaza yang sedang berkerut-kerut itu, Ahmad. Tersentap tangkai hati Zaza. Isteri Zulkarnain??

“Oh..” Barulah dia ingat sekarang.

“Kalau tak de apa-apa, saya pergi dulu ya Cik Zaza..” Ahmad meminta diri. Dia tahu, Zaza telah tersinggung. Masakan tidak? Tadi dia telah menyebut perkataan “isteri Zulkarnain”. Zaza mengangguk. Langkahnya pantas dituju balik ke dalam bilik pejabatnya.

xxxxx

“Abang!! Abang!!” Laungan Fatin itu memeranjatkan Zulkarnain. Zulkarnain yang kebetulan sedang berada di dalam bilik mandi, lantas keluar.

“Kenapa ni??” Cemas juga dia mendengar teriakan Fatin sebentar tadi. Namun, pertanyaan Fatin itu tidak berjawab. Air matanya mengalir.

“Kenapa nangis ni, sayang??” Zulkarnain bertanya lembut, mengesat air mata Fatin dengan hujung jarinya.

“Abang.. abang.. tadi doktor.. doktor kata ada.. ada..” Tersekat-sekat nafas Fatin sekarang.

“Ada apa??” Zulkarnain kelihatan cemas.

“Ada.. ada penderma sunsum tulang yang sesuai.. abang.. abang.. Fatin..Fatin gembira sangat..” Sejurus itu, Fatin terus memeluk suaminya erat. Zulkarnain terperanjat, bingung. Patutkah dia berasa gembira? Ataupun dia harus berasa sedih kerana Zaza terpaksa dikorbankan??

“Abang.. Fatin gembira sangat.. Fatin.. Fatin tak sangka.. Doktor pun cakap dia tak sangka.. tapi.. tapi mujurlah doa Fatin termakbul… abang..” Tersedu-sedan Fatin menangis, menangis keharuan.. Zulkarnain mengeratkan pelukan isterinya.

“Ya… ya… mujurlah Fatin sembuh.. mujurlah..” Apa yang harus diperkatakan oleh Zulkarnain lagi?? Cuma, dia tidak menyangka mulut ayahnya semasin itu. Ayahnya baru sahaja menduganya beberapa hari yang lepas. Tidak disangka, kata-kata ayahnya menjadi realiti pada hari ini.

‘Zaza.. maafkan aku.. Zaza.. aku terpaksa lupakan kau.. Cinta Fatin turut ikhlas.. Aku tidak sanggup mengorbankannya.. begitu juga dengan kau..’ Air mata Zulkarnain turut mengalir. Pedih betul hatinya kini.. Perasaannya bercelaru.. Mindanya kosong..

xxxxx

“Apa?????” Terkejut betul Nurin sekarang. Berita yang menampar gegendang telinganya tidak mampu dipercayai.

“Betul la, sayang.. Kak Fatin memang dapat cari penderma sunsum tulang yang sesuai..” Seperti teman wanitanya juga, dia turut terbungkam sewaktu mengetahui berita tersebut.

“Habis, Zaza macam mana??” Nurin seperti tidak senang dengan berita tersebut. Sebenarnya, dia bukanlah berharap agar Fatin meninggal dunia. Cuma, apa yang dia risaukan sekarang ialah perasaan Zaza. Apakah reaksi Zaza jika mengetahui berita tersebut?? Bukankah Zulkarnain memberitahu Zaza bahawa perkahwinannya dengan Fatin dahulu hanya lakonan semata-mata?? Kini, Fatin berpeluang besar untuk sembuh.. sembuh daripada kanser tulangnya. Habis itu, Zaza bagaimana?? Mustahil Zulkarnain ingin memperisterikan Zaza?? Sanggupkah Fatin dan Zaza bermadu?? Pelbagai persoalan menerjah ruang minda Nurin. Zizuan yang duduk di sebelahnya itu, membisu seribu kata. Biarlah teman wanitanya melayan perasaannya..

xxxxx

Zaza terduduk.. Air matanya mula mengalir..

Hatinya bagai ditoreh berkali-kali..
Hatinya bagai ditusuk berkali-kali..
Hatinya bagai dihiris berkali-kali..
Pipi mulusnya mula dibasahi dengan air matanya..

Berita yang disampaikan oleh Nurin melalui telefon tadi, cukup menggores perasaannya. Kata Nurin, Fatin berjaya mencari penderma sunsum tulang yang sesuai. Dia bukan sedih dan kecewa kerana Fatin sembuh.. Dia cuma berasa sedih kerana dia terpaksa mengorbankan rasa cintanya mulai saat ini. Dia terpaksa melupakan Zulkarnain mulai sekarang. Segala harapannya punah, impiannya musnah..

Kunci keretanya pantas dicapai.. Dia ingin membawa dirinya jauh dari Zulkarnain Holdings… jauh dari sini.. unuk mengubati hatinya yang kian lara…

xxxxx

“Tahniah, Puan Fatin! Kesihatan Puan Fatin amat memuaskan. Dua hari lagi, saya akan aturkan satu pembedahan untuk Puan Fatin. Ada apa-apa masalah, puan??” Doktor pakar tulang, Dato’ Doktor Mazlan berkata-kata. Fatin tersenyum gembira. Begitu juga dengan Zulkarnain yang turut duduk di sebelah Fatin itu.

“Boleh, doktor.. Tentu boleh!”

“Bagus! Pukul lapan pagi, dua hari yang akan datang, puan datang ke sini.. kalau ada ahli keluarga yang nak datang, pun boleh juga..” Fatin mengangguk. Dia berpaling, memandang suaminya. Senyuman Zulkarnain itu dibalasnya.jchttp://www.blogger.com/profile/10671932033922035301noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4162040554338484970.post-68544692801024729182009-12-22T20:56:00.000+08:002009-12-22T20:58:43.045+08:00Rindu Mencumbui Zaman 27“ Zul.. dok sini.. abah nak cakap sesuatu..” Dato’ Sabri mempelawa. Zulkarnain akur.

“Ada apa abah??” Zulkarnain berkata setelah mengambil tempat duduk di atas sofa, bertentangan dengan ayahnya.

“Abah.. nak cakap sikit tentang Zaza..” Zulkarnain berhenti melipat lengannya. Dia memberanikan diri bertentangan mata dengan ayahnya itu. Namun, dia masih membisu seribu kata.

“Zul.. rasa-rasanya, Zul ada mata sendiri.. Zul pun tau macam mana nak menilai.. Cinta Fatin tu.. Zul tau kan?” Zulkarnain menarik nafas panjang. Matanya dipejam, lagaknya seperti sedang berfikir sesuatu.

“Zul.. abah tau.. Fatin tu ada kanser tulang..” Sejurus itu, Dato’ Sabri bangun dan menuju menghampiri anaknya.

“Kalau Fatin dapat cari penderma sunsum tulang yang sesuai, macam mana?” Dato’ Sabri membisik halus. Mata Zulkarnain tercelik. Sejujurnya, dia tidak pernah terfikir tentang perkara itu. Keluhan demi keluhan terpacul dari bibir Dato’ Sabri.

“Zul.. secara jujur, abah harap sangat Zul lupakan Zaza..” Tersentak Zulkarnain dibuatnya. Melupakan Zaza?? Mampukah dia melakukannya?? Tidak!! Bukankah rancangan untuk berkahwin dengan Fatin merupakan lakonan semata-mata?? Bukankah dia sudah berjanji dengan Zaza bahawa cintanya tidak akan berubah sekelumit pun?? Apakah perasaan Zaza jika dia memungkiri janji?

“Abah..mana mungkin? Zul mesti menepati janji.. Zul mesti bertanggungjawab, abah..” Zulkarnain bertegas. Dato’ Sabri mendengus geram. Dia kembali duduk di tempat asalnya, bertentangan dengan anaknya.

“Zul.. apa-apa pun, abah harap Zul layan Fatin tu dengan ikhlas..” Dato’ Sabri lantas bangun, meninggalkan anaknya yang kebingungan itu.

Zulkarnain serba-salah. Apakah yang harus dilakukannya?? Patutkah dia mendengar kata-kata ayahnya? Ataupun dia perlu menepati janjinya?? Janji yang dilafazkan kepada Zaza..

xxxxx

Punat interkom ditekan oleh Zaza sebaik sahaja berbunyi.

“Apa hal, Mikki??”

“Cik Zaza, tuan pengarah nak jumpa..” Tuan pengarah? Zaza mengetap bibirnya.

“Okay!”

xxxxx

Pintu bilik pejabat Dato’ Sabri diketuk, kemudian ditolak.

“Selamat pagi, Dato’..” Zaza tunduk, sebagai tanda hormat kepada Tuan Pengarah Zulkarnain Holdings itu.

“Selamat pagi, Zaza.. Duduklah..” Dato’ Sabri mempelawa. Zaza mengambil tempat duduk di hadapan Dato’ Sabri.

“Zaza.. saya nak cakap tentang.. tentang Zulkarnain..” Tersentap tangkai hati Zaza seketika. Dia tidak berani bertentang mata dengan Dato’ Sabri. Riak wajah Dato’ Sabri yang serius itu cukup mengecutkan perutnya!

“Er…Dato’.. saya..” Tergagap-gagap Zaza pula.

“Tak apa, Zaza.. saya faham. Saya cuma nak tanya, kalau Fatin dapat cari penderma sunsum tulang yang sesuai.. apa yang akan Zaza lakukan??” Berdebar-debar jantung Zaza. Secara jujur, perkara itu tidak pernah menghiasi mindanya.

“Zaza.. mungkin Zaza dan Zulkarnain pun.. tak pernah fikirkan perkara ni.. walaupun doktor kata, peluang untuk Fatin sembuh tu nipis, tapi.. takdir yang mengatur segala-galanya kan??” Zaza mendongak. Matanya berkaca-kaca. Dia akui, kata-kata Dato’ Sabri itu ada benarnya. Takdir Tuhan yang mengatur segala-galanya. Jika Fatin sembuh, apa yang dia akan lakukan?? Mustahil dia hendak merampas Zulkarnain dari sisi isterinya itu.

“Zaza.. sebenarnya..” Sebelum Dato’ Sabri sempat menghabiskan kata-katanya, Zaza menyampuk.

“Dato’, saya faham.. terima kasih Dato’ kerana menegur saya.. Saya sedar kesilapan saya, Dato’… saya faham maksud tersirat yang Dato’ cuba sampaikan…” Terbungkam Dato’ Sabri seketika. Dia tidak menyangka, Zaza cukup pantas membaca apa yang sedang bersarang dalam mindanya.

“Dato’ jangan risau.. Saya takkan rampas Zulkarnain dari sisi Fatin jika Fatin sembuh.. tapi jika Fatin.. jika Fatin tak sembuh, saya harap Dato’ takkan membantah percintaan saya dan Zulkarnain kelak..” Zaza menyambung selepas dia menarik nafas panjang sebentar tadi.

“Itu sudah pasti.. saya cuma nak kekalkan kebahagiaan rumah tangga anak saya.. jika anak saya menjadi duda, sudah pasti saya takkan menghalang awak bercinta dengan Zulkarnain..” Zaza tersenyum. Sejurus itu, dia keluar dari bilik pejabat Dato’ Sabri itu. Pembantu peribadi Zulkarnain, Ahmad, yang kebetulan muncul di situ, mengerutkan dahinya. Dia mula berasa hairan. Mengapa Zaza akan muncul di bilik pejabat Tuan Pengarah Zulkarnain Holdings itu?? Nalurinya memberitahu bahawa sesuatu yang tidak diingini telah berlaku. Perlukah dia memaklumkan perkara itu kepada Zulkarnain??jchttp://www.blogger.com/profile/10671932033922035301noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4162040554338484970.post-8487813225885376562009-12-22T14:39:00.000+08:002009-12-22T14:40:28.843+08:00Rindu Mencumbui Zaman 26Fatin memeluk suaminya erat. Cintanya terhadap suaminya itu sungguh mendalam. Cincin yang tersarung pada jari manisnya itu dikucup dengan perlahan. Tiba-tiba, air matanya mengalir perlahan. Hatinya mula terasa pedih. Harinya tidak banyak lagi. Adakah rasa bahagianya itu akan musnah sekelip mata?? Tidak! Dia tidak sanggup.. Dia ingin hidup lebih lama lagi. Dari sehari ke sehari, hatinya mula dipagut rasa bimbang. Dia mungkin akan meninggal dunia pada bila-bila masa sahaja, tidak mustahil. Perlahan-lahan, dia merenggangkan pelukannya tatkala terdengar laungan azan. Solat subuhnya mesti ditunaikan dengan segera. Telekungnya pantas dicapai..

xxxxx

“Ya Allah, tolonglah hamba-Mu yang kerdil ini.. tolonglah panjangkan hayat hamba-Mu ini.. tolonglah temukan penderma sunsum tulang yang sesuai untuk hamba-Mu ini.. tolonglah hamba-Mu mengecapi kebahagiaan yang lebih lama.. Ya Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.. tolonglah hamba-Mu ini..” Fatin tidak berhenti berdoa setiap hari. Walaupun jenis darahnya sukar mencari penderma sunsum tulang yang sesuai, dia masih menyimpan secebis harapan. Setiap hari, dia pasti akan menunaikan kelima-lima solat jika dia tidak ‘uzur’. Air matanya mengalir perlahan-lahan. Dia meraup mukanya.

“Amin..”

xxxxx

Air mata Zulkarnain mula mengalir. Perasaannya cukup tersentuh saat itu, tersentuh dek doa yang dilafazkan oleh isterinya sebentar tadi. Setiap saat, dia dikuasai rasa serba-salah. Kedua-dua Fatin dan Zaza terlalu baik untuk dilukai, cinta mereka terlalu tulus. Zulkarnain mula menyalahkan dirinya. Jika dirinya tidak wujud, jika dia tidak memberi harapan kepada dua orang gadis itu, sudah tentu keadaan tidak akan menjadi teruk sedemikian. Air matanya diseka perlahan.

xxxxx

Zaza membuka peti sejuknya. Kosong!!! Tiada buah-buahan untuk dimakan, tiada sayur dan ikan untuk dimasak. Dia mengeluh hampa. Dia menyelak lengan baju kurungnya, jam tangannya direnung. Dia bergegas mencapai kunci keretanya. Lima minit kemudian, kereta Proton Wira berwarna biru itu meluncur pergi dari rumah Zaza Haniza.

xxxxx

Pasaraya Ampang menjadi destinasi Zaza hari itu. Sebaik sahaja menapak masuk ke dalam pasar raya itu, dia terus menuju ke bahagian yang menjual buah-buahan. Pelbagai jenis buah-buahan dibelinya – oren, epal, kiwi dan mangga. Sedang dia mencapai sebiji epal, epal tersebut turut dipegang oleh seseorang. Zaza menoleh. Dia terbungkam seketika. Epal tersebut pantas dilepaskan.

“Hi..” Fatin Imma menyapa.

“Hi..” Zaza membalas. Dia terkelu. Apa yang harus diperkatakannya??

“Sayang, dah siap ke belum??” Suara seseorang memecah keheningan. Tangkai hati Zaza tersentap. Hatinya bagai tertusuk. Perkataan “sayang” yang terpacul dari mulut jejaka itu menggores perasaannya. Tidak perlu dia menoleh untuk mencari tuan empunya suara itu, dia sudah dapat mengagak siapa gerangan itu. Dia amat pasti, perkataan “sayang” yang kedengaran itu bukan dituju kepadanya, tetapi dituju kepada gadis yang bertuah, yang berdiri di sebelahnya itu.

“Dah siap..” Fatin Imma menjawab tatkala kesunyian menguasai ruang mereka bertiga berdiri. Zulkarnain membisu seribu kata. Seperti Zaza juga, dia turut terbungkam, terkelu.. Suaranya bagaikan tersekat di kerongkong.

“Abang, jom balik! Er.. Cik Zaza, kami balik dulu ya?” Fatin Imma meminta izin tatkala suaminya tidak bersuara. Zaza mengangguk.

‘Lagi bagus kalau pergi, tak payahla aku menahan perasaan..’ Zaza membebel dalam hatinya. Fatin memaut lengan suaminya. Seperti kerbau dicucuk hidung, Zulkarnain tidak membantah.

Setelah memastikan pasangan suami isteri itu sudah tidak kelihatan lagi, barulah Zaza membiarkan air matanya mengalir. Dari tadi, air matanya ditahan. Dia tidak mungkin akan mengalirkan setitik air mata pun di hadapan Fatin. Tidak mungkin.. Niatnya ke Pasaraya Ampang itu pun sudah terbantut. Semuanya gara-gara kemunculan pasangan suami isteri itu.

xxxxx

Bila sampai di rumah, barulah Zaza sedar bahawa dia tertinggal telefon bimbitnya di dalam rumah sebentar tadi. Skrin telefon bimbitnya dijamah seketika.

10 missed calls from Zakry

Itulah yang terpapar pada skrin telefon bimbitnya. Zaza hairan. Mengapa Zakry menelefonnya kerap kali?? Tanpa berfikir panjang, nombor telefon Zakry didail.

“Hello..”

“Zazz.. tadi kenapa tak jawab telefon saya?” Zakry terus mengajukan soalan. Nada suaranya serius sahaja.

“Er.. tadi saya gi Pasaraya Ampang.. tertinggal telefon kat rumah..” Barulah Zakry menghela nafas lega.

“Oh.. nasib baik.. ingatkan..” Zakry tidak menghabiskan kata-katanya.

“Ingatkan saya ditimpa kemalangan ke??” Zaza bermain serkap jarang.

“A’ah..” Zaza terharu, terharu dengan sikap ambil berat Zakry itu. Mengapa? Mengapa Zakry harus mengambil berat tentangnya lagi? Bukankah dia memberitahu Zakry bahawa dia tiada peluang lagi untuk meraih cintanya? Bukankah dia sudah memaklumkan Zakry tentang kesetiaannya terhadap Zulkarnain??

“Zazz..” Suara Zakry mematikan lamunan Zaza.

“Er.. sorry..” Zaza meminta maaf atas keterlanjurannya tadi.

“Tak pe.. mood awak macam mana sekarang?” Zakry bertanya. Serta-merta, gambaran tentang peristiwa yang berlaku di Pasaraya Ampang tadi menguasai mindanya.

“Er.. okay lah..” Zaza tidak ingin memberitahu peristiwa petang tadi kepada Zakry. Apa yang harus diperkatakannya? Mustahil dia hendak mengadu kepada Zakry? Lagipun, Zakry terlalu mulia. Dia tidak mahu Zakry bimbang dan risau tentangnya lagi.

“Zazz.. saya tahu, mood awak tak okay.. Tapi mungkin awak tak nak bagitau saya.. tak pe.. saya takkan salahkan awak.. sebab saya.. saya pun macam tu jugak.. saya pun pernah alami perasaan yang sama macam awak..Zazz..” Pilu hati Zaza mendengarnya.

“Sorry, Zakry.. saya..” Zaza berhenti seketika, berfikir bagaimana untuk menyusun kata-kata seterusnya.

“Tak pe, Zazz.. saya mengagumi awak.. awak sentiasa setia pada Zulkarnain.. Tapi, kalau satu hari.. maksud saya kalau.. kalau satu hari awak memang tak cintakan Zul, saya masih cintakan awak. Saya percaya, masa takkan mengikis rasa cinta saya terhadap awak Zazz.. Zazz, saya bukan mendesak awak. Lagilah bukan mengambil kesempatan pada masa ini.. Cuma, saya saja nak awak tau cinta saya terhadap awak sangat mendalam.. Tapi, saya takkan paksa awak.. Sebab saya tau, cinta awak terhadap Zul dapat menandingi cinta saya terhadap awak jugak..” Air mata Zaza mengalir perlahan-lahan. Tersentuh perasaannya tika itu, rasa terharu mula menyelubungi dirinya. Dia menjadi kelu seketika.

“Zazz, jangan menangis.. maafkan saya.. saya..” Serba-salah pula Zakry apabila terdengar tangisan halus Zaza itu.

“Zakry.. awak tak bersalah.. saya yang bersalah.. saya layan awak tak adil.. awak terlalu baik, Zakry.. terlalu baik.. Saya.. saya tak layak bersama awak..” Zaza bertutur penuh emosi. Zakry mengeluh.

“Zazz, saya cintakan awak seorang sahaja. Biarpun awak jadi apa-apa, saya tetap cintakan awak..”

“Jadi apa-apa? Kalau saya jadi babi, awak pun cintakan saya jugak ke? Haram tau babi tu..” Zakry tertawa kecil. Ada-ada sahaja Zaza ini. Patut ke dia samakan dirinya dengan babi?

“Zazz.. awak ni kan.. memang.. macam budak tiga tahun..” Serta-merta, wajah Zaza berubah mendung. Zulkarnain pernah berkata sedemikian. Mengapa? Mengapa setiap perkara yang berlaku pasti mempunyai kaitan dengan Zulkarnain?

“Er.. Zakry, saya sibuk ni.. lain kali baru kita berbual ya?” Zaza meminta izin untuk menamatkan perbualan.

“Okay!” Zaza mengeluh. Resah betul dirinya ini. Zulkarnain, Zulkarnain…. Nama itu tidak pernah lekang dari mindanya…jchttp://www.blogger.com/profile/10671932033922035301noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4162040554338484970.post-84603423194303948902009-12-22T14:31:00.000+08:002009-12-22T14:37:16.401+08:00Rindu Mencumbui Zaman 25Rumah banglo Zulkarnain sungguh meriah. Ramai kenalan Dato’ Sabri dalam bidang bisnes, sanak saudara keluarga Zulkarnain dan kenalannya turut menghadiri majlis perkahwinan itu, tidak terkecuali juga Zaza Haniza. Akad nikah telahpun dilafazkan oleh Zulkarnain beberapa hari yang lalu.

Ketika Zaza sampai di banglo itu, jantungnya benar-benar sedang melantun. Keresahan mula menyelubungi dirinya. Sepasang kakinya seperti tidak berpjiak di bumi nyata lagi. Namun, dia tetap menggagahkan dirinya melangkah masuk ke dalam rumah itu.

“Zazz, awak dah sampai akhirnya..” Zakry menyapa Zaza. Tersentuh perasaan Zaza tika itu. Zakry.. Zakry masih sudi menyapanya. Malah, tiada sekelumit rasa marah pun yang terbit dari dasar lubuk hati Zakry.

‘Zakry, kenapa kau baik sangat??’ Zaza merintih pilu sendirian. Dia melontarkan sebuah senyuman hambar kepada jejaka tampan itu. Zakry menapak menghampirinya.

“Kawal emosi awak, Zazz.. lepas majlis ni tamat, saya teman awak gi pantai.. awak boleh menangis.. atau meraung.. nak buat apa pun boleh..” Bagaikan memahami apa yang sedang dialami oleh Zaza sekarang, Zakry mengujar. Zaza mengangguk. Dia dan Zakry meloloskan diri ke dalam kelompok ramai. Zulkarnain dan Fatin kelihatan secocok, sepadan, bagai pinang dibelah dua. Itulah pujian yang menjamah gegendang telinga Zaza. Apa yang dialaminya sekarang?? Apakah perasaannya??

Zaza tidak dapat menahan perasaannya lagi. Pedihnya tidak mampu dibendung lagi. Dia lantas menuju ke taman bunga di belakang banglo Zulkarnain itu. Di sana, tiada kelibat seorang pun yang kelihatan. Barulah dia boleh menangis sepuas hatinya, barulah dia boleh melayan perasaannya di sana. Sedang dia khusyuk menyeka air matanya, tawa seseorang mencuri perhatiannya.

“Abang ni jahat la..” Suara manja seorang gadis kedengaran. Kemudian, disambut dengan tawa seorang jejaka. Zaza mengintai dari sebalik rumpun. Hatinya tersentap. Pasangan pengantin itu kelihatan sungguh bahagia, tidak seperti sedang berlakon. Hipokrit!!! Zulkarnain hipokrit!! Hati Zaza mula menjadi sakit, pedih.. Rasa kecewa mula mengusai dirinya. Dia lantas berpaling dan ingin menuju ke keretanya. Tiba-tiba, dia tertendang sebuah pasu.

Prang prang!!!

‘Matilah aku kali ini!’ Zaza mula risau. Dia cuba menceriakan wajahnya yang agak mendung itu.

“Zaza??” Suara lembut Zulkarnain kedengaran.

“Er.. maafkan saya.. saya cuma nak.. nak minta diri dulu.. sebab tak sihat..” Zaza memberi alasan.

“Oh.. tak pe la.. Cik Zaza, saya Fatin, isteri Zulkarnain. Kalau cik nak balik dulu, baliklah..” Kata-kata Fatin itu seolah-olah sedang menyindir Zaza. Zaza yang terasa itu tersenyum hambar dan lantas mengatur langkah. Zulkarnain yang menyedari perubahan riak wajah Zaza itu serba-salah. Hatinya turut tergores dek perbuatan Fatin itu. Tidak tahulah dia sama ada Fatin sedang menyindir Zaza ataupun meluahkan kata-kata itu tanpa niat. Apa yang dia tahu, Zaza sudah pasti akan terasa, hati Zaza sudah pasti akan tercalar.

Serba sedikit, dia berasa sesal kerana menyetujui rancangan Puan Suziana. Namun, seperti Zaza juga, rasa simpatinya mengatasi segala-galanya..

xxxxx

Entah berapa kotak tisu Premier yang telah digunakan oleh Zaza. Dia tidak berhenti menyeka air matanya yang tidak pernah kering sejak pulang dari kediaman Zulkarnain itu. Pujian orang ramai tentang pasangan pengantin itu, dia tidaklah kisah sangat. Apa yang dia kisah, Zulkarnain seolah-olah tidak sedar bahawa dia sedang berlakon. Dia amat pasti, Zulkarnain turut mencintai Fatin. Dia bimbang. Dia bimbang, cinta Zulkarnain terhadap Fatin lebih mendalam dari sehari ke sehari. Namun, apakah dayanya? Mustahil dia hendak memarahi Zulkarnain? Mustahil dia hendak merampas Zulkarnain dari sisi Fatin??

Mustahil!! Zaza Haniza tidak akan sesekali membuat perkara yang tidak bermoral itu. Baginya, meruntuhkan rumah tangga orang lain memang merupakan satu perbuatan yang negatif, satu perbuatan yang tidak bermoral. Lagipun, perbuatan itu merupakan salah satu larangan Tuhan yang utama.

Cintanya terhadap Zulkarnain cukup mendalam. Bahkan, lebih mendalam daripada cintanya terhadap Zakry dahulu. Apakah bala yang menimpanya?? Adakah takdir sedang mempermainkannya?? Zaza sedar. Segala-galanya merupakan aturan takdir. Dia, seorang insan yang kerdil, tidak berhak menyalahkan takdir. Tidak sesekali…

Telefon Zaza berbunyi – menandakan kotak mesej inboxnya diisi. Kotak mesejnya diterjah. Sebuah mesej diterima daripada Zakry.

Zazz.. are you okay??

Sekali lagi perasaan Zaza tersentuh dek sikap ambil berat Zakry itu. Mengapa Zakry berhati mulia sehingga tahap sedemikian? Mengapa Zakry langsung tidak memarahinya walaupun acap kali dia melayan Zakry dengan tidak adil?? Sebenarnya, Zakry langsung tidak bersalah lima tahun yang lalu. Cuma, ibunya yang memisahkan mereka. Mengapa dia tidak memberi peluang kepada Zakry?? Semuanya gara-gara cintanya yang terlalu mendalam terhadap Zulkarnain. Tanpa disedari, hidupnya menjadi kelam-kabut tanpa Zulkarnain. Segala-galanya tidak menjadi tanpa Zulkarnain. Tanpa disedari pula, dia sudah bergantung kepada Zulkarnain sejak bercinta dengannya beberapa bulan yang lepas. Mengapa Fatin tidak muncul sebelum cintanya berputik? Mengapa Fatin harus muncul dalam keadaan sedemikian saat api cintanya dengan Zulkarnain semakin marak??

Zaza mencampakkan dirinya ke atas tilam empuk itu. Sekali lagi, bantal kesayangannya itu menjadi basah. Seperti span yang menyerap air, bantal Winnie the Pooh itu menyerap air mata Zaza setiap saat..jchttp://www.blogger.com/profile/10671932033922035301noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4162040554338484970.post-44332454727801759562009-12-21T20:19:00.001+08:002009-12-21T20:25:03.574+08:00Hatiku yang TercalarAkhirnya, setelah sepuluh hari berada di Guilin dengan keluargu, aku akan pulang ke Malaysia, tanah airku, pada hari ini. Mujurlah.. Jika tidak, entah bila selsemaku akan sembuh. Semuanya gara-gara cuaca Guilin yang tidak menentu. Sekejap panas, sekejap sejuk. Jadi, orang yang kesihatannya lemah sepertiku, mudahlah menjadi sakit. Sambil memegang sebuah novel yang bertajuk “Lasykar Pelangi”, aku mengambil tempat duduk di bangku yang tersedia, di Lapangan Terbang Guilin ini. Sekali-sekala, kedengaran bunyi batukku. Sekarang, ibu bapaku sedang membeli mi segera di kedai runcit lapangan terbang ini.

Tanpa kusedari, seorang lelaki, berkaca mata, kemungkinan sebaya denganku, mengambil tempat duduk bertentangan denganku. Hatiku mula tergerak untuk mengamati wajahnya. Aku, yang sudah biasa mengikut kata hatiku, mengalihkan perhatianku daripada buku karya penulis Indonesia, kepada jejaka yang sedang duduk bertentangan denganku itu. Tatkala aku mengamati wajahnya, dia tiba-tiba sahaja mendongak, merenungku. Aku pantas membaca semula novelku. Rasa malu kian menebal dalam diriku. Sumpah! Aku tidak pernah berasa sedemikian. Tidak pernah aku berasa malu sedemikian bila berhadapan dengan insan yang bernama lelaki.

Apa yang telah terjadi kepada diriku ini?? Sudah gilakah aku? Ataupun… aku sudah jatuh cin.. Argh!! Aku tidak sanggup menghabiskan detikan hatiku itu. Tidak! Aku tidak akan jatuh cinta! Itulah prinsip yang dipegangku selama ini sejak berada di bangku sekolah menengah. Itulah juga, pesanan yang sering terpacul dari bibir ibuku, bapaku. Aku harus menumpukan perhatian terhadap pelajaranku sekarang! Aku mula mengingatkan diriku.

Naluriku mula mendesak diriku, untuk merenung jejaka itu sekali lagi. Namun, keberanianku terbatas. Aku takut, aku bimbang, jika jejaka itu turut merenungku pada masa yang sama, alangkah malunya aku! Aku tidak sanggup untuk menghadapinya untuk kali kedua! Tidak!! Aku mengamati bait-bait kata yang terpapar di hadapanku, pada halaman novel yang kupegang kini. Ternyata, tumpuanku bukan pada novelku. Ruangan mindaku, hanya terisi dengan seraut wajah jejaka berkaca mata itu.

Jejaka itu, tampak berkarisma. Dengan kaca matanya, dia seperti orang bijak pandai! Argh! Sejak bila aku menilai seseorang melalui paras rupa? Ini bukan diriku yang sebenar!

“Sayang..” Ibuku mula mendapatkanku. Aku menutup novelku itu, melemparkan sebuah senyuman yang manis buat ibuku.

“Mammmii..” Aku bertutur manja. Sesungguhnya, aku amat-amat cintakan ibuku. Pada pandanganku, ibuku, ibu yang terbaik di dunia ini. Aku amat-amat bertuah. Sering kali, aku memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan kerana mengurniakan aku, sepasang ibu bapa yang baik!

“Sayang, nak makan roti tak?” Bapaku pula, mula bersuara. Kedua-dua mereka mula mengambil tempat duduk di sebelahku, aku pula, macam sandwich, berkepit di antara mereka!

“Daddy makan dulu lah!” Aku berkata kepada bapaku. Tiba-tiba, sebuah pengumuman mematikan perbualan kami. Kini, tibalah waktu kami untuk berlepas ke Malaysia! Yahoo!! Aku tidak sabar ingin kembali ke rumahku! Buat seketika, aku mula melupakan jejaka yang duduk bertentangan denganku itu.

xxxxx

Berbanding dengan Guilin, cuaca di Malaysia memang bagaikan langit dengan bumi. Walaupun sekarang merupakan musim tengkujuh, Malaysia tetap lebih panas, lebih lebih panas dari Guilin. Namun, aku tetap cintakan Malaysia. Tidak ingin aku menetap di Guilin. Walaupun pemandangan di Guilin indah nian, cuaca di sana memang tidak sesuai bagiku.

Aku turun dari kapal terbang Malaysia Airlines Berhad, kemudian mula menapak masuk ke dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Sementara menunggu ibu bapaku mengambil bagasi kami di tempat yang disediakan, kelibat jejaka berkaca mata tersebut, mula kelihatan lagi. Aku terkejut seketika. Tidak menyangka bahawa rupa-rupanya, dia menaiki kapal terbang yang sama denganku.

Aku mula berpura-pura tidak melihatnya. Aku tidak ingin mendera perasaanku lagi. Aku berdiri, mula membaca semula novel “Lasykar Pelangi”. Dari ekor mataku, aku ternampak, dia sedang berjalan, menuju ke arahku. Walaupun aku mula menjadi tidak keruan, aku cuba berlagak tenang dan selamba – seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Dia melintasiku, dia seperti tidak pernah mengenaliku, langsung tidak memandangku. Hatiku mula menjadi sakit, aku lantas berlalu dari tempat yang kuberdiri tadi. Aku mendapatkan ibu bapaku, tidak ingin mempedulikan jejaka berkaca mata itu lagi.

Seketika kemudian, aku mula berfikir. Sebenarnya, dia tidak mempedulikanku, aku tidak berhak untuk sakit hati juga. Apa hubungannya denganku? Masakan dia ingin memandangku walaupun dia pernah melihatku di lapangan terbang Guilin, aku mula berfikir.

‘Selamat tinggal, jejaka kaca mata!’ Aku bertutur sebak, pada diriku ini. Adakah aku akan menemuinya selepas aku meninggalkan KLIA hari ini? Biarlah takdir yang menentukan segala-galanya.

xxxxx

Setelah menikmati cuti semester akhir tahun selama tujuh tahun, aku mula kembali ke sekolahku, menemui rakan-rakanku yang aku rindui selama ini. Tahun ini, aku harus menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaranku kerana Penilaian Menengah Rendah, akan aku hadapi pada akhir tahun ini.

Aku menepati janjiku, mengambil tempat duduk bersebelahan dengan rakan baikku, Niza sebaik sahaja menapak masuk ke dalam kelas pertama Tingkatan Tiga sekolahku.

“Eh.. dengar kata, hari ni ada budak baru la, Min!” Aku mengerutkan dahiku, mencongak-congak kata-kata Niza. Budak baru? Langsung tiada orang memaklumkanku.

“Budak baru? Sape??” Niza menjongketkan bahu, tidak tahu. Aku tergelak halus. Tak tau, pun nak bagitau aku.. Niza ni..

“Eh.. tu tu.. dah datang..” Suara Niza mula menampar gegendang telingaku. Aku mendongak, melihat budak baru yang dimaksudkan oleh Niza itu. Tatkala seraut wajah jejaka tersebut dijamah sepasang mataku, aku terperanjat seketika. Je… jejaka itu.. jejaka itu!! Aku gembira bukan kepalang!! Rupa-rupanya, jejaka kaca mata itu merupakan budak baru yang akan belajar denganku tahun ini!!!

Niza menyiku aku beberapa kali.

“Apa???” Aku bertanya, berpaling kepada Niza. Dia kelihatan seperti terlopong.

“Hensem la mamat ni!” Niza mula memuji. Matanya tidak lekang memandang jejaka kaca mata itu. Aku sekadar menggeleng-gelengkan kepalaku, melihat telatah Niza yang sudah aku sedia maklum itu.

Walaupun aku akui, jejaka berkaca mata itu memang hensem.. tapi masakan aku hendak mengakuinya? Apa kata Niza nanti? Aminah yang selama ini tidak pernah ‘memandang’ lelaki, memuji jejaka berkaca mata itu hensem? Tentu Niza akan mengusiknya setiap kali. Aminah menjadi takut tatkala mengenangkan saat yang akan tiba itu jika Niza mengetahui perasaannya terhadap jejaka berkaca mata itu.

“Hoi!!” Niza menyergahku. Adess!! Macam mana sekarang? Aku mengelamun pula tadi.

“Apa??” Aku buat-buat selamba.

“Awak..” Niza tidak sempat menghabiskan kata-katanya tatkala guru kelas kami mula menapak masuk ke dalam kelas 3A.

“Okay.. kelas bangun!” Guru kelas kami mengarah.

“Selamat pagi cikgu!!” Suara setiap pelajar kelas 3A mula bergema.

xxxxx

Sudah seminggu musim persekolahan Tingakatan Tigaku berjalan. Segala-galanya berjalan lancar. Aku yang telah mengulang kaji pelajaran pada cuti semester akhir tahun yang lalu, tidak menghadapi sebarang masalah apabila guru-guru mengajar kami tentang bab-bab Tingkatan Tiga yang baru. Tidak seperti sesetengah pelajar yang langsung tidak bersedia, alamatnya mereka terkial-kial tatkala beberapa guru mengemukakan soalan.

Hari ini, Niza tidak hadir. Semalam, dia telah memesanku untuk memberitahu guru kelas kami. Dia tidak dapat hadir ke sekolah hari ini kerana datuknya telah meninggal. Agak sayu nada suaranya semalam di corong telefon. Aku pun, turut berasa sedih dan hiba bagi pihaknya. Salam takziah telahpun kukirim padanya.

Langkahku dituju ke bilik guru sesi pagi. Aku ingin mencari guru kelasku, untuk memaklumkannya tentang ketidak hadiran Niza pada hari ini. Sebaik sahaja aku masuk ke dalam bilik guru, kelihatan jejaka berkaca mata yang turut dikenali sebagai Azim, sedang bercakap dengan guru kelas kami.

“Min, ada apa-apa masalah??” Suara guru kelasku, Puan Maziah, kedengaran. Aku, yang ingin berlalu dari situ, tidak dapat memenuhi hasratku tika ini. Terpaksalah aku mendekati Puan Maziah, sekali gus Azim.

“Cikgu, hari ni Niza tak hadir.. sebab atuk dia meninggal..” Aku memberitahu guruku.

“Oh.. so sorry to hear that.. tak pe.. awak suruh dia.. jangan sedih sangat ya.. kirim salam takziah kat dia..” Guruku berpesan padaku. Aku mengangguk, kemudian tersenyum. Dari ekor mataku, aku dapat melihat, Azim sedang merenungku. Hatiku berdegup kencang. Aku lantas berlalu dari situ, bimbang untuk menjadi ‘mangsa’ renungan tajamnya itu.

Baru seminggu Azim berada di sekolah barunya, popularitinya boleh dikatakan melebihi aku. Dia semakin popular, terutamanya dalam kalangan perempuan. Niza, turut meminatinya dalam diam. Setiap kali Niza bertembung dengannya, dia pasti mengheretku berlalu dari situ. Oleh itu, aku sering kali berusaha untuk melupakan jejaka ini. Aku tidak akan merampas jejaka idaman rakan baikku! Tidak!

Azim memang pelajar yang pintar. Niza berkata, setiap kali, Azim pasti akan mendapat tempat pertama dalam peperiksaan di sekolah lamanya. Tambahan, sekolah lamanya merupakan sekolah yang ternama di kota metropolitan di Malaysia, Kuala Lumpur. Dalam bidang sukan pula, Azim sering kali muncul sebagai juara dalam acara perseorangan lelaki, badminton. Aku mula mengaguminya. Pendek kata, cintaku sejak pertama kali kami berjumpa, kian bercambah!

‘Min, awak dah gila ke? Sanggup rampas jejaka idaman Niza?’

‘Tak.. aku tak rampas.. dia suka Azim, aku pun suka!!!’

‘Tak, Min! Awak tak leh rampas jejaka idaman orang lain! Niza tu kawan baik awak!!!’

Suara hatiku mula bertelagah antara satu sama lain. Aku mula menjadi bingung. Aku menutup kedua-dua telingaku dengan telapak tanganku. Tidak ingin aku dikacau oleh suara-suara tersebut.

“Min.. awak okay ke??” Suara seseorang mula menyapaku dari belakang. Aku berpaling, jejaka berkaca mata!! Aku melepaskan telapak tanganku pada telingaku itu.

“Min..” Hatiku mula berkocak hebat, jiwaku mula bergelodak.

“Hah?? Er.. tak de apa-apa.. er.. saya pergi dulu..” Aku tergesa-gesa berlalu dari sisinya.
Langkahku dipercepat. Aku menyangka, dia akan mengejarku. Namun, sangkaanku meleset. Rasa kecewa mula menyelubungiku. Mengapa ya? Aku sendiri pun bingung!

xxxxx

Niza masih tidak hadir hari ini. Alamatnya, aku sendiri pergi ke kantin, menjamah sarapan yang disediakan oleh ibuku.

“Min, boleh saya duduk??” Aku tersentak. Suara itu.. aku kenali! Jejaka berkaca mata sedang menyapaku. Aku masih membatu, meneruskan suapan rotiku.

Tanpa disangka-sangka, dia terus mengambil tempat duduk di sebelahku. Degupan jantungku bagaikan terhenti. Namun, aku cuba berlagak tenang, seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

“Min.. kenapa awak diam je? Can we be friends??” Dia bertanya. Aku menoleh, kemudian terdiam sekali lagi.

“Min.. saya tak faham.. kenapa awak diam saja.. awak tak ingat saya ke? Kita pernah jumpa.. kat lapangan terbang..” Aku tersentak. Tanpa disangka, dia turut mengingati perjumpaan pertama kami.

“Awak dah tersalah cari orang.. kalau awak nak tau, kenapa saya diam saja.. tanya saja salah seorang kawan awak.. mereka akan berikan awak jawapan yang pasti..” Aku bertegas. Aku mencapai tupperwareku, berlalu dari sisinya.

xxxxx

Sekarang, Azim fahamlah. Rupa-rupanya, gadis yang mencuri perhatiannya, merupakan gadis yang cool di sekolah ini. Rupa-rupanya, gadis itu memang anti sangat terhadap lelaki. Barulah Azim faham mengapa Aminah enggan melayani pertanyaannya.

“Eh, Zim.. awak minat eh si minah tu?” Rahmat bermain serkap jarang dengan rakannya itu. Azim sekadar membisu, tidak membalas serkap jarang sahabatnya. Sebaliknya, dia bertanya kepada dirinya. Adakah dia mencintai si minah itu? Tanda tanya mula berlegar-legar dalam ruangan mindanya.

xxxxx

“Min.. Min!!” Azim mengejarku, kemudian memaut lenganku. Aku terperanjat. Beraninya si mamat ni menyentuhku!! Aku mengetap bibirku, geram dengan gelagatnya.

“Lepaslah! Lepas!!!” Nada suaraku semakin nyaring. Perlahan-lahan, cengkaman Azim pada lenganku dilepaskan. Aku mendengus geram. Kemudian, aku menggosok-gosok lenganku yang sakit dek cengkaman Azim sebentar tadi.

“Sorry, sakit tak??” Dia bertanya pula. Aku membisu, enggan menjawabnya. Dia tu entah bodoh atau apa.. kalau cengkam kuat sebegini, tentulah sakit!! Sudah gaharu, cendana pula!!!

“Min.. saya ikhlas nak kawan ngan awak.. saya dah tanya Rahmat.. rupa-rupanya awak anti sangat ngan laki.. nape? Awak ada pengalaman pahit ke? Awak boleh share ngan saya, Min… saya memang ikhlas nak kawan ngan awak..” Dia bagaikan sedang merayuku, untuk menerimanya sebagai kawan. Aku menjadi serba-salah. Sebenarnya, aku tidak kisah sangat untuk berkawan dengannya. Cuma, aku bimbang, Azim akan diperkatakan oleh orang lain. Maklumlah, aku tidak pernah berkawan dengan lelaki. Jika aku menerima Azim sebagai kawan, orang lain pasti akan mengesyaki hubungan kami. Tambahan pula, Azim mempunyai ramai peminat perempuan. Lagi banyaklah desas-desus yang akan kedengaran nanti. Aku nekad untuk bertahan! Untuk tidak menerima si mamat ini sebagai rakanku!

“Maafkan saya, pelajar Azim.. awak harus faham.. saya tak biasa berkawan dengan lelaki.. lagipun awak pernah bertanya kat Rahmat.. saya ni memang anti sangat kat lelaki.. jadi.. prinsip yang saya pegang selama ni.. tetap akan saya amalkan sekarang! Tiada pengecualian even toward you!!” Aku bertegas. Sangkaku, dia akan meradang. Namun, dia ternyata cukup tenang dalam menghadapi ketegasan aku kini. Ketenangannya langsung tidak tergugat walaupun aku sedang berang.

“Even towards me? Maknanya saya ni special jugak lah?” Dia menjeratku, tersenyum sinis. Aku terkelu. Tidak menyangka lidahnya tajam sebegitu!

“I don’t care what you said! Jangan kacau saya lagi selepas ni!!” Aku lantas berlalu dari situ, meninggalkannya tanpa menghiraukannya. Entah mengapa, aku sering kali mengharapkan dia mengejarku dan memanggilku walaupun aku tidak mahu menghiraukannya. Hati lain, kaki lain!

xxxxx

Aku melepaskan penatku pada katil yang empuk itu. Tiba-tiba, sebuah mesej aku terima. Aku menerjah kotak inboxku. Sebuah nombor yang tidak dikenali telah mengirimkan pesanan ringkas kepadaku.

‘Hai..’ Mesej pertama berbunyi sedemikian. Aku tidak mempedulikan mesej tersebut. Tidak sampai lima minit, kotak mesej inboxku diisi lagi dengan sebuah mesej daripada orang yang sama.

‘Saya Azim.’ Aku tersentak. Tidak menyangka si mamat itu akan mengambil tindakan yang selanjutnya dengan mengirimkan mesej kepadaku.

Haruskah aku membalas mesejnya? Aku tidak tahu!! Tiba-tiba, telefonku berdering! Azim menelefonku! Aku terperanjat! Aku tidak menjawab panggilannya kerana malu untuk bercakap dengannya walaupun menerusi corong telefon. Namun, Azim tidak berputus asa. Telefonku berdering sebanyak lima kali. Kali keenam, aku menjawab panggilannya, teragak-agak. Sebenarnya, aku tidak ingin sangat menjawab panggilannya. Cuma, aku hanya mengenangkan bahawa dia bersungguh-sungguh ingin menelefonku. Sedikit sebanyak, naluriku ingin tahu, apa yang ingin diberitahu olehnya kepadaku.

“Hello..” Aku menjawab teragak-agak. Terketar-ketar tanganku memegang telefon Sony Ericsson ini.

“Min.. kenapa sekarang baru jawab panggilan saya?” Dia terus melemparkan soalan kepadaku, langsung tidak memberi salam!

“Hah?? Er.. er.. saya..” Aku tergagap-gagap. Malunya… Entah macam mana aku hendak berhadapan dengannya pada hari muka nanti!!!

“Min.. saya tahu.. awak anti sangat kat lelaki.. awak tak pernah berkawan dengan lelaki.. tapi mengapa? Kenapa awak tak nak kawan ngan lelaki? Jangan disebabkan perangai seorang lelaki yang pernah melukakan hati awak, awak anggap semua lelaki jahat.. Min.. mungkin awak benci saya.. saya tak tau.. tapi .. tapi sejak kali pertama saya jumpa awak, saya.. saya nak awak jadi.. jadi kawan saya, Min..” Sekali lagi, dia merayuku, supaya menerimanya sebagai kawanku. Aku mengeluh, geram benar! Dia ni tak faham bahasa betul, fikirku!

“Azim, awak..” Sudah berbuih-buih mulutku menasihatinya, agar jangan mengacau hidupku lagi! Namun, dia bagaikan tidak reti bahasa, langsung tidak mengendahkan teguranku itu.

“Min.. can we be friends??” Sekali lagi, pertanyaan yang pernah dikemukakannya dulu, menampar gegendang telingaku. Kali ini, aku tidak menolak, tidak juga menerima. Aku bingung sebenarnya. Aku ingin menerimanya sebagai rakan. Namun, aku bimbang akan desas-desus yang akan timbul nanti. Sukarnya perasaan ini ditafsirkan!

“Azim.. sebenarnya, saya nak terima awak sebagai kawan.. Cuma.. cuma saya takut nanti ramai yang cemburu, terutamanya fans awak.. nanti apa pula kata orang? Aminah yang selama ini, tidak pernah berkawan dengan lelaki, berkawan pula dengan Azim.. saya.. saya memang takut, Azim..” Akhirnya, isi hatiku terluah jua. Kedengaran Azim membisu seribu kata. Agaknya, dia sedang memikirkan kata-kataku sebentar tadi.

“Hmm.. awak kata, awak nak terima saya sebagai kawan.. tapi.. tadi awak kata pula, awak akan amalkan prinsip awak selama ini.. jadi, kiranya saya ni memang special la, Min??” Argh!! Sekali lagi, aku terjerat. Aku terkelu, sekali lagi – kehabisan idea untuk membalas kata-katanya yang sinis, yang selalu menjerat diriku ini.

“So.. am I really special in your heart??” Aku terdiam, tidak berani untuk membalas kata-katanya lagi, bimbang terjerat sekali lagi.

“Awak membisu.. so I take it as yes..” Dia memasang umpan. Aku ternganga.

“No!!” Aku cepat-cepat memberi respons. Harunya jika dia merasakan aku meminatinya. Walaupun aku benar-benar menyukainya, tidak mungkin aku akan mengakuinya.

Dia tergelak halus. Ingin benar aku mematikan telefon bimbitku kini. Namun, aku bimbang,
dia akan mengusikku selepas ini.

“Min, saya gurau je.. why are you so scared??” Dia menyindirku. Geramnya!!!

“Azim!!!” Jika dia muncul di hadapanku, ingin sahaja aku menendangnya, menamparnya!

“Okay! Okay!! Gurau je lah!! Sorry ya, Min..” Aku membisu. Kiranya, aku pura-pura merajuk!

“Min.. sorry.. I was just kidding just now.. I din’t mean it..” Dia memohon maaf daripadaku. Aku tersenyum, namun masih membisu. Entah mengapa, mendengar suaranya yang merayuku, aku amat puas! Sewel agaknya aku ni!

“Min.. sorry.. saya.. saya memang gurau je tadi.. Min..” Mendayu-dayu suaranya merayuku. Kesian pula dia sekarang pada pandanganku.

“Hmm.. saya tak marah sangat pun.. tak payah la mintak maaf macam nak mati..” Aku berkata.

“So.. kita leh kawan tak?” Sekali lagi, dia bertanya. Aku mengeluh, membisu seribu kata. Perkara ini, walaupun tampaknya tidak penting, tetapi ia amat penting pada seorang gadis yang bernama Aminah!
Aku berfikir. Entah mengapa, aku benar-benar ingin menerimanya sebagai kawan. Kalau boleh, sebagai.. sebagai kekasih? Argh!! Karut!! Aminah, sekarang masa belajar!! Bukan bercinta!! Sedang aku berperang dengan perasaan diri sendiri, Azim di seberang talian langsung tidak bersuara.

“Erm.. boleh..” Aku bersuara perlahan, tidak pasti.

“Betul ke, Min? Yes.. yes!! Yess!!!!” Dia seronok sehingga tahap ini. Pelik juga aku mendengarnya.

“Seronok sangat tu nape??” Dia tergelak, aku cuma tersenyum.

xxxxx

Sudah tiga bulan aku bersahabat dengan Azim. Sepanjang tempoh ini, memang banyak desas-desus yang timbul. Hubungan kami, walaupun bukan sebagai pasangan kekasih, orang lain tetap salah faham. Biarpun mereka tidak salah faham, mereka tetap tidak senang dengan hubungan kami terutamanya peminat Azim, pelajar perempuan di sekolahku. Setiap kali mereka bertembung denganku, mereka pasti akan menunjukkan reaksi tidak senang. Namun, demi persahabatan yang terjalin, aku bersabar. Tambahan, aku amat bersyukur kerana Niza tidak memarahiku. Sudah berkali-kali aku meminta maaf daripadanya. Namun, berkali-kali itu juga, dia menyatakan bahawa dia tidak kisah. Dia menyatakan, dia sudah tidak menyukai Azim dan sudah pun melupakannya. Namun, aku tahu. Itu bukan hakikat yang sebenar.

Azim pula, melayani aku, bukan seperti seorang sahabat, tetapi lebih kepada seorang kekasih. Walaupun dia tidak pernah melamarku untuk menjadi kekasihnya, aku dapat merasakan perasaannya terhadapku. Argh!! Sejak bila aku menjadi perasannn?? Namun, Azim melayanku dengan cukup baik! Sehinggakan rakan-rakannya turut mengesyaki hubungan kami. Namun, Azim tetap menyatakan hubungan kami hanyalah sebagai kawan. Aku akui, penjelasannya memang mengecewakanku. Namun, apalah dayaku?

Berkali-kali aku cuba mengingatkan diriku bahawa Azim sekadar menganggapku sebagai ‘teman tapi mesra’. Namun, perasaanku terhadap Azim.. memang sukar ditafsirkan. Aku menyukainya, sebagai seorang sahabat. Namun, aku turut mencintainya. Pernah terlintas dalam benak mindaku, untuk meluahkan perasaan cintaku ini terhadapnya. Ingin sekali aku memberitahunya bahawa aku telahpun jatuh cinta padanya sejak kali pertama kami berjumpa di lapangan terbang Guilin. Namun, aku bimbang, luahan isi hatiku akan menjejaskan hubungan kami.

Aku ternyata cukup menyayanginya, tidak sanggup untuk kehilangannya. Aku bingung. Aku cuba untuk menumpukan perhatian terhadap pelajaranku, cuba untuk tidak berfikir tentang Azim. Namun, penangan cintanya memang kuat! Memang mampu memberi impak yang besar kepadaku!

xxxxx

Aku agak sedih, kerana keputusan peperiksaan percubaanku, tidak memuaskan. Aku mengambil lapan subjek. Namun, aku hanya mendapat 5A 3B. Itu bukan targetku. Selama ini, aku tidak pernah mendapat gred B dalam apa jua subjek. Kini, aku semakin lemah dalam subjek Geografi, Bahasa Inggeris dan Matematik. Entah apa yang merasukku. Matematik adalah subjek yang tersenang antara lapan subjek yang kuambil. Setiap jalan kiraku, telah salah. Namun, aku pelik. Semasa menjawab, aku telah memeriksa jawapanku sebanyak tiga kali. Ternyata, aku tidak mampu menumpukan perhatian terhadap pelajaranku. Terutamanya peperiksaan yang kuhadapi minggu lepas.

“Eh.. Min.. Min..” Kelihatan Niza sedang tercungap-cungap, menuju ke arahku. Aku terpinga-pinga. Tidak pernah aku melihat Niza cemas sebegitu. Aku bangun, lantas meluru untuk mendapatkannya.

“Niza, nape ni??”

“Min.. Azim.. Azim..” Dia cuba mengawal nafasnya yang semakin deras tika itu. Sementelahan aku pula, menjadi cemas tatkala nama Azim disebut oleh Niza.

“Min.. awak kena ada preparation..” Aku mula menjadi tidak sedap hati tatkala kata-kata Niza kedengaran.

“Ya la.. cakaplah.. nape ngan Azim??” Tidak sabar aku ingin mengetahui berita yang bakal disampaikan oleh Niza.

“Dengar kata.. Azim ada .. ada..” Niza tidak berani memandangku, sebaliknya dia terus menunduk. Aku keliru. Apa ni??

“Apa?? Dia ada apa??”

“Ada.. ada teman istimewa..” Hah?? Aku terperanjat, terkaku buat seketika. Aku amat pasti, teman istimewa Azim yang Niza maksudkan, sudah tentu bukan aku, kerana Azim langsung tidak meluahkan perasaannya terhadapku.

“Min..” Niza memaut lenganku, cuba memujukku. Dia sudah tentu faham tentang perasaanku sekarang.

“Si..siapa??” Aku bertanya perlahan.

“Mi..Mira..” Aku tersentak. Mira?? Namun, aku puas. Sekurang-kurangnya, aku tewas pada orang yang hebat. Siapa yang tidak kenal dengan Mira? Gadis yang cantik, aktif dan pintar. Memang padanlah dia dengan Azim.

“Min.. jangan sedih ya??” Niza tidak berhenti-henti memujukku. Yang pelik, Niza langsung tidak sedih. Mungkin, Niza benar-benar tidak menyintai Azim. Sekadar meminatinya sahaja.

Aku pula.. berasa sungguh sayu sekarang.. hatiku.. sudah tercalar. Ingin sahaja aku meluru kepada Azim, bertanya kepadanya. Mengapa dia tidak memilihku sebagai kekasihnya? Mengapa dia masih melayanku sebegini baik walaupun dia hanya menganggapku sebagai sahabat? Mengapa? Mengapa dia memberiku harapan, dan kini menghancurkannya pula??

Air mataku mula gugur setitik demi setitik. Rasa hiba mula menular dalam diriku, mencengkam hatiku, menggamit tulangku. Niza menepuk-nepuk bahuku, aku menoleh kepadanya. Aku tersenyum, menyeka air mataku. Kemudian, berlalu dari situ.

xxxxx

Setahun sudah berlalu. Hatiku masih tercalar. Parut yang Azim tinggalkan, masih belum sembuh. Aku sering menyibukkan diriku dengan pelajaran dan aktiviti-aktiviti koko, dengan harapan dapat melupakan Azim. Di sekolah baru ini, aku sering menyendiri. Aku hanya mempunyai beberapa orang sahabat. Itupun perempuan. Tiada lelaki yang akan aku terima sebagai kawan lagi. Cukuplah hanya Azim seorang.

Tahun lepas, selepas Niza memberitahu berita tersebut kepadaku, aku terus sahaja meninggalkan sekolah tersebut, datang ke sekolahku sekarang. Walaupun sekolahku sekarang hanyalah sekolah harian biasa, aku tetap berpuas hati, kerana dapat meninggalkan Azim. Walaupun aku tidak dapat melupakan Azim sepenuhnya, aku tetap bersyukur kerana tidak perlu berjumpa dengannya lagi selepas ini. Segala maklumat tentangku, telah pun ditukar. Contohnya, nombor telefonku, e-melku.. Cuma, aku masih tinggal di rumah yang sama.

Selain itu, usahaku dalam menyibukkan diri dengan pelajaran, ternyata memang berbaloi. Aku adalah antara pelajar terbaik di sekolahku, di negara Malaysia dengan keputusan Penilaian Menengah Rendahku yang cemerlang itu. Hasratku hanya satu kini, iaitu belajar bersungguh-sungguh dan membalas jasa ibu bapaku kelak. Tentang cinta, perkara ini – tidak akan wujud lagi dalam hidup Aminah selepas ini!!!jchttp://www.blogger.com/profile/10671932033922035301noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4162040554338484970.post-10477591693975765502009-12-20T08:06:00.001+08:002009-12-20T08:09:25.493+08:00Rindu Mencumbui Zaman 24Majlis perkahwinan Zulkarnain dan Zaza hanyalah tinggal seminggu sahaja. Fatin gembira bukan kepalang. Walaupun dia tahu, dia akan meninggal tidak lama lagi, dia tetap berasa bahagia kerana berjaya menghabiskan masa bersama-sama lelaki yang dicintai pada hari-hari akhir hidupnya. Dato’ Sabri , Datin Nasrul dan Puan Suziana turut sibuk mengedar kad jemputan dan membuat persediaan untuk majlis perkahwinan anak mereka.

Bagaimana dengan Zaza? Walaupun Zaza tampaknya ceria, gelodak jiwanya hanya diketahui dirinya sahaja. Segala perasaannya dipendam di dasar lubuk hatinya. Walaupun dia tampak tidak kisah akan perkahwinan itu, perasaannya turut tergores. Masakan dia tidak berperasaan? Lelaki yang paling dicintainya akan diijabmakbulkan dengan perempuan lain dalam masa seminggu lagi. Sudah tentu hatinya serba sedikit turut akan tercalar. Namun, rasa simpati dan empatinya mengatasi segala-galanya. Dia sentiasa memujuk dirinya bahawa perkahwinan itu hanyalah lakonan semata-mata, lakonan yang tidak diketahui oleh Fatin.

Sama-sama menjejak mimpi..
Sama-sama mencari dan menanti..
Segalanya direstui cinta sejati..

Deringan lagu “Mulanya Di Sini” oleh Freedom mematikan lamunan Zaza.

“Hello..”

“Zaza, boleh temankan saya gi beli baju pengantin tak?” Suara Zulkarnain menjamah gegendang telinga Zaza. Semenjak Fatin dipinang, Zulkarnain telahpun menukarkan panggilan “sayang” ataupun “Za” kepada “Zaza, malahan Zulkarnain turut membahasakan dirinya dengan “saya”, bukan “abang” lagi.

“Er.. Fatin tak leh gi ke??” Sebenarnya, dia bukannya sibuk pun. Cuma, masakan dia mahu memilih baju pengantin untuk Fatin? Bukannya dia pengantin pun. Jika ibu Fatin tahu, apa kata beliau? Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong pulak..

“Zaza, Fatin sakit.. lagipun umi ngan abah pun setuju kalau Zaza temankan saya pergi..” Setelah berfikir panjang, Zaza setuju dengan cadangan Zulkarnain itu. Tambahan pula, dia memang kemaruk merindui lelaki itu. Sudah lama dia tidak menjamah wajah Zulkarnain dengan sepasang
mata bundarnya.

xxxxx

Kedai Baju Pengantin Mak Andam yang terletak berhampiran dengan KL Sentral menjadi destinasi Zulkarnain dan Zaza. Mereka berjalan seiringan dan masuk ke dalam kedai itu. Pelbagai jenis baju pengantin yang tergantung pada penyangkut. Semuanya unik-unik belaka. Tiba-tiba, hati Zaza diulit rasa cemburu. Cemburu kerana pengantin perempuan yang akan bernikah dengan Zulkarnain ialah Fatin, bukan dirinya. Rasa menyesal mula menyelubungi dirinya, menyesal kerana bersetuju untuk menemani Zulkarnain memilih baju pengantin.
“Zaza.. jom gi bahagian sana.. lagi banyak!” Zulkarnain mempelawa. Namun, dia tidak menarik lengan Zaza. Maklumlah, dia bukan teman lelaki Zaza buat sementara. Bagi mengelakkan sebarang fitnah timbul, Zulkarnain dan Zaza harus menjaga batas pergaulan mereka. Dulu, Mikki dan Ahmad pernah bertanya, apa yang telah terjadi pada hubungan mereka?? Tiada jawapan yang menjawab pertanyaan Mikki dan Ahmad itu. Zulkarnain dan Zaza malas ingin mengulas tentang hubungan mereka. Jadi, persoalan itu dibiar berlalu dengan sepi.

xxxxx

Zulkarnain terpegun seketika. Keayuan Zaza itu memukau mata yang memandang. Tidak berkelip matanya merenung Zaza. Zaza yang menyedari perlakuan Zulkarnain itu berdehem seketika. Lamunan Zulkarnain mati. Dia tersengih-sengih untuk menutup kesilapannya itu. Zaza juga agak terpukau dengan kesegakan Zulkarnain yang mengenakan baju Melayu kuning itu. Maklumlah, baju pengantin! Baju kurung yang dikenakannya itu memang secocok benar dengan baju Melayu yang dikenakan oleh Zulkarnain. Terselit sebilah keris di pinggang Zulkarnain. Lagaknya seperti seorang pahlawan yang berjuang di medan perang!! Zaza tersenyum-senyum sendirian. Sudah jauh dia mengelamun..

“Cantik la anda dua orang pakai.. memang secocok..” Seorang jurujual yang tidak tahu-menahu tentang hubungan Zaza dan Zulkarnain itu memuji. Zaza terasa ingin menangis saat itu.

“Kami bukan pengantin.. Saya bukan isteri dia..Saya cuma tolong pilih baju je..” Zaza menjelaskan. Namun, Zulkarnain diam sahaja. Tidak menafikan, tidak juga mengiyakan.

“Er.. maaf..” Jurujual itu tersengih-sengih sambil tersipu-sipu malu, malu dek keterlanjurannya tadi.

“Zaza, ambik yang ni ya! Cantik awak pakai..” Zulkarnain memuji.

‘Cantik nak buat apa? Minggu depan bukannya aku yang pakai..’ Hati Zaza mula membebel sendirian. Kesedihannya cuba dipendam. Biarlah dia seorang sahaja yang merana. Dia tidak kisah tentang perasaannya. Apa yang penting, Zulkarnain dan Fatin akan hidup bahagia. Tiada kekesalan buat Fatin yang kemungkinan besar akan meninggal selepas tiga bulan.

“Zaza..” Zulkarnain bersuara, mematikan lamunan Zaza.

“Er.. okay!” Malas benar Zaza membantah. Dia faham benar akan sikap Zulkarnain itu. Lagipun, jika dia membantah, dia bimbang Zulkarnain akan berasa serba-salah dan keputusannya untuk berkahwin dengan Fatin akan tergoyah.

Walaupun Zaza amat mencintai Zulkarnain, dia tidaklah jahat sehingga mengharapkan rumah tangga yang bakal dibina oleh Zulkarnain dan Fatin akan runtuh. Dia sentiasa mendoakan kebahagiaan dua insan itu. Itulah sikap Zaza, sentiasa mengabaikan kepentingan diri sendiri demi kepentingan orang lain.

xxxxx

Sepanjang malam Zaza tidak dapat melelapkan matanya. Apa yang telah terjadi? Biasanya, dia pasti akan lena sebaik sahaja kepalanya menyentuh bantal kesayangannya itu. Namun, sebaliknya terjadi hari ini. Esok, majlis perkahwinan Zulkarnain dengan Fatin akan berlangsung. Sebab itukah dia tidak dapat tidur?? Dia memalingkan tubuhnya, menghadap dinding bilik tidurnya itu. Air matanya mula mengalir perlahan-lahan. Hatinya berkecai, bagaikan dihiris perlahan-lahan.

‘Ya ALLAH, tolonglah tenangkan perasaan hamba-Mu ini. Tolonglah kikiskan perasaan cinta hamba-Mu ini. Tolonglah kurangkan penderitaan hamba-Mu ini.. ya Allah!!’ Zaza berdoa kepada Tuhan, memohon untuk memperoleh sedikit ketenangan. Air matanya merembes keluar. Hampir seluruh bantalnya basah, dek penderitaan yang dialaminya saat itu..jchttp://www.blogger.com/profile/10671932033922035301noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4162040554338484970.post-671734884334328382009-12-14T11:24:00.000+08:002009-12-14T11:26:09.830+08:00Rindu Mencumbui Zaman 23Zulkarnain bersiul-siul sambil mengunci pintu keretanya. Kasutnya dibuka, tombol pintu dipulas.

“Zulkarnain..” Puan Suziana!! Langkah Zulkarnain terhenti tiba-tiba. ‘Mood’nya yang baik sebentar tadi tiba-tiba menjadi rosak.

“Zul, masuk lah!” Umi menyapanya ramah. Dalam keadaan serba-salah, terpaksa juga Zulkarnain masuk ke dalam rumah banglonya.

“Mak cik..” Puan Suziana tersenyum. Dato’ Sabri dan Datin Nasrul duduk di atas sofa empuk sambil tersenyum. Zulkarnain hairan? Senyum sangat buat apa???

“Er.. umi , kenapa ni??”

“Duduklah dulu, Zul..” pelawa uminya. Zulkarnain akur.

“Sebenarnya, abah, umi dan ibu Fatin tengah bincang pasal perkahwinan Fatin dan Zul..” Dato’ Sabri membuka topik perbualan. Zulkarnain tersentak! Kahwin? Dengan Fatin? Sejak bila dia meluahkan hasrat ingin berkahwin dengan Fatin?? Rasa-rasanya, sebulan sekali dia ada korek telinga. Jadi, tak mungkin dia akan tersalah dengar.

“Zul..” Kini, Datin Nasrul pula yang bersuara. Sebenarnya, agak sukar juga untuk mereka membuat keputusan itu. Mereka juga tahu bahawa Zulkarnain sudah menyintai gadis lain, bukan Fatin lagi. Namun, ada sebabanya mereka membuat keputusan sedemikian.

“Umi, abah.. kenapa pulak ni? Zul tak pernah kata nak pinang Fatin pun..” Riak wajah Puan Suziana terus berubah.

“Zul.. tak baik ni.. cepat mintak maaf kat Puan Suzi..” marah Datin Nasrul.

“Tak pe la, Nas… Suzi faham… nak Zul terima Fatin memang susah.. Zul… sebenarnya, Zul tak payah kahwin betul-betul dengan Fatin.. cuma kahwin olok-olok je..” Zulkarnain terperanjat! Kahwin olok-olok?? Patut ke ibu Fatin menyuruhnya berkahwin olok-olok dengan anak perempuannya? Tidak hinakah begitu?

“Kenapa? Mak cik.. kenapa nak kahwin olok-olok? Zul ada maruah.. Fatin pun ada maruah.. sanggup ke mak cik hina dia dengan cara macam ni?” Zulkarnain menukas. Puan Suziana tunduk. Air matanya mula mengalir. Serba-salah Zulkarnain dibuatnya.

“Zul.. mak cik mintak tolong.. Fatin.. Fatin ada kanser tulang!!” Teresak-esak Puan Suziana menangis kini. Dato’ Sabri dan Datin Nasrul turut berasa sayu. Tersentak Zulkarnain seketika. Kanser tulang?? Oh tidak!!!

“Apa??” Zulkarnain terduduk di atas sofa.

“Zul… Cakap Suzi tu benar.. Fatin memang ada kanser tulang..” Datin Nasrul turut berasa sedih. Zulkarnain mengeluh resah. Kini, dia benar-benar berada dalam keadaan serba-salah.. Apakah yang harus dilakukannya? Bukan! Siapakah yang harus dipilihnya? Fatin atau Zaza? Bukankah dia sudah membuat keputusan dahulu? Adakah takdir sedang mempermainkannya??

“Mak cik.. Zul.. Zul bingung sekarang. Kenapa Fatin ada kanser tulang pulak??” Zulkarnain tidak berhenti mengeluh.

Tiba-tiba, Puan Suziana melutut sambil memegang kaki Zulkarnain. Terperanjat Dato’ Sabri, Datin Nasrul dan Zulkarnain.

“Eh, mak cik.. apa ni? Cepat bangun..” Zulkarnain memaut lengan Puan Suziana. Namun, Puan Suziana masih tidak berganjak dari posisinya.

“Zul.. mak cik rayu Zul.. kahwinlah dengan Fatin.. mak cik tau, Zul dah ada pilihan sendiri. Tapi, kesianlah Fatin.. Hidup Fatin cuma tinggal tiga bulan lagi… Biarlah mak cik tak de maruah.. tapi mak cik benar-benar harap Zul dapat kahwin dengan Fatin… Zul, tolonglah mak cik..” Puan Suziana merayu bersungguh-sungguh sambil menangis tersedu-sedan. Biarlah dia terhina.. asalkan anak perempuannya dapat mengecapi kebahagiaannya dalam masa tiga bulan yang singkat itu.

Zulkarnain meraup mukanya. Hatinya merobek kini. Murah sangatkah cintanya?? Murah sangat ke sehinggakan dia perlu berkahwin dengan Fatin? Walaupun perkahwinan itu hanyalah lakonan semata-mata, dia bimbang hati Zaza tercalar.

“Zul…” Suara Puan Suziana mematikan lamunannya. Setelah berfikir panjang, Zulkarnain mengangguk lesu.

“Betul ke, Zul? Betul ke ni?” Beria-ria Puan Suziana bertanya.

“Betul, mak cik.. tapi.. Zul kena bagitau Zaza dulu..” Puan Suziana tersenyum. Gembiranya tidak terhingga. Akhirnya, hasratnya kesampaian. Di dasar lubuk hatinya, dia tidak berhenti-henti berdoa agar gadis pilihan Zulkarnain itu tidak akan kisah. Dato’ Sabri dan Datin Nasrul tidak bersuara. Masing-masing tidak membantah rancangan itu.

xxxxx

“Apa?? Abang nak kahwin dengan Fatin??” Terperanjat betul Zaza. Hatinya seperti dihiris. Pengakuan Zulkarnain itu ternyata berada di luar jangkauannya.

“Za.. dengar cakap abang dulu..” Serba-salah Zulkarnain kini. Hatinya mula dipalit rasa hiba apabila air mata Zaza mula menitis.

“Apa?? Abang tak cintakan Za ke?? Za ada buat salah ke sampai abang tak nak Zaza lagi??” Zaza menukas. Zulkarnain menggeleng-gelengkan kepalanya, menyangkal dakwaan Zaza.

“Tak, sayang.. abang tetap cintakan sayang..”

“Cinta apa?? Kalau cintakan Za, taklah abang kahwin ngan perempuan tu..” Zaza lantas menepis cengkaman Zulkarnain pada lengannya. Dia mengesat air matanya dengan hujung jarinya.

“Za… dengar cakap abang dulu!!” Zulkarnain meninggikan suaranya. Dia menggoncang-goncangkan tubuh Zaza. Zaza membisu.

“Za.. abang kahwin dengan Fatin pun sebab dia ada.. ada kanser tulang!” Zaza tersentak. Air matanya kering serta-merta.

“Kanser??” Zaza mengerutkan dahinya. Zulkarnain mengangguk.

“A’ah.. dia tinggal tiga bulan lagi.. ibu dia suruh abang kahwin ngan Fatin.. olok-olok je..” Membulat mata Zaza.

“Kahwin olok-olok?? Mana baik macam ni??” Mulalah Zaza membebel. Hatinya tidak menyenangi rancangan itu. Bayangkanlah, jika Fatin mengetahui rancangan itu, sudah pasti hatinya terasa dihiris, perasaannya terasa digores..

“Habis tu sayang nak abang kahwin betul-betul ngan Fatin ke??” Zulkarnain menduga teman wanitanya.

“Mana mungkin??” Cepat sahaja Zaza memberi respons. Zulkarnain tersenyum-senyum.

“Kenapa senyum-senyum ni?? Seram betul lah!!” Zaza mengusap-usap kedua-dua belah lengannya. Lagaknya seperti terserempak dengan hantu!! Hehehehe..

“Abang rasa.. sayang mesti cintakan abang sangat-sangat kan??” Zulkarnain mengusik. Tersipu-sipu malu Zaza dibuatnya. Masakan dia hendak mengaku terus-terang sebegitu?

“Perasan betul la abang ni!!” Zaza menolak kepala Zulkarnain.

“Habis tu, tadi nangis macam mati suami tu kenapa??” Zulkarnain masih mengusik teman wanitanya itu.

“Mintak simpang malaikat empat puluh empat!!” Zaza cepat mengujar sambil menyilangkan kedua-dua belah tangannya. Lagaknya seperti superman! Eh, bukan.. macam superwoman baru betul!!

“Hmm.. sayang dah boleh jadi superwoman..” Lengan Zulkarnain menjadi sasaran cubitan Zaza.

“Tak nak jadi superwoman lah! Nak jadi gadis kesayangan Zulkarnain !!” Zaza bertutur dengan manja. Air matanya benar-benar kering kini. Persoalan tentang perkahwinan olok-olok antara Zulkarnain dan Fatin dibiarkan menyepi begitu sahaja..jchttp://www.blogger.com/profile/10671932033922035301noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4162040554338484970.post-24855895625500005462009-12-08T13:36:00.000+08:002009-12-08T13:39:49.583+08:00Cintaku di IKEASetelah memakir keretaku di tempat yang disediakan, aku lantas turun dari Proton Wiraku. Langkahku dipercepat. Tujuanku hanya satu kini. Iaitu membantu kakakku yang baru berumah tangga untuk membeli perabot. Maklumlah, kakakku yang menjadi pengantin baru, masakan ada masa untuk membeli perabot? Jadi, terpaksalah adik perempuannya yang seorang ini, berkorban demi kakak yang tercinta. Hahaha.. Cheh.. Macamlah aku berkorban sangat.. fikirku. Hari ini merupakan hujung minggu. Tambahan, Hari Raya Aidilfitri semakin menjelang. Jadi, IKEA semakin sesak dengan insan yang bernama manusia!
Aku lantas mencapai troli dan menyangkut beg plastik yang disediakan di IKEA padanya. Mataku melilau keadaan sekeliling. Mataku tercantap pada satu set sofa yang berwarna ungu, diperbuat daripada bulu kambing. Lantas, aku menuju ke arahnya. Harganya dibelek. Aku terlopong seketika – RM 2309.90. Aku mencongak-congak seketika. Wang tunai yang kubawa, langsung tidak mencukupi. Aku juga tidak mempunyai kad kredit. Aku mengeluh seketika. Lantas, troli ditolak. Aku pula terpaksalah mencari sofa yang lain.
Keluhan demi keluhan mula terpacul dari bibirku. Sebenarnya, perabot di IKEA tidaklah mahal sangat. Cuma, keadaan kewanganku tidak mengizinkanku untuk membelinya. Aku hanya bekerja sebagai seorang jurujual di kedai Nike yang terletak di Pasar Raya One Utama. Gaji bulananku langsung tidak mencecah RM 2000. Nasibku tentulah tidak sama dengan kakakku yang bertuah. Kakakku lebih pandai daripadaku. Lantas, dia bekerja sebagai seorang akauntan di Maybank. Kini, dia telahpun menjadi isteri kepada Pengurus Maybank tersebut. Aku bukannya merungut. Turut langsung tidak berniat untuk menyalahkan takdir. Malahan, aku bersyukur kerana masih mampu menyara diriku walaupun kadangkala aku terpaksa mengamalkan peribahasa “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang”. Mujurlah, aku tidak perlu menyusahkan ibu bapaku dari segi kewangan.
Setelah hampir dua jam bersesak-sesak di dalam IKEA, troliku masih kosong lagi. Aku putus asa. Tidak ingin lagi aku menghabiskan masa dengan melihat perabot-perabot tersebut. Tetapi, tidak mampu pula aku membelinya. Aku rasa, lebih baik jika aku membeli perabot di kedai perabot yang lain. Tika aku ingin membuka pintu kereta Proton Wiraku, aku menoleh ke arah kananku. Kelihatan seorang lelaki berkot yang sedang berpeluh, sedang memeriksa tayar keretanya. Aku mendekatinya. Tayarnya seperti sudah pancit. Malah, ia bukannya satu kemalangan. Sebaliknya, tayarnya seperti sengaja dirosakkan oleh seseorang. Tiba-tiba, lelaki tersebut menoleh ke arahku. Aku terkejut. Seraut wajah jejaka idamanku dijamah oleh sepasang mata bundarku. Masakan aku tidak mengenalinya? Cuma, apa yang kupasti, jejaka idamanku ini sudah pasti tidak mengenaliku. Hanya dengan bekerja sebagai jurujual kedai Nike di One Utama, mustahil seorang pengarah syarikat hartanah yang terkenal mengenaliku?
“Ehem..” Lelaki tersebut berdehem buat seketika. Mukaku merona merah. Malu bila perbuatanku itu disedari oleh jejaka idamanku.
“Er.. encik, tayar kereta ni.. pancit ke??” Aku seperti sudah tidak tahu apa yang harus diperkatakan. Realiti sudahpun jelas di hadapan mataku. Aku bertanya pula kepada jejaka idamanku itu.
“A’ah.. ntah sape yang rosakkan tayar kereta ni..” Seperti tidak menyedari soalan bodohku itu, jejaka idamanku itu menjawab. Dia mengeluh seketika. Peluhnya dikesat dengan hujung jari. Dia menyingsingkan kot lengannya. Sekali-sekala, cuaca yang panas memang menyusahkan orang! Melihat peluh yang mengalir dari dahinya, aku membuka tas tanganku, mengeluarkan sehelai tisu, menghulurkan kepadanya. Dia menyambutnya, menghulurkan sebuah senyuman yang manis.
Aku terkesima seketika. Senyuman itu.. Aku langsung tidak menduga, aku mampu menerima senyuman dari jejaka idamanku itu dalam dunia realiti.
“Thanks.. er.. siapa nama cik?” Dia bertanya formal. Barulah, lamunanku mati.
“Misha..” Aku menjawab sepatah. Kelihatan dia mengangguk.
“Oh.. Misha ya? Cantik nama ya.. orang lagi cantik..” Melantun jantungku tatkala terdengar pujiannya. Cantik? Aku cantik? Walaupun pujian itu sudah kerap kali hinggap di telingaku, sekali lagi aku tak sangka, jejaka idamanku akan memujiku sedemikian. Sangkaku, seorang pengarah Syarikat Bumi Melati sudah tentu pernah melihat beribu-ribu gadis cantik. Aku sudah pasti tidak mampu mengalahkan ratu-ratu yang bertanding di luar sana.
“Tak caya ke?” Dia mula bertanya, tatkala aku membatu. Aku tersentak. Kini, aku menyedari kelemahanku. Berhadapan dengan jejaka idamanku, aku pasti akan mengelamun.
“Er.. entah..” Aku menjongketkan bahu.
“Betul.. saya tak tipu.. awak ni.. lebih cantik dari Misha Omar tu pun ada..” Aku tersipu-sipu. Namun, aku tahu. Dia sekadar bergurau. Masakan aku lebih cantik dari artis negara itu? Mustahil kan..
“Er.. encik.. tayar ni pancit.. kalau encik nak balik, macam mana?” Aku mengalihkan topik perbualan.
“Oh.. entah la.. mungkin saya naik teksi kot..” Aku terdiam. Di dasar lubuk hatiku, sebuah suara mendesakku untuk mempelawa jejaka idamanku, menaiki kereta Proton Wiraku. Namun, aku tidaklah seberani itu. Lagipun, mustahil dia ingin menaiki keretaku yang amat tidak layak untuk berganding dengannya.
“Oh ya.. Nama saya, Shahrizat.. lupa pulak nak perkenalkan diri tadi..” Dia bersuara tatkala aku berdiam diri. Aku mendongak, memandangnya.
‘Macamlah aku tak tau..’ Aku berfikir. Shahrizat Ibrahim bin Tan Sri Abdullah, Pengarah Syarikat Bumi Melati, tokoh korporat muda yang cukup memukau mata memandang, memukau mulut berbuah.
“Awak tak sihat ke?” Dia bertanya sekali lagi. Aku malu. Rasa-rasanya, dia sudah tentu menyedari sesuatu, aku sedang mengelamun. Aku cuba mengawal perasaanku, mengawal emosiku. Cuba untuk tidak kecundang, tidak tewas dek kemunculan jejaka idamanku selama beberapa tahun ini.
“Sihat.. kenapa pulak?”
“Tak la.. Cuma awak asyik diam je..” Aku tersenyum.
“Er.. Misha.. wak leh tolong saya tak?” Dia mula meminta tolong.
“Boleh.. apa bendanya?”
“Boleh tak kalau saya tumpang kereta awak?” Aku terpempan. Dalam diam, aku mencubit lenganku. Sakit! Aku masih berada di dunia realiti. Maknanya, aku tidak bermimpi! Jejaka idamanku, ingin menaiki keretaku.
“Misha..” Dia memanggil sekali lagi.
“Oh.. er.. boleh.. tapi awak ingin ke naik kereta saya?” Dia mengerutkan dahinya, tanda tidak faham akan pertanyaanku itu. Barulah aku sedar. Dia langsung tidak tahu bahawa aku sudah lama mengetahui identitinya.
“Er.. maksud saya.. kereta awak yang rosak ni kan Mercedes.. Kereta saya Wira je.. awak sudi ke naik?” Dia tersenyum, mengerlingku sekilas.
“Tentulah sudi.. Awak ingat, saya ni berkawan dengan orang lain, pandang darjat ke?” Dia menduga. Aku tidak menjawab, sekadar menjongketkan bahu, tanda tidak tahu.

xxxxxxxxxxxxxxxxx

Dia membisu seribu kata. Aku yang sedang memandu, pun sama. Sesekali, suara yang kedengaran dari corong radio memecahkan keheningan suasana dalam Proton Wiraku. Aku memberhentikan kereta tatkala lampu isyarat menyala merah. Tadi, dia sudah pun memberitahuku destinasinya. Sangkaku, dia ingin pulang ke syarikatnya. Namun, sangkaanku meleset. Dia menyuruhku, menghantarnya pulang ke rumah. Aku yang tidak ingin digelar sebagai penyibuk, hanyalah menurut katanya.
“Misha, wak suka lagu pe?” Dia membuka topik perbualan, tatkala kesunyian mula menjalar dalam keretaku sejak lima minit yang lalu.
“Entah.. tapi.. saya paling suka lagu ‘mulanya disini’..” Aku berkata-kata. Aku memang suka sangat kat lagu itu sejak kecil lagi.
“Oh.. ya ke? Saya pun suka lagu tu jugak.. tapi.. awak boleh cuba dengar lagu Sheila Majid ke.. lagu Siti Nurhaliza ke..”
“Hmm…” Apa yang harus diperkatakan lagi? Aku sendiri pun bingung. Lampu isyarat bertukar menjadi hijau. Aku menekan brek, menekan pedal. Lantas, Proton Wiraku meluncur jauh dari simpang jalan raya tersebut.
“Awak kerja apa?” Dia bertanya. Aku berdiam. Malu untuk memberitahu jawatan yang dipegangku. Aku bimbang. Bimbang dia akan menjauhiku tatkala mengetahui pekerjaanku.
“Misha..” Aku tersentak, lantas mengeluh. Terpaksalah aku berterus-terang.
“Jurujual kat kedai Nike je..” Dia mengangguk.
“Awak tak malu ke kawan ngan orang cam saya ni?” Aku menduganya, ingin melihat reaksinya.
“Misha.. kan saya dah cakap.. saya berkawan dengan orang, bukan pandang darjat.. Saya bukan orang cam tu..” Dia bertegas. Aku merenungnya. Ingin mencari keikhlasan kata-katanya.
“Misha..” Aku tersentak. Barulah aku menyedari, dia turut merenungku. Renungannya cukup redup, menusuk tangkai hatiku. Aku lantas mengalihkan pandangan, menumpukan perhatian terhadap pemanduanku.
Tatkala aku membisu, dia pula mengikut rentakku. Langsung tidak bersuara lagi. Setelah sepuluh minit berlalu, Proton Wiraku terpakir di luar banglo dua tingkat yang sudah pasti miliknya itu.
“Terima kasih ya, Misha..” Dia berkata tatkala bersedia untuk menapak keluar dari keretaku. Entah mengapa, aku berasa berat hati untuk melepaskannya pergi. Argh!! Karut, karut, karut!! Aku langsung tiada hubungan dengannya, layakkah aku untuk menahannya? Aku berdesis sendirian.
“Misha.. nombor telefon awak apa?” Dia bertanya. Aku menoleh, merenungnya. Hatiku berdebar-debar, jantungku berdegup lebih kencang. Entah kenapa, aku dapat merasakan bahawa aku masih mempunyai secebis harapan, masih layak untuk berangan-angan.
“Er.. awak bagi nombor awak la.. saya miss call awak..” Lantas, dia memberitahuku nombor telefonnya. Sejurus itu, kami bertukar nombor telefon. Dia lantas turun dari keretaku, memesanku agar menjaga keselamatan tika di jalan raya. Aku menyambut pemergiannya dengan menghadiahkannya sebuah senyuman yang cukup manis.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Aku menghela nafas lega. Sesekali, aku merenung skrin telefon bimbitku. Secara terus-terang, aku sedang menantikan mesej daripada seseorang. Jam dinding di bilikku, menunjukkan bahawa pukul sembilan malam sudah tiba. Aku beranggapan, dia telahpun melupakanku. Aku agak kecewa, kecewa kerana dia tidak mengirimkan mesej kepadaku. Sebenarnya, aku juga boleh mengirimkan mesej kepadanya sedangkan aku mempunyai nombor telefon bimbitnya. Namun, aku tidak berani! I don’t have the guts to do that!!
Aku terus mematikan telefon bimbitku, agar aku tidak lagi leka merenung skrin telefon Sony Ericson tersebut. Lampu bilik tidurku dipadam, selimutku ditarik sehingga menutup seluruh tubuhku. Perlahan-lahan, kelopak mataku terpejam erat.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Entah mengapa rekod kesihatanku yang baik selama ini, telah tercalar kini. Hari ini, suhu badanku mencecah 39 darjah Celcius! Walaupun aku sering sakit kepala, perkara ini tidak pernah berlaku dalam hidupku kerana aku memang pandai menjaga kesihatan. Kakakku yang sedia maklum tentang ini, turut berasa risau. Namun, kedua-dua orang tuaku di kampung tidak dimaklum kerana tidak mahu menambah beban mereka. Aku memicit-micit kepalaku yang terasa berat sekali sekarang. Aku telahpun memaklumkan rakanku yang turut bekerja di kedai Nike tentang keadaanku. Cuti sakit telahpun diluluskan oleh Puan Suhaila, pengurus di kedai tersebut. Pintuku diketuk, kemudiannya dikuak perlahan. Kelihatan kakakku, Lina, terpacak di hadapanku.
“Misha.. kenapa tak on telefon?” Dia bertanya kepadaku. Aku terkebil-kebil. Melihat keadaanku itu, kakakku mencapai telefon bimbitku dan menghidupkannya. Barulah aku sedar bahawa telefon bimbitku telah dimatikan sejak semalam. Semuanya gara-gara jejaka idamanku tersebut.
“Kak, nape ni?” Aku bertanya tatkala ternampak kakakku mengerutkan dahinya. Kakakku tidak menjawab, sebaliknya menghulurkan telefon bimbitku kepadaku. Aku mencapainya, kemudian terpempan seketika.
10 missed calls from Shahrizat
Itulah yang tertera pada skrin telefon bimbitku. Selain itu, Shahrizat turut mengirimkan lima buah mesej kepadaku sejak malam semalam.
“Boyfriend Misha ke?” Kakakku mengusik. Mukaku merona merah, aku tidak membalas gurauan tersebut.
“Call balik dia la.. akak kuar dulu ya..” Seperti memberi peluang kepadaku, kakakku meminta diri. Setelah memastikan kelibat kakakku hilang dari pandanganku, aku membalas mesej Sharizat.
Sorry. Semalam off hp. Hari ni saya demam.
Begitulah bunyinya mesej yang aku hantar kepadanya. Tidak sampai seminit, telefonku berdering. Shahrizat menelefonku! Aku tersenyum. Cepat benar si mamat ni! Aku berdesis sendirian.
“Hello..” Aku menyapanya, sepatah sahaja.
“Misha.. awak demam ke? Ada jumpa doktor tak?” Cemas sahaja suaranya. Macamlah aku ini aweknya, fikirku.
“Tak.. sebab saya tak pernah demam pun sebelum ni..” Aku berterus-terang.
“Ya ke? Kenapa tiba-tiba demam pulak hari ni?” Dia bertanya. Aku pun tidak tahu.
“Entah la.. Er.. Shahrizat, maaf ya.. semalam saya matikan telefon..”
“Tak pe.. saya tak marah pun..”
“Hmm.. bagus lah.. awak tak yah kerja ke?” Aku mula bertanya. Mustahil seorang pengarah syarikat sanggup mengetepikan hal syarikat demiku? Argh!! Aku berangan-angan lagi.
“Tengah kerja ni.. baru abis mesyuarat je..” Aku terharu. Jika semua kata-katanya benar belaka, dia memang mengambil berat terhadapku.
“Oh.. awak kerja apa ya? Lupa pulak nak tanya awak hari tu..” Dia terdiam seketika. Walaupun aku sudah tahu tentang identitinya, aku terpaksa menyembunyikannya. Jika tidak, dia sudah pasti akan mengesyaki diriku ini. Walaupun dia agak terkenal dalam dunia perniagaan, masakan seorang jurujual di kedai Nike sepertiku mengenalinya?
“Pengarah..”
“Oh.. orang kaya la awak ni.. patut la pandu Mercedes.. tinggal kat banglo pulak tu.. saya rasa rendah diri pulak..” Itulah yang paling aku takuti. Seorang jurujual Nike dengan Pengarah Syarikat Bumi Melati, bagai langit dengan bumi. Langsung tidak padan!
“Misha.. rasa-rasanya, ni bukan julung-julung kali saya bagitau awak.. saya ikhlas nak berkawan ngan awak.. saya tak pernah pandang darjat orang untuk berkawan dengan mereka..” Sekali lagi, dia bertegas. Namun, penjelasan demi penjelasan yang sama daripadanya, langsung tidak dapat meyakinkanku. Entahla.. Aku sendiri amatlah bingung.
“Misha.. saya harap, lepas ni.. awak takkan cakap macam tu lagi..” Dia berkata.
“Ya lah..” Aku menjawab, acuh tidak acuh sahaja.
“Janji ya?”
“Okay!” Tiba-tiba, pintuku diketuk. Aku menoleh. Rakanku, Zita, terpacak di hadapanku. Aku menunjukkan isyarat kepadanya, menyuruhnya tunggu sebentar.
“Er.. Shahrizat, saya ada tetamu sekarang.. nanti baru kita sambung ya?” Aku meminta diri.
“Okay! Take care!” Aku menghela nafas lega. Sebenarnya, aku agak bernasib baik hari ini. Walaupun agak gembira dapat berbual-bual dengan Shahrizat, aku dapat merasakan jurang antara kami. Setiap kali berbual dengannya, aku bagaikan terkelu. Kehadiran Zita di bilikku memang tepat pada masanya!
“Boyfriend ke?” Zita mengusikku, sama seperti kakakku. Aku menarik muncung panjang, tidak menyenangi gurauan tersebut. Bukannya apa. Aku cuma tidak ingin memeluk harapan yang terlalu tinggi. Bimbang harapanku akan berkecai satu hari nanti.
“Tak kerja ke?” Zita juga bekerja sebagai jurujual di kedai Nike. Aku dan Zita, ibarat adik-beradik kandung. Hubungan kami, bagai isi dengan kuku.
“Dah abis.. hari ni, aku shift pagi la..” Aku mengangguk.
“Eh.. mamat yang awak call tadi tu sape?” Zita memang boleh digelar sebagai penyibuk!
“Kawan..” Sesekali, aku mengerang kesakitan. Kepalaku semakin sakit, malahan bertubi-tubi.
“Ya ke? Tapi.. Kak Lina kata.. mamat tu call awak sepuluh kali..” Sah! Angkara Kak Lina lah tu!
“A’ah.. so?”
“So?? Eh.. Misha.. awak ni memang demam sampai kepala otak tak betul ke? Seorang lelaki kalau dia sukakan seorang perempuan, macam tu lah!” Aku tersentak. Shahrizat sukakanku? Argh!! Mustahil!!
“Ya ke?” Aku yang memang tidak mempunyai pengalaman dalam bidang ini, bertanya kepada Zita.
“Ya lah.. buat pe saya tipu awak?? Eh.. dia tu.. kerja pe?” Mulalah Zita bekerja sebagai wartawan percuma, menyoal siasatku.
“Pengarah..” Zita terlopong. Dia menekup mulutnya, matanya membulat. Aku sekadar menggeleng-gelengkan kepalaku.
“Eh.. tackle lah dia.. jangan jual mahal tau!! Pengarah la.. mesti kaya, kacak, berkarisma, berbudi bahasa..” Zita menyenaraikan ciri-ciri jejaka idamannya.
“Zita, kesat air liur awak tu..” Aku menyindir. Zita yang terpinga-pinga itu, menyentuh bibirnya. Dia hairan. Air liurnya langsung tidak meleleh keluar. Mengapa aku berkata sedemikian?
“Ish.. awak ni.. orang tu suka kat awak.. bukan saya!” Barulah dia sedar bahawa aku sedang menyindirnya. Zita oh Zita..
“Saya tak padan ngan dia lah..” Sebenarnya, hakikat tersebut yang membantutkan hasratku. Hakikat tersebut yang sering kali menyedarkanku tentang jurang kami. Aku juga belum pasti sama ada Shahrizat turut menyukaiku. Namun, aku pasti, Shahrizat telahpun menganggapku sebagai rakannya. Seperti kata Kak Lina dan Zita, miss call selama sepuluh kali.
“Mak cik oi.. dunia sekarang serba moden.. tak pandanglah darjat cam tu.. apa yang penting sekarang, mamat tu.. memang suka kat awak.. awak pun sukakan dia kan? Jadi.. jangan jual mahal tau.. nanti melepas pulak!” Beria-ria Zita menasihatiku.
Aku terdiam.
“Tapi.. tak pasti lagi la kalau dia sukakan saya ke tak..”
“Alah.. test dia je lah!”
“Hah??” Aku mengerutkan dahiku. Test? Macam mana nak uji? Melihat reaksiku, Zita mendekatkan bibirnya kepada telingaku, memberitahuku strategi yang harus dilaksanakan untuk mengetahui perasaan Shahrizat terhadapku!

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Hari ini, aku mengenakan baju kurung kegemaranku, baju kurung sutera ungu, pemberian abahku pada hari jadiku yang lepas. Aku langsung tidak bersolek nipis seperti biasa. Semuanya gara-gara strategi yang diberitahu oleh Zita semalam. Hari ini, Shahrizat mengajakku keluar untuk makan malam di Restoran Black Canyon. Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, aku menerima ajakan tersebut. Pertama, mengubati rinduku terhadapnya. Sekali gus, melancarkan strategi tersebut.
“Ei.. awak dah siap ke lum?” Suara Zita memecahkan kesunyian bilikku, mematikan lamunanku.
“Dah la.. hampir siap ni..” Aku bergegas mengemas barang-barangku dalam tas tanganku itu.
“Hmm.. not bad.. nampak cam orang sakit.. rasa-rasanya, hari ni.. awak leh dapat jawapan yang tepat daripada mamat tu!” Zita beria-ria meyakinkanku tentang strateginya. Sebenarnya, aku tidak berani untuk melancarkan strategi tersebut. Cuma, sesuatu sedang mendesak naluriku.
“Zita.. saya rasa macam.. macam..” Argh!! Sukar benar untuk mentafsir perasaanku tika ini.
“Ala.. jangan macam-macam lagi.. awak ni kan.. confident lah sikit.. pergi naik kereta dulu! Saya nak gi toilet jap..” Dia lantas berlalu, meninggalkanku, menghadapi konflik ini bersendirian.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

“Nape tak makan, Misha?” Dia bertanya tatkala sandwichku masih tinggal banyak lagi. Aku menggeleng-gelengkan kepalaku. Strategiku sedang dilancarkan.
“Misha.. awak belum recover ke?” Dia bertanya cemas. Aku berdiam diri. Tampaknya, strategi Zita memang berkesan.
“Misha..” Kali ini, nada suaranya lebih jelas. Aku mendongak, mengangguk perlahan. Dia mengeluh, meletakkan kutlerinya di atas meja.
“Habis tu kenapa keluar? Bagitau saya je yang awak tak sihat.. tak jumpa doktor ke? Ada makan ubat tak??”
“Ada..” Aku sengaja melemahkan suaraku.
“Lain kali.. kalau awak tak sihat, jangan kuar ya.. jom balik sekarang..” Aku tersentak. Balik?
Melihat reaksiku, dia menyambung, “Awak tak sihat.. jadi balik la..” Aku mengetap bibirku, bingung. Tidak menyangka begitu cepat dia ingin menghantarku balik.
“Bil please!” Dia melambaikan tangan pada salah seorang pelayan restoran. Aku mengeluh. Apa yang harus kubuat? Zita langsung tidak mengajarku tentang bagaimana ini. Nampaknya, strategi yang Zita ajar gagal! Aku putus asa. Tidak ingin lagi meneruskan strategi tersebut.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

“Awak sakit kepala ke??” Shahrizat bertanya tatkala terdengar aku mengerang kesakitan sekali-sekala. Aku mengangguk, dahiku berkerut. Aku berasa amat serba salah kini. Sebenarnya, aku sudah sihat. Namun, disebabkan strategi tersebut – aku terpaksa berlakon seperti orang sakit. Kini, aku benar-benar sakit. Walaupun aku kerap kali mengalami sakit kepala sejak beberapa tahun yang lepas, sakitnya tidaklah seperti ini. Entah kenapa, kepalaku terasa berat sekali!! Sakit sehingga kepalaku berdenyut-denyut!! Argh!!
“Misha…” Aku tidak menyahut dek kesakitan yang kualami itu. Shahrizat lantas memberhentikan kereta BMWnya di simpang jalan.
“Misha.. sakit sangat ke??” Dengan penuh kesukaran, aku mengangguk. Kepalaku terasa berpinar-pinar sekarang.
“Misha.. saya bawa awak gi jumpa doktor nak tak??” Dia bertanya cemas. Setiap saat, beban kepalaku semakin bertambah. Kepalaku semakin berat. Pertanyaan Shahrizat tidak kupedulikan. Aku mengerang kesakitan. Lama-kelamaan, suara Shahrizat hanya sayup-sayup kedengaran, wajahnya yang cemas seolah-olah semakin menghilang dari pandanganku. Sekelip mata sahaja, duniaku gelap-gelita!

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

“Apa????????!!!!!!!!” Zita terduduk. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya, tidak mempercayai berita daripada Shahrizat itu.
“Betul.. saya tak tipu awak, Cik Zita.. Saya.. saya pun tak sangka.. tak sangka..” Shahrizat bertutur sayu. Dia meraup mukanya, mengeluh seketika.
“Tak.. tak mungkin… Encik Shahrizat, awak bagi tau saya.. awak tipu saya kan? Kan? Misha tak de kanser kan??” Zita menangis teresak-esak.
“Cik Zita.. awak.. awak kena terima hakikat.. Misha perlukan awak..” Shahrizat cuba memujuk. Zita merenung Shahrizat.
“Tak.. dia lebih perlukan awak..” Dahi Shahrizat berkerut seribu, tidak memahami maksud kata-kata Zita. Zita yang melihat reaksi Shahrizat itu, terdiam. Hatinya memberitahu, strateginya tidak berjaya.
“Awak tau tak.. dia sukakan awak??” Shahrizat terkejut. Dia terpempan. Zita mengeluh. Sebenarnya, dia agak keberatan untuk memberitahu Shahrizat tentang itu tanpa kebenaran Misha sendiri. Namun, keadaan Misha sekarang menyebabkan Zita terpaksa memberitahu Shahrizat tanpa kebenarannya.
“Hoi!!! Awak tau tak??” Zita meninggikan nada suaranya tatkala Shahrizat tidak memberi sebarang respons.
“Sekarang awak bagitau, saya taulah!” Zita mengetap bibirnya, geram. Loyar buruk betul jejaka idaman Misha ini.
“Er.. dia.. dia betul-betul sukakan saya ke??” Shahrizat ragu-ragu.
“Ya la.. buat pe saya nak tipu awak?? Awak suka dia jugak kan?” Zita bermain serkap jarang. Shahrizat tersentak. Adoi! Macam mana si minah ni tau?
“Bab cinta.. saya memang terror.. lagipun hari tu.. awak telefon dia sampai sepuluh kali..” Shahrizat tersenyum hambar.
“Jadi.. awak kena cherish dia selagi dia hidup sekarang.. gi tengok dia la..” Zita bersuara. Shahrizat mencongak-congak sendirian. Dia bangun, menuju ke bilik wad nombor 200.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Seraut wajah milik Misha direnung penuh kasih. Dia mengaku. Dia turut mencintai gadis di hadapannya ini. Dulu, dia ragu-ragu untuk meluahkan isi hatinya. Sehingga beberapa hari yang lepas, dia telah yakin akan perasaannya terhadap Misha, telah mempunyai keyakinan dan keberanian untuk meluahkan isi hatinya. Namun, siapa yang mampu menyangka perkara seperti ini akan berlaku? Wajah Misha sungguh lesu, bibirnya kering. Sudah dua hari dia koma. Doktor pun tidak mampu memberitahu, bila Misha akan sedar. Shahrizat mengeluh, dia tunduk seketika. Melihat gadis yang dicintai terlantar sebegini, hatinya teramat sakit. Tiba-tiba, telefonnya berdering.
“Hello..”
“Encik Shah, mesyuarat dah nak mula ni..” Suara pembantunya kedengaran. Shahrizat membelek jam tangannya, kemudian mengeluh.
“Zan, mesyuarat tu.. awak gantikan saya..”
“Hah? Encik Shah, mana boleh? Saya.. saya tak boleh..”
“Kenapa tak boleh pulak? Satu mesyuarat aje.. boleh la..” Fikirannya masih tertumpu kepada gadis kesayangannya itu. Masakan dia hendak bermesyuarat sekarang?
“Encik Shah, saya.. saya..” Pembantunya seperti memikul beban yang berat.
“Boleh la.. okay.. saya sibuk sekarang.. ada apa-apa hal, call saya nanti..” Lagak seperti seorang bos, dia memberi arahan.
“Okay lah..” Zan terpaksa akur.
Sejurus itu, Shahrizat mematikan telefon bimbitnya. Dia tahu. Sehari dia tidak ke Syarikat Bumi Melati, tentu ramai yang akan menelefonnya nanti. Dia kembali merenung wajah Misha. Mata Misha masih terpejam erat. Kini, dia hanyalah seperti mayat hidup. Tiada bezanya. Hati Shahrizat diulit sayu. Dia sering mengutuk dirinya kerana tidak memberitahu Misha tentang perasaannya dahulu. Jika dia bertindak lebih awal, sudah tentu dia tidak akan menyesal kini.
Tit! Tit! Tit! Tit!
Shahrizat tersentak.
“Misha.. Misha!!” Dia berteriak. Punat ditekan.
“Doktor!!!!!!!”

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

“Zita.. Misha macam mana??” Kakak Lina meluru ke arah Zita, bertanya cemas. Dia lantas bergegas ke HTAA setelah menerima panggilan daripada rakan adiknya itu.
“Misha okay.. dah sedar.. tapi.. tapi doktor kata.. kena cepatkan pembedahan..” Kakak Lina terdiam. Air matanya mula menitis. Dia memegang kepalanya, menggeleng-gelengkannya. Suaminya yang berdiri di sebelahnya, menepuk-nepuk bahunya, memujuknya.
“Tapi.. tapi bahaya kan?” Itulah yang Kakak Lina risaukan. Doktor berkata, peluang untuk pembedahan berjaya hanyalah lima belas peratus. Bagaimana jika Misha meninggal dunia akibat kegagalan pembedahan??
“Kak Lina.. kalau Misha tak jalankan pembedahan, bahaya jugak..” Shahrizat bersuara setelah sekian lama berdiam diri.
“Awak.. awak siapa?”
“Kak Lina, dia ni Shahrizat..” Kakak Lina mengangguk. Rupa-rupanya, jejaka tampan di hadapannya merupakan jejaka idaman adiknya.
“Kak Lina, ibu bapa Misha mana??” Shahrizat bertanya tatkala kelibat kedua-dua orang tua Misha tidak kelihatan. Dia hairan juga. Anak perempuan sendiri koma, masakan ibu bapa tidak risau? Tidak hadir?
“Kat kampung.. mereka tak tau lagi..” Shahrizat terdiam. Rupa-rupanya..
“Sayang.. mak ngan ayah perlu tahu..” Suami Kakak Lina bersuara. Shahrizat setuju. Lambat-laun, rahsia ini akan terbongkar jua. Lagi bagus jika mereka tahu. Lagi banyak masa yang akan mereka habiskan bersama-sama, yang akan mereka hargai. Air mata Kakak Lina semakin laju.
“Siapa ahli keluarga Misha?” Seorang doktor berjubah putih bersuara tiba-tiba.
“Saya.. saya kakak Misha..” Kakak Lina pantas memberi respons, menyeka air matanya yang sedang mengalir.
“Hmm.. keadaan pesakit stabil sekarang.. tetapi.. seperti yang saya katakan, pembedahan perlu dipercepat.. anda boleh melawat pesakit sekarang.. tapi.. jangan terlalu ramai orang..” Kakak Lina mengangguk, doktor tersebut lantas berlalu, memberi ruang kepada ahli keluarga ini..

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

“Misha..” Kelopak mataku dibuka secara perlahan-lahan. Bayangan imej Shahrizat semakin jelas pada pandanganku.
“A.. air..” Aku berkata perlahan.
“Nak air ke?? Tunggu jap.. saya ambilkan..” Tak sampai seminit, Shahrizat menghulurkan segelas air suam kepadaku. Pelbagai persoalan sedang menerjah mindaku. Apa yang telah berlaku padaku? Mengapa Shahrizat turut berada di sini? Sudah lamakah aku tidur??
“Shah..Shahrizat.. awak..” Suaraku masih lemah. Aku masih tidak bermaya.
“Ssshh.. jangan cakap banyak-banyak… rehat ya..” Shahrizat melarangku bersuara.
“Awak.. nape saya di sini? Awak.. kenapa awak di sini?” Aku tidak menghiraukan larangan Shahrizat itu.
“Awak.. awak.. awak pengsan.. saya jaga awak la sekarang..” Bagaikan sedang menyembunyikan sesuatu, dia bersuara. Aku mencurigainya.
“Pengsan? Saya.. saya sakit ke??” Aku bertanya. Riak wajah Shahrizat terus berubah, aku menyedarinya. Hatiku mula berasa tidak sedap.
“Shahrizat.. saya.. saya migrain ke??” Aku bermain serkap jarang. Jantungku berdegup kencang. Dia menggeleng.
“Habis tu? Saya.. sa.. sakit apa?” Cepat la sikit mamat ni!!! Jika aku mempunyai tenaga sekarang, ingin sahaja aku mencekik Shahrizat. Mana tidaknya? Orang dah risau, dah cemas sebegini. Dia diam pula..
“Misha.. awak.. awak.. ada kanser..” Hah??? Aku terlopong, menelan air liurku. Jantungku melantun. Aku tidak sanggup mempercayai kata-kata Shahrizat itu.
“Shah..Shahrizat.. awak.. awak tipu saya kan? Hah? Awak tipu saya kan??” Emosiku kurang stabil. Aku mula berasa bimbang. Perkataan ‘kanser’ itu kian menerjah mindaku.
“Misha..Misha.. bertenang Misha..” Dia cuba memujuk lembut. Namun, gagal.
“Tak.. tak.. awak.. awak tipu saya!!” Aku semakin kelam-kabut. Fikiranku bercelaru. Hatiku tidak tenteram.
“Misha!!! Bertenang, Misha!!!” Dia menggoncang-goncangkan tubuhku, nada suaranya lebih tinggi kini. Aku tersentak. Kecut perutku melihat ketegasannya. Air mataku mula mengalir secara perlahan.
“Misha.. awak masih ada peluang untuk sembuh.. Awak mesti jalankan pembedahan..” Aku merenungnya, meminta penjelasan yang lebih lanjut. Pembedahan? Tidak!! Aku takut!! Jarum.. gunting.. darah!!
“Misha.. awak mesti jalankan pembedahan.. kalau tak.. benda tu dalam otak awak.. akan semakin membesar.. lepas tu, awak.. awak akan..” Dia seperti tidak sanggup meneruskan kata-katanya. Namun, aku dapat mengagak.
“Mak..maksud awak.. kalau saya tak.. tak jalankan pembedahan.. saya.. saya akan mati?” Dia berdiam diri, seketika kemudian barulah dia mengangguk. Aku mengeluh. Air mataku bertali arus, mengalir semakin laju.
Tuhan!! Permainan apakah ini?? Takdirkah yang mengatur segala-galanya? Mengapa aku? Mengapa bukan orang lain?? Mengapa Misha binti Mohamed orangnya???
“Misha..” Kali ini, suaranya kedengaran lebih lembut, membawa ketenangan dalam diriku yang serba tidak stabil sekarang.
“Misha.. kita kahwin ya??” Aku tersentak. Kahwin?? Sewel ke mamat ini? Tiba-tiba sahaja dia ingin mengajakku kahwin.
“Awak.. awak..” Aku terkelu. Hari ini, memang terlalu banyak kejutan yang kuterima. Sekejap, kanser. Sekejap lagi, kahwin. Apa semua ini?
“Misha.. saya.. saya cintakan awak!” Aku lagi terkejut. Adakah aku sedang bermimpi? Jejaka idamanku sedang melamarku? Tidak!! Terlalu cepat… Kami langsung tidak punya apa-apa hubungan. Macam mana hendak kahwin? Semua ini datang secara mendadak. Aku, seorang insan biasa, tidak mampu menerima segala hakikat ini sekali gus!
“Misha.. awak sudi tak kahwin dengan saya?” Aku membatu. Tidak berani bertentangan mata dengannya. Aku hairan. Ajalku hampir tiba. Peluang untuk pembedahan berjaya langsung tidak melebihi separuh daripada seratus peratus. Mengapa dia ingin mengahwiniku? Disebabkan simpatikah??
“Misha..” Sekali lagi dia memanggilku. Aku terpaksa bersuara. Jika tidak, dia pasti akan terus bertanyakanku tentang hal kahwin ini.
“Shahrizat.. awak.. saya nak rehat.. awak.. awak keluar dulu..” Aku menjauhkan diri daripadanya, membetulkan posisiku dan baring di atas katil. Mataku dipejam erat. Inilah satu-satunya cara yang mampu kufikirkan untuk meloloskan diri daripada jejaka ini.
Lima minit berlalu, Shahrizat masih tidak meninggalkanku. Namun, aku langsung tidak membuka kelopak mataku. Aku berpura-pura lena. Sekian lama, aku terdengar derap kaki semakin menjauhiku. Kemudiannya, pintu bilik wadku dikatup perlahan. Tatkala itu, barulah aku membuka mataku, melihat kelibatnya hilang di sebalik pintu. Aku menarik selimutku sehingga menutup kepalaku. Aku berfikir-fikir sendirian. Lamaran Shahrizat yang mengejut tadi kumasih tidak mampu terima. Tentang kanser yang kuhidapi, aku mula pasrah, berserah kepada takdir. Kusedar, biarpun aku mengalirkan air mata darah, kanserku hanya boleh diubati dengan satu cara – menjalankan pembedahan yang tidak mempunyai peluang untuk berjaya yang tinggi.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

“Misha!!!” Kakakku lantas meluru ke arahku, memelukku erat. Aku membalas pelukannya. Terubat jua rinduku terhadap kakak kesayanganku ini.
“Kak.. mak ngan ayah tau tak?” Kakak Lina mengangguk perlahan. Aku tersenyum hambar. Sudah pasti kedua-dua orang tuaku terkejut dan sedih. Tidak mampu kubayangkan penderitaan yang akan mereka alami gara-gara kanser yang kuhidapi ini. Berdosanya aku! Menambahkan beban orang ramai sahaja!
“Mak ngan ayah akan sampai sini esok..” Aku tersenyum.
“Misha… mamat tu kata nak pinang Misha..” Aku tersentak. Tidak kusangka, Shahrizat akan mengambil tindakan yang selanjutnya.
“Dah pinang ke??” Kakak Lina menggeleng. Aku menghela nafas lega. Mujurlah.. Aku masih sempat berbincang dengannya.
“Misha.. Misha suka mamat tu kan? Mamat tu ada lamar Misha tak?” Kakakku bertanya. Aku mengeluh sendirian.
“Ada..” Perlahan sahaja suaraku tika ini.
“Habis tu.. Misha kata apa?”
“Tak kata apa-apa pun.. Misha tak jawab..”
“Hah? Nape? Misha bukan sukakan mamat tu ke? Akak tengok, mamat tu okay apa.. sopan jugak.. tak liar sangat..” Kakakku masih sempat memuji Shahrizat.
“Akak.. Misha rasa.. Shahrizat tu.. lamar Misha sebab kesiankan Misha je..” Memang itu yang aku rasa. Pada pandanganku, mustahil untuk seorang pengarah mencintai seorang jurujual. Latar belakang kami berbeza, jurang kami besar, bagai langit dengan bumi. Hatiku kuat mengatakan, Shahrizat melamarku kerana simpati terhadapku. Mungkin dia salah mentafsir perasaannya terhadapku. Oleh itu, aku nekad untuk tidak menerima lamarannya walaupun pada hakikatnya, cintaku terhadapnya, cinta pandang pertamaku itu.. terlalu dalam..
“Misha.. tak baik cakap cam tu.. mamat tu.. memang betul-betul sukakan Misha la.. dah lama pun.. bukan sebab kanser ni, baru dia lamar Misha.. hari tu, Zita dah tanya.. dia pun dah mengaku.. Misha.. mamat tu.. memang ikhlas sukakan Misha..” Kakak Lina beria-ria meyakinkanku. Namun, aku masih ragu-ragu. Entah apa yang kuragui, aku sendiri pun tidak pasti.
“Tapi hal Misha.. Misha buat keputusan sendiri la.. akak takkan campur tangan..” Kakakku berkata. Aku tersenyum, memeluknya erat. Aku berasa sungguh bertuah, masih mempunyai seorang kakak yang begitu menyayangiku.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

“Misha.. hari tu.. yang saya cakap, Misha dah fikir ke belum?” Shahrizat bertanya sambil menghulurkan semangkuk bubur ikan kepadaku. Aku terdiam.
“Hal apa??” Aku berpura-pura tidak tahu.
“Misha.. saya.. saya betul-betul sukakan awak.. sejak pertama kali kita jumpa, saya dah cintakan awak, Misha.. saya.. saya ikhlas nak jadikan awak sebagai isteri saya, Misha..” Dia meluahkan isi hatinya yang sekian lama terpendam di dasar lubuk hatinya. Saat ini, aku berasa teramat bahagia. Segala-galanya seperti mimpi yang kualami. Air mataku mula menitik.
“Misha.. kita kahwin ya, Misha? Saya ikhlas nak jaga awak.. saya janji, saya akan jaga awak sepanjang hayat.. selagi hayat dikandung badan, saya pasti akan sayang awak, hargai awak.. Misha, percayalah saya..” Aku bagaikan tidak mempercayai kata-kata tersebut akan terpacul dari bibir Shahrizat.
“Shahrizat.. kita.. kita tak de hubungan.. kita tak bercinta pun.. cepat sangat nak kahwin..”
“Misha.. kalau berkahwin dulu, baru bercinta.. pun sama jugak.. lagi manis kan??” Dia mendekatiku, mencapai tanganku. Kemudian, tanganku dilekapkan pada dadanya. Rasa malu mula menjalar diriku ini.
“Misha.. will you marry me??” Nada suaranya romantis sekali. Aku merenungnya, dalam. Entah mengapa, segala keraguan selama ini, lesap.. hilang sekelip mata sahaja. Aku kini harus menghargai masa yang kuada.. habiskannya bersama-sama dengan keluargaku, suamiku..

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

“Misha… Misha mesti menang ya?? Mesti kalahkan virus-virus tu..” Ibu dan ayahku berpesan kepadaku. Aku sedang baring di atas katil, katilku ditolak oleh dua orang jururawat. Aku sedang menuju ke bilik pembedahan. Rambutku sudah dipotong. Kini, aku sudah botak. Zita, Kakak Lina dan abang iparku.. semua turut hadir memberi sokongan kepadaku. Suamiku, yang menikahiku semalam, menuju ke arahku. Aku menghulurkan sebuah senyuman yang manis, yang ikhlas dari dasar lubuk hatiku kepadanya.
“Sayang..”
“Abang… Misha nak masuk.. doakan Misha ya??” Aku cuba menceriakan suaraku, wajahku. Aku cuba yakin bahawa aku mampu keluar dari bilik pembedahan ini dalam keadaan yang sihat.
“Misha..Misha mesti menang!! Misha tak leh tinggalkan abang.. janji ya??” Suara suamiku kedengaran sayu benar. Aku mengangguk laju, menahan lesu yang semakin mengulit hatiku. Perlahan-lahan, aku memejam kelopak mataku. Bayangan ibu, ayah, kakak, abang ipar, kawanku dan suamiku.. semakin jauh dari pandanganku. Bilik pembedahan ditutup.. Aku masuk ke dalam bilik ini, membawa segunung harapan yang tinggi. Moga Allah membenarkanku keluar dari sini dalam keadaan yang sihat sejahtera. Amin…

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Sudah tiga jam lampu di luar bilik pembedahan menyala. Shahrizat tidak berhenti-henti berdoa. Moga Allah merahmati isteriku, amin. Tiba-tiba, pintu bilik pembedahan ditolak. Beberapa orang jururawat bergegas keluar, cemas. Shahrizat, Zita, Kakak Lina, abang ipar, ibu dan ayah Zita, bangun serta-merta.
“Kenapa ni??” Shahrizat bersuara cemas.
“Doktor!! Serius problem!!!” Suara salah seorang jururawat bergema di ruang itu.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

“Umiiiiiiiiii!!!” Anakku yang berusia lima tahun, Danial Zamli, berteriak. Suamiku, Shahrizat Ibrahim, memeluknya dari belakang. Mereka bergelak tawa. Aku tersenyum manis, mendekati suamiku dan anakku itu. Aku telahpun sembuh sekarang. Satu keajaiban yang berlaku pada diriku ini. Sesungguhnya, aku amat berterima kasih kepada Tuhan kerana memberi peluang kepadaku untuk menikmati kebahagiaan bersama-sama dengan keluargaku yang tersayang kini.

-THE END-jchttp://www.blogger.com/profile/10671932033922035301noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4162040554338484970.post-39137510135824268332009-12-04T18:51:00.000+08:002009-12-04T18:52:39.319+08:00Rindu Mencumbui Zaman 22Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sesak dengan orang ramai. Maklumlah, musim cuti. Tiada persekolahan, siapa-siapa pun boleh melancong ke luar negara mahupun dalam negara. Zulkarnain membelek-belek jam tangan Guessnya. Dia sudah tidak memakai jam tangan Rolex pemberian Fatin dulu. Dia nekad! Dia harus melupakan Fatin dengan sepenuhnya.

Tiba-tiba, kelibat seseorang dijamah matanya. Dia tersentak. Seketika kemudian, barulah Zulkarnain tersenyum. Sudah pasti ini merupakan angkara Zizuan. Kalau tidak, siapa lagi?? Berita tentang dia pulang ke tanah airnya hanya dimaklumkan oleh Zizuan sahaja.

Mata bundar Zaza juga sempat menangkap kelibat Zulkarnain yang terpacak di tengah-tengah orang ramai. Degupan jantungnya semakin kencang. Rindunya tidak mampu dibendung lagi. Dia menggagahkan dirinya untuk melangkah ke arah Zulkarnain.

“Er.. abang.. Za..” Zaza melarikan pandangannya. Dia menjadi gugup seketika. Senyuman masih tidak lekang daripada bibir Zulkarnain. Masakan sebulan tidak berjumpa, Zaza menjadi malu sedemikian?? Tangan Zulkarnain pantas mencubit pipi mulus Zaza itu. Zaza merenung Zulkarnain. Air matanya menitis. Zulkarnain pantas mengesat air mata yang membasahi pipi teman wanitanya itu. Perbuatan Zulkarnain itu telah memberitahu Zaza keputusan teman lelakinya. Kini, barulah dia yakin. Barulah dia yakin akan hubungan cintanya dengan Zulkarnain.

“Abang.. terima kasih..” Ucapan itu ikhlas lahir dari hati Zaza. Zulkarnain sekadar tersenyum.

“Sayang.. maafkan abang. Abang sedar, dulu abang memang banyak lukakan hati Za.. forgive me, okay??” Zulkarnain menggenggam jemari Zaza dengan erat, memberi keyakinan kepadanya. Zaza mengangguk laju. Zizuan dan Nurin menuju ke arah mereka selepas yakin bahawa Zulkarnain dan Zaza telah berbaik-baik semula.

“Hmm.. baguslah abang.. ada orang kan.. rindu sangat kat abang tau!!” Zizuan mengusik sambil memandang Zaza. Merah padam wajah Zaza dibuatnya. Zulkarnain tersengih bahagia. Tahu sangat bahawa orang yang dimaksudkan oleh Zizuan itu Zaza. Kalau bukan, siapa lagi?

“Ya ke, sayang??” Zulkarnain mengusik. Suka benar dia melihat wajah teman wanitanya merah padam seperti itu. Zizuan dan Nurin ketawa terkekek-kekek.

XXXXXXXXXXXXXXXXX

Kereta BMW 5 Series milik Zulkarnain terparkir di hadapan Restoran The Ship yang terkenal dengan makanan Baratnya. Zulkarnain telah menempah sebuah meja untuk meraikan hari jadi Zaza yang telah tertangguh selama sebulan.

“Makanlah..” Zulkarnain mempelawa setelah melihat Zaza tidak menjamah loin of lamb di hadapannya itu.

“Tak nak la..” Zulkarnain hairan. Bukankah ‘loin of lamb’ itu merupakan makanan Barat yang digemari oleh Zaza?

“Kenapa pulak??” Zaza diam membisu. Tiba-tiba, Zulkarnain tersenyum nakal.

“Sayang takut daging kambing tu terpelanting kat muka abang eh??” Zulkarnain mengungkit insiden itu. Membulat mata Zaza tika itu. Dia terasakan mukanya telah menebal beberapa inci. Malunya tidak terkira.

“Abang ni kan.. tak pasal-pasal ungkit pasal tu..” Zaza buat-buat merajuk. Padahal, serkap jarang Zulkarnain itu tepat mengena batang hidungnya. Itulah kelebihan Zulkarnain. Pandai meneka apa yang bersarang di minda Zaza.

“Habis tu? Kenapa tak makan??” Zulkarnain telah pun menghabiskan separuh daripada makanannya.

“Abang tolong potong lah.. Za malas..” Zaza menolak makanannya kepada Zulkarnain. Zulkarnain tersenyum. Dia tidak lagi mengusik Zaza. Dia faham benar sikap Zaza jika diusik. Nanti tak semena-mena, mereka berbaik-baik pun tak sampai 24 jam. Senyuman manis merekah dari bibir Zaza. Ada dua sebab – pertama, Zulkarnain sentiasa mengalah dan memenuhi kehendaknya. Kedua – jam tangan Rolex pemberian perempuan itu, Zulkarnan sudah tidak pakai lagi!!

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Zulkarnain mencapai telefon bimbitnya yang berdering itu. Umi!!

“Hello, umi!!” Ceria betul suara Zulkarnain menjawab panggilan ibunya.

“Assalamualaikum…” Datin Nasrul memberi salam dan sekali gus menyindir anaknya.

“Waamualaikummusalam, umi.. Maaf ye!! Tadi terlalu excited..” Zulkarnain tersengih-sengih macam ketam busuk! Eh, bukan ketam busuk. Kerang busuk lah!! He he he..

“Ish ish.. malam ni balik ya.. umi nak cakap sesuatu..” Datin Nasrul mengajak.

“Okay.. tak leh cakap sini ke??” Zulkarnain pelik. Apa yang perlu dirahsiakan sangat sehinggakan perlu dibincang di rumah.

“Adalah..” Nada suara Datin Nasrul seperti sedang menyembunyikan sesuatu.

“Okay!!” Datin Nasrul menarik nafas lega.

“Hmm.. jadi… tak de apa-apa dah la.. umi pun nak masak ni..”

“Okay.. Bye bye!!” Suara Zulkarnain masih ceria.

“Ingat ya! Malam ni.. mesti balik tau!! Pukul 8!!” Datin Nasrul mengingatkan.jchttp://www.blogger.com/profile/10671932033922035301noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4162040554338484970.post-38171700151015329652009-11-21T22:33:00.001+08:002009-11-21T22:33:39.776+08:00Jalan Hidupku Penuh Berliku 05Lautan mana yang tidak pernah bergelora dan bumi mana yang tidak pernah di timpa hujan, begitu jugalah rentak kehidupan yang terpaksa Diana harungi sekarang. Bermacam-macam andaian dan tomahan yang harus Diana telan dengan penuh kesabaran namun semua itu tidak sedikit pun melunturkan semangat Diana untuk terus berkawan dengan Iskandar. Diana tetap menganggap Iskandar tidak lebih dari seorang kawan yang banyak membantu Diana dalam pelajaran.
Langit tidak selalunya cerah dan awan yang mendung itu tidak semestinya akan hujan. Begitu jugalah dengan pentas kehidupan insan di bumi yang cuma sementara ini. Pasti saja ada dugaan, rintangan dan cabaran yang menimpa. Lewat senja itu dalam hujan gerimis Diana sekali lagi menerima ujian yang menguji kesabaran serta kecekalan hatinya.
Tok! Tok! Tok!
Pintu bilik Diana diketuk bertalu-talu bagaikan hendak roboh dibuatnya. Diana yang tertidur sebentar tadi terkejut dengan ketukkan yang bertalu-talu itu. Diana lemah mengatur langkahnya untuk melihat siapakah tetamu yang hadir lewat senja begini.
“Sebentar! Sebentar….Diana bukakan pintu”….kata Diana perlahan.
Sebaik pintu di buka Diana melihat Nadia tercegat di hadapan pintu dengan pakaian yang basah kuyup. Tergamam seketika Diana bila menerima kunjungan Nadia yang sebelum ini tidak pernah bertandang ke biliknya. Dulu pernah berkali-kali Diana memperlawa Nadia ke biliknya namun pelawaan itu tidak sedikit pun dipedulikan oleh Nadia.
“Eh! Masuklah dulu Nadia”….pelawa Diana.
“Tak perlulah Diana kerana Nadia datang sekadar hendak menyampaikan pesanan dari Iskandar”….Nadia dengan tenang menyusun kata-katanya.
“Kenapa dengan Iskandar? Apa sebenarnya yang telah berlaku kepada Iskandar?”....bertalu-talu Diana melemparkan soalan bila kata-kata Nadia terhenti di situ.
“Hoi! Tenanglah Diana! Cubalah awak bawa bersabar sikit”….Nadia meninggikan suara bila terasa rimas dengan pertanyaan-pertanyaan Diana yang tiada hentinya itu.
Suasana menjadi sepi seketika. Terkedu Diana tanpa suara bila Nadia meninggikan suara sedemikan rupa. Nadia memang tidak suka kalau persoalan demi persoalan disuarakan bertubi-tubi tanpa henti. Diana menarik nafas panjang mententeramkan dirinya untuk mengetahui apakah maksud sebenar kehadiran Nadia. Di hati Diana sudah mula berbunga keresahan dan di wajah Diana tercetus kebimbangan walau pun selama ini Diana dan Iskandar hanya sekadar berkawan dan masing-masing tidak pernah menyimpan sebarang perasaan.
“Sebenarnya Iskandar mewakilkan Nadia untuk menjemput Diana ke rumahnya. Sebentar lagi Saiful dan Amirul akan menjemput kita”….Nadia kembali bersuara memecah kesepian yang menyelubungi suasana itu tadi.
Diana sedikit terperanjat bila mendengar Nadia menyebut nama Saiful dan Amirul. Antara percaya dengan tidak, persoalan demi persoalan bermain di lubuk hati Diana. Diana kebuntuan tanpa ada jawapan dan Diana sedikit kehairanan kenapa tidak Iskandar sendiri yang memberitahu perkara ini sedangkan tengahari tadi mereka sama-sama meluangkan masa di perpustakaan.
“Mengapa Iskandar harus guna orang tengah sebagai penyampai dan kenapa mesti Nadia pula yang Iskandar pilih sedangkan Iskandar tidak begitu rapat dengan Nadia. Mungkin Iskandar terlupa agaknya dan terpaksa bergantung kepada Nadia untuk menyampaikan pesanan”….persoalan demi persoalan berbisik dalam hati Diana.
“Hoi! Nak ikut ke tidak?”…kasar pertanyaan Nadia.
Diana yang sejak tadi berperang dengan perasaannya sendiri sekali lagi terperanjat bila Nadia meninggikan suara sedemikian rupa. Diana semakin gelisah dan sukar untuk memberikan keputusannya. Diana sememangnya ingin menerima jemputan itu tapi dalam masa yang sama Diana takut segala-galanya hanyalah sekadar rancangan buruk Saiful, Amirul dan Nadia. Lama Diana memikirkannya namun masih tiada jawapan yang pasti. Nadia pula semakin resah dengan sikap Diana yang terus mendiamkan diri. Nadia tidak mahu ada perasaan curiga berputik dalam hati Diana.
Sementara itu Saiful dan Amirul sudah pun tiba di perkarangan asrama. Lama mereka menanti namun belum ada tanda-tanda yang Diana akan ikut sama dan bayang-bayang Nadia juga masih selum kelihatan. Saiful yang sudah tidak sanggup menunggu berkali-kali membunyikan hon kereta agar Nadia dapat memujuk Diana dengan segera. Amirul bagaikan resah menanti bila menyedari yang Diana masih belum bersedia untuk ikut. Saiful dan Amirul hanya sekadar dapat memerhatikan gelagat Nadia meyakinkan Diana dari jauh kerana mereka dilarang memasuki kawasan asrama perempuan.
“Ah! Cepatlah!”….kata Nadia dengan biadap dan terus menarik tangan Diana untuk ikut sama.
Diana tidak mampu melawan dan terpaksa tunduk dengan paksaan Nadia. Sebaik sahaja Nadia dan Diana masuk ke dalam kereta, Saiful terus memandu dengan tenang tanpa menunjukkan sebarang tanda yang bakal mencurigakan Diana. Diana leka memerhatikan jalan menujuk ke rumah Iskandar. Kelekaan Diana di sambut baik oleh Nadia. Kesempatan itu Nadia pergunakan dengan bijak untuk menuangkan beberapa titik klorofom. Matlamat Nadia cuma satu, Nadia ingin melihat Diana pengsan. Hanya beberapa saat diperlukan kemudian Diana mula rebah di atas pangkuan riba Nadia. Berderailah ketawa Saiful, Amirul dan Nadia melihat gelagat Diana yang pengsan itu. Segala perancangan dan niat jahat mereka mula membuahkan hasil.
****************************************************************************************************************jchttp://www.blogger.com/profile/10671932033922035301noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4162040554338484970.post-86498880944759725932009-11-21T22:25:00.002+08:002009-11-21T22:26:37.268+08:00Rindu Mencumbui Zaman 21“Ahmad.. saya akan ke luar negara.. bila saya tak de di sini, adik saya akan mengambil alih tugas saya.. awak tau kan adik saya tu siapa??” Ahmad mengangguk.

“Terima kasih, Ahmad.. saya percayakan awak.. jadi saya boleh la ke luar negara tanpa risaukan syarikat..” Zulkarnain mengujar sambil tersenyum. Dia bercadang untuk mencari ketenangan di negara asing, Paris. Dia ingin berfikir dengan tenang. Biarlah dia membuat keputusan tentang hubungannya dengan Zaza. Zulkarnain melangkah keluar dari bilik pejabat itu. Berita tentang pemergiannya ke Paris hanya dimaklumkan kepada Zizuan dan Ahmad sahaja. Dia langsung tidak memberitahu Zaza. Biarlah Zaza sendiri yang tahu.

Ahmad memandang kelibat Zulkarnain yang semakin menghilang itu dengan hairan. Dia berasa pelik juga kerana Zulkarnain tiba-tiba ingin ke luar negara. Adakah Zaza tahu akan berita ini??

XXXXXXXXXXXXXXXX

“Masuk!!” Ahmad tercegat di hadapannya. Zaza mendongak lalu tersenyum.

“Kenapa ni?” Zaza menghentikan kerjanya.

“Er..” Ahmad menjadi serba-salah. Haruskah dia memberitahu Zaza tentang pemergian Zulkarnain ke Paris itu?

“Kenapa ni??” Berkerut-kerut dahi Zaza.

“Cik Zaza, sekarang Encik Zul nak berlepas ke Paris..” Nafas Zaza seakan terhenti. Paris? Merajukkah Zulkarnain??

“Kenapa??” Benarlah telahan Ahmad. Zaza langsung tidak tahu-menahu tentang berita pemergian Zulkarnain.

“Entah..” Ahmad menjongketkan bahunya. Zaza mengetap bibirnya, geram.

“Dia pergi lama ke??” Zaza mengajukan soalan.

“Cik Zaza, maafkan saya.. saya pun tak tau Encik Zul pergi berapa hari.. dia terus pergi macam tu je..” Zaza tersentak. Tak tahu pergi berapa hari?? Maknanya, mungkin setahun, dua tahun, mahupun lima tahun? Bagaimana dengannya?? Dia mula berasa gelisah.

“Cik Zaza, saya keluar dulu..” Ujaran Ahmad itu disambut dengan anggukan Zaza. Air matanya mula berlinangan. Tergamak Zulkarnain memperlakukannya sebegitu. Tergamaknya Zulkarnain meninggalkannya terpinga-pinga sendirian di sini. Walaupun dia menyuruh Zulkarnain membuat pilihan, perlukah Zulkarnain pergi ke Paris untuk membuat keputusan?? Air matanya semakin laju. Mindanya kosong. Dia bingung seketika. Lantas, telefon bimbit Sony Ericssonnya dicapai.

“Zuan..” Zizuan tersentak. Apa yang telah terjadi dengan bakal kakak iparnya itu?

“Kenapa ni??”

“Zuan, Zul gi Paris. Awak tau tak??” Zizuan menghela nafas lega. Rupa-rupanya, tentang itu.

“Tau, kenapa??” Zizuan mula berasa hairan. Takkanlah bakal kakak iparnya tidak tahu-menahu tentang pemergian abangnya ke Paris?

“Tak de pa-pe la.. bye..” Talian lantas diputuskan.

“Apa ni??” Zizuan merungut sendirian. Nurin yang duduk di sebelahnya turut berasa hairan.

“Kenapa ni??” Nurin bertanya.

“Entah la.. kawan awak menangis.. dia tanya saya tahu tak abang pergi ke Paris..” Nurin lantas mencapai telefon bimbitnya dan menghantar sebuah mesej ringkas kepada Zaza.

Zaza, kenapa nangis? Abang Zul pergi Paris buat keputusan ke??

Nurin sudah mengetahui segala-galanya. Zizuan yang terbaca mesej ringkas itu mengerutkan dahinya. Dia menyiku lengan Nurin, meminta penjelasan daripada teman wanitanya.

“Mereka bergaduh..” Dua patah kata Nurin sudah cukup untuk Zizuan faham. Dia tersenyum hambar. Bergaduh rupa-rupanya.. Patut la..

XXXXXXXXXXXXXX

Lapangan Terbang Antarabangsa Malpensa menyambut kedatangan Zulkarnain di Paris itu. Cuaca yang sejuk menggigit-gigit tulangnya. Dia menaiki sebuah limousin dan menuju ke sebuah Hotel De Crillon. Dia bercadang untuk menginap di hotel itu selama sebulan. Sebenarnya, dia bukan datang ke Paris semata-mata untuk membuat keputusan tentang hubungannya dengan Zaza. Dia turut ingin meninjau keadaan persekitaran Paris kerana dia pernah terfikir untuk melabur di negara asing ini.

XXXXXXXXXXXXX

Zaza mencampakkan dirinya ke atas katil empuknya. Matanya dipejam. Segala-gala persoalan tentang Zulkarnain cuba dilupakan buat sementara. Namun, dia tidak mampu!! Dia mengeluh, menghampar keresahannya. Rasa sunyi mula menyelubunginya. Kotak ingatannya mula melayari peristiwa-peristiwa manis yang berlaku semasa cintanya dan Zulkarnain bersemi dahulu. Air matanya mengalir lagi. Itulah kelemahan seorang insan yang bernama Zaza Haniza. Air matanya tidak pernah kering. Dia berasa sungguh susah hati. Sungguh.. Buat pertama kali dalam hidupnya, dia berasa menyesal. Menyesal kerana tidak mencari Zulkarnain di lapangan terbang petang tadi.

XXXXXXXXXXXXX

Masa kian cepat berlalu. Zizuan yang terpaksa berulang-alik dari utara Semenanjung ke kota metropolitan itu sentiasa mengadu penat. Zaza pula sentiasa mengalirkan air mata pabila dia terfikirkan Zulkarnain. Di negara asing itu, Zulkarnain telah berjaya memperoleh ketenangan yang tidak mungkin dapat dicari di kota metropolitan itu. Dia sedar. Dia telah banyak melukakan hati Zaza. Dia nekad! Cintanya hanya untuk Zaza seorang sahaja. Itulah keputusan yang dibuat setelah menapak di negara asing itu selama sebulan..

“Zaza!! Abang saya dah nak balik hari ni!! Jom gi jemput dia!!” Zizuan terus menerjah Zaza yang khusyuk membaca surat khabar Harian Metro di dalam bilik pejabatnya.

“Hah??” Zaza terperanjat. Rasa gembiranya tidak dapat dibendung lagi.. rasa rindu dan cinta semakin menggamit tangkai hatinya.. Air matanya mula menitis.

“Ish. .awak ni janganlah nangis.. Nurin ada datang tau hari ini..” Zizuan merungut. Nurin muncul dengan berbaju kurung kuning cair hari ini.

“Nurin!!” Girang betul Zaza melihat Nurin. Dia sudah lama merindui sahabatnya itu. Mereka saling berpelukan sehingga tidak ingat dunia!!!

“Ehem.. ehem..” Zizuan berdehem. Nurin dan Zaza merenggangkan pelukan mereka. Masing-masing berasa malu kerana bersikap keanak-anakkan di hadapan seorang lelaki.

“So.. dua baby tua! Boleh gi sekarang??” Zizuan mengusik. Membulat mata Nurin dan Zaza. Zizuan pantas lari dari situ.

“Ish.. geramnya..” Nurin merungut. Zaza sekadar tersenyum.jchttp://www.blogger.com/profile/10671932033922035301noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4162040554338484970.post-42057063794111529092009-11-21T22:25:00.001+08:002009-11-21T22:25:52.526+08:00Rindu Mencumbui Zaman 20Zaza mula rasa resah. Mana tidaknya, kelibat Zulkarnain tidak kelihatan lagi. Bahkan, batang hidungnya pun Zaza tak nampak.

‘Takkanlah Zul mungkir janji??’ Zaza berdesis sendirian. Tidak mungkin!! Zulkarnain tidak mungkin akan melupakan janjinya untuk meraikan hari jadi Zaza hari ini. Jika perkara seperti itu Zulkarnain lupakan, maknanya Zulkarnain memang tidak mengambil kisah tentangnya. Tahap kesabaran Zaza sudah memuncak. Dia mula berasa kecewa, marah, sedih dan entah apa-apa lagi. Bayangkan, teman lelaki memungkiri janji untuk meraikan hari jadi teman wanita. Apakah perasaan wanita tersebut? Sudah pasti akan terguris perasaannya.

Zaza tidak dapat bersabar lagi. Dia beredar dari restoran eksklusif itu. Dia memandu kereta Proton Wiranya menuju ke Zulkarnain Holdings.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

“Ahmad.. cancel all my appointments today..” Ahmad terpinga-pinga. Selama ini, Zulkarnain tidak pernah membatalkan sebarang perjumpaan.

“Ahmad..” Suara Zulkarnain kian tinggi. Ahmad terperanjat.

“Er.. okay!! But..”

“Don’t ask for the reason.. Go out before I get mad..” Ahmad lantas keluar. Bimbang Zulkarnain melempiaskan rasa geram terhadapnya.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Langkah Zaza pantas dituju ke bilik pejabat Zulkarnain. Tiba-tiba, bahunya melanggar seseorang.

“Sorry..” Zaza berpaling. Dahinya berkerut. Seraut wajah gadis itu seolah-olah dikenalinya. Namun, siapa gadis itu??

“It’s ok..” Fatin tersenyum. Serta-merta, Zaza teringat akan senyuman itu. Ya!! Gadis itu merupakan gadis yang digantung gambarnya di rumah Zulkarnain!!! Gambar gadis berbingkai emas yang menjadikannya cemburu dulu!! Tiba-tiba, hatinya dipagut rasa bimbang. Mengapakah kelibat gadis itu muncul di sini? Adakah dia penyebab Zulkarnain memungkiri janjinya?? Zaza pantas berlalu.

“Cik Zaza..” Ahmad menyapa Zaza.

“Hai.. kenapa muka awak masam je??” Zaza bertanya.

“Entahla.. tadi… Encik Zul cancel semua appointments..” Zaza tersentak. Batalkan?

“Kenapa pula?”

“Entah la.. tapi.. Encik Zul macam tak bersemangat je lepas jumpa dua orang tetamu tu..” Muncung sahaja bibir Ahmad. Seperti tidak menyenangi sikap Zulkarnain yang tiba-tiba membatalkan semua perjumpaan hari ini. Tidak sedarkah Zulkarnain bahawa perbuatannya itu bakal memberi impak kepada Zulkarnain Holdings?

“Tetamu? Siapa?” Zaza ingin tahu.

“Seorang perempuan tua.. seorang lagi sebaya macam Cik Zaza.. rasa-rasanya macam baru balik.. tunggu ye..” Mata Ahmad melilau keadaan sekelilingnya. Mencari kelibat dua orang tetamu yang berjumpa dengan Zulkarnain sebentar tadi.

“Hah.. tu!!” Ahmad menunding ibu jarinya ke arah gadis yang dilanggarnya tadi! Zaza tersentak. Walaupun kelibat gadis itu agak jauh kelihatan, Zaza dapat mengecamnya kerana baju kurung yang dipakai oleh gadis itu agak menyilau mata.

“Cik Zaza..” Ahmad memanggil setelah melihat Zaza mengelamun.

“Er… tak de pa-pe lah.. Saya pergi cari Zul dulu ya..” Ahmad mengangguk.

XXXXXXXXXXXXXXXXX

“Ahmad! Kan saya dah kata saya tak nak jumpa sesiapa!!” Zulkarnain melatah apabila pintu bilik pejabatnya dikuak.

“Abang tak nak jumpa Za jugak ke??” Sinis sahaja suara Zaza menjamah gegendang Zulkarnain. Zulkarnain menepuk dahinya. Rasa serba-salah mula menyelubungi dirinya.

“Er.. sorry ya Za.. tadi abang sibuk.. terlupa pulak.. jom sekarang gi raikan birthday Za..” Zulkarnain sengaja menceriakan suaranya. Namun, Zaza masih tidak berganjak. Dia dapat menghidu sesuatu yang buruk telah berlaku.

“Abang.. tadi abang jumpa perempuan tu… ex-girlfriend abang kan?” dakwa Zaza. Zulkarnain tersentak. Bagaimana Zaza tahu??

“A’ah.. pandai betul sayang.. macam ni pun tau.. boleh jadi superwoman..!!” Zulkarnain mengusik.

“Tak kuasa Za nak jadi superwoman.. Za hanya nak dapat cinta abang yang ikhlas dan suci.. kalaulah abang tak cintakan Za.. barulah Za fikir.. nak jadi superwoman ke.. ultrawoman ke.. powerwoman ke.. apa-apa woman pun boleh..” Loyar buruk betul Zaza ni.

“Kenapa ni Za? Abang memang cintakan Za.. tak payahla jadi woman-woman yang mengarut macam tu..” Zulkarnain membalas, cuba meyakinkan teman wanitanya kini.

“Abang.. abang memang tak dapat lupakan ex abang tu kan??” Suara Zaza tersekat-sekat. Perasaannya semakin tidak tenteram. Dia berasa tidak yakin akan hubungan cinta mereka. Zulkarnain mengeluh hampa.

“Za.. abang dah cakap.. abang hanya cintakan Za sorang je.. kenapa Za masih tak faham??” Bosan betul Zulkarnain kini. Dia memang bencikan orang yang tidak faham bahasa.

“Abang.. abang dah marah kan? Kenapa nak marah? Abang tau tak.. masa birthday abang hari tu.. Za gi rumah abang.. Gambar perempuan tu masih tergantung kat sana!! Kalau abang dah lupakan perempuan tu, kenapa tak turunkan gambar tu??” Zaza menukas. Suara Zaza semakin meninggi. Darahnya menggelegak. Hatinya menjadi sakit. Sebenarnya, persoalan itu sudah lama terbuku di dasar lubuk hatinya. Namun, dia hanya pendamkan segala-galanya. Sehinggalah hari ini..

“Gambar tu..” Kali ini, Zulkarnain memang kematian hujah. Apakah yang harus diperkatakannya?

“Kenapa? Speechless?? Dah tau kesilapan diri kan??” Sinis sahaja suara Zaza kini. Air matanya mula mengalir perlahan. Apakah kesilapannya sehingga Zulkarnain lebih cintakan perempuan itu? Apakah keistimewaan perempuan itu sehingga Zulkarnain tidak dapat melupakannya walaupun selepas lima tahun??

“Sayang..” Lembut suara Zulkarnain kedengaran.

“Jangan panggil Za sayang lagi!! Abang.. Za rasa kita perlu berpisah sementara.. Biarlah kita bertenang dulu.. Abang fikirlah sendiri.. Bila abang dah buat keputusan sama ada untuk pilih Za ataupun perempuan tu, barulah abang datang cari Za.. Selamat tinggal, bang! Take care..” Zaza mengesat air matanya. Barulah dia melangkah keluar dari bilik pejabat itu. Dia tidak mahu staf Zulkarnain Holdings yang lain menyedari perubahan riak wajahnya. Zulkarnain merenung kosong siling bilik pejabatnya. Sejurus itu, dia menundukkan wajahnya.

Apa yang harus dilakukannya kini? Dia akui, memang dia tidak melupakan Fatin sepenuhnya. Tetapi dia tetap cintakan Zaza lebih daripada Fatin. Itu sudah pasti!! Tidak pernah terlintas di mindanya sama ada untuk memilih Zaza mahupun Fatin. Sejak mengenali Zaza, hatinya hanya untuk gadis itu. Fatin hanyalah kisah lampaunya. Namun, perasaannya terhadap Fatin memang sukar ditafsir. Dia sendiri pun bingung. Benar kata Zaza itu. Mereka perlu bertenang.. Biarlah takdir yang menentukan segala-galanya.jchttp://www.blogger.com/profile/10671932033922035301noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4162040554338484970.post-4450867284755562002009-11-18T08:39:00.000+08:002009-11-18T08:40:20.633+08:00Rindu Mencumbui Zaman 19Masa kian cepat berlalu, hubungan cinta Zulkarnain dengan Zaza kian mantap selepas empat bulan. Hari ini merupakan hari jadi Zaza- 20 Disember. Zulkarnain mengemas fail yang berlonggok di atas mejanya itu. Dia bersedia untuk meraikan hari jadi Zaza. Tiba-tiba, telefonnya berdering. Dia meneliti nombor yang terpapar pada skrinnya. Dahinya berkerut seketika.

“Hello..” Teragak-agak Zulkarnain memberi salam.

“Zulkarnain..” Zulkarnain tersentak. Matanya berhenti berkelip. Nafasnya terhenti. Suaranya tersekat di kerongkongnya. Suara itulah yang menjadikannya tidak tentu arah lima tahun yang lalu. Suara itulah yang dirinduinya sebelum bercinta dengan Zaza. Suara itu.. Suara itu..

“Zul..” Fatin Imma memanggil semula! Fatin Imma.. Zulkarnain masih tidak membalas panggilan Fatin itu.. Masih tidak membalas seruan bekas teman wanitanya dulu.

“Zul.. Fatin tau abang terkejut.. Fatin sendiri pun terkejut.. Fatin..Fatin dah pulih ingatan, bang!” Sejurus itu, telefon terlepas dari pegangan Zulkarnain. Dia terduduk pada kerusinya. Kini, otaknya memang tidak mampu berfungsi lagi. Bahkan, janjinya dengan Zaza untuk meraikan hari jadi teman wanitanya itu turut tidak dipedulikan lagi. Bohonglah jika dia mengatakan bahawa dia tidak berperasaan kini. Apakah perasaannya?? Dia sendiri pun bingung. Mengapa? Mengapa segala-galanya berlaku kini? Bukan sebelum dia menemui Zaza?? Mengapa?? Pintu bilik pejabatnya diketuk beberapa kali.

Zulkarnain tidak menyahut ketukan itu. Tombol pintu dipulas. Pembantu peribadi Zulkarnain, Ahmad tercegat di hadapannya.

“Encik Zulkarnain, ada tetamu..” Zulkarnain mengerutkan dahinya.

“I am not expecting someone today..” Zulkarnain menjawab lesu. Panggilan Fatin tadi masih terngiang-ngiang di telinganya. Seakan suara Fatin menjamah gegendang telinganya kini.

“Tapi.. dua perempuan tu kata mereka kenal Encik Zulkarnain. They .. they need to see you now..” Zulkarnain tersentak. Dua perempuan?? Dia mengangguk lesu tanda setuju untuk berjumpa dengan tetamunya. Ahmad berlalu dari bilik pejabat itu.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Dia tidak bertenaga kini. Bukan disebabkan oleh tidur ataupun rehat yang tidak cukup, bukan disebabkan oleh kerja yang terlalu banyak, tetapi disebabkan oleh panggilan Fatin Imma tadi. Akhirnya, kakinya menapak masuk ke dalam bilik tetamu.

“Zulkarnain..” Suara yang lembut itu memeranjatkan Zulkarnain, Puan Suziana!!!

“Er..mak cik..” Zulkarnain bingung. Apa yang harus diperkatakannya??

“Abang..” Kini, Fatin Imma pula yang bersuara. Zulkarnain terlopong! Bala jenis apa yang menimpanya sekarang?? Adakah dia sedang bermimpi?? Dia mencubit tangannya. Ouch!! Sakit!! Maknanya, dia berada di alam realiti. Namun, segala-galanya muncul secara tiba-tiba, tanpa diduga.

“Mak cik.. ini..” Zulkarnain mengeluh, menghampar segala keresahannya.

“Zulkarnain.. Fatin dah pulih ingatan. Dia..dia ingat semua benda.. termasuklah memori bersama Zulkarnain dulu.. Mak cik faham. Semua ni memang muncul secara tiba-tiba.. Mak cik pun tau.. Zulkarnain menderita sebab Fatin dulu.. Jadi, sekarang mak cik bawak Fatin datang jumpa Zulkarnain.. Semua ni takdir.. Zulkarnain tentu ingat, dulu Doktor Rizal pernah berkata, peluang untuk Fatin sembuh memang tipis sekali.. Tapi, siapalah kita untuk melawan takdir?? Sekarang takdir menemukan Fatin dengan Zulkarnain semula..” Puan Suziana menjelaskan keadaan anaknya. Dia terdiam seketika. Begitu juga Zulkarnain dan Fatin. Zulkarnain merenung Fatin dan Puan Suziana bersilih ganti.

Apakah maksud Puan Suziana?? Apakah niat ibu Fatin apabila beliau berkata sedemikian??

“Mak cik.. saya.. saya bersyukur sebab Fatin sembuh.. tapi..tapi saya..” Zulkarnain menjadi serba-salah untuk meneruskan kata-katanya. Niatnya, dia ingin memberitahu Puan Suziana dan Fatin tentang hubungannya dengan Zaza. Namun, dia tidak sampai hati. Berat hati untuk mengguris perasaan Fatin dan Puan Suziana.

“Abang ada orang lain ke??” Suara sayu Fatin menampar gegendang Zulkarnain. Hatinya turut diulit rasa hiba. Dia serba-salah kini. Jika dia mengiyakan pertanyaan Fatin, sudah pasti hati dua insan di hadapannya tercalar. Jika dia menafikan, apakah yang harus diperkatakan kepada Zaza nanti??

“Zulkarnain.. mak cik tahu.. mungkin Zulkarnain sudah ada orang lain. Tapi fikirlah.. dulu Zulkarnain pun cinta sangat kat Fatin.. Fatin pun sama juga. Tapi masa tu, dia..” Fatin menghalang ibunya meneruskan kata-kata.

“Abang.. Fatin tahu.. dulu Fatin yang bersalah..bersalah sebab tak bagi Zul peluang.. Tapi.. tapi sekarang Fatin dah sembuh.. Bila Fatin sembuh, Fatin terus nak jumpa abang.. Sebenarnya, cari abang pun bukan susah sangat.. abang.. Fatin tau.. Fatin tak berhak untuk memiliki cinta abang.. Fatin yakin sangat yang abang dah ada orang lain.. Tak pe lah.. mungkin jodoh kita dah tamat..” Fatin bertutur penuh emosi. Hibanya tidak mampu dibendung lagi. Air matanya mula merembes keluar.

Pedih betul hati Zulkarnain kini. Dia turut berasa serba-salah dan sayunya turut terasa. Zulkarnain sedar. Dia belum melupakan Fatin sepenuhnya. Sudah pasti tidak. Jika dia sudah melupakan Fatin sepenuhnya, sudah pasti dia tidak akan berasa sedemikian. Apakah yang harus dilakukannya kini?? Dia benar-benar buntu!! Zulkarnain yang terkenal dengan sikap tenangnya sudah gagal kini!! Dia benar-benar gagal!! Gagal dalam mengawal emosinya!! Mengapa setiap kali berhadapan dengan gadis yang dicintai, dia akan gagal?? Dia meraup mukanya sambil mengeluh.

“Mak.. jom balik..” Fatin menarik ibunya keluar dari bilik tetamu khas itu. Zulkarnain tidak menahan. Biarlah.. biarlah dia bertenang dan berfikir semasaknya. Biarlah dia membuat keputusan yang paling tepat buat semua pihak.. Zulkarnain, Zaza, Zakry, Fatin dan Puan Suziana..jchttp://www.blogger.com/profile/10671932033922035301noreply@blogger.com0